Check it out!

Saturday, December 13, 2014

Nak suruh anak panggil apa?

Nak pilih tajuk pun pening..huhuhu. Taip taip padam. Taip taip padam. Last-last tajuk ni terpilih. Biasanya persolan ini timbul untuk bakal-bakal ibu, bakal-bakal bapa. Kadang-kadang yang bakal-bakal kahwin pun dah terlintas persoalan ni. Jarang-jarang yang bakal-bakal nak ambil SPM terfikir soalan ni. Tapi kalau terfikir gak, anda limited edition! Hahaha..

Al-kisahnya semalam, saya masuk ke sebuah baby center dalam sebuah shopping complex. Bukan nak cari buah, tapi sabun pencuci botol susu anak. Biasa la orang pompuan, tujuan hanya satu nak beli pencuci tu tapi melencong gak belek-belek seluar baju. Boleh beli untuk anak-anak kalau berkenan rupa dan harga. Sedang saya terbelek sana, terbelek sini.. sambil tu telinga ni menangkap perbualan pekerja-pekerja baby center yang rancak berborak. Ada la tiga empat orang. Boleh jadi ahli forum dah..hehe. Topik mereka berkisar nama panggilan yang anak-anak panggil untuk mak bapak dia. Ibu-ayah. Mama-papa. Mummy-daddy. Ummi-Abi.

Punca topik tu muncul bila salah seorang daripada mereka menceritakan salah satu scenario yang beliau hadapi di baby center tu. Seorang mak menyuruh anak memanggil ayahnya. Mula-mula si mak cakap kat anak, “ Panggil ayah. Mana ayah?”. Sekejapan kemudian..tukar pulak. “ Panggil daddy. Daddy mana?” lebih kurang la ayatnya. Isi pentingnya.. sekejap guna nama panggilan lain sekejap lain. Orang yang mendengar pun jadi pelik. Yang mana satu betul? Jangan Tanya saya..saya pun tak tahu!    

Isu dan masalah dah tahu. Then, saya dengar lagi huraian mereka. Pertukaran pendapatpun bermula. Antara statement yang saya dengar:

“ Panggil mummy – daddy, tapi bawak cangkul pegi kebun. Kalau bawak kayu golf, baru sesuai panggil daddy.”

“ Aku tak berkenan betul anak panggil Abi. Tapi pakai seluar pendek. Panggil ummi – abi tapi tak sembahyang.”

“ Ada jugak yang belum kawin dah panggil papa – mama. Geli pulak aku dengar. “

Tersenyum-senyum gak la saya dengar. Kelakar pun ada. Terkena kat batang hidung sendiri pun ada..haha. Ye la, saya dan encik asben takde pun kayu golf. Tapi anak-anak panggil kami mummy – daddy. Kami ni takde cangkul. Tanah pun takde. Inikan pulak kebun. Rasanya orang yang bawak cangkul pi kebun tu lagi kaya dari kami kan? At least dia ada gak tanah kebun. Sungguh tak layaknya kami untuk anak-anak panggil mummy – daddy.

Masa saya nak bayar kat kaunter bayaran, saya cakap kat cashier, “Hangat betul topic. Terasa saya. Saya takde kayu golf tapi anak-anak panggil mummy – daddy. Menarik topic ni. Boleh tulis dalam blog.” (Saya cakap dengan nada mesra. Macam biasa lak berborak dengan cashier tu..hehe) Cashier yang mendengar hanya tersenyum. Dia tak joint pun forum tu. Dia macam saya gak.. silent listener..haha.


Uolls macam mana? Ada yang guna panggilan mummy – daddy tak? Berapa batang kayu golf uolls ada? Hahaha.. Walau takde kayu golf, tapi saya ada alasan sendiri kenapa memilih untuk dipanggil mummy – daddy. 6.5 tahun dulu tak terfikir pun boleh jadi isu nama panggilan ni. Tak tahu pun kena ada syarat-syarat tertentu untuk melayakkan guna nama panggilan ni.

Yang saya fikirkan adalah supaya tak sama dengan ahli keluarga saya yang lain. Pakcik makcik saya ramai yang guna panggilan ibu - ayah (8 pasangan). Hinggakan anak-anak menangis panggil ibu..ibu.. tak tahu anak siapa yang nangis..hahaha. Mak - abah saya guna untuk panggilan ibu bapa saya. Ummi - abah / ummi - ayah pulak ada 4 pasangan yang guna. Mama-papa pulak kebanyakan sepupu saya gunakan panggilan ni. Encik asben pun panggil mak dia mama. So, nak membezakan dengan yang lain-lain ni maka kuatlah keputusan nak guna nama panggilan ni. Sehingga sekarang, kami je yang guna panggilan ni dalam kalangan keluarga.

Pencetus pertama idea ni adalah semasa saya mendengar perbualan encik asben dengan best friend saya. Masa ni kami sama-sama mengandung sulung. Cuma kawan baik saya tu mengandung awal 2 bulan dari saya walau kami kawin awal dia 2 hari je. Dia tanya encik asben, nanti nak suruh anak panggil apa? Encik asben jawab nak suruh anak panggil mam dengan pap. Supaya mulut anak tertutup bila panggil mak bapak dia..haha. Tapi kami tak pernah pun berbincang nak suruh anak panggil apa bila dah beranak nanti. 

Macam pelik lak panggil mam dengan pap. Tapi kalau mom dengan dad ok sikit. Still tertutup mulut anak ketika panggil nama kami. Makanya bila dah melahirkan Rayyan, saya nak dipanggil mummy. Encik asben pulak automatik suruh dipanggil daddy. No objection..hehe.

Itulah sejarahnya macam mana terlintas nak suruh anak panggil kami mummy - daddy. Ada gak masa awal-awal dulu ada kawan yang tak percaya saya gunakan nama panggilan mummy ni. Diorang ingat saya akan gunakan nama panggilan ummi. Lebih sesuai katanya. 

Rupanya kena ikut kesesuaian jugak ye nak suruh anak panggil kita apa?
Ehmmm....

Friday, December 12, 2014

Piala Suzuki AFF 2014 : Harimau dah bangun!

Bangun... bangun...
Bangun harimau bangun...
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang

Bangun.. bangun...
Bangun harimau bangun...

Hari-hari saya dengar seruan ini dicorong-corong radio. Nyanyian Malique. Dah jadi ikut-ikutan dah. Hinggakan nak kejut encik asben bangun tido pun nyanyi lagu ni. Tapi ubah lirik la. Tak kan nak sebut harimau.. mau kena terkam! hahaha.. 

Dan.. seruan ini saya rasa berhasil. Harimau kita dah bangun! bukan nak kata sebelum ni dia tido.. tak.. cuma tak berapa nak garang..hehe. Eh bukan tak garang.. pihak lawan lagi garang.

Seronok sangat tengok perlawanan semi final kedua Malaysia menentang Vietnam semalam. Saya rasa saya berkongsi rasa dengan semua rakyat Malaysia! Rasa teruja tengok semangat yang ditunjukkan oleh harimau malaya.Kaki ni siap menendang-nendang. Sampai kena sound dengan encik asben. Dok depan TV, tak ingat jiran sebelah yang nak tonton jugak..haha. Konker TV sorang-sorang..hehe. Pompuan.. emosi!

Sekalung tahniah buat skuad Harimau Malaya! Terubat kekecewaan saya semasa episod satu di Stadium Shah Alam. Dah masuk final ni.. kalau tak menang pun saya dah puas hati. Tapi kalau menang lagi berbesar hati la.

