Check it out!

Monday, April 1, 2013

Razin @ 1 tahun 10 bulan

Hari ni genap usia Razin 1 tahun 10 bulan.
Cepat sungguh masa berlalu kan?
Razin masih lagi ahli keluarga terkecil kami.
Rayyan dan Rania dulu pada umur ni dah ada adik.
Tapi Razin pada umur ni masih lagi jadi adik.
Dan belum ada tanda-tanda kehadiran adik baru lagi..hehe..

Razin masih lagi breastfeeding walaupun tak eksklusif lagi. Mummy terpaksa bekalkan dengan Susu Dutch Lady 123 semasa di taska untuk menampung keperluan penyusuannya. Kat rumah.. memang sepenuhnya Razin dapat susu segar dari kilang mummy..hehe. Kat opis rutin memerah mummy ikut kesempatan. Kalau tak sempat, memang tiada bekalan yang dibawa pulang. Kalau sempat dapat la 1-2 botol dengan 5 onz setiap satu. 

10 fakta tentang Razin sekarang ni :

1) Dah boleh bercakap tetapi pelat. Hanya beberapa perkataan yang boleh disebut dengan jelas. Yang penting dah boleh panggil "mami", "dedi", "kakak", "aba" - untuk abang. Perkataan-perkataan lain yang boleh disebut ialah nak, tak nak, acik (nasi), aget (nugget), aik (naik), air, ingush (hingus), olo (tolong), pah (sampah dan tumpah), nenek (nenen), cucu (susu), bird (burung), pepesh (pampers), bebird (anu dia..hehe), nyaw (meiow - kucing, kadang-kadang dia sebut cat), dog (untuk semua haiwan yang dia nampak selain kucing dan bird), tayo (bas - sebab terpengaruh cerita tayo the little bus), mam (demam) sambil letak tangan kat dahi, osyo (dinosour), wit (duit), car (kereta) dan lain-lain perkataan yang mummy tak boleh nak recall semua.

2) Pandai menyalahkan orang lain walaupun kesalahan itu dia yang buat. Bila mummy tanya, "siapa buat ni?" "anya..anya (Rania)" jawab dia sambil tunjuk kat kakak Rania dia. Tapi bila mummy tukar soalan kepada " siapa buat angkat tangan!" dia akan mengaku dengan angkat tangan "aye..(saya)" jawabnya. Pandai pulak mengaku! huhuhu..

3) Pandai bergaduh dengan abang dan kakak dia. Kebanyakan masa.. dialah pembuli kepada mereka berdua.

4) Pandai reject baju dan seluar yang hendak dipakaikan kepadanya. Pemilih sangat..

5) Sangat suka tarik rambut kakak yang kerinting itu bila tak puas hati dengan kakak sehingga kakak menangis kesakitan.

6) Suka berguling menunjukkan rasa protes dan tidak puas hati bila tak dapat apa yang dikehendaki.

7)  Pantang nampak mummy pakai tudung.. mesti tanya " ane.. ane.." (tanya mummy nak pergi mana) pastu angkat tangan dua-dua minta didukung.. dan cakap.. "kot.." (nak ikut)

8) Kalau tersedak atau batuk.. dia akan tepuk belakang badan dia sendiri.. macam mummy selalu buat kat dia.

9) Suka tolong mummy angkat baju-baju kotor dari bakul untuk diangkat dan dimasukkan ke dalam mesin basuh. Bila nampak mummy angkat je baju-baju tu.. dia datang dan cakap.."olo..olo.." (nak tolong.. nak tolong..) dia akan angkat baju-baju tu sampai tak nampak muka. Mummy pulak la yang kena pimpin dia tunjukkan jalan ke mesin basuh.

10)  Sangat suka dengan kucing. Kalau tengah buat perangai, mummy umpan je dengan you tube kucing ke, gambar kucing ke, buku kucing ke.. dia akan diam dan seronok sendiri.





Semoga Razin membesar dengan sihat dan berakhlak sebagaimana makna nama Razin ye. Nak gaduh dengan abang dan kakak pun kena secara berakhlak juga tau.