Check it out!

Friday, March 30, 2012

Tamat sudah perjalanan 4.5 tahun bergelar student!

Assalamualaikum w.b.t.

Belum pernah lagi saya umumkan kat sini yang saya kini tidak lagi bergelar student kan? Banyak sangat cerita yang nak dikongsi tapi masa yang sangat mencemburui. Memandangkan masa agak cool ari ni, tak cemburu-cemburu lagi..maka saya ambik kesempatan ni nak kongsi kegembiraan ini..hihi..

Berikut adalah keratan rentas yang saya kerat dari Sistem Maklumat Pelajar saya:


Status saya dah bertukar sebagai graduan! Maknanya.. saya bukanlah pelajar lagi. Akhirnya sampai sudah destinasi yang diimpi, Alhamdulillah! Insya-Allah 7 Mei 2012 ni Majlis Konvokesyennya. Tapi hutang tak abis bayar lagi..huhuhu.. kalau tak bayar..alamatnya kena tahanla scroll dan transkrip. Adeh!

Kalau dihitung jari.. macam lama je 4 tahun setengah tu. Tapi sebenarnya pejam celik pejam celik dah sampai 4 tahun setengah. Tak terasa sangat sebenarnya masa berlalu begitu pantas.

Saya mulakan study pada tahun 2007. Apply belajar masih dalam ikatan pertunangan dengan bekas tunang saya yang kini dahpun sah jadi suami saya :-) Setelah berbincang dan kata sepakat telah diambil, si dia tak kisah saya belajar lagi. Kami nikah pada 3.6.2007, kelas pertama saya pada 14.7.2007. Inai di jari masih tak hilang lagi!


Dalam tempoh perjalanan 4.5 tahun ni, saya sempat melahirkan Trio kami, Rayyan pada 19.6.2008, Rania pada 11.10.2009 dan Razin pada 1.6.2011, tanpa tangguh semester. Semuanya saya redah aje. 3 kali bersalin, ketiga-tiganya pernah saya tinggalkan semasa dalam pantang untuk menghadiri exam. Pantang orang tua-tua supaya ibu dalam pantang jangan membaca saya tak peduli. Macam mana nak jawab exam kalau tak baca buku? hehehe.. ala..saya dah memang rabun pun. Tapi berstoking, berbengkung dan bersweater saya tak tinggallah. Kang menggigil kebentanan kat dalam dewan peperiksaan kang naya makcik! hehehe..

Masa dalam pantang Rayyan, paling tinggi saya naik tangga ialah tingkat 3. Dah nasib badan, dewan peperiksaan tinggi sangat la pulak. Masa dalam pantang Rania pulak, tingkat 4. Masa ni kena viva tesis. Orang lain viva secara berdiri, saya dapat viva secara duduk. Best! VIP la katakan. Very Incapable Person! huhuhu. Alhamdulillah saya dapat A untuk viva ini. Markah 79.6 rasanya pastu dibundarkan, dapatlah ngam-ngam A..hehe. Mungkin ganjaran Allah bagi sebab Dia dah bagi kesusahan dulu kan. Tak pun markah kesian daripada Ahli Panel..hehe. Apa-apapun rezeki tu Allah yang tentukan ye tak? Masa dalam pantang Razin, dewan peperiksaan ada lif..takde masalah!

Macam mana saya bahagi masa untuk semua? Ehm.. memang saya tak mampu kalau nak buat semua dalam satu masa. Alhamdulillah, en asben banyak membantu saya urus anak-anak. Maklumla memang sejak kawin, kami jarang dapat berweekand bersama-sama sepenuhnya.. sebab kelas saya pada hari sabtu dan ahad. So, hari saya ke kelas, beliau yang akan handle anak-anak. Orang kata, alah bisa tegal biasa! (So.. korang kena biasakan gak en asben korang uruskan anak-anak walaupun korang tak wat part time study..hihi) Kalau biasa kita dengar di belakang kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya, begitu juga kejayaan seorang wanita, pasti ada lelaki juga di belakangnya!

