Check it out!

Thursday, August 26, 2010

Duit raya untuk kakitangan awam

Dua hari lepas dapat sms daripada seorang kawan berbunyi :

"CUEPACS sudah setuju! Kerajaan jadi bagi bonus hari raya kepada semua kakitangan awam pada 6 September 2010 sebanyak RM1500 kepada kakitangan kumpulan sokongan & RM1000 untuk kumpulan profesional. Pekelilingnya boleh didapati melalui laman web www.jgnharap.gov.my"

Huh! memula tu rasa nak gembira..tapi tahan dulu..tunggu habis baca sms ni..last2 dah agak dah..memang sms nak mengenakan! hahaha..member yang fowardkan sms ni pun sebenarnya dah terkena gak..tu yang nak mengenakan orang lain plak tu..hehe.. biasala time2 macam ni..dikala ramai tertanya2 ada tak bonus tahun ni? dapat bonus tak sebelum raya?..sms macam ni memang bleh sangat nak mengenakan..haha..at least bleh gak wat tersenyum sorang diri..

Saya balas balik sms kat member tu.." Tapi takpe..mane tahu termakbul plak bila ramai mendoakannya.." hehe.. member siap minta 10% lagi kalau betul termakbul..haha..

Malam tadi tengah2 landing nenenkan Rania..member call.." Fa, ada tengok berita tak? Member akak ada sms bgtahu PM ada umum RM500 bonus untuk raya ni. Akan dibayar sebelum 1 syawal..betul ke?" Dengar je pasal bonus.. daripada baik punya landing..terus bangun..hehe..sian Rania..tergendala sebentar penenenannya..hehe..
" Sori kak..saya tak tengok tv pun..sibuk layan anak..yang sorang nak nenen..yang sorang nak tengok upin ipin kat PC. Betul ke kak cite ni? Best gak dapat RM500 daripada tak dapat langsung.." PErsoalan member saya jawab dengan persoalan gak..

En. husband yang terdengar perbualan wifenya ini pun bukakla Astro Awani..memang betul..ada tulis kat bawah tu..kakitangan awam gred 1 hingga 54 dapat duit raya RM500 sebelum 1 syawal. Terus bagitau kat member tadi. suka dia! Bleh baju raya lagi katanya..hehe.. tapi sempat gak wat pesanan.." Jangan lupa duit raya untuk anak2 saya..hehehe.."

Pagi tadi on the way pi keje..dengar lagi berita kat Hot FM..kakitangan awam dan pesara dapat RM500 duit raya yang akan dibayar sebelum 1 Syawal nanti. Alhamdulillah! walaupun tak termakbul exactly macam dalam sms tu..RM500 pun jadilah daripada takde..ye tak? Memandangkan kami suami isteri kakitangan awam..dapatla RM1000. Besar maknanya RM1000 ni kepada kami..terima kasih bebanyak.. Lepas gak duit raya untuk dibagi pada sanak saudara..hehe..

Dalam kete nak pi keje tadi..topik perbincangan dengan husband ialah bajet duit raya..hahaha..duit blum dapat..dah plan nak wat apa duit tu..Sekali PM tarik balik..punah plan! Bajet punya bajet..RM900 untuk duit raya aje (maklumla famili besar)..baki RM100 je tinggal untuk beli baju raya..hehe.. tak bleh la nak top up saving yang semakin susut tu..huhu..

Macam tahun2 sudah..dengan ini diisytiharkan tiada kuih raya kat rumah kami! sape nak datang rumah..kena bawa kuih raya sendiri! hehe.. langkah berjimat cermat..

Sunday, August 22, 2010

EBM 100 darjah celcius

Ari ni Ahad. Kelas abis pukul 12.40 tgh tapi menyimpang pi Giant dulu sebelum balik rumah..tapi dengan izin suami ye. Dia malas nak joint. Nasib baik pun tak joint! Ramai sangat orang..sesak! Nak parking pun susah. Banyak kali gak la wat tawaf qudum kat parking area tu. Kalau En. Husband ikut..gerenti ajak balik..tak mao masuk..hehe..tu la beza orang pompuan dengan orang lelaki ni..orang pompuan ni tabah skit menempuh dugaan dan cabaran..hahaha (mungkinkah bab pi shopping je?)

Dengan masa yang singkat..mamiraysha membeli belah apa yang patut..ikut keperluan aje..walaupun kemahuan itu begitu banyak..hahaha..dah hujung2 bulan ni.. Walaupun beli keperluan je..RM80 jugak la abis..uishh..mahal sungguh harga barang sekarang ni ye.. Tapi nak wat camne..kita pengguna Malaysia ni tak berapa nak guna kuasa pengguna ni.. so, kita tak bleh nak control peniaga daripada naikkan harga barang! Diorang letak harga mahal pun..orang akan beli! Opps..teremosi plak. Macam tak kena je cite ni dengan tajuk entry..hehe..memang takde kena mengena pun..mukadimah je..

Sampai rumah pukul 2.00 petang. Macam biasa..tanya kat En. Husband, berapa botol EBM Rania minum ari ni? " Rania 1 botol, Rayyan 1 botol 100 darjah celcius.." jawabnya. Aik? peliknya jawapan.. bila pandang muka husband minta penjelasan lanjut (macam orang tak paham la)..dia ulang balik jawapan yang sama.. Cepat2 otak wat analisis..ooo.. Rania cuma minum 1 botol je..1 botol lagi termusnah bila daddy tak perasan Rayyan putar setting kat warmer daripada 40 darjah jadi 100 darjah celcius. Fuh! mendidih EBM tu..so termusnahla nutrien susu ibu..


Kedudukan warmer ni memang Rayyan bleh capai pun. Biasanya pintu bilik akan ditutup kalau on kan warmer ni. Mungkin En. husband tak perasan Rayyan putar setting tu sebelum onkan warmer..( i penah gak tak perasan dulu..tetiba rasa botol susu panas sangat masa nak angkat..sekali tengok kat setting..100 darjah celcius! Fuh! Bukan botol susu je..dengan EBM sekali kena steril..hehe..)

Ingatkan nak bersedih pasal 1 botol EBM yang terbuang tu..tapi tak jadi la..sebab banyak lagi kat dlm freezer. Dah takde rezeki nak wat camne.. nanti Allah ganti la dengan rezeki yang lain..ye tak?

Saturday, August 21, 2010

Family Day @ Eagle Ranch, PD

Salam ari Sabtu. Buat apa ari ni? musti ari ni kebanyakannya ambik kesempatan bershopping baju raya kan..hehe.. Saya dah shopping dah Ahad lepas! Bukan tujuan utama sebenarnya.. pi Jusco Wangsa Maju sebenarnya nak bawa anak jalan-jalan sambil beli stok makanan yang kehabisan. Saje je jenjalan kat bahagian baju kanak2..ada lak yg berkenan.. yg penting murah! :-)..beli je lar..

Memandangkan ari ni pukul 2.30 ptg nanti ada kelas..tak pi mana-mana la ari ni. Just dok rumah layan kerenah anak2.. En. husband kat depan layan kerenah si Rayyan.. Isterinya ini ngelat masuk bilik ngadap PC..hehe..(turn dedi plak..tadi Rayyan dah main kuda2 dgn maminya ini..sampai semput la kuda yg puasa ni..)Ini je la kesempatan yg ada sementara Rania tido..