Pesan saya, pedulikan kritikan orang. Pedulikan provokasi orang. Kawal emosi. Main dalam satu pasukan. Buat yang terbaik. Kalah menang adat pertandingan. Kami tetap menyokong Harimau Malaya!

Harimau menyerlah kegemaran saya:

> Shukor Adan 
> Amri Yahyah 
> Safiq Rahim 
> Farizal Marlias 
> Kunalan
> Indra Putra Mahyudin 
> Badrul Bakhtiar 
> Norshahrul Idlan Talaha
> Piya 

Harimau belaan saya:

Harimau kecik takde gigi..(dulu ada tapi sekarang dah takde)

Harimau kecik yang garang.. (konon)

Harimau manja.. (la sangat)

Tuesday, October 7, 2014

Today is my birthday


Kek tahun lepas.. pemberian kawan-kawan.. 

Aci tak nak ucap kat diri sendiri hepi birthday? hehehe.. 

I'm turned to 33 ari ni. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk menghirup udara di muka bumi ini sehingga 33 tahun. Semoga Allah mengizinkan lagi saya untuk menghirup udaranya.. dengan kesihatan yang baik.. dengan rezeki yang murah.. di samping suami dan anak-anak dan semua yang saya sayang serta yang sayangkan saya..haha

Meningkatnya umur ni, bermakna kurangla usia saya di muka bumi ni. Moga baki usia yang tinggal adalah usia yang diberkati. Semoga Allah panjangkan umur saya dalam ketaatan kepada-Nya dan mengizinkan saya membesar dan mendidik anak-anak saya dengan sempurna.

Sebenarnya saya tak plan pun nak buat entry ni pada hari ni. Saya plan nak hadiahkan sebuah entry istimewa yang dah lama terperam dalam draf blog ni. Tapi maafkan saya.. masih tak sempat menyelesaikannya.

Last saya buat entry pada 7 Oktober adalah pada 7 Oktober 2011. So, mari kita review balik apa yang dah saya catatkan pada 3 tahun lepas..

Alhamdulillah.. pada usia 30 tahun ni, Allah mengizinkan saya mencapai semua ini: (sekarang dah 33 tahun)

1. Melayari bahtera rumahtangga bersama nakhoda bernama Mohd Sharoramadan yang sangat memahami dan melengkapi kekurangan diri ini. (Walau kadang-kadang tarik muka sebab bininya selalu balik ofis lambat..huhu)
2. Merasai nikmat mengandung, melahirkan, menyusukan, dan membesarkan permata hati Umar Rayyan, Aisya Rania dan Uzair Razin. (Masih maintain dengan 3 anak. Encik asben bagi syarat kalau nak tambah baby.. kena balik ofis sharp selama 3 bulan berturut-turut..huhu.. macam payah je!)
3. Mempunyai kerjaya tetap dan stabil sebagai sumber rezeki (insya-Allah). (Alhamdulillah. Tapi yang pastinya bukan hak saya seorang)
4. Masih mempunyai ibu bapa dan ibu bapa mertua untuk ditaburkan bakti walaupun tak mungkin dapat membalas segala bakti yang mereka telah taburkan. (Moga Allah panjangkan usia mereka dalam kesihatan yang baik dan ketaatan kepada-Nya) 
5. Mempunyai kereta untuk dinaiki walaupun dah 7 tahun usianya (setia kan saya?). Biarpun tak secanggih mana..tapi banyak berjasa. (Dah 10 tahun dah usianya sekarang)
6. Mempunyai sebuah rumah walaupun hanya setengah unit apartment low-medium cost (setengah unit lagi nama en asben :-) walaupun ansuran dia sorang yang bayar). (Tak mampu lagi nak tambah memandangkan harga rumah mencanak-canak naiknya..huhu)
7. Mempunyai 8 tahun pengalaman kerja dengan 6 pejabat yang telah diteroka pengalamannya. (Dah jadi 11 tahun dah pengalaman dan dah 8 pejabat dah jejak) 
8. Menjadi mak long kepada Nur Najla Yusra, Nur Iman Yusra dan Muhammad Adam Zahdan. (Sekarang lagi meriah..hehe. Anak saudara mak long dah membiak dari 3 orang dah jadi 10 orang. On the way sorang lagi. Nanti update tahun depan..haha)
9. Mempunyai buku akaun Tabung Haji, Bank Rakyat, Maybank, Bank Islam, CIMB bank dan ASB walaupun dalamnya ada beberapa ringgit aje..hehehe.. (Masih lagi dengan amaun yang lebih kurang sama..haha. Part yang ni tak membiak-biak pulak..huhu)
10. Mempunyai blog bernama www.mamiraysha.blogspot.com sebagai wadah untuk perkongsian ilmu dan cerita dan akaun facebook bernama Iffah Afifah yang begitu jarang dibuka..hehehe.. (Masih juga jarang dibuka..huhuhu.. makin jarang adalah)
11. Anugerah paling berharga : Kesihatan yang baik, akal yang waras, nikmat iman dan Islam, hati yang tenang. (Moga nikmat ini berkekalan)

Impian yang belum dicapai dan harap-harap dapat dicapai pada usia ini:

1. Memiliki segulung ijazah yang dah 4 tahun setengah dok gulung sikit-sikit..belum tergulung habis lagi..hehehe.. (hopefully dapat grad awal tahun depan. Tinggal 3 paper je lagi ni..) (Alhamdulillah.. dah berjaya graduate pada 7 Mei 2012 yang lepas dan naik pangkat pada 1 September 2012)
2. Memiliki sebuah mesin jahit untuk menjahit baju suami, anak-anak dan diri sendiri. Opps sebelum tu nak kena pandai membuat baju dulu..hehehe.. (Masih tertinggal di dada wishlist ini..hehe.. ok terpaksa sambung lagi hajat ni..haha)
3. Memiliki sebuah oven elektrik untuk membakar kek dan biskut untuk santapan suami dan anak-anak. Dah ada..baru semangat nak belajar buat kek ye tak? hehehe.. (en asben cakap..kena pandai dan rajin dulu baru beli. Kalau setakat nak buat kek setahun sekali baik tak payah beli oven) (Oven dah berjaya beli. Tapi tang semangat dan rajin tu ke laut..huhu.. dah setahun lebih kot oven tu tak berasap..haha)
4. Memiliki kerajinan dan kekuatan untuk menguruskan rumah tangga..hehehe.. kantoi! macam tak berapa rajin la pulak ayat tersiratnya ye! (Saya kena sambung lagi hajat ni..huhu..)
5. Menang peraduan apa-apa aje yang menawarkan hadiah lumayan! hahahaha..kayo makcik! boleh beli perkara 2 dan 3 di atas! dan juga melangsaikan hutang piutang.. Boleh jugak buat GA kat blog ni. Korang juga yang bertuah nanti! hehehe.. baik korang doakan impian makcik ni! ekekeke... (Saya sambung lagi hajat ni. Tak pernah menang lagi sebab takde satu peraduan pun berjaya dimasuki..hehehe. Harap dapat menang sebuah rumah semi-D pun ok gak ni..haha)
6. Tidak mengandung lagi pada umur ni.. kalau tak..punah lagi impian 2 tahun fully breastfeed Razin..hehehe.. (Memang hajat tak mengandung tu tertunai tapi hajat fully breastfeed tu tak berjaya. Dapat 1 tahun 6 bulan je. Kena azam lain untuk next baby la kan?)
7. Memiliki seutas jam tangan yang cantik supaya lebih menepati masa dan dapat melakukan tugas dan kerja rumah dengan pantas ..hehehe.. bunyi macam nak bagi hint kat seseorang je kan? ekekekeke.. (Ada orang tak paham la pulak hint ni. Last-last i beli sendiri je uolls..haha. Tapi jam tu tak mempengaruhi pon ketepatan masa dan kepantasan kerja i..haha)
8. Dapat sesuatu yang menggembirakan semasa PM bentangkan bajet 2012 nanti..hehehe.. (Memang dapat sesuatu yang menggembirakan. Harap juga untuk tahun ni. Minggu depan kan?)

