Check it out!

Thursday, February 28, 2013

Photobook percuma

Edisi entry menunjuk-nunjuk..hehe..
Barang free..
Free photobook 40 pages
dengan pembelian Fujifilm Camera X10.
Sebab nak dapat photobook percuma ni la terpaksa bersetuju untuk beli kamera tu..hihi..

Sedikit sedutan buku gambar berkenaan..









Sangat puas hati. Boleh buat lagi walaupun kena keluar bajet sendiri.
Dalam 40 muka surat ni, ada 234 keping gambar yang dah dimuatkan.
Mungkin boleh lebih lagi kalau susun dengan padat tanpa meninggalkan ruang kosong..hehe. Agak berbaloi jugak kerana mahal sikit je berbanding cuci manual.
Mengikut kata tuan punya kedai.. harga untuk 40 pages ni lebih kurang RM190 kot.

Kena berazam simpan duit untuk next photobook!
Supaya tak terasa sangat duit keluar selepuk! huhu..

Sunday, February 17, 2013

Mereka merangsang otak.. mummy merangsang kesabaran

Aktiviti 3R hari ini ialah mengasah bakat dalam bidang lukisan.
Kalau sebelum ni, mereka hanya menggunakan pensel warna, crayon dan juga pastel, hari ni upgrade level skit, guna water colour pulak.

Semalam daddy belikan di Parkson Alamanda setelah dah beberapa hari Rania membuat permintaan. Nak kaler macam ciksu dia punya.

Mereka seronok melukis dan bermain dengan warna.
Mummy kena gak berseronok dengan mengemop lantai dan menyental dinding toilet!

Rania mengajar Razin melukis

Rayyan dan Rania mengindahkan pemandangan dalam toilet

Anak-anak mummy memang berbakat (la..sangat)
Dinding rumah ni memang dah penuh dengan hasil kreativiti mereka.
Sangat kreatif sampai mummy tak boleh nak tafsirkan maksud tersirat disebalik kerja tangan mereka. Mereka berganding bahu adik-beradik. Berkerjasama memenuhkan ruang kosong di dinding.
Bukan setakat dinding dalam rumah, di luar rumah turut terlibat sama.
Sampai cop nama mummy turut dicop di sana.
Adeh!!

Tuesday, February 5, 2013

Nak jaga air muka punya pasal

Sebentar tadi, saya naik lif. Bersama-sama saya ada 2 orang lelaki yang sorang tu staf jabatan lain di bawah satu bumbung yang sama dengan saya, manakala seorang lagi tu mungkin pelanggan yang datang untuk berurusan. Memandangkan saya tak tahu nama staf jabatan lain tu, biarlah saya namakan dia Mr Y. Kami memang selalu terserempak di lif dan selalunya hanya menyapa dengan senyuman. 

Saya tidak menekan sebarang butang lif, memandangkan saya nampak butang yang tertera angka 3 telahpun menyala. Semasa lif bergerak dari ground floor, 3 butang lif telah menyala iaitu butang angka 1, 3 dan 5. Mungkin Mr Y yang tekan sebab angka 3 itu ditekan oleh lelaki seorang lagi iaitu pelanggan tadi. Bila pintu lif terbuka di tingkat 1, Mr. Y telah menghulurkan tangannya mempersilakan saya keluar dengan diiringi sekuntum senyuman. Walaupun saya sebenarnya tak bercadangpun nak pergi ke tingkat 1, maka saya pun melangkah keluar dengan terpaksa sambil muka senyum..hehe. Demi menjaga air mukanya yang telah bersungguh-sungguh untuk berbuat baik kepada saya..hahaha..

Sudahnya, terpaksalah saya tunggu lif semula di tingkat 1 untuk naik ke tingkat 3.
Alahai! lama pulak lif ni nak sampai..huhu..
Mungkin Mr Y selalu nampak saya ke tingkat 1 kot sebab tu dia ingat opis saya di situ.
Padahal saya ke tingkat 1 hanya untuk punch card dan urusan pentadbiran aje.
Tempat kerja hakiki saya di tingkat 3..