Sudah hukum alam, setiap benda baik yang kita lakukan, pasti ada dugaan, cabaran dan halangan yang pasti akan kita tempuh. Yang penting, kita kena sentiasa positif. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jangan lari daripada masalah, sebaliknya selesaikan masalah! Pasti kita akan rasa seronok menyelesaikan masalah. Alah.. macam main SUDOKU tu. Memang pening kepala nak selesaikannya..tapi bila berjaya selesaikan, ada satu perasaan PUAS yang menjalar dalam setiap salur darah yang ada dalam badan..hehehe..

Antara cabaran yang kita kena hadapi bila study part time bila dah berkeluarga ni, kena kacau dengan anak bila nak study. Tengah2 study tetiba pulak anak nak nenen, kenalah lepaskan study dan layan anak pulak. Tapi biasanya saya niatkan dalam hati supaya Allah gantikan masa yang saya peruntukkan untuk anak ni, dengan masa yang lebih baik agar dapat saya ganti study yang tergendala ni. Jangan memberontak.. sebaliknya kena sentiasa tenang. Insyaallah, study smart is better than study hard.

Kepada kawan-kawan di luar sana, tak mustahil untuk sambung belajar semula setelah berkeluarga. Ramai yang dah berjaya, mengapa tidak kita? Saya kalau ada orang nak sponsor, rasa nak je sambung master. Hehehe.. bengang en asben, belajar tak sudah-sudah ye?

Tuesday, March 27, 2012

Breastfeeding Journey update

Short and simple entry untuk hari ni.

Mummy dan Razin dan kakak Rania masih lagi team mate untuk breastfeeding journey episod Razin. Bila kakak Rania nak tarik diri tak tahu la. Macam tak nampak tanda2 nak tarik diri pun..huhu..

Mummy je la yang pening kepala bila berlaku perebutan antara tuan tanah dengan penumpang. Tuan tanah sekarang ni dah pandai pertahankan hak dia. Maklumla dah hampir 10 bulan memiliki..hihi. Bila penumpang tak landing, dia tak heranpun dengan nenen dia. Tapi bila ada penumpang, dan dan tu la dia pun nak jugak. Time tu jugak dia landingkan mulut dia kat situ. Tak dapat yang tepat, sipi-sipi pun jadik la.

Mummy tak mampu nak sediakan sorang satu. Anggapla ini sebagai tarbiyyah untuk anak-anak mummy belajar berkongsi. Berkongsi rezeki yang Allah limpahkan melalui susu mummy.

Wednesday, March 14, 2012

Razin dan Otitis Media - Radang Telinga Tengah

Petang semalam en asben perasan ada lelehan keluar dari telinga Razin. Macam hingus. Nanah rasanya. Warna kekuningan cair. Tapi tak bau busuk.

Risau keadaan Razin makin teruk, kami bawa Razin ke klinik berdekatan, pukul 8 malam tadi. Doktor kata Razin kena jangkitan telinga. Akibat selsema yang lama berpanjangan.

Doktor kata penyakit ni biasa menjangkiti baby bawah 1 thn. Tapi ini pengalaman pertama kami sebab Rayyan dan Rania Alhamdulillah tak pernah mengalaminya. Mungkin Allah nak kami rasa pengalaman tu, Allah uji kami dengan apa yang Razin alami ini.

Risau juga kami, maklumla melibatkan deria pendengaran ni. Doktor bagi 5 jenis ubat semalam iaitu ubat demam, ubat batuk dan kahak, antibiotik, ubat selsema (titis) dan ubat telinga (titis) berserta bil berjumlah RM77.

Bagaimana jangkitan telinga atau istilah perubatannya otitis media (radang telinga tengah) ini boleh berlaku? Apa puncanya? Macam mana langkah pencegahannya? Apa rawatan terbaiknya? Jom sama-sama kasi tau jawapannya dengan membaca artikel yang telah saya copy and paste ini. Sebelum tu, meh tengok dulu keratan rentas telinga yang sempat saya googlekan ni supaya kita boleh imagine kat mana berlakunya otitis media ni.



Hilang Pendengaran

PERNAHKAH anak anda mengadu sakit telinga atau menunjukkan cecair keluar daripadanya? Jika ya, jangan ambil mudah kerana anak anda mungkin terkena jangkitan telinga atau radang di bahagian telinga tengah.