Itu je kot wish list sempena birthday saya hari ni. (Saya berhajat untuk review yang dulu punya wish list je untuk kali ni)

Sebelum mengundur diri.. terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah wish birthday kat saya hari ni sama ada melalui FB, Whatsapp, sms, call dan yang sama waktu dengannya.

Terima kasih atas ucapan dan doa kalian. Moga doa yang baik kembali kepada orang yang mendoakan jua..

Friday, June 20, 2014

Conteng Dinding : The Art From The Heart

The art from the heart la sangat! huhuhuhu..
Siapa ada kecik kat rumah, fenomena dinding penuh panorama yang menyakitkan mata mesti ada kan? 

Peringkat awal, memang wajib kena marah la diorang ni..
Tapi lama-lama dah tak kuasa nak marah dah..
Tup-tup ada lagi je yang bertambah.
Tak kuasa dah nak marah.

Lantaklah anak..
Rangsanglah kreativiti kalian..
Dalam rumah takpe jangan conteng dinding kat tempat lain sudah!

Belilah buku banyak mana pun.. dinding jugak dia tuju.
Tampal la kertas majung kat dinding sekalipun.. ehh dia nak juga terlebih dari garisan sempadan kertas tu..huhuhu..
Cuma cat dinding dengan cat yang boleh padam tu yang tak beli lagi.

Mari kita lihat hasil kerja bebudak kreatif ni conteng dinding.
Sila pilih contengan mana paling kreatif.
Biar gambar-gambar ni jadi bukti masa diorang jadi mak ayah nanti.
Tak leh la nak marah anak-anak diorang conteng dinding nanti..
penyakit keturunan da.. hehehe..

Sejak umur belum setahun dah buat keje ni.. inikan pulak dah umur dekat 5 tahun.. Hampir  5 thn pengalaman tu..hehe

Mural in the house
Rayyan kata ni gambar Doraemon
Wah.. pandainya anak mummy mengira!

Dah macam papan hitam dah..

Aik? nama mummy pun ada? Tapi bukan mummy yang buat ye..

Antara mama, buku dan baca.. nak start yang mana dulu?
Game ni pun ada?

Nampak macam handphone. Mummy tanya, "Rayyan, ni apa?" " Air kotak " Jawabnya

Semua makhluk dilukis dengan senyuman.. Maknanya.. ia dilukis oleh hati pelukis yang gembira kan?

Cantik jugak model ni bila tengok banyak kali..hehe..

Ukir nama di dinding.. tanda sayang abang pada adik?

Manisnya senyuman makhluk ni..

Makhluk ni nampak kurang gembira.. mungkin baru lepas kena marah kot?

Panorama indah (la sangat..)

Macam mana? Boleh imagine tak macam mana meriahnya rumah saya?
Ada yang berminat nak buat mural kat rumah tak? 
Contact i ye..hehe..
Biar adik-beradik 3R ni kerjakan! Muahahahaha..

Saturday, June 14, 2014

Kapsul Jiwa : In sha Allah, pasti ada baiknya...

Lama sungguh blog ini tidak dikemaskini. Paling lama dalam sejarah ketamadunan blog ini..huhuhu.. Kalau masih nak melayan rasa yang sangat malas ini.. tinggal kenangan je la blog mamiraysha ni. Maaf kepada yang ternanti-nanti entry terbaru di sini. Maaf juga kepada yang tinggalkan komen tapi lambat dapat respon dari saya. Saya masih wujud. Masa lapang saya je yang tak berapa nak wujud. Dan masalah paling besar.. virus malas sentiasa menguasai diri! Antibodi tak cukup kuat ni.. mana nak beli?

Sebagai salam kembali dari saya, saya nak kongsikan satu kisah yang saya rasa tersentuh membacanya. Mungkin peringatan dari Allah untuk saya melalui pembacaan santai majalah kecil molek, Mastika. 

Ceritanya begini..

Ada seorang raja yang mempunyai seorang sahabat yang bijaksana dan terkenal dengan ketakwaannya.  Setiap apa yang berlaku, sahabat raja ini akan berkata, "In sha Allah, pasti ada baiknya." Kata-kata ini sentiasa meniti di bibir sahabat raja ini walaupun kejadian yang berlaku adalah kejadian yang tidak diingini dan menyedihkan.

Pada suatu hari, raja mempelawa sahabatnya ini memburu bersama-sama baginda ke dalam hutan belantara. Sedang asyik berburu, tiba-tiba berlaku kemalangan kecil yang menyebabkan salah satu jari raja luka dan terputus terkena pisau.

"In sha Allah, pasti ada baiknya." ujar sahabat raja dengan tenang walau hakikatnya raja berada dalam kesakitan.

Mendengar patah-patah kata yang keluar dari mulut sahabatnya itu, raja berasa sangat marah. Baginda berasakan seolah-olah sahabatnya itu tiada sensitiviti langsung tentang perasaan baginda. Lantas, baginda menyuruh pengawal membawa sahabatnya itu pulang untuk dipenjarakan. Pun begitu, sahabatnya itu tetap mengulangi ayat yang sama, "In sha Allah, pasti ada baiknya."

Tanpa sahabat baginda, raja meneruskan pemburuan dengan beberapa orang pengawal pengiring. Walau bagaimanapun, sedang asyik dengan aktivitinya itu, si raja tersesat di dalam hutan dan terpisah daripada pengawal pengiring baginda.

Sedang mencari-cari jalan keluar, raja terserempak dengan sekumpulan puak yang mengamalkan ritual pelik. Lantas, raja ditangkap untuk dijadikan korban dalam upacara ritual mereka.

Bagi memenuhi syarat-syarat ritual tersebut, si raja perlu diperiksa terlebih dahulu. Namun ketika pemeriksaan, mereka dapati si raja itu seorang yang cacat. Sedangkan mereka perlu menyediakan korban yang sempurna fizikalnya untuk dijadikan korban dalam upacara ritual tersebut. 

Akhirnya, raja dilepaskan semula oleh puak tersebut. Kembalilah raja ke istana dan segera baginda menemui sahabatnya yang dipenjarakan lantas membebaskannya semula.

" Saat engkau mengatakan 'In sha Allah, pasti ada baiknya' ketika jariku terpotong, aku berasa sangat marah. Namun, baru aku sedar bahawa kebaikannya itu memang ada. Kerana jari yang hilang, aku selamat daripada menjadi korban puak yang tinggal di dalam hutan itu. " kata raja yang telah mula memahami apa yang tersirat daripada kata-kata sahabatnya itu.

" Tapi, aku ingin bertanya. Jika itu kebaikan untuk aku, apa pula kebaikan untuk kamu apabila dipenjarakan?" tanya raja.

" Pasti ada baiknya aku dipenjarakan. Jika aku masih bersamamu ketika itu, pasti aku yang akan dijadikan korban sebagai penggantimu. Sesuatu yang kita tidak suka atau membuat kita marah, mungkin ia adalah yang terbaik untuk diri kita. In sha Allah, hanya Dia yang lebih mengetahui rahsianya." jawab sahabatnya itu sambil tersenyum.

- Petikan cerita dari majalah Mastika Jun 2014.

Kesimpulan daripada cerita di atas, setiap apa yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya. Kita perlu berlapang dada dan redha dengan apa jua yang telah ditakdirkan untuk kita. Allah tidak memberi kita apa yang kita hendak tetapi Dia memberi kita apa yang kita perlu. Allah knows best! 