Apa-apapun, orang berbudi kita berbahasa kann...
Nilai murni budaya kita..

Sunday, February 3, 2013

Mengasah skill memasak

Walaupun mummy anak tukang masak, namun mummy bukanlah jagoan dalam bidang masak-memasak ni. Jauh sekali layak mendaftar diri menyertai Master Chef..haha..
Sedari kecil lagi memang emak tidak menggalakkan mummy memasak.
Biasanya mummy akan dihalau keluar dari dapur kalau menyibuk kat situ bila mak sedang memasak. Mummy hanya akan disuruh memasak bila mak tak sihat aje. Tu pun mak akan keluarkan arahan dari semasa ke semasa apa yang perlu diletak. Menu biasa yang mummy kena masak ialah telur masak kicap..hehe..

Walaupun mummy tidak diharapkan untuk menyediakan hidangan keluarga, namun mummy still tahu asas memasak. Mummy tahu masak semua feveret mummy je. Paling feveret ialah sambal. Maka, segala jenis sambal adalah kepakaran mummy hehe..

Masa bujang-bujang dulu.. sedara mara memang suka mengusik. Mummy digelar hantu sambal. Diorang kata untung siapa dapat kahwin dengan mummy. Jimat belanja katanya. Tak perlu belanja lebih untuk beli lauk-pauk. Beli lada kering berkilo-kilo dengan ikan bilis aje..hehe.

Tapi hakikatnya..sekarang tidaklah begitu. Takdela encik asben beli lada kering berkilo-kilo. Takde la jimat mana pun, sebab perbelanjaan tertinggi adalah membeli makanan sama ada yang sedia dimakan atau sedia untuk dimasak.

Kalau hari-hari biasa.. encik asben memang tak galakkan saya memasak. Kenapa? sebab saya masak sangat lambat..hehe. Dah boleh masak dengan pantas..baru boleh masak katanya. Maka.. hanya dihujung minggu sajalah mummy dapat mengasah skill memasak mummy.

Kalau semalam mummy masak spaghetti untuk sarapan pagi, hari ni mummy masak nasi lemak pulak. Kalau semalam kita ke barat, hari ni kita ke timur la pulak. Mummy geledah peti ais pagi tadi, ternampak ada daun pandan yang masih elok dan belum kering lagi. Nampak pulak daun pisang yang masih elok tak berusik sejak beli 2 minggu lepas. Ada 7 biji telur ayam jugak. Check kabinet dapur, ada 1 kotak santan. Yes! cukup bahan nak masak nasi lemak!
Takde timun takpe.. sebab mummy tak gemar makan timun..hihi..

Mummy start masuk dapur ialah pukul 7.20 pagi. Siap masak sepenuhnya ialah pukul 9 pagi. Hehe.. kalau masuk pertandingan, lama dah tersingkir..kahkahkah..

Edisi nasi lemak sebelum ini..mummy terlupa bubuh garam kat nasi lemak. Hari ni mummy tak lupa lagi! Alhamdulillah! tak gagal nasi lemak mummy hari ni.

Sambal hari ni agak special sikit sebab gula yang dibubuh ke dalam sambal ini terdiri daripada 3 jenis gula. Memang tak dirancang. Sedang memasak sambal, tiba untuk memasukkan gula, sekali tengok dalam bekas gula, gula pasir tinggal sikit aje. Tak cukup. Alamak! mana nak cari gula ni. Check dalam peti ais, ada sedikit gula kastor. Ah belasah masukkan jugak..janji akan memaniskan sambal ni. Try cuba test sikit, masih tak balance rasa masin dan manis ni. Geledah lagi kabinet dapur, alhamdulillah, jumpa pulak dengan gula icing yang masih belum buka. Maka terselamatlah sambal nasi lemak mummy dari kegagalan.

Air teh minum pagi ni pun terpaksa guna gula icing. Rasa of course la manis sebab gula kan.. cuma warna air teh tu agak keruh sikit. 


Sangat puas dapat makan nasi lemak masak sendiri. Boleh tambah  banyak mana pun nak makan..
tanpa malu dan segan..hihi..