Dah lama dah nak upload gambar family day ni..tapi tak sempat-sempat. Event ni berlangsung pada 24-25 Julai 2010 yang lalu di Eagle Ranch, Port Dickson. Hari Keluarga JPPH Negeri Selangor yang menggabungkan 4 cawangan JPPH (Gombak, Shah Alam, Bangi, Klang). Fuh! ramai sangat.. Sebenarnya saya dan husband ex-staf cawangan Gombak..saje je joint sekali..jumpa member2 lama.. Dengan kos RM200 sefamily..berbaloi rasanya joint!


T-shirt hijau ni semua geng-geng dari JPPH cawangan Gombak. Hah! kat belakang yang nampak skit kaler merah tu plak dari Bangi.. Oren Shah Alam dan biru dari Klang. Seronok juga la dapat tukar2 cite dgn member2 lama. Rasanya inilah first time saya joint family day sejak dah beranak pinak ni. Anak2 memang happy sebab jumpa ramai rakan sebaya..

Rania mandi kat swimming pool.. tapi still takut2 nak mandi.. ceh! penat je mummy beli baju mandi dia.

Rania kira ok la nak gak masuk swimming pool tu.. si abangnya Rayyan ni..langsung tak nak masuk! Tapi bila difikir2kan balik..kira orait gak la. Nanti kalau suka sangat mandi kolam ni..susah gak la nak kena pi cari swimming pool selalu..hehe..


Hah ini dia budak yang paling seronok bermain kat sini. Sorang2 dia pun jadi main lari2.. penat gak la nak pantau dia sorang ni. Lari sana..lari sini..nak ikut orang tu..nak ikut orang ni.. aduih! bila tanya umur berapa tahun..dia jawab.. " tige aun.." sambil tunjuk 3 jarinya..puas la mummy ajar 2 thn..dia bleh advance plak setahun lg..


Rayyan dan daddy! Like father like son?


Gambar ni bukannya nak tunjuk sangat mamiraysha berposing dengan topi yang daddy beli RM10 kat Teluk Kemang..tapi nak tunjuk si budak Rayyan yang tengah berlari kat belakang tu..hahaha..dia tak heran pun mummy dan daddy dia..yang penting dia enjoy!



Antara gambar-gambar Rayyan yang berjaya disnap!


Tiga budak kecik ni sebaya. Dulu mummy, ummi, mama diorang ni sesama pregnen masa kat JPPH Gombak dulu..hehe.. Rania lahir 11.10.09 (ngam2 lahir tarikh due), Farha lahir 25.10.09 (lewat 10 hari dari tarikh due) dan Aiman lahir sama dgn farha 25.10.09..tapi sebelah malam (lewat 2 hari kot dr tarikh due). Ngam2 Rania berusia 2 minggu..diorang ni lahir. Biasala..kalau satu opis tu..kalau dah sorang pregnen..yang lain berjangkit la..hahaha..selain kami bertiga dulu..lepas tu ada 5 orang lagi menyusul mengikut jejak langkah kami. So, staf asyik cuti bersalin aje la opis tu.. :-) Nak wat camne..menyahut seruan kerajaan..nak meramaikan penduduk Malaysia! (Meramaikan umat Nabi Muhammad).

Walaupun sebaya, perkembangan mereka berbeza. Farha dan Aiman dah tumbuh gigi..Rania tak tumbuh2 gigi lagi. Aiman dah pandai jalan. Rania pandai duduk dan panjat2. Farha pandai merangkak dan hampir nak duduk. Takpe la..yang penting mereka semua sihat! Farha ni sebenarnya adik susuan Rania..tapi mummy mampu bagi sekejap je..sebab lepas tu mummy tak mampu nak bagi lagi..huhu..sorry sayang..farha terpaksa minum susu formula..


Ini jalan kami yang punya! hehehe..pepagi lagi..jalan clear..jalan pun jalan la..macamla takde tempat lain nak posing ye.. Mata Rayyan bengkak akibat nangis sambil tido.. siang dah penat sangat..malam apa lagi wat perangai la..then, bangun tido mata bengkak.

Akhirnya dapat gak la bergambar 1 family! memang susah sebenarnya nak dpt snap gambar kami 1 family. Maklumla..kalau tak si daddy jadi photographer..si mummy la jadi photographernye..hehe..macamana nak cukup korum. Oppss! baru perasan yang gambar ni kami tersusun ikut turutan ketinggian..hahaha..macam tangga kat belakang tu plak. Latar belakang yang macam kereta kuda tu la penginapan kami. Kat Eagle Ranch ni konsepnye ala-ala cowboy. Dalam rumah kuda ni macam bilik hotel biasa..ada air-cond, tv, heater, kettle..tapi bezanya design lampu dlm bilik ni macam lampu minyak tanah..cahaya pun oren kekuningan..sakit gak la mata mak budak ni..hehe..kalau pi honeymoon lampu camni ok la kot..hehe..

Hah! ni la dia lampu yang dingumpatkan itu. Bukan lampu ni aje..almari nak simpan baju pun ditukang sendiri guna kayu..unik juga la..rasa macam di perkampungan cowboy plak! tapi ada skit kekurangan.. Pihak pengurusan lupa plak bagi pistol kat kami sorang satu! kalau tak kompem macam koboi..

Sekian saja laporan aktiviti riadah kami. Sebanyak 270 lebih gak la gambar disnap masa ni. Tapi ni je la yg dipilih untuk dikongsikan. Ni la first time percutian kami sekeluarga.. Tak puas rasanya 2 hari 1 malam kat sini. Next percutian..en. husband cakap tunggu Rania dah sebesar Rayyan..ehm..bulan 11 tahun depan tuu.. (En. husband tak larat nak handle budak kecik berdua ni..huhu..) Harap2 tahun depan belum dapat lagi baby baru..kalau tak..percutian itu nanti terpaksa di extend 2 thn lagi..huhu.. fuh! kalau camtu bila nak pi bercuti daa..

Untuk percutian yang tahun depan tu..mamiraysha telah melancarkan 1 tabung. Tabung Holiday namanya..hehe.. baru je dilancarkan 1 Ramadhan ari tu.. siap pesan lagi kat en. husband, " Sila pastikan anda tidak meletak wang bersepah2.. kalau tak..wang itu akan dikutip dan dimasukkan ke dalam Tabung Holiday ni.." :-)

Tak banyak pun bajet untuk tabung ni.. RM20 je sebulan. Biar sikit tapi konsisten daripada banyak tapi tak konsisten..hehe.. pepatah yang dipegang oleh orang yang tak berapa nak kaya ni..haha.. Sikit2 lama2 jadi bukit kan.. So, bila jejak bulan 11 tahun depan..terkumpulla RM320. Ehm..walaupun tak berapa nak banyak.. at least tak banyak la nak topup nanti.. Agak2 dengan RM320 ni dapat pi mana ek?