Pasti ada baiknya.. mengapa Allah ciptakan landak ini sebegini rupa..

" Sharing is caring "
Love :  mamiraysha

Sunday, March 23, 2014

Diploma Pengurusan Hartanah

Keputusan SPM baru je diumumkan 3 hari lepas kan?
So, macam mana result adik-adik akak? Best? Tak best? Macam best? Hampir best?
Apapun keputusannya.. kena redha ye.. itulah rezeki yang Allah dan peruntukkan kat kita.
Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Jangan frust bila result yang kita dapat menyebabkan kita tak layak apply kursus yang kita minat. Ia bukan penamat kepada perjalanan menuntut ilmu ye adik-adik. Banyak lagi bidang yang tak berapa glamour yang mungkin lebih sesuai untuk kalian.
Dah tak yah nak sedih-sedih bagai..

Hari ni akak (tetiba lak jadi akak kan? Memang dah masuk golongan akak-akak dah pun.. belum makcik-makcik lagi..hihi..) bermurah hati nak melaksanakan khidmat masyarakat kepada adik-adik yang baru dapat result SPM ni. Tengah sibuk isi borang online UPU kan? Mesti tengah pening nak apply course apa kan? 8 pulak tu..huhu.. yang minat.. syarat minimum tak lepas pulak. Akak faham, sebab lama gak la akak dan adik ipar akak mengadap borang tu semalam. Akak pun mengalami simptom-simptom pening tu jugak la.

Adik-adik ada nampak tak dalam senarai kursus yang ditawarkan tu ada Kursus Diploma Pengurusan Hartanah? Ada 2 universiti yang tawarkan iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Mesti ada yang tertanya-tanya kursus apa kan? Meh.. akak bagi pencerahan dalam entry ni. Tapi kena baca sampai abis tau. Akak ko ni memang panjang ceritanya nak bolehkan sampai ke maksud asal..hehe..

Kronologi

Pejam celik pejam celik (Alhamdulillah.. Allah masih pinjamkan nyawa.. mampu celik semula selepas pejam mata).. tahun ni tahun ke-11 akak berkerja dalam bidang hartanah ni berbekalkan Diploma Pengurusan Hartanah akak dulu. Itulah titik tolak akak tercebur dalam bidang ni. 

Macam kalian juga, akak tak kenal pun kursus ni dulu. Belajar apa.. keluar nanti kerja apa.. semuanya tidak terjangkau dek fikiran akak ni. Akak appy ni dulu pun atas saranan pakcik. Tu pun third choice. Masa zaman akak apply melalui UPU dulu (tahun 1999), 5 pilihan kursus je boleh buat. Pakcik akak yang sibuk sarankan course ni dulupun bukannya tahu pun kursus ni belajar apa. Nak tahu apa dia cakap masa sarankan couse ni?


"Ko try apply course Pengurusan Hartanah ni. Macam tak glamour je Pak Man tengok. Kalau ko apply course Sains Komputer ni, course ni glamour. Mesti ramai yang apply. So, chance untuk ko dapat tu kurang.. banyak saingan. Kalau course tak glamour ni, tak ramai apply. Kebarangkalian nak dapat tu tinggi."

Nasib baiklah akak ko ni jenis yang boleh terima nasihat orang..hehehe. Akak terima saranan pakcik akak dan apply juga kursus ni. Tak glamour pun tak glamour la. Janji dapat..hehe.. Tak nak pakai uniform sekolah lagi.. tak nak masuk Tingkatan 6. Itu dalam kepala akak masa tu.

Nak tahu apa pilihan pertama akak? Kursus Bimbingan dan Kaunseling (UTM). Akak minat bidang ni dan lepas syarat universiti dan program. Takde rezeki. Tapi kan.. sebenarnya kursus yang paling akak nak apply ialah Pengurusan Hotel dan yang berkaitan dengannya. Tapi melampau tau.. diorang tetapkan syarat kena credit dalam bahasa inggeris. Adeh! akak ko ni setakat lulus je bahasa inggeris tu.. maklumlah anak melayu sejatilah kononnya..kehkehkeh.. 

Pilihan kedua akak pulak ialah Diploma Perakaunan (UTM). Konon terer la belajar prinsip akaun.. nak jadi akauntan. Hehehe.. takde la terer mana. Dapat A2 je dulu.. tu pun siap tido rumah member 2,3 hari nak berguru punya pasal. Member akak ni memang ikhlas mengajar akak. Akak lebih faham dia ajar dari cikgu ajar..hahaha. Maklumla.. bahasa cikgu tinggi sangat. Dah jadi cikgu pun member akak ni sekarang. Thanks Hasanah! (akak tahu dia tak baca pun coretan ni.. saje je nak abadikan nama dia di sini. Upps lupa cerita.. dia dapat A1 subjek ni tau. Tak jadi akauntan pun.)

Pilihan ke-3, Diploma Pengurusan Hartanah. Pilihan ke-4, Diploma Pengurusan Ladang (UiTM) (bajet boleh jadi pengurus ladang) dan Pilihan terakhir rasanya Kursus Pra-perakaunan kot (tapi bidang perakaunan jugak la. Begitu mendalam minat, sanggup apply pra pun pra la janji boleh jadi akauntan..haha..) (UiTM).

Nak tahu tak apa cita-cita asal akak? Sejak dari darjah 1.. cita-cita akak nak jadi cikgu. Konsisten uolls cita-cita tu sampai la tingkatan 4. Tapi masa tingkatan 4, cikgu tanya satu kelas cita-cita nak jadi apa? Lepas sorang, sorang bagitau cita-cita.. Ada yang nak jadi doktor.. akauntan.. engineer.. arkitek.. tapi sorang pun takde yang nak jadi cikgu..huhuhu.. tiba turn akak kena jawab.. terus tukar.. nak jadi akauntan..hehehe.. macam malu je nak cakap nak jadi cikgu sedangkan kawan-kawan yang lain gempak je cita-cita diorang. Hahaha.. sangat teruk ini orang. Tak tetap pendirian langsung! (Jangan salah faham ye. Bukan akak nak down gredkan profesion perguruan tau. Ini apa yang akak fikir pada masa tu. Ye la.. fikiran mentah lagi. Akak respek profesion ni. Mereka orang yang ikhlas dan sabar. Sebab tu la ramai anak-anak guru yang berjaya dalam hidup. Mungkin akak tak cukup sabar untuk jadi seorang guru.. tu yang Allah takdirkan akak di bidang lain. Tapi minat akak nak jadi cikgu tak pernah pudar tau. Mungkin lepas ni aim untuk jadi pensyarah pulak) 

Kita merancang.. Allah juga merancang.. tetapi perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Ditakdirkan akak terpilih untuk mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Hartanah dan ditempatkan di Kampus Shah Alam. Masa zaman akak ni, ada 2 cawangan UiTM yang ada course Pengurusan Hartanah ni. Shah Alam dan Seri Iskandar, Perak. Tapi sekarang hanya ada di Seri Iskandar, Perak. Shah Alam hanya untuk degree sahaja.

Belajar apa?

Pengurusan Hartanah. Tentulah pasal menguruskan hartanah kan? Dalam bahasa inggeris disebut Estate Management. Tapi jangan salah faham pulak ingat Estate Management tu pengurusan estet atau ladang. Kalau pengurusan ladang dipanggil Plantation Management. UiTM memang sebut Estate Management. Tapi di UTM dipanggil Property Management. Kadang-kadang sebut Real Estate Management. Akak punya degree dia tulis Bachelor of Science (Property Management) tapi kat dalam transkrip pulak tulis Bachelor of Science (Real Estate Management). Ah.. lantaklah janji dah laku pun degree tu.. yang penting ia membawa maksud yang sama. 

