Check it out!

Friday, July 30, 2010

Imam Muda Astro Oasis

Sebuah program realiti yang lain daripada yang lain. Pencarian imam dikalangan orang muda yang pertama seumpamanya di dunia. Program yang telah mencetuskan fenomena luar biasa bukan saja dalam negara malah luar negara juga. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Saya rasa saya antara orang yang terlambat mengikuti program ni. Setiap kali nak tengok program ni..asyik tertido aje..so tak pernah sekalipun saya tengok rancangan ni di Saluran Astro 106 kecuali iklannya. Hati memang tertarik nak tengok..tapi mata lagi kuat tarikannya..hehe..

Akhirnya, baru semalam saya berkesempatan tengok program ni kat you tube. Tak tahan hanya membaca perjalanan program ni melalui ulasan berita di dada akhbar aje. Lagi pulak orang luar negara cukup teruja dengan program ni. Saya pulak? tak pernah tengok pun..huhu.. So, langkah pertama..saya tengok Episod 1 dan Episod 2. Memang program yang menarik. Best sangat. Episod 1 pasal pengurusan jenazah berisiko (mayat reput) start dari memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan sehingga mengebumikan jenazah. Sebagaimana komen yang diberi oleh media luar yang menganggap program ini berbeza dengan program realiti yang pernah mereka tonton..di mana peserta begitu akrab..ikhlas dalam persahabatan..tidak saling memburukkan antara satu sama lain. Paling saya suka dalam episod 1 ni part yang last sekali..ketika selawat berkumandang dan setiap peserta saling bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain dan juga dengan mudir dan mursyid mereka. Nak menitis air mata ini keharuan..sebaknya rasa..tambah lagi dengan dendangan selawat yang syahdu.. (saya memang tak bleh tengok lelaki bersalam saling berpelukan..memang rasa nak nangis..terharu..)

Episod 2..pasal kelahiran dengan isu dibangkitkan..pembuangan bayi. Pembukaan yang best dengan dendangan selawat..sambil seorang bayi didukung dan dibawakan kepada seorang demi seorang peserta imam muda. Ada yang mencium bayi tu..ada yang mengusap kepala bayi. Memang touching gak masa ni.. (tak abis2 dengan touching i ni..hehe..). Episod kali ni peserta diberi tugasan berpasangan..untuk buat pembentangan di hadapan penonton pasal buang bayi. Teringat plak presentation saya bulan lepas pasal buang bayi ni..hehe..

Apa yang saya dapat simpulkan daripada 2 episod yang saya tengok..semua peserta ni ada tokoh jadi imam. Kagum tengok mereka bleh bercakap dan menjawab soalan dengan disokong oleh ayat-ayat Al-Quran. Sejuk perut mak dapat anak macam mereka ni..kan? Ehm..harap-harap program ni ada lagi kesinambungan selepas final malam ni. Program ni telah menonjolkan lagi keindahan islam itu sendiri seterusnya dapat menangkis tanggapan buruk terhadap islam yang sering dilabel sebagai pengganas..

So, siapa imam muda terunggul malam ni? Asyraf atau Hizbur? Hehehe..sama-sama kita nantikan...(harap-harap tidak tertidur lagi malam ni..)

Kapsul Jiwa : Persoalan yang telah punya jawapan!


Salam. Tadi secara tak sengaja terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk dikongsikan. Pengisian rohani di hari Jumaat yang mulia ini. Persoalan-persoalan yang lazim menyinggah dalam fikiran kita.. Saya percaya kita pernah mempersoalkannya kan? Sape tak pernah sila angkat tangan! Hehe..sori saya tak nampak sape2 pun angkat tangan..so kesimpulannya..semua orang pernah.. Sebenarnya semua persoalan ini..Allah dah sediakan jawapannya..melalui Al-Quran, kitab cukup hebat diturunkan kepada manusia yang menjadi sumber rujukan terpenting sepanjang zaman.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.” (Riwayat Al-Hakim bersanadkan Ibnu Abbas)

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat
2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan
sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah
ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain
drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat
Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat
Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Moga ada manfaat

Sumber:
http://www.danchan.com/weblog/ibnukhalid/2004/2

Tuesday, July 27, 2010

Tips Melembutkan Hati

Semalam sewaktu ke dapur.. anak sulung saya, Rayyan mengekori dari belakang dan terus naik atas kerusi dan mencapai segelas air teh yang ada atas meja makan. Saya ingat dia nak minum..saya biarkan.. sekali sangkaan saya meleset sama sekali. Dia curahkan segelas penuh air tersebut di dalam tupperware yang kebetulan ada atas meja tu. Apa lagi.. disebabkan geram dengan tindakannya..mummynya yang kurang sabar ini pun memukul tangannya yang sangat pantas itu tanda