Friday, August 20, 2010

Kapsul Jiwa : Bersedekah Mendatangkan Berkah

" Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) seseorang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai berbuah seratus biji. Allah melipat gandakan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha luas (pemberianNya), lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 261)

Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam kerana ia melambangkan kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturrahim di antara sesama muslim. Dengan demikian, sedekah adalah satu cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba.

"Hai orang-orang yang beriman...! Nafkahkanlah sebahagian rezeki yang telah Kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang-orang kafir itu adalah golongan yang zalim." (Al-Baqarah : 254)

Firman Allah di atas mengandungi pengertian bahawa sebagai orang yang beriman, hendaklah kita menafkahkan sebahagian kurnia Allah yang telah kita terima untuk keperluan orang lain yang memerlukan atau untuk kepentingandan kesejahteran umum yang diredhai oleh Allah SWT. Memberikan sebahagian harta benda untuk keperluan-keperluan tersebutdalam Islam dikenali sebagai infaq dan yang lebih dikenali di kalangan masyarakat dengan sebutan sedekah.

Bersedekah Mendatangkan Berkah

Selain daripada menyuburkan harta, sedekah juga mendatangkan berkah kepada orang yang melakukannya. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, ketika pulang dari rumah Rasulullah SAW, Ali bin Abi Thalib menemui isterinya, Fatimah Az-Zahra', puteri Rasulullah SAW.

" Wahai wanita mulia..! Adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu ketika ini..?, tanyanya.

" Demi Allah, wahai suamiku..! Aku tidak mempunyai sesuatu untuk dimakan..!", jawab Fatimah. " Tapi aku ada mempunyai wang sebanyak enam dirham..!", katanya.

" Dari mana engkau memperolehi wang itu..?", tanya Ali.

" Salman yang memberikan kepadaku, sebagai upah memintal tali..!", jawab Fatimah. " Wang ini hendak kubelikan makanan untuk Hasan dan Husain..!", tambahnya.

" Kalau begitu, biarlah aku sendiri yang membelinya, berikanlah wang itu kepadaku...!, pinta Ali.

Kemudian Fatimah menyerahkan wang itu kepada suaminya dan Ali terus pergi membeli makanan. Ketika dalam perjalanan beliau bertemu dengan seorang lelaki yang mengatakan : " Adakah sesiapa yang mahu meminjami Allah Yang Maha Pengasih dan menepati janji..?", ujar lelaki itu.

Mendengar ucapan lelaki itu, Ali teringat bahawa di dalam sakunya ada wang enam dirham. Maka tanpa berfikir panjang lagi, beliau memberikan semua wang itu kepada lelaki tersebut. Kemudian beliau kembali ke rumahnya dengan tangan kosong.

Fatimah menangis melihat kedatangan suaminya dengan tangan hampa itu, sedangkan kedua-dua putera mereka sangat memerlukan makanan.

" Wahai wanita mulia, mengapa engkau menangis..?", tanya Ali dengan lemah lembut.

" Wahai Ali..! Aku sedih kerana engkau pulang tanpa membawa sesuatu untuk anak-anak kita..!", jawab Fatimah sambil menghapus air mata di pipinya.

" Wang yang aku bawa tadi, telah aku pinjamkan kepada Allah..!", jelas Ali.

" Alhamdulillah..! Aku sungguh gembira mendengar penjelasanmu, wahai suamiku..!, jawab Fatimah.

Tidak lama kemudian, Ali keluar rumah hendak menemui Rasulullah SAW. Dalam perjalanan, beliau bertemu dengan seorang Badwi yang menuntun seekor unta.

" Wahai Abu Hasan..! Belilah untaku ini..!, ucap Badwi itu.

" Aku tidak mempunyai wang untuk membayarnya..!", jawab Ali

" Engkau boleh membayarnya pada bila-bila masa..!", jelas Badwi itu.

" Kalau begitu, baiklah..! Tapi berapa harganya..?", tanya Ali

" Tidak mahal..! Hanya seratus dirham saja..!", jelas Badwi itu lagi.

" Kalau begitu, aku setuju untuk membelinya..!", jawab Ali.

Kemudian pemilik unta itu menyerahkan untanya kepada Ali, dan Ali meneruskan perjalanan sambil menuntun (memimpin) unta yang baru dibelinya itu.

Baru beberapa langkah beliau berjalan, beliau bertemu pula dengan seorang Badwi, dan lelaki Badwi itu menghampiri beliau.

" Wahai Abu Hasan..! Apakah engkau hendak menjual unta ini..?", tanya Badwi itu.

" Entahlah..! Unta ini baru saja aku beli dengan harga 100 dirham, dan belum lagi aku bayar wangnya kepada pemiliknya..!", jelas Ali dengan jujurnya.

" Kalu begitu, setujukah engkau jika aku beli untamu dengan harga 300 dirham..?", tanya Badwi itu.

Ali bersetuju dengan tawaran harga yang diberikan oleh lelaki Badwi itu. Lalu berlakulah jual beli di antara mereka. Ali menyerahkan unta itu, dan Badwi itu membayarnya dengan wang tunai sebanyak 300 dirham kepada Ali.

Selepas itu, Ali segera pulang ke rumahnya dengan perasaan gembira.

" Apakah yang engkau bawa, wahai Abu Hasan..?", tanya Fatimah.

" Wahai puteri Rasulullah..! Aku membeli seekor unta dengan harga 100 dirham secara berhutang, kemudian aku menjualnya 300 dirham dengan cara tunai..!", jelas Ali.

" Alhamdulillah..!". jawab Fatimah.

Kemudian Ali meneruskan hasratnya hendak menemui Rasulullah SAW di Masjidil Haram. Rasulullah SAW tersenyum melihat Ali memasuki masjid dengan wajah gembira.

Selepas memberi salam, Ali duduk di samping Rasulullah SAW.

" Wahai Abu Hasan..! Ceritakanlah apa yang berlaku kepada dirimu sebentar tadi..!", ujar Rasulullah SAW sambil menoleh kepada menantu dan sahabatnya itu.

" Lebih baik engkau saja yang bercerita, wahai Rasulullah..!", jawab Ali.

" Wahai Abu Hasan..!", Tegur Rasulullah SAW. " Tahukah engkau siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli untamu tadi..?", tanya baginda.

" Hanya Allah dan RasulNya sajalah yang tahu..!", jawab Ali.

" Berbahagialah engkau, wahai Abu Hasan..! Engkau telah meminjamkan kepada Allah sebanyak 6 dirham. Maka Allah menggantikannya dengan 300 dirham. Setiap 1 dirham diganti dengan 50 dirham..!", jelas Rasulullah.

" Tapi siapakah Badwi itu, ya Rasulullah..? Bagaimana dengan hutangku yang 100 dirham itu..?", tanya Ali bersungguh-sungguh.

" Badwi yang pertama adalah Jibril, manakala Badwi yang kedua ialah Mikail. Adapun hutang yang engkau sebutkan itu telah diberikan oleh Allah kepadamu..!", tegas Rasulullah SAW.

Demikianlah Allah telah membalas satu kebaikan dengan 50 kali ganda, kepada hambaNya yang bersedekah semata-mata kerana mengharap keredhaanNya.

"Jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan nikmatKu kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), sesungguhnya azabKu sangat pedih." (Surah Ibrahim : 7)

Sumber : Amalan membersihkan jiwa dan Harta, Akmal Hj. Mhd. Zain : Darul Nu'man

Thursday, August 19, 2010

16 September : Cuti Umum Hari Malaysia

Beberapa hari yang lalu ada terdengar kat berita Hot FM pasal cuti umum Hari Malaysia. Malangnya..tak berapa nak dengar plak bila start cuti umum tu. Tahun lepas takde plak. Start tahun ni ke tahun depan? Seronok gak kalau betul cuti umum.. belek punya belek kat kalender..16 september tu jatuh pada hari khamis..lepas raya.. wow! bleh jimat cuti rehat 1 ari ni..hehe.. maklumla nak cuti strait seminggu lepas raya..

Pertanyaan yang berlegar di kepala..cuti tu start tahun ni ke tahun depan? Ehm.. try la search kat internet..harapan sedikit hampa bila ada petikan menyatakan cuti umum tu start tahun depan..keciwa sungguh!

Tapi kan hari ni..seronok balik sebab memang betul cuti umum tu start tahun depan..tapi dari tarikh berita tahun 2009. Hehehe..maknanya start tahun ni la cuti umum Hari Malaysia tu.. Wah..gumbiranya hati.. Tapi rasanya..dah ramai orang tahu pasal cuti ni..i je yang ketinggalan zaman..huhuhu..

Wat mereka yang ketinggalan zaman macam i..bleh la baca petikan berita di bawah untuk kesahihan berita ini..sebelum melombat kegirangan! hehe..

**********

Hari Malaysia 16 September diisytihar cuti umum
Tuesday, October 20th, 2009 at 11:06 am

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.Beliau yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

“Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan daripada penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

“Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia,” katanya.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanya sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia dan jenis-jenis program yang difikirkan berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas bermula tepat pukul 10 pagi ini dengan menyaksikan Perdana Menteri sebagai yang pertama memberikan jawapan bagi sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pagi ini.

Perdana Menteri berkata, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sejak 1963, maka adalah wajar rakyat di keduadua negeri itu menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan social seperti di Semenanjung.

“Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung,” katanya.

Mengenai gagasan 1Malaysia, Najib berkata tujuan utama konsep yang menjadi teras pentadbiran beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Beliau turut menegaskan, perpaduan antara kaum itu juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan terus ditingkatkan.

Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah itu, Perdana Menteri berkata, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus dipertingkat selain pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri itu seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan menambah lebih banyak peruntukan.

“Dengan adanya perpaduan nasional, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek,” katanya.

Najib berkata sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan di dalam negara lebih lima dekad lepas.

“Dan ingatkan bahawa harga keamanan ini adalah terlalu mahal dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bagi sesiapa yang cuba memporakperandakan perpaduan maka merekalah yang sebenarnya menghancurkan keamanan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Marcus mengenai identity yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina atau Thailand, Najib berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsure lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.
“Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan bukan asimilasi seperti negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat (Putatan) tadi seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi. Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka.

“Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian…tiada negara lain seperti Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang), Najib berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

“Ia perjalanan yang lama, tidak mungkin sampai ke penghujung dalam masa sepenggal dua penggal. Kita anggap ia satu kesinambungan, dan insya-Allah apabila kita lakukan satu gagasan 1Malaysia ada nilai yang mendasari gagasan ini dan ia menyokong Wawasan 2020,” katanya.

Abdul Hadi bertanya sama ada dengan penerapan gagasan 1Malaysia, bermakna kerajaan mengetepikan dasardasar terdahulu termasuk Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020. — Bernama

Wednesday, August 18, 2010

Stok EBM update

Salam 8 Ramadhan! Apa la mamiraysha wat pepagi buta kat sini ni? Pukul 1.57 pagi sekarang ni. Tetiba lak rasa nak menulis skit..

Pukul 12.30 pagi terjaga dari tidur..perkara pertama terlintas..memerah susu! Dapat la 4 oz. Alhamdulillah..rezeki di bulan Ramadhan lebih skit berbanding bulan lain..kenapa ek? Mungkin rahmat Allah di bulan yang mulia ini..disamping amalan makan kurma masa sahur dan berbuka kot. Kalau bulan lain..memang tak pandang pun kurma ni..tak suka nak makan..

Stok EBM kat freezer sekarang dah meningkat kepada 18 botol (18x4oz). Walaupun tak sebanyak mana..berbanding member2 yang lain tapi syukur sesangat.. seronok rasa..daripada 2 botol je dalam freezer sebelum ni..sekarang nampak la meriah skit dengan kehadiran 16 botol lagi..

Sebelum Ramadhan ari tu..cuak gak..member2 semua berlumba2 wat stok EBM untuk menghadapi Ramadhan..dibimbangi susu kurang. Saya lak dapat kumpul 10 botol je. Tawakal je la.. kalau ada rezeki Rania..ada la susu nanti.. Alhamdulillah..setakat ni..dirasakan penghasilan susu di bulan Ramadhan lebih skit berbanding bulan2 biasa..

Ini kata2 hikmah yang saya pegang :
" Jangan pandang orang yang di atas kamu.. pandanglah orang yang di bawah kamu.. nescaya kamu akan mensyukuri nikmat Allah kepadamu.."

Kat rumah baby sitter ada 5 botol lagi..dan kat peti sejuk bahagian bawah ada 1 botol untuk dipanaskan esok pagi. Target tak nak usik stok EBM dalam freezer yang 17 botol tu. Walaupun tak semeriah dulu2..tapi stok EBM ni jadi pembakar semangat untuk kumpul lebih banyak lagi.. dan juga penghilang rasa tertekan akibat kurangnya susu disamping pencetus rasa gembira yang amat!

Sekian perkongsian rasa gembira di pagi yang mulia ini..hehe..
(8 keping biskut jacob weetameal telah ditelan saat ni(lapo plak pepagi buta ni))

ok nak pi tido plak..kang pukul 4.30 pagi nak kena bangun untuk prepare lauk ikan bilis goreng + bawang + cili padi + kicap untuk makan sahur..huh! dah lama mengidam nak makan lauk ni.. (alamak! terkecur plak)

Tuesday, August 17, 2010

Pagi yang tak best!

Salam. Mengantuk sungguh hari ini! Jem yang teruk di MRR2 pagi ni sejak pukul 6.40 pagi lagi. Sungguh tension rasa di hati sampaikan mata pun tak lalu nak lelap dalam kete tadi. Nak tahu sesangat apa yang menyebabkan jalan jem seteruk ni sedangkan masih awal pagi lagi.. Sebagaimana yang dijangka..ada accident! kete terbalik!

Kecewa yang amat sangat sebab punch card en. husband merah lagi ari ni. Saya thumb print ngam2 7.30 pagi. Walaupun selamat tapi perasaan still tak tenang kasihankan en. husband. Mana tak kecewa yang amat..harapan untuk tidak lewat lagi hari ni begitu tinggi. Pukul 1.30 pagi saya bangun..iron baju en. husband untuk 3 hari..dan 1 baju saya untuk dipakai hari ni. Siap iron baju..prepare botol2 susu untuk dicuci dan di strill. Siap semua sempat la tido skit lagi dan bangun semula pukul 4.30 pagi.. harapan untuk tidak lewat lagi hari ni terpahat di hati!