Tapi apa itu hartanah atau harta tanah ini? Senang cerita.. ia adalah harta berupa tanah yang meliputi segala apa yang ada atas tanah, bawah tanah, atas tanah, yang melekat atas tanah, yang melekat kat benda yang melekat atas tanah serta tanah yang diliputi air. Contoh: tanah, bangunan, yang melekat secara kekal kat bangunan, tasik, sungai, tumbuh-tumbuhan, bahan galian, lombong, kuari, ruang udara.. haish! banyak betul kalau nak senarai. Nanti adik-adik akan jumpa definisi tanah di bawah Seksyen 5, Kanun Tanah Negara 1965 ye. Kang akak masukkan definisi tanah kat sini kang dah jadi lecture note la pulak..hehe..

Apa yang adik-adik akan belajar dalam course ni?

1) Penilaian

Ini merupakan subjek utama course ini. Wajib lulus tau subjek ni. Dalam subjek ni banyak guna matematik. Sebab tu syarat minimum untuk masuk kursus ni kena credit matematik iaitu sekurang-kurangnya gred C. Takde la matematik yang susah macam add math atau calculus tu. Ada la sifir penilaian yang kena hafal dan kena tahu nak implement masa bila. Lain-lain pengiraan macam matematik biasa.. campur tolak bahagi darab. Lain kaedah penilaian lain cara pengiraannya. Contoh pengiraan.. berapa perlu dilaburkan sekarang untuk mencapai simpanan RM50,000 pada 10 tahun lagi jika kadar pulangan 5% setahun. Hah.. kena kira la untuk dapatkan jawapan dengan menggunakan formula yang diajar. Interesting sebenarnya subjek ni. Uolls akan belajar macam mana nak tentukan nilai pasaran harta tanah. Kalau nak nilai tanah kosong guna kaedah apa, nak menilai stesyen minyak guna kaedah apa, nak nilai hotel guna kaedah apa, nak nilai shopping complex guna kaedah apa.. semua akan diajar.

Konsep penting subjek ini ialah penilaian itu art and science. Ada elemen sains dan seni. sains merujuk kepada formula dan pengiraan yang digunakan, manakala seni itu merujuk kepada pendapat dan pandangan yang diadun bersama bukti-bukti data yang ada. 

Pening? Jangan pening lagi.. interesting tau. Uolls akan dapat ilmu tentang harta tanah yang bukan semua orang ada. Uolls akan tahu apa faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai harta tanah. See.. nanti kalau nak melabur dalam bidang harta tanah ni.. uolls akan tahu patut tak beli sesuatu harta tanah tu atau sebaliknya.

Soalan first assignment akak subjek ni dulu ialah " Apa yang anda akan lakukan jika anda ada wang sebanyak RM1 juta." begitulah lebih kurang tajuk assignmentnya. Sampai sekarang akak ingat!

Opps lupa nak bagitau.. macam mana nak menilai orang takde diajar dalam subjek ni ye. Hanya menilai harta tanah. Macam mana nak menilai orang.. sila ambik kelas dengan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah la kot.

2) Undang-undang

Antara subjek penting dalam course ni. Belajar undang-undang.. terutama yang related dengan harta tanah. First semester biasanya diajar asas perundangan.. undang-undang kontrak, agensi dan tort. Kemudian disusuli setiap semester dengan undang-undang yang lain. Antara akta berkaitan yang adik-adik akan belajar ialah Kanun Tanah Negara 1965, Akta Setem 1949, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Pengambilan Tanah 1960, Akta Penilai Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Bangunan Seragam 1984, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Pengurusan dan Penyenggaraan) 2007 (akta ni akan dimansuh dan akan diganti dengan Akta Pengurusan Strata 2013) serta ada sikit sentuh Perlembagaan Persekutuan.. Fuh! sakit otak akak nak recall dik non..

Kenapa kena belajar undang-undang? Sangat penting adik-adik.. sebab harta tanah banyak kaitannya dengan undang-undang. Banyak undang-undang yang mengawal harta tanah ni. Penting untuk kita tahu undang-undang supaya tindakan yang kita buat tidak menyalahi undang-undang dan sebagai panduan untuk kita membuat keputusan mengikut peruntukan yang ada.

Akak paling suka subjek law ni. Nak apply kursus undang-undang dulu tak layak.. bahasa inggeris setakat lulus je..huhu.. So, kepada mereka yang minat belajar undang-undang tapi tak lepas nak apply course untuk jadi lawyer.. boleh la apply kursus Pengurusan Hartanah ni. Boleh jugak feel jadi lawyer..hehe.. Still boleh jugak merasa naik mahkamah, jadi saksi pakar, buat written reply untuk mempertahankan nilaian.. bila adik-adik jadi pegawai penilaian kerajaan atau penilai berdaftar di firma penilaian swasta.

3) Bangunan

Subjek ni pun penting jugak. Adik-adik akan belajar semua elemen-elemen yang menjadikan bangunan tu. Ada part yang kena melukis struktur bangunan termasuk asas, dinding, bumbung, pintu, tingkap dan sebagainya. Tengok.. ada gak lukis-melukis. Boleh la feel macam arkitek sikit..hehe.. 

Selain itu, akan diajar juga tentang building services iaitu perkhidmatan2 bangunan seperti sistem bekalan air, bekalan elektrik, sanitari, perkhidmatan lif, sistem pencegahan kebakaran dan sebagainya. Building maintenance.. penyenggaraan bangunan juga turut diajar. Macam mana nak rancang penyenggaraan bangunan. Penting untuk kita tahu kerana penyenggaraan bangunan yang betul akan mengekalkan nilai harta tanah. Bila dah belajar, kita akan tahu bahawa aspek penyenggaraan bangunan ini sangat perlu diambil kira ketika peringkat design bangunan lagi. Hah.. macam mana? Ada feel macam engineer lak kan? hehe..

4) Ekonomi

Ini pun subjek penting jugak. Macam-macam ekonomi kena belajar. Ekonomi Mikro, Ekonomi Makro, Ekonomi Tanah, Ekonomi Perbandaran.. semua diajar. Ekonomi rumah tangga je tak termasuk. Nilai harta tanah juga sangat dipengaruhi oleh ekonomi. Ye.. anda akan rasa macam ahli ekonomi sekejap.. ala-ala adam smith..hehe.. Tapi kalau anda rasa macam ala-ala mark adam.. nampaknya anda tido dalam kelas! haha

5) Prinsip akaun

Subjek ni masa akak belajar dulu, jumpa masa final semester je. Belajar akaun macam sekolah menengah dulu. Penting untuk tahu sebab lulusan pengurusan hartanah ni boleh jadi pengurus harta. Pengurus harta kena pandai akaun ye. Ehm.. walaupun akak tak dapat jadi akauntan.. tapi still boleh lagi belajar dan feel macam akauntan kan? hehe..

6) Lain-lain

Dik.. akak dah agak penat menaip..huhuhu.. akak ringkaskan je boleh? Subjek-subjek lain yang akan adik belajar ialah marketing, perejenan harta tanah, keusahawanan, bahasa inggeris, pendidikan islam, komputer dalam pengurusan harta tanah, perancangan bandar, statistik, ukur tanah, dan beberapa lagi subjek yang mungkin akak tak senaraikan. Tak boleh nak recall semua.. maklumlah dah kurang muda..hehe.. Namun begitu, suka akak nak ingatkan bahawa nama subjek mungkin berbeza-beza ikut universiti antara UTM dan UiTM. Akak dulu buat diploma di UiTM, so perkongsian ni tertakluk kepada pengalaman akak la ye. Lagi satu tertinggal, di UiTM, satu semester diperuntukkan untuk student menjalani latihan industri (practical) di mana-mana firma penilaian swasta atau Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta atau majlis daerah/perbandaran/bandaraya yang dipilih. Masa akak dulu, praktikal di semester ke-5. Tapi sekarang dah tukar.. semester akhir pulak iaitu di semester ke-6.