Ia dipanggil otitis media iaitu penyakit telinga yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berusia enam bulan hingga satu tahun. Ia penyakit kedua biasa berlaku selepas selesema.

Secara global, 83 peratus kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya sekali otitis media sebelum berumur tiga tahun dan 10 hingga 20 peratus kes membabitkan bayi berumur bawah 12 bulan.

Kajian mendapati 60 hingga 80 peratus kes otitis media berlaku di negara membangun, termasuk Malaysia yang disebabkan oleh bakteria.

Menurut Pakar Bedah ENT (telinga, hidung, tekak) dan Surgeri Kepala Leher, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr Samril Bokari berkata, otitis media terbahagi kepada dua iaitu otitis media dengan kehadiran cecair (OME) dan otitis media akut(AOM).

“Gejala AOM berlaku apabila jangkitan kuman pada saluran pernafasan atas mengakibatkan tisu hidung bengkak tersumbat dan dipenuhi cecair.

“Ia mengakibatkan fungsi pembersihan terganggu dan regulasi tekanan di bahagian telinga tengah menyebabkan jangkitan bakteria masuk dari bahagian belakang hidung ke telinga tengah.

“OME pula berlaku selepas beberapa minggu AOM disebabkan tiub eustachio tidak dapat berfungsi secara normal, menyebabkan tekanan negatif di telinga tengah, seterusnya berlaku rembesan cecair berterusan dari saluran kapilari darah ke dalam telinga tengah,” katanya sewaktu ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kanak-kanak mudah terdedah kepada kuman atau organisma yang mengakibatkan jangkitan sama ada bakteria, virus mahupun fungus. Jangkitan virus menyumbang kepada 15 peratus daripada keseluruhan kes manakala jangkitan bakteria merangkumi majoritinya.

“Ada tiga jenis bakteria yang kerap menyerang iaitu streptococcus pneumoniae (25 hingga 50 peratus), haemophilus infuenzae (15 hingga 30 peratus) dan moraxella catarrhalis ( tiga hingga 20 peratus).

“Kanak-kanak lelaki lebih mudah dijangkiti berbanding perempuan. Selain itu, kurang menjaga kebersihan antara punca otitis media berjangkit,” katanya.

Otitis media harus diberi rawatan sewajarnya kerana ia boleh menjejaskan pendengaran kanak-kanak. Apabila pendengaran terjejas, proses pembelajaran juga menjadi perlahan.

Akibatnya kanak-kanak menghadapi masalah dalam bilik darjah, prestasi pelajaran merosot dan perkembangan sosialnya terbantut. Keadaan ini membuatkan kanak-kanak yang mendapat otitis media sering dilabel ‘lembap’.

Jika tidak dirawat segera, otitis media boleh menyebabkan komplikasi lebih serius seperti kehilangan pendengaran, kelumpuhan saraf muka, gegendang telinga berlubang, jangkitan telinga kronik (jika berlaku berulang kali), jangkitan merebak ke tulang belakang telinga, meningitis (keradangan selaput otak) dan kehadiran nanah atau sista dalam telinga.

Pencegahan awal adalah dengan memberi bayi susu ibu berbanding susu formula kerana ia menolong mengeluarkan imuniti kepada bayi yang mampu menghalang berlakunya otitis media yang disebabkan posisi ketika penyusuan ibu mampu meningkatkan tahap optimum fungsi tiub eustachio dibandingkan penyusuan menggunakan botol.

Faktor risiko

Ada beberapa faktor risiko utama otitis media iaitu:
1) Sindrom Down
2) Kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan kanak-kanak
3) Kanak-kanak sumbing
4) Umur — Kanak-kanak berumur enam hingga 18 bulan paling mudah mendapat jangkitan telinga. Masalah jangkitan telinga adalah masalah biasa bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat bulan hingga empat tahun
5) Kanak-kanak ditempatkan dalam kumpulan besar seperti di pusat jagaan harian lebih mudah diserang selesema berbanding yang dijaga di rumah. Oleh itu mereka lebih mudah mendapat jangkitan telinga
6) Terdedah pada asap rokok atau dibesarkan dalam persekitaran dengan kualiti udara rendah. Kanak-kanak yang terdedah kepada udara mengandungi asap rokok atau tercemar mempunyai risiko lebih tinggi mengalami jangkitan
7) Kerap mendapat jangkitan saluran pernafasan atas (contohnya selesema)
8) Sejarah keluarga. Jika anda, pasangan atau ada ahli keluarga pernah mendapat jangkitan telinga, bermakna anak anda juga berpeluang mengalami masalah sama
9) Posisi badan ketika disusukan. Bayi yang menyusu dari botol sambil berbaring dikatakan lebih mudah mendapat jangkitan berbanding bayi yang menyusu dalam kedudukan badan tegak atau kedudukan kepala lebih tinggi dari badan. Justeru, pakar menyarankan ibu memberi susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan untuk menguatkan imun badan bayi dan mencegah masalah otitis media