Di rumah semua berjalan lancar..en. husband turut membantu apa yang patut. Walaupun masa nak tukarkan CD Rania..Rania yak..sempat lagi la mencucinya. Jam di dinding hampir 6.15 pagi waktu kami kuar rumah. Pastu jiran depan rumah datang plak hantar borang soal selidik banci penduduk untuk diisi. Masuk kereta..jam di dashboard tunjuk pukul 6.30 pagi (jam ni cepat 13 minit). So memang lebih awal daripada biasa. Tapi apakan daya.. Mungkin ada hikmah disebaliknya..

Bila pagi petang asyik terperangkap dalam kesesakan lalu lintas je..rasa nak buat rayuan la supaya dapat kuarters Putrajaya ni cepat. Tak sanggup rasanya nak menempuh jem setiap hari dari Gombak-Bangi-Putrajaya! Tertekan jiwa! Kesian plak kat anak2..sekejap je nampak muka mummy dan daddynya. Dekat pukul 7 ptg baru sampai sekarang ni.. Rania pukul 8 lebih dah ngantuk nak tido.. Pukul 9.30 malam paling lewat Rayyan bleh main dan tido pastu. Pepagi pukul 6.15 pagi dah kena pi rumah baby sitter.. so, berapa jam mummy dan daddy bleh bermesra dan bermain dengan anak2.. Bila badan letih..Rayyan mintak nak main kuda2 pun..mummy tak larat nak layan! (Rayyan kalau dah start main kuda2 ni..tak nak berhenti main)

Tindakan segera perlu dilakukan! Kesian memang kesian kat anak2..macamana la diorang nanti bila dengan pengasuh baru..atau taska.. mereka dah begitu rapat dengan baby sitter sekarang ni.. Semalam masa jemput anak2 kat rumah baby sitter..macam biasa..Rayyan salam neneknya (baby sitter)..siap kiss pipi kiri kanan dan dahi..pastu peluk rindu lagi.. masuk dalam kete..dia cakap "babai..nenek.. sayang..nenek.." tersentuh rasa hati..macamana la bila nenek dan cucu angkat ini dipisahkan..ah..hati..rapuh sungguh kamu!

Apapun..hukum alam.. nak kan sesuatu..kena korbankan sesuatu! Ya Allah pimpinlah hambamu.. kuatkanlah hatiku!

Friday, August 13, 2010

Suatu kisah di bulan ramadhan..

Salam. Tak sangka dah hari ke-3 kita berpuasa ari ni. Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa disamping menyusukan si kecil Rania. Dengan limpah rahmatnya..penghasilan susu masih lagi maintain macam hari tak puasa gak. Doa dipanjatkan agar beginilah hendaknya sehingga habis Ramadhan ni.. Walau tak selumayan mana..syukur ia masih mencukupi untuk keperluan harian Rania..

Hari pertama puasa..sesi pemerahan macam biasa, 3 kali kat opis. Alhamdulillah mampu meneruskan puasa hingga sampai waktu berbuka. Tapi bila dah sampai rumah dlm pukul 6 tu..rasa dah hilang tenaga dah. Rasa tak larat mula menjelma.. Rayyan makan cornetto mini pun rasa kecur semacam..hehe..padahal berminggu-minggu la aiskrim tu duduk dlm freezer..takde perasaan pun nak makan..nafsu..nafsu..liar sungguh kamu ye! Masa blend epal utk buat jus epal..wah..rasa nak minum je..hehe..husband siap sound.."mummy ni..macam budak darjah 2 puasa je.." hehe.. Terpaksa wat jus epal sendiri untuk santapan berbuka sebab kat bazar Ramadhan air semua sold out! dahsyat sungguh! husband cite..banyak makanan yang sold out. So rezeki kami berbuka ari tu ayam percik dan ayam masak lemak cili api. Ok gak..dapatla kami berbuka ala kadar..

Hari kedua puasa, semalam..sesi pemerahan macam biasa gak. Hasil pun maintain macam biasa..16oz. Alhamdulillah mampu gak berpuasa sampai berbuka. Semalam jalan jem yang amat sangat! tambah pulak hujan lebat. Dari Bangi lebih kurang pukul 4.50 ptg..sampai rumah di Gombak lagi 10 minit pukul 7 petang! Aduih..tak bestnya duduk dlm traffic jem!

Dah la jalan jem..perut plak memulas2..bagi isyarat yang penghuni di dalam nak kuar..adus..tertekannya.. bersungguh-sungguh la diri ini menahan agar tidak terburai dalam kereta.. tak sanggup la nak mencucinya.. rasa macam pengalaman bersalin berulang kembali je.. husband kat sebelah siap gelak-gelak lagi..agaknya kelakar kot tengok muka orang yang sedang menahan ni.. huh! tak tentu arah la rasa kat dalam kereta tu. Saat tu..betapa jauhnya perjalanan yang ditempuhi..tak sampai2 lagi..dugaan-dugaan.. Akhirnya berkat kesabaran..sempat juga la..melepaskan hajat kat rumah baby sitter. Anak2 pun dah tak nampak dah.. yang nampak cuma toilet je kat depan mata ni..huhu.. sorry ye nak..mummy tgh emergency! mummy lalu je depan kalian tanpa menyapa kalian..hehe..minta izin pi toilet ngan baby sitter pun tak tunggu baby sitter jawab..dah menonong ke pi dapur terus..hehe..

Bila berlaku kejadian ni..teringat plak teka teki yang baru baca dalam majalah mastika kat opis sebelum tu.. Sebuah kiriman drp Papa Jis, Batu Kurau, Perak..yang berbunyi..

******
Pak Leh berteka teki dengan seorang sahabat. "Kalau kita bawak kereta, apa yang menyebabkan kita rasa tertekan dan lambat nak sampai?"

Sahabat Pak Leh jawab : "Tentulah masa jalan tengah traffic jam!"

"Salah!!!" kata Pak Leh. " Yang paling tertekan dan rasa lambat perjalanan kita, bila perut rasa memulas-mulas nak terkeluar segala isi perut..yakni bila kena cirit-birit..aku dah banyak kali kena!"

******

Masa memula baca teka teki ni..saya rasa teka teki ni ntahapaapantah! Tapi bila dah kena tang batang hidung sendiri..rasa setuju plak dengan jawapan teka teki ni..hahahaha...memang betul! saya pun baru terkena Pak Leh oiii!!

Harap-harap ari ni jalan tak jem (mungkin tidak!)..walaupun jem..harap tak begitu teruk la..dan harap juga perut tak memulas lagi macam semalam..yeah!

Khasiat Habbatus Sauda’

Habbatus Sauda (nigella sative) ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Masyarakat Melayu memanggilnya sebagai jintan hitam. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

• Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
• Antiarthritis, mengubati reumatik.
• Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
• Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
• Antiseptik, mengubati bau mulut.
• Antivirus, mengubati demam dan flu.
• Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
• Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
• Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
• Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
• Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
• Nematocidal, mengubati cacing pita.
• Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di bawah ini disertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:
-monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
-polysaccharide
-fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein
-karotene iaitu sumber vitamin A
-kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Hasil Kajian

Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.

Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan ubat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para doktor di Mesir dan Cina menggunakannya untuk ubat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanser Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSauda menurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demikian tulisan para ilmuwan kanser Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.

Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSaudasebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.

Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.

Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengubatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Sumber : http://aja49.wordpress.com/2007/05/09/khasiat-habbatus-sauda/

Thursday, August 12, 2010

Khasiat Buah Kurma Menurut Al-Quran dan Sains

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.

KHASIAT KURMA

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria

Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.

Dipetik dari : http://www.maxx.my/story.php?title=khasiat-kurma-berdasarkan-al-quran-dan-sains

Petua ibu menyusukan bayi di bulan Ramadan

Menyusukan baby ketika berpuasa di bulan Ramadan merupakan cabaran dan ujian besar kepada golongan ibu ni. Justeru, Islam memberi kelonggaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan mengharuskan mereka berbuka. Walaupun ada kelonggaran ini, kebiasaannya kebanyakan ibu memilih untuk terus berpuasa. Maklum la..betapa sukarnya nak kena ganti nanti di saat orang lain tak berpuasa. Sedikit petua ni mungkin memberi keyakinan untuk ibu-ibu berpuasa dan menyusukan baby. Petua ni saya jumpa dalam majalah mami&baby edisi Ogos 2010, tulisan oleh Kaunselor Laktasi, Zatul-Hijanah Ramzi. Senang je nak amalkan.. tak memerlukan kos yang tinggi pun. Jom try..

1) Masa nak makan nasi ketika sahur tu.. gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Gumpalan pertama, bacakan surah al-Ikhlas sekali kemudian makan gumpalan nasi tersebut. Ulang seperti langkah pertama, ambil gumpalan kedua plak dan bacakan surah al-Ikhlas sekali kemudian makan gumpalan nasi tersebut. Begitu juga untuk yang seterusnya. (Masa sebelum makan gumpalan nasi ni..niatkanlah dihati mohon kepada Allah beri kita kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak serta dikurniakan susu yang banyak). Bila dah habis 3 gumpalan nasi tu..bleh la makan macam biasa.

2) Lepas makan sahur, makan buah kurma sebanyak 7 biji. Setiap sebiji yang nak dimakan..dibacakan selawat ke atas nabi sebanyak 1 kali. Baca selawat 1 kali, makan sebiji. Pastu, baca selawat 1 kali lagi makan sebiji lagi. Buat perkara yang sama sampai habis ketujuh-tujuh biji kurma tersebut. So, 7 biji kurma yang dimakan..7 kali la baca selawat. (Sebelum makan kurma tu..niatkanlah dihati mohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak serta dikurniakan susu yang banyak).

Selain daripada petua di atas, penulis turut menyarankan ibu-ibu supaya menitikberatkan perkara ni:

1) Jangan tinggal sahur! Sabda Rasulullah s.a.w, Bersahurlah kamu sesungguhnya sahur itu mengandungi keberkatan. (Hadith riwayat Al-Imam Bukhary dan Muslim)
2) Cuba minum air yang secukupnya samada pada waktu berbuka mahupun ketika bersahur.
3) Mohonlah kepada Allah agar susu tetap cukup untuk bayi dan kita tetap berupaya untuk melakukan kedua-dua ibadah ni, menyusu dan berpuasa..

Diingatkan juga :

- Puasa sebenarnya tidak akan mengganggu penghasilan susu ibu jika ibu masih meneruskan rutin penyusuan dan pemerahan susu ibu.

- Antara punca kurang susu boleh dikaitkan berlakunya dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda2 dehidrasi adalah seperi tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening2 dan rasa haus yang teruk. Namun begitu, dehidrasi ini tidak akan berlaku dan sangat jarang berlaku jika ibu menitikberatkan amalan bersahur dan mengambil makanan yang seimbang sewaktu berbuka mahupun bersahur.

- Konsep penyusuan susu ibu adalah supply & demand (Penawaran & permintaan). Lagi banyak permintaan..lagi banyakla penawaran (susu ibu terhasil). Inilah satu-satunya cara fisiologi yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. Oleh itu, penyusuan susu ibu masih perlu diteruskan sebanyak 8 hingga 12 kali penyusuan dalam sehari walaupun ibu melakukan ibadah puasa. Bagi kebanyakan kes kurangnya penghasilan susu ialah kerana kurangnya rangsangan pada payudara ibu semasa dalam tempoh berpuasa, ibu kurang yakin yang susu badannya ada ataupun ibu percaya susu badannya hanya terhasil sedikit sahaja semasa beliau berpuasa.

Wednesday, August 11, 2010

Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan

Oleh Dr. Osman Nasir

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang berpuasa). Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya:
"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."

Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud: "Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur."

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?

Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w.. Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.

Air dan Fungsinya.

Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.

Minum Air waktu Sahur

Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh.

Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang.

Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim.

Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.

Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain.

Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna.

Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.

Air Liur

Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada gigi).

Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi.

Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.

Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!

Minum Air Waktu Sahur

Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut.

Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih hidupkerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan yang ada.

Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih hidup dalam keadaan yang sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari tetesan air dalam bumi.

Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti ada air.
Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit,paru-paru dan najis.

Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan. Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.

Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.

Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.

Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai.)

Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid.
Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)- kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan lain-lain penyakit.

Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan makanan manis sedikit.

Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain.
Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.

Source : http://abzahidi2001.tripod.com/

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Bila tulis tajuk entry ni..terasa macam me'welcome' husband sendiri plak..hehe.. mane taknye..inilah namanya! Maklumla..lahir dalam bulan Ramadhan..so, parent in law pun bagi la nama sempena bulan yang mulia ni. Sesiapa jua yang mendengar namanya..kompem tahu yang my husband lahir dalam bulan Ramadhan..hehe..kalau tak tahu juga..tak tahu la nak kata apa..

Dijangka esok akan bermulanya Ramadhan..bermakna..esok dah start kena puasa. Malam ni dah start sembahyang tarawih. Macamana? dah pikir2 juadah bersahur awal pagi esok? Dah pilih nak sembahyang tarawih kat mana? Bagi mummy2 yang ada anak kecik2 ni..kat rumah je la jawabnya. Moga Allah bagi kekuatan untuk melaksanakannya tahun ni! Tahun lepas banyak rongaknya..

Tahun ni merupakan kali ke-4 saya menghadapi Ramadhan sebagai seorang isteri kepada Ramadan! hehe.. First time pada Ramadhan tahun 2007. Ramadhan tahun 2008..first time berpuasa sambil fully breastfeeding baby yang berusia 3 bln lebih (Umar Rayyan). Ramadhan tahun 2009.. fisrt time berpuasa ketika pregnen (8 bulan). Ramadhan tahun 2010 insyaallah..second time berpuasa sambil menyusukan baby yang berusia 10 bulan (Aisya Rania).. Moga Allah memudahkan urusan menunaikan 2 ibadah dalam 1 masa!