Senang ke belajar course ni?

Soalan glamour bakal-bakal student kan? Serius cakap dik.. belajar kat sekolah menengah lagi susah! Belum tentu apa yang kita belajar ditanya masa exam kan? Peperiksaan SPM contohnya, merangkumi pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5. Banyak tu.. tapi tak semua keluar exam kan? Kita pun tak tahu mana yang keluar mana yang tidak. Yang buat soalan orang lain.. yang tanda kertas orang lain. Berbeza dekat Universiti.. apa yang awak belajar tu la yang akan keluar exam. Orang yang mengajar awak tu la yang buat soalan exam dan tanda kertas jawapan awak. Senang kan?

Senang-senang pun.. ada juga yang kena dismiss tau dik. Bukan sebab senang ke susah sesuatu course tu.. tapi lebih kepada sikap dan minat individu itu. Kuliah jangan ponteng, assignment kena buat sungguh-sungguh, sentiasa ulang kaji, rajin cari maklumat tambahan.. itu semua faktor kejayaan. 

Ramai juga student yang cemerlang semasa SPM tetapi terkandas semasa di universiti. Bukan sebab tak pandai atau course susah.. tapi macam akak katakan tadi.. sikap. Tiada jalan pintas untuk berjaya kecuali dengan usaha!

Sebelum mula belajar.. kena tanamkan minat dan azam dalam hati. Niat kena betulkan. Menuntut ilmu kerana Allah..


Kerjaya

Boleh kerja apa dengan Diploma Pengurusan Hartanah ni? Confirm adik-adik tak boleh nak jadi doktor dengan diploma ni. Salah course ok. Berikut adalah beberapa pekerjaan yang adik-adik boleh ceburi:

1) Penilai

Penilai yang dimaksudkan adalah Penilai harta tanah ye. Takde kena-mengena dengan penilaian peperiksaan. Ada juga yang salah faham bila cakap kerja kita sebagai penilai. Mereka ingatkan ada kena-mengena dengan peperiksaan. Mungkin terpengaruh dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kot..hehe. 

Ada dua sektor yang boleh diceburi iaitu sektor kerajaan dan sektor swasta. Jika sektor kerajaan, dengan diploma ini, adik-adik layak menjawat jawatan Penolong Pegawai Penilaian W27 dengan gaji pokok permulaan RM1,742.28 dan kenaikan tahunan RM145. Jawatan ini paling banyak ditawarkan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia. Jika dengan JPPH, jawatan ini adalah jawatan persekutuan dan kalian boleh merasa bertugas di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu, ada juga jawatan ini ditawarkan di majlis-majlis daerah/ perbandaran/ bandaraya. Masih menggunakan nama jawatan dan skim gaji yang sama tetapi perjawatan ini adalah perjawatan kerajaan tempatan yang mana kebarangkalian untuk berpindah ke tempat lain hampir tiada dan kemungkinan besar kekal di situ sehingga pencen.

Tugas utama seorang penilai ialah menilai harta tanah. Dalam kata lain, menentukan nilai pasaran harta tanah. Sebelum sesuatu nilai itu ditentukan/ dianggarkan, bukti-bukti jual beli perlu dianalisis, data-data berkaitan perlu diambil dan disemak, lawat periksa tapak perlu dilakukan, mengukur bangunan jika ada bangunan yang terlibat dan lain-lain tugas yang berkaitan.

So, kerja seorang penilai bukan sentiasa di pejabat. Ada masanya mereka perlu keluar pejabat untuk melakukan lawat periksa harta tanah yang hendak dinilai. Jika ada bangunan yang terlibat, bangunan perlu diukur untuk mengetahui keluasan bangunan jika tiada pelan bangunan dikemukakan. Siapa yang suka environment kerja yang tidak memerap sepenuhnya di pejabat, bidang ini sangat sesuai untuk anda. Tapi bagi mereka yang sangat menjaga kecantikan kulit sehingga tak sanggup terdedah kepada matahari.. mungkin anda perlu pertimbangkan dulu untuk memohon kursus ini.

Bestnya kerja ni, kita tidak perlu menghadap kerja yang sama setiap hari. Rutin kerja yang tidak membosankan kerana walaupun membuat kerja yang sama iaitu menilai tetapi kita akan berdepan dengan kes yang berlainan setiap hari. Setiap harta tanah adalah unik. Sama tetapi tidak semestinya serupa.

Tak banyak beza dari segi kerja sama ada anda penilai kerajaan atau penilai swasta. Prinsip penilaian tetap sama. Kerja-kerja penilaian juga sama.

2) Pengurus Harta

Selain bidang penilaian, adik-adik juga boleh menceburi bidang pengurusan harta. Bidang tugas utama tentunya menguruskan harta tanah. Biasanya syarikat besar, shopping complex, perumahan strata dan kompleks pejabat memerlukan khidmat pengurus harta. Antara tugas seorang pengurus harta ialah menguruskan penyewaan bangunan, penyenggaraan bangunan, menguruskan kontrak-kontrak yang berkaitan dengan perkhidmatan yang terdapat dalam bangunan, memastikan insuran yang mencukupi bagi bangunan, iklan/ promosi/ publisiti terhadap harta serta penyediaan laporan yang dikehendaki. 

Rasanya tiada dalam jawatan kerajaan pengurus harta ni. Kalau di JPPH, penilai juga yang menjalankan kerja-kerja pengurusan harta tetapi hanya segelintir yang ditugaskan kerana core business JPPH ialah perkhidmatan penilaian. Begitu juga penilai di majlis, mereka juga turut menggunakan penilai untuk menguruskan harta.

3) Ejen harta tanah

Adik-adik juga layak untuk menjadi ejen harta tanah dengan diploma ini. Tugas utama seorang ejen harta tanah ialah menjadi ejen untuk jual beli harta tanah termasuk juga sewaan harta tanah. Tugas anda ialah mencari pembeli jika client anda hendak menjual hartanahnya. Begitu juga sebaliknya, jika client anda ingin membeli.. tugas anda ialah mencari penjual harta tanah yang diinginkan. Begitu juga untuk sewaan harta tanah. Walau bagaimanapun, hanya ejen hartanah yang berdaftar sahaja yang layak menerima fee. Tetapi dibenarkan jika pekerja syarikat perejenan harta tanah yang menjalankan tugas untuk ejen harta tanah berdaftar tu. Fee yang dikenakan ialah 2.5% hingga 3% daripada nilai harta tanah yang berjaya dijual beli. Sangat lumayan kan? Manakala fee untuk sewaan depends on panjang tempoh sewaan. Kalau sehingga 3 tahun, fee dikenakan 1.25 bulan dari sewa kasar. Lagi panjang tempoh, lagi tinggi fee dia tau. Fee minimum pulak sebulan sewa.

Memang sangat boleh untuk kaya jika menceburi bidang ejen harta tanah ni. Kalau adik-adik berkerja dengan syarikat ejen harta tanah ni tanpa berdaftar sendiri, akak tak pasti pulak tentang pembahagian fee tu. Ada syarikat yang mengagihkan 40% - 60%. Nasihat akak, baik adik jadi je ejen harta tanah berdaftar. Macam mana? dengan diploma pengurusan hartanah ni, adik dah lepas 1 step. Then, kena lalui Ujian kecekapan (Test of Professional Competence) dan temuduga yang dilaksanakan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen harta tanah. 