Tanda

Oleh kerana kebanyakan kes berlaku pada kanak-kanak kecil yang belum tahu mengadu, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian kepada tanda ditunjukkan anak seperti:
1) Anak menarik telinganya
2) Anak menjadi cerewet dan kerap menangis
3) Anak sukar tidur
4) Anak enggan makan
5) Demam (terutama bayi dan kanak-kanak kecil)
6) Ada cecair meleleh daripada telinga
7) Anak mengalami masalah keseimbangan
8) Anak mengalami masalah pendengaran atau lambat bertindak balas terhadap bunyi perlahan

Rawatan

- Oleh kerana otitis media boleh menyebabkan pelbagai masalah, rawatan segera perlu diberi. Biasanya doktor memberi antibiotik untuk satu jangka masa pendek, terutama jika kanak-kanak masih kecil dan tidak sihat
- Selepas mendapat jangkitan telinga, bahagian tengah telinga anak anda mungkin mengandungi cecair selama beberapa minggu
- Dalam tempoh ini anak anda mengalami sedikit masalah pendengaran dan cecair dalam telinganya akan hilang dalam masa dua bulan. Jika masih menunjukkan gejala keresahan dan tidak mendengar dengan baik, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut
- Ini kerana kanak-kanak boleh mendapat beberapa kali jangkitan telinga dalam masa setahun. Bagaimanapun, jika masalah tidak berkurang selepas beberapa kali berjumpa doktor keluarga, minta supaya anak anda dirujukkan kepada pakar kanak-kanak atau pakar telinga
- Seperkara yang ibu bapa perlu ingat ialah, bukan semua pesakit otitis media memerlukan antibiotik. Doktor akan membuat pertimbangan sama ada anak anda memerlukannya atau tidak, dan jika tidak diberi, jangan meminta kerana antibiotik tidak berguna jika masalah disebabkan jangkitan virus
- Dalam keadaan tertentu — jika antibiotik tidak berkesan, doktor mungkin memasukkan tiub kecil pada telinga anak bagi membolehkan cecair yang terperangkap di belakang gegendang mengalir keluar
- Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tiub ini akan keluar sendiri selepas satu tempoh dan gegendang telinga yang berlubang (kesan cucukan tiub) akan sembuh dan tertutup kembali. Pendengaran anak juga akan kembali normal
Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, jangkitan telinga berhenti apabila kanak-kanak membesar dan mereka mempunyai pendengaran baik. Namun kaedah paling baik ialah mencegah jangkitan daripada berlaku.

Pencegahan

Mencegah otitis media bermakna kita boleh mengurangkan masalah penghasilan bakteria yang ada daya ketahanan tinggi terhadap antibiotik; beban ibu bapa (daripada segi pengambilan cuti untuk menjaga anak sakit dan kos rawatan), beban sektor perubatan dan ekonomi masyarakat; kesakitan, kesengsaraan dan kesan sampingan yang ditanggung oleh kanak-kanak serta ibu bapa.