Rasanya..Ramadhan kali ni cabaran lebih skit berbanding lepas2. Ramadhan kali ni terpaksa berulang jauh dari rumah ke tempat kerja (Gombak - Bangi)..tambah lagi anak pun dah dua..weekend plak pegi menuntut ilmu dunia.. Kalau dicongak2..bertambah penat agaknya.. Tapi apa-apapun..tiada daya upaya tanpa pertolongan Allah! Moga rahmat Allah di bulan Ramadhan ni.. penat tak terasa! Bleh la tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja dan pelajar ditunaikan dengan sempurna.

Sempena esok dah masuk bulan Ramadhan.. jom kita check balik perkara-perkara yang perlu kita tahu dalam menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan ni.. Ye la, setahun sekali kan..kot-kot terlupa..

Lafaz Niat Puasa Ramadhan


"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

Pada malam 1 Ramadhan, elok ditambah perkataan Arab 'kullihi' (bermaksud: sekeliannya) sebelum lafaz '..LiLLahi Ta'ala'. Jika dibaca, ia bermaksud kita berniat puasa itu merujuk semua/sekelian/seluruh hari dalam bulan Ramadhan. Contohnya seperti berikut:

"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini, sekeliannya- kerana Allah Ta'ala"

Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e - puasanya sah.

Doa berbuka puasa


Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Rukun Puasa

a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Sunat-sunat puasa

a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa

a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa

a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum dengan sengaja
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa

a) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua

Pantang-larang Puasa

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak
mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan nafsu shahwat.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan
perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan
minumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan
minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan
yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa semua! Moga Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas-lepas..

Merawat Kanser Payu Dara Menurut Al-Quran

SETIAP wanita memang gementar apabila disahkan doktor menghidap kanser payu dara kerana penyakit itu memang sukar diubati dan boleh membawa maut. Bagaimanapun, semakin ramai doktor pakar berusaha mencari penawar untuk merawat dan menyembuhkan penyakit berbahaya itu.

Berbagai-bagai pula jenis ubat-ubatan moden dan alternatif muncul di pasaran dengan tujuan yang sama. Usaha mereka amat dihargai dan disanjung walaupun belum berjaya mengubati dan mencegah sepenuhnya. Akan tetapi usaha itu sedikit sebanyak dapat melegakan bebanan jiwa mereka yang sentiasa bimbang kerana penyakit itu boleh membawa maut.

Sesetengah pakar berpendapat punca kanser payu dara berkait rapat dengan makanan dan minuman atau pengambilan ubat-ubatan yang tidak teratur seperti keghairahan wanita untuk awet muda.

Adakalanya ubat-ubatan itu tidak terlepas daripada menimbulkan kesan sampingan terhadap pengguna, tetapi kerana mereka ingin terus kelihatan cantik dan awet muda, mereka kurang memikirkan tentang risikonya terutama wanita yang kukuh kedudukan kewangannya.

Ada juga sesetengah berpendapat bahawa penyakit payu dara disebabkan saluran sel-sel dan tisu organ payu dara tersumbat kerana minyak dan lemak dari makanan dan minuman telah membeku dijaringan dalam payu dara tersebut. Justeru, bagi wanita yang bersuami dianjurkan agar suaminya rajin merawati payu dara isterinya sebelum tidur dan sebagainya.

Bagi wanita yang masih mempunyai anak kecil yang sedang menyusu, maka hendaklah rajin memberi anaknya susu ibu dengan teratur selama dua tahun dan jangan terlalu bergantung pada susu dalam tin yang dijual di pasaran.

Bagaimana pula menurut al-Quran dan hadis tentang sebab terjadi kanser payu dara dan cara merawatnya? Adakah menyamai atau sejalan dengan pendapat pakar perubatan moden?

Perlu kita ketahui bahawa anak cucu keturunan Adam dijadikan oleh Allah daripada 'Sulbi dan taraib’ yakni dari air pati tulang punggung ayah bahagian bawah dan dari air susu atau pati susu ibu. Setiap wanita yang baru melahirkan anak, payu dara mereka dengan tiba-tiba mengandungi air susu untuk disedut oleh anak mereka Sebagai ganti makanan dan minuman untuk bayi membesar. Ini salah satu keajaiban kekuasaan Allah yang banyak mengandungi rahsia.

Di dalam Islam, seorang ibu dianjurkan menyusukan anak mereka selama dua tahun. Air susu tersebut banyak mengandungi khasiat dan manfaat terhadap bagi yang menyusuinya. Begitu juga bagi seorang ibu yang menyusukan anak, di samping mereka seorang yang penyayang, perbuatan itu juga dapat membantu terhindar daripada penyakit kanser atau barah payu dara. Air susu seorang ibu itu pada hakikatnya adalah darah, ia banyak mengandungi berbagai jisim untuk kesihatan tubuh si anak.

Kalau seorang ibu tidak menyusukan anak mereka tanpa alasan yang sah, maka mereka mendapat dua bahaya. Pertama, bahaya mengecewakan anaknya sehingga ibu itu mendapat dosa. Kedua, bahaya akan mendapat penyakit kanser payu dara kerana air susu yang telah disediakan dan diproses oleh Allah dari zat makanan dan minuman melalui saluran payu dara untuk anak yang akan menyusuinya.

Akan tetapi kerana si ibu diburu keinginan untuk kelihatan awet muda dan supaya payu daranya tetap segar dan menggebu, maka dia tidak mahu anaknya bergayut di payu daranya. Mereka biarkan saja air susu itu berkumpul dalam kantung payu daranya, maka lama kelamaan air susu itu akan berubah menjadi darah atau daging atau lemak dalam saluran atau jaringan payu dara itu sehingga jaringan atau saluran tersebut menjadi tersumbat kerananya. Maka, payu dara akan mengeras, bukan mengeras sihat, tapi mengeras bengkak dan terasa sakit kerana tumbuhnya daging atau lemak bukan pada tempatnya. Dan inilah antara penyebab berlakunya kanser.

Untuk mengubati penyakit kanser payu dara itu, ikutilah peraturan di bawah ini. Pertama, sebelum tidur malam, masak beras kira-kira segenggam sampai hampir menjadi lontong. Dalam keadaan panas-panas itu masukkan ke dalam satu plastik, ikat rapat dengan getah dan bungkus kali kedua dengan kain yang agak tebal. Ikat dengan tali atau getah supaya nasi tidak terburai.

Baca Surah Fatihah sekali, Surah Ikhlas tiga kali dan Selawat Nabi tiga kali dengan niat bersungguh-sungguh di dalam hati supaya penyakit kanser itu dilenyapkan Allah SWT. Setelah selesai membaca bacaan tersebut di atas itu, lalu urut-urutkan bungkusan nasi panas itu ke payu dara hingga panasnya meresap ke dalam payu dara sambil membaca kalimat takbir (Allahu Akbar) terus menerus sampai nasi itu dingin.

Lakukan cara begini selama 21 malam. Insya-Allah anda akan melihat manfaatnya luar biasa. Sebagai manusia, kita hanya berusaha dan berikhtiar. Kita wajib yakin bahawa Allah SWT mudah bagi-Nya untuk melenyapkan penyakit itu kembali menjadi air, menjadi angin, menjadi peluh dan sebagainya, dengan berkat kemuliaan dan keagungan wahyu¬Nya yang berupa surah-surah yang dibaca itu dan berkat kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini bahawa tidak ada suatu penyakit pun yang mampu melawan firman Allah SWT.