4) Penolong Pegawai Tadbir N27

Dengan diploma ini juga, anda layak untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 di sektor kerajaan. Lari bidang sikit.. memang tak jumpa kerja-kerja menilai harta tanah di sini. Kalau ada pun mungkin kena menilai staf kot..hehe..

Kerja macam mana? Tugas utama lebih kepada pentadbiran pejabat. Menguruskan cuti, gaji, kenaikan pangkat, tata tertib, pengesahan jawatan, kewangan dan sebagainya. Kerja ni most of the time memang kena duduk dalam pejabat la. Tak perlu keluar untuk membuat lawat periksa harta tanah. Sesuai la untuk cik kak yang sangat menjaga kecantikan kulit tadi..hehe...

Lupa nak cerita.. jawatan ini adalah jawatan gunasama tau. Maksudnya adik-adik boleh bertukar di mana-mana jabatan kerajaan yang ada jawatan Penolong Pegawai Tadbir. Boleh la dapat pengalaman kerja di hospital, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba, dan sebagainya. 

5) Lain-lain

Selain yang dinyatakan di atas, anda mungkin boleh berkerja dengan pemaju hartanah (developer). Biasanya bagi pemaju-pemaju yang besar, mereka mempunyai penilai mereka sendiri untuk menasihati mereka berkenaan pelaburan harta tanah dan penilaian harta tanah, selain boleh juga dijadikan sebagai pengurus projek. Memang sangat menguntungkan jika pemaju hartanah ini menggaji seseorang yang ada lulusan dalam bidang harta tanah ni. Boleh jimat apa.. gaji seorang tapi boleh buat macam-macam benda. Start dari nak rancang projek, semasa projek sampai la nak pasarkan projek tu (buat marketing). 

Selain itu, anda juga boleh menjadi penganggur terhormat tanpa apa-apa pekerjaan sekiranya malas mencari kerja! 

Kemajuan kerjaya   

Anda boleh meningkatkan taraf pendidikan ke tingkat yang lebih tinggi dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah. Kalau diploma tadi ada 2 IPTA yang tawarkan, tapi untuk degree ini up lagi sikit. Universiti Tun Hussien Onn dan Universiti Malaya juga ada course ni selain UTM dan UiTM.

Dengan ijazah ini, anda layak untuk menjawat jawatan Pegawai Penilaian W41 di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga majlis-majlis perbandaran/ bandaraya.

Kalau minat nak kerja mengurus staf dan pejabat, boleh apply jadi Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) macam Ariana Rose dan Harith..hehehe..

Dengan ijazah ini juga, anda layak untuk menjadi Penilai Berdaftar (Registered Valuer) yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH). Caranya.. kena daftar dengan LPPEH sebagai penilai percubaan. Tempoh percubaan adalah selama 2 thn. Dalam tempoh ini anda perlu mengisi buku log yang dicatatkan kerja-kerja yang anda lakukan sepanjang tempoh tersebut. Dalam masa yang sama, anda juga perlu menyiapkan 2 task. Setelah cukup tempoh, anda perlu menghadiri temuduga yang merangkumi presentation 2 task tadi dan soalan-soalan lain yang merangkumi bidang penilaian, pengurusan harta, perejenan harta tanah serta perundangan dan percukaian. Temuduga ini akan mengambil masa selama 3 jam. Jika ada bidang yang tak lulus, kena repeat interview bidang itu sahaja.

Akak ni pun sedang dalam edah percubaan ni dik. Sangat tak sempat untuk isi buku log tersebut. Bulan 7 ni genap setahun, kena hantar untuk disemak dan disahkan then sambung lagi rekod untuk 1 thn lagi. Tahun depan baru boleh interview kalau siap la..huhuhu..

Jika anda telah menjadi Penilai Berdaftar, automatik anda juga akan dapat lesen Pengurus Harta Berdaftar dan juga Ejen Harta Tanah Berdaftar. Orang cakap sign anda laku.. dan boleh buka company sendiri atau jadi share partner. Nanti check kat laman web LPPEH ni ye untuk tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat, etika, fee dan sebagainya. Tak larat dah akak ko ni nak menaip lagi. Panjang berjela dah entry ni.

Profesional

Penilai merupakan pekerjaan profesional yang mana anda perlu ada kelulusan berkaitan sahaja untuk menjadi seorang Penilai. Tak boleh nak jadi penilai kalau anda ambil course Pentadbiran Awam ke Seni Bina ke Kejururawatan ke.. 

Sebagaimana profession professional yang lain, Penilai juga dikawal oleh satu lembaga (jangan takut.. ini lembaga tak menakutkan punya..hehe..) iaitu Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (BOVEA) yang ditubuhkan di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981.

Oleh yang demikian, walau sign dah laku pun.. seorang penilai, pengurus harta dan ejen harta tanah still terikat dengan Akta Penilai ini dan perlu mematuhi segala kod etika dan peraturan yang telah ditetapkan. Fee yang boleh dikenakan juga perlu tertakluk kepada Akta ini.

Akhir kata

Fuhh!! sampai juga garisan penamat! hehehe..  macam mana? boleh bayangkan tak masa depan anda kalau kerja bidang harta tanah ni? Minat? Tak minat? Keputusan di tangan anda ye adik-adik. Apa-apapun akak doakan supaya adik-adik berjaya dalam hidup tidak kira bidang apapun kalian ceburi. Sebelum apply sesuatu course itu, sila semak dahulu syarat-syarat yang ditetapkan oleh sesuatu kursus itu supaya anda tidak di'reject'!

Bidang apapun yang bakal anda tuntut ilmunya, belajar rajin-rajin, jangan culture shock! Zaman sekarang ni sangat sukar untuk mendapat pekerjaan. Pointer yang baik mungkin boleh jadi kelebihan untuk melepasi tapisan temuduga tetapi belum tentu berjaya. Ada faktor lain yang diambil kira seperti keyakinan diri, communication skill, leadership, kebolehan berbahasa inggeris dan sebagainya. So, selain belajar dan belajar.. jangan lupa develop kemahiran generik anda juga ye! Tak payah nak jadi ulat buku sangat sampai tak joint aktiviti persatuan dan sebagainya.

Sunday, March 16, 2014

Beguk boleh menyebabkan kemandulan?

Jumaat lepas, ada seorang rakan pejabat bertanyakan khabar anak-anak saya. Semua sedia maklum anak-anak saya masuk hospital. Berikut adalah sedutan lebih kurang dialog kami:

" Alhamdulillah.. sihat dah. Cuma yang kecik pulak ada bengkak kat leher sebelah kanan sekarang ni." terang saya.
" Eh, beguk tu. Anak lelaki ke anak perempuan? " balas beliau.
" Anak lelaki kak. " jawab saya.
" Jangan biarkan. Anak lelaki kalau kena baguk, boleh tak dapat anak nanti. Kalau melarat dia boleh effect ***** dia." terang beliau lagi.
" Ye ke kak? Alamak.. tak dapat cucu pulak aku nanti.. " jawab saya agak terkejut dengan statement yang diberikan.
" Kau letak nila campur cuka.. sapu kat tempat bengkak tu. " saran beliau lagi memberikan petua.
" Alamak! rumah saya takde nila dengan cuka la kak. Takpe, nanti saya bawak pergi klinik la kak." jawab saya.

Rentetan itu, semalam saya bawa Razin ke klinik. 