Saturday, February 2, 2013

Sabtu di pejabat

Hari ni sepatutnya mummy berehat dan meluangkan masa bersama dengan suami dan anak-anak di rumah.
Walau bagaimanapun, tuntutan tugas memerlukan mummy mengorbankan masa tersebut.
Rasa bersalah tetap ada, walaupun mummy menggagahkan diri jugak melangkah masuk ke opis. Bersalah rasanya menggunakan masa yang sepatutnya untuk keluarga. Tapi nak buat macam mana, mummy bukan boboiboy yang boleh berpecah 3. Sorang boleh pergi opis, sorang boleh duduk rumah, sorang boleh pergi shopping. 

Masa 8 jam yang diperuntukkan satu hari berkerja memang tidak cukup untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Permohonan nilaian tidak mengira berapa banyak kes yang perlu kita handle dalam tangan. Dateline tetap sama. Dikira dari tarikh permohonan diterima. 3 hari, 5 hari, 8 hari dan 10 hari bergantung kepada maksud nilaian. Nama je opis kat shopping complex, tak sempat lagi mummy nak bershopping dengan kompleks di sini kecuali singgah sekejap pasaraya sebelum balik untuk beli barang dapur dan jajan anak-anak.

Bukan mummy sorang yang berkerja pada hari ni. Ada lebih kurang 7 orang jugak la yang bertungkus-lumus mengejar dateline. Mummy ditemani oleh Razin hari ni. Saje je mummy bawak untuk meringankan beban daddy menjaga anak-anak yang ditinggalkan. Mummy sebenarnya plan nak bawa Rania dan Razin. Tinggalkan Rayyan sorang kat rumah. Tetiba pulak Rania tak nak ikut bila mummy cakap nak hantar pi sekolah (taska) sebab mummy nak pergi kerja. Sebenarnya mummy cakap begitu supaya Rayyan tak nak ikut sebab memang dia tak suka pergi sekolah..hehe. Dah itu pilihan Rania, maka beliau ditinggalkan.

4 jam 10 minit mummy di pejabat hari ni. 1.30 petang sampai 5.40 petang. Walaupun kerja masih tak selesai, mummy balik juga la. Mummy kena punch card kat rumah pulak..hihi. Walau tak sempat selesai.. at least separuh kerja dah selesai! Isnin nanti mummy boleh fokus kes yang lain pulak.

Seserabut meja mummy, macam tu la serabutnya fikiran mummy.

Good boy Razin hari ni. Langsung tak buat perangai. Sambil mummy menaip, sambil Razin menenen.
Akhirnya tidur kepenatan.

Friday, February 1, 2013

Permulaan yang hambar

Dah masuk bulan Februari dah hari ni!
Huaaa.. cepatnya masa berlalu. Tak larat la nak berkejar-kejaran dengan masa.
Nampaknya.. permulaan tahun ni nampak hambar je blog ni ye.
Bulan lepas 2 entry aje rupanya.
Konon.. nak target 10 entry sebulan. Huhuhu.. akan tercapaikah KPI tahun ni?
Wait and see la ye..

Minggu ini saya sangat penat berkerja. Komitmen yang diberikan telah melebihi 100% sehingga ada komitmen lain yang terabai. Minta maaf banyak-banyak kat en asben dan anak-anak. Hampir setiap hari balik malam minggu ni. Gara-gara bos nak bersara. Last day semalam. Menyiapkan kerja yang tak surut-surut untuk vetting dengan beliau.
Kerja yang sedia ada belum selesai, datang lagi kerja lain menuntut penyelesaian.
Selagi ada harta tanah kat Malaysia ni, nampaknya.. kerja menilai harta tanah takkan habis..huhu. Sepantas masa yang beredar, semua orang menuntut segalanya mesti pantas. Capek deh!

Ini bukan keluhan tetapi luahan sebab hampir tak tertahan. hehe.. Semoga Allah pinjamkan saya kekuatan menempuh cabaran. Apa-apapun.. saya percaya ini Allah punya didikan untuk saya jadi yang lebih baik.