Dipetik dari Majalah Milenia: Mac 2010, ruangan kesihatan. Oleh Raflis Sabirin

Sumber : http://takiyudin.blogspot.com/

Mereka yang berisiko tinggi mendapat barah payu dara

KETULAN pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree

relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan-pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.

Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya. Untuk mengetahui berat badan unggul, seseorang perlulah mengetahui Body mass index (BMI)nya. Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut:

Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (metres) kuasa dua. Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24. Sebelum puan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan berat badan, puan perlu mengira BMI puan. Jika BMI berada dalam lingkungan yang normal, puan tidak perlu mengurangi berat puan.

Langkah untuk menguruskan badan memerlukan nasihat doktor supaya langkah yang diambil tidak membahayakan kesihatan tubuh badan secara am. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan tenaga yang diperoleh melalui makanan adalah seimbang dengan penggunaannya.

Jika terdapat berlebihan input, penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.

Sumber : http://www.wanitakini.org/forums/index.php?showtopic=1072

Kanser Payu Dara - Punca, Gejala dan Rawatan

Entry sebelum ni saya ada cerita pasal kawan saya yang meninggal dunia akibat kanser payu dara. Takut plak dengar pasal kanser ni.. So, saya minta yahoo search..carikan untuk saya pasal kanser ni. Ini antara artikel yang saya jumpa. Jom kongsi bersama..

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

Sumber : www.kesihatan.biz/artikel/kanser_payudara.php

Monday, August 9, 2010

Kau pergi dulu sahabatku..

Sabtu lalu, Abah saya di kampung call memberi khabaran yang agak mengejutkan. Kawan sepermainan saya sewaktu kecil..telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihiroji'un.. sesungguhnya daripada Allah kita datang..kepada Allah kita kembali.

" Maka apabila sampai ajal mereka, tiada sesiapa dapat mengundurkannya walau sesaat dan tidak pula dapat memajukannya sedikit pun." - Surah al-A'raf, ayat 34

Berita ini tidak saya duga. Arwah muda lagi..baru 30 tahun tahun ni, satu tahun lebih tua daripada saya. Arwah meninggalkan sepasang anak yang masih kecil.. Tersentuh hati mengenangkan nasib anak kecil yang kini menjadi anak yatim..kehilangan tempat bermanja..kehilangan kasih ibu yang tulus.

Terkilan di hati sebab sebagai kawan..saya tak pernah tahu yang kawan saya pernah menderita bertarung nyawa melawan penyakit..Kanser Payu Dara. Terkilan rasa tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.. Baru tersedar..betapa lamanya kami tidak berhubungan antara satu sama lain. Baru teringat.. kali terakhir bersua muka dengan arwah pada tahun 2006, ketika arwah melangsungkan perkahwinan. Selepas masing-masing berumahtangga..amat jarang kami berhubungan..cuma sekali dua ber'sms'. Tak sangka arwah pergi dulu..

Teringat memori masa kecik dengan arwah. Kami selalu main cikgu-cikgu bersama-sama. Kami jadi cikgu dan sorang adik arwah serta sorang adik saya jadi anak muridnya. Papan hitam kami hanya kertas buku latihan sekolah yang dicabut di bahagian tengah dan dilekatkan pada tong bekas susu getah mak arwah. Pensel digunakan untuk menulis pada 'papan hitam' ini. Banyak kenangan masa kecil saya dengan arwah..kerana hanya arwah kawan yang saya ada pada masa tu..

Kalau la saya tahu yang arwah akan pergi dulu..akan saya isi hari-hari terakhir arwah dengan berkongsi suka dan duka hidupnya..menggembirakan hatinya..membantu apa yang patut untuknya.. tapi apakan daya.. rezeki, jodoh, ajal, dan maut ketentuan Allah.. rahsia Allah. Apa yang mampu saya buat untuk arwah sekarang ni hanya mengirimkan surah Al-Fatihah buatnya..dengan iringan doa agar arwah ditempatkan Allah di kalangan hamba2nya yang bertaqwa. Al-Fatihah buat arwah Siti Faridah binti Nil Bungah!

Saturday, August 7, 2010

Aktiviti Hujung Minggu..

Double R sedang tido dengan nyenyaknya sekarang ni.. uii jelesnye tengok mereka tido lena..rasa nak joint sekali je.. tapi apakan daya..sat lagi budak sekolah ini kena pi kelas..huwaaa.. sementara angka jam belum menunjukkan pukul 2 ptg..sempatla mencoret sebaris dua ayat kat sini..hehe..(ada tukang bukak tadi..tak sempat lg si tukang bukak tu menggunakan..si penyibuk ini dah blasah dulu..ngeh3..)

Pagi-pagi lagi double R dah bangun ari ni..macam tahu-tahu je mummy dan daddy mereka plan nak bawa pi jalan-jalan.. tengah siapkan si Rayyan..apa lagi..mulutnya bising la sebut nak balik kampung! aduihh! asyik nak balik kampung je.. ingat kampung tu dekat ke anak oii.. sabo je la.. nama-nama atuk dan pakcik makciknya meniti dibibir si kecik ini.. padahal baru minggu lepas balik kampung.. Rayyan..rayyan.. minggu lepas mummy dah ponteng kelas..minggu ni tak dapat la nak ponteng lagi..nanti cikgu marah! Sorry ye..

Memandangkan masa bersama anak-anak cukup terhad, saya ajak encik husband pi picnic kat luar. Hehehe..bukan berpicnic kat air terjun atau tepi pantai..kat padang permainan je, Taman Metropolitan, Kepong (terkenal sbg taman layang-layang). Jadi la kan.. asalkan bleh berpicnic! Bersarapan la kami di sini (tapau dari kedai makan je)..di atas rumput.. beralaskan tikar buluh yang dibeli di Nilai 3 suatu ketika dulu..sambil..diiringi tiupan angin sepoi2 bahasa..(ade ke? tak perasan plak..haha..saje nak sedapkan ayat..). Best plak rasanya bersarapan kat sini. Insan yang paling seronok adalah Rayyan! bukan main la dia berlari ke sana-sini.. main bola dengan daddy.. makan pun tak nak! minum air je.. Rania? apa lagi..si kecik ni belum pandai jalan lagi..so kena la duduk atas tikar je dengan mummynya ini.. tak sabo nak tengok Rania jalan dan joint Rayyan bermain..

Lebih kurang 2 jam lebih gak la kami di sini.. sampai kepenatan la si Rayyan ni.. Tu yang balik rumah, mandi, minum susu dan terus tido..

Maafla takde sebarang gambar dirakam ketika ini sebab encik husband malas nak angkut kameranya yang berat itu..huhu.. frustnya..padahal ada orang dah pakai baju baru dah..hehe..ingat bleh la posing dengan baju baru..tapi..apakan daya.. siap kena perli lagi.. " Hai mummy, nak pegi tengok rumput pun pakai lawa-lawa.." hahahaha....