  
                                    

Doktor check suhu badan Razin, tak demam.
Doktor pegang-pegang bengkak tu.. tak sakit (doktor tengok air muka Razin ketika memegang bengkak untuk melihat reaksi beliau).
Razin boleh selamba kunyah ribena pestil lagi depan doktor.
Doktor kata kalau beguk.. pegang kat tempat bengkak akan sakit. Kunyah pun tak boleh, sakit.
Doktor check tonsil, tak bengkak.
Doktor cadangkan agar darah Razin diambil. Kalau ada bakteria dalam darah, memang boleh menyebabkan kelenjar bengkak. Itulah puncanya. Tapi kalau dalam darah takde bakteria.. mungkin penyebab lain, dan kena refer hospital.

Berdebar jugak la dada saya bila dengar kesimpulan doktor yang terakhir itu. " Ya Allah, kau sembuhkan lah anak aku. Janganlah kau duga aku dan dia dengan penyakit berbahaya. " Doa saya dalam hati.

Doktor mengambil sampel darah Razin untuk diuji. Bagus betul dia hari ni. Sangat baik dan memberi kerjasama. Langsung tak nangis. Mummy dia pulak yang rasa ngeri tengok doktor tusuk jarum kat belakang tapak tangannya lalu darah merah pekat mengalir ke botol kecil yang telah sedia ditadah. ngeee...

Dalam debar, saya tunggu keputusan darah. 10 hingga 15 minit kata doktor.

   

Tak lama lepas tu, sebagaimana dijanjikan, hematology report dikeluarkan. Doktor sahkan bengkak Razin mungkin disebabkan oleh bakteria kerana bacaan menunjukkan kehadiran bakteria adalah tinggi dalam darah Razin. Doktor akan bagi antibiotik untuk melawan bakteria tersebut. Walau bagaimanapun, kalau bengkak Razin tak surut selepas seminggu, doktor minta datang semula untuk dirujuk ke hospital.

Doktor cakap, kalau bukan disebabkan bakteria, bengkak kelenjar mungkin disebabkan masalah lain seperti kanser. Nauzubillah.. jauhkanlah Ya Allah! sangat ngeri saya mendengarnya. 

Semoga anak mummy cepat sembuh ya sayang!

Saya sempat juga bertanya doktor, betul ke doktor, beguk boleh menyebabkan kemandulan? Doktor cakap, dia tak pernah dengar pulak. Masa belajar dulu pun dia kata dia tak pernah belajar. Mesti orang tua-tua cakap kan? tanyanya. Ehm.. betul tu.

Tapi saya still tak puas hati. Saya try google untuk dapatkan kepastian. Berikut adalah hasil 'google'an saya. Walau bagaimanapun, anda semua diminta untuk menggoogle lebih lanjut untuk lebih kepastian ye.

         
      Beguk boleh sebabkan mandul
BENGKAK di pipi sehingga ke bahagian rahang yang dikenali sebagai penyakit beguk boleh membuatkan penghidapnya berasa malu. Beguk yang juga dikenali sebagai parotitis epidemik menyebabkan bengkak pada kelenjar air liur terutamanya di bahagian hadapan dan bawah telinga.
Namun, kita jangan keliru dengan masalah kelenjar parotid yang nampak seperti beguk, kerana ia juga boleh membengkak atau mengalami keradangan disebabkan faktor lain.
Menurut Pensyarah Kanan dan Pakar Otorinolaringologi, Universiti Sains Malaysia, Kota Bahru, Kelantan, Dr. Irfan Mohamad, beguk berpunca daripada jangkitan paramiksovirus.
“Virus itu boleh berjangkit secara langsung melalui batuk, bersin atau melalui mata, hidung serta mulut.
“Perkongsian makanan dan minuman atau bekasnya dengan penghidapnya menyebabkan berlaku transmisi kerana terdapat percampuran air liur,” ujar Irfan.
Tambahnya, beguk merupakan penyakit yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak sebelum era vaksinasi.
“Sekiranya ia berlaku pada orang dewasa, komplikasinya mungkin lebih teruk seperti radang testis yang boleh menyebabkan kemandulan,” katanya.
Kadar komplikasinya juga akan meningkat seiring pertambahan usia si penghidap. Kata Irfan, jika tidak dirawat secara intensif, jangkitan bakteria akan mengakibatkan berlakunya pengumpulan nanah dalam kelenjar.
Tanda spesifik
Contohnya, kanak-kanak mungkin sembuh sepenuhnya tanpa sebarang kesan susulan, tetapi bagi seorang lelaki dewasa yang menghidap beguk, ia mungkin berakhir dengan kemandulan.
Salah satu komplikasi parotitis viral ini ialah ia merebak ke organ lain.
“Antara organ yang sering dijangkiti ialah sistem pembiakan lelaki dan wanita.
“Jangkitan pada testis akan menyebabkan orkitis manakala jangkitan pada ovari mencetuskan ooforitis. Dalam sesetengah kes, jangkitan pada organ itu akan meningkatkan risiko kemandulan,” katanya.
“Jangkitan lain ialah meningitis (radang selaput otak), pankretitis (radang pankreas), hilang pendengaran jenis sensorineural (akibat kerosakan saraf), dan keguguran janin walaupun jumlahnya kecil,” katanya.
Irfan berkata, tanda-tanda spesifik penghidap penyakit beguk ialah sakit dan bengkak pada kawasan kelenjar parotid malah ia boleh bertambah bengkak jika berlaku aktiviti mengunyah.
“Mengambil makanan yang masam akan menggalakkan sekresi air liur dari kelenjar tersebut lantas meningkatkan rasa sakit kerana kelenjar dipaksa bekerja sedangkan ia mengalami keradangan.
“Selain itu, terdapat tanda-tanda umum seperti demam dan sakit kepala, muntah, di samping simptom jangkitan saluran pernafasan seperti sakit tekak, kering mulut dan sakit telinga,” kata Irfan.
Pencegahan terbaik adalah dengan mendapatkan suntikan vaksin beguk, demam campak dan rubela yang dikenali sebagai MMR. Suntikan itu perlu diberikan kepada kanak-kanak. Ia juga telah dimasukkan ke dalam jadual imunisasi di Malaysia.
Rawatan spesifik
“Ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi yang secukupnya termasuklah vaksin mencegah beguk.
“Suntikan itu diberikan kepada bayi berumur sekitar 12 bulan,” katanya.
Irfan memberitahu, terdapat beberapa pihak yang berpendapat, penggunaan garam, gula dan nila dapat mengubat penyakit beguk.
“Sebenarnya, tiada penyelidikan saintifik dilakukan untuk mengesahkan keberkesanan pengubatan penyakit beguk dengan pengambilan bahan-bahan tersebut.
“Namun, mungkin bahan tersebut memberikan sedikit kelegaan sama seperti air batu yang bersifat menyejukkan.
“Nila mungkin memberikan kesan penyejukan terutamanya dari sudut psikologi.
“Beguk berpunca daripada jangkitan virus. Justeru, rawatan yang diberikan adalah dengan mengambilan ubat tahan sakit dan mengurangkan demam,” ujarnya.
Jika komplikasi berlaku sehingga merebak ke organ lain, rawatan tambahan yang spesifik perlu dilakukan ke atas pesakit.
“Tiada rawatan spesifik setelah seseorang itu dijangkiti beguk.
“Rawatan yang diberikan hanyalah berbentuk sokongan atau rawatan terhadap komplikasi yang timbul akibat jangkitan itu.
“Imunisasi MMR merupakan kaedah pencegahan yang terbaik setakat ini kerana suntikan itu telah diberikan kepada bayi yang berumur sekitar setahun,” ujarnya.
         Sumber : Kosmo online