Jika mempunyai anak yang mendapat jangkitan telinga, asingkan dengan anak lain hingga demam reda. Pada masa sama, elak membawa anak yang dijangkiti berenang kerana ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

Beberapa cara boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan telinga seperti:
l) Membawa anak mendapatkan suntikan vaksin. Doktor akan mencadangkan jenis vaksin yang boleh mencegah jangkitan telinga seperti vaksin untuk pneumokokal. Walaupun ia tidak memberi perlindungan 100 peratus, vaksin sangat berkesan mencegah jangkitan, terutama bagi serotype virus atau bakteria yang terkandung dalam vaksin berkenaan. Malah, ia penting untuk mengurangkan komplikasi teruk akibat jangkitan pneumokokal
2) Memberikan vaksin mencegah selesema juga dianggap langkah baik kerana risiko mendapat otitis media meningkat jika kerap mengalami jangkitan saluran pernafasan
3) Basuh tangan sekerap mungkin untuk mencegah pemindahan bakteria atau virus kepada anak
4) Beri susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan. Elak menyusu anak sambil berbaring
5) Jangan merokok di dalam rumah. Lebih baik, berhenti merokok. Banyak kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok lebih kerap mengalami jangkitan telinga
6) Selain itu anda boleh meminta doktor memeriksa telinga anak setiap kali ke klinik, juga menyarankan doktor keluarga untuk lebih peka mengenai gejala jangkitan telinga bagi membolehkan masalah telinga dapat dikesan lebih awal.


Sumber Artikel dari sini
Untuk tambahan bacaan boleh jugak klik kat sini.

Mamiraysha : Saya terfikir nak ambik vaksin pneumokokal la untuk Razin. Vaksin ni kalau tak silap untuk mencegah 3 penyakit iaitu radang otak, radang paru-paru dan juga radang telinga ni. ex-jiran saya yang merupakan seorang nurse kat Hospital Serdang pernah cerita ambil suntikan ni untuk anak dia yang sebaya Razin. RM seratus lebih kat hospital serdang untuk 1 dos. Complete dos kalau tak silap saya 3 kot katanya. Harga bil rawatan pun dah nak hampir sama dengan harga suntikan pencegahan ni. Lebih baik la berhabis sikit untuk kos pencegahan ye tak? Prevention is better than cure!

Monday, March 12, 2012

Kenapa saya jadi seorang blogger?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Lama tak update blog kan? Rindu tak? Takde pon? Ehm.. merajuk la.. tak nak tulis kat blog ni lagi..hihihi.. Nak sedapkan hati..biar saya assume ada orang rindu dengan update terbaru daripada saya ya..hehe.. syok sendiri pon syok sendiri la..

Maka..atas rasa kebertanggungjawaban untuk mengubat rindu tersebut, terimalah entry terbaru daripada saya. Aik? yang tak rindu tu pon baca jugak? Hehehe.. takpe..teruskan. Saya nak bongkar satu rahsia.. kenapa saya sibuk2 nak jadi blogger.. hampir dua tahun lalu.

Setiap blogger ada alasan tersendiri macamana boleh terjebak dengan dunia blog ni kan? Begitu juga saya. Perkara utama yang jadi pendorong saya ialah bila terbaca artikel kat surat khabar bahawa ada seorang blogger tu kaya-raya hanya sebab iklan diblognya. Huh! berkobar-kobar konon nak gak kaya macam si dia tu..hehehe.. maka..langkah pertama diambil.. cipta sebuah blog! ye..sebuah blog yang anda sedang tatap ni..hehe.. Ye..sebuah blog yang bakal menjana kekayaan.. hahaha (gelak orang kaya!)

Tapi saya terlupa yang saya ni bukanlah seorang yang rajin. Makanya..setelah hampir 2 tahun mempunyai sebuah blog..saya masih tidak kaya-raya juga. Anak je yang makin ramai..hehe..

Entry pertama saya diblog ini ialah pada 21/4/2010. Mungkin sebab excited ada blog dah, 2 entry telah dipost pada tarikh ni..hihi.. entry ini dan ini juga. Pantas sungguh masa berlalu, dah nak masuk 2 tahun dah usia blog ni.

Masa nak letak nama blog ni..punya la penat fikir nak letak nama apa. Ingatkan senang. Rupanya susah ye. Asyik invalid je. Memula saya ingat nak letak nama vivalafifa. Ecececece.. macam best je kan? hehehe.. sempena nama saya fifa. Masa zaman sekolah-sekolah dulu..memang saya suka tulis nama ni kat muka pertama sebelah dalam buku rujukan saya (buku teks tak boleh tulis nanti cikgu marah!) selain nama jeffy afifa. Hahaha..kenangan mengusik jiwa la pulak! Malas la nak cite apsal jeffy afifa tu..hihihi..

Tapi invalid la pulak nama vivalafifa tu. Mungkin dah ada yang mendaftarkannya kat blogspot ni. Last2.. berjaya juga daftar dengan nama mamiraysha.blogspot.com. Bukan sebab nama saya raysha. Tapi sebab saya mummy kepada umar rayyan dan aisya rania pada ketika itu. Raysha tu gabungan nama rayyan dan aisya. Lagi pun saya suka nama raysha tu. Kalau dapat anak pompuan lagi..memang nak bagi nama tu..hhihi. Tapi dah rezeki nak dapat anak lelaki, tak bleh la letak nama raysha kat dia. Saya dan en asben sepakat la bagi nama uzair razin. Adik saya bertanya, nama blog akan bertukar ke? Hehehe.. tentulah tidak! raysha tu kira dah gabungkan ketiga-tiga buah hati saya la tu. Ra - untuk razin y - untuk rayyan dan sha - untuk rania. Termasuklah adik-adik mereka nanti..sebab mereka akan punya nama berpangkal R bagi nama kedua mereka..hihi..

Dalam banyak-banyak konsep, saya memilih konsep perkongsian informasi dan cerita realiti menjadi seorang mummy. Tu yang nama blog ni realiti mummy - cerita realiti seorang mummy. Ye..realiti! tak tipu punya..hehehe.. Tapi kadang-kadang tu ada gak entry yang lari konsep! hehehe.. kira halal la ye.. realiti gak tu.. realiti seorang mummy yang lupa diri..hihihi..

Nak tahu tak berapa pendapatan saya pada tahun 2010? RM0.25 sahaja..hehehe.. masa mula2 dapat pendapatan 25 sen ni, punya la suka! hehehe.. padahal tak bleh nak beli apa pon. Jauh lagi nak jadi kaya tu. Nak beli kaya nak sapu kat roti pun tak lepas! hahaha.. Gembira sebab saya berjaya juga akhirnya menghasilkan pendapatan daripada blog tak seberapa ni. 25 sen pun 25 sen la janji untung gak tu.

Kini..dah hampir 2 tahun bergiat tak berapa nak aktif dalam dunia blog ni.. saya masih belum lagi buat cash out daripada nuffnang. Tak lah banyak mana. Tapi yang pasti lebih la daripada 25 sen tu. Ingat nak sampaikan RM100 baru nak cash out. Tapi kata-kata en asben menghantui diri ini. "Kang syarikat tu tutup..langsung tak dapat apa-apa.." hehehe.. walaupun kata-katanya terngiang2 kat telinga ni.. tapi sayang pulak nak klik butang tebus tu.

Ini adalah statistik blog saya setakat hari ni. Tak la banyak sangat pengunjung berbanding blogger lain. Tapi jumlah ini cukup membuatkan saya terharu. Tak sangka ramai gak yang menyinggah. Tu yang saya rasa bersalah bila lama tak update blog tu.



Sejak akhir-akhir ini memang saya jarang post entry kat blog ni. Bukan blog ni aje, facebook pun dah lama saya tak face..hehe. Saya sibuk sangat kebelakangan ni. Tak sempat nak menulis walaupun banyak sangat idea nak menulis..ceh ceh ceh.. banyak idea ye.. Cuma saya sempat membaca blog2 yang saya ikuti je. Korang la ni rajin sangat update blog. Baca update korang je..abis dah masa rehat. Camne nak update blog sendiri. Aci tak salahkan korang? hehehe..

Mungkin saya kena belajar update blog sikit2. Saya ni tak pandai nak menulis sikit2. Mesti panjang berjela. Entry ni pun ingat nak tulis sikit je tapi dah panjang berjela. Sebenarnya telah mengambil masa 2 hari menulis ni..hihi..



Sekarang ni saya dah sedar diri. Saya mungkin tak bleh mengikut jejak si dia yang kaya raya sebab blog. Hehehe.. Jadi sekarang ni, objektif saya jadi seorang blogger telah bertukar. Saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman saya menjadi apa yang telah saya jadi sekarang ni selain mencatatkan kisah anak-anak untuk tatapan mereka dan saya suatu hari nanti.

Korang pulak macam mana? kenapa jadi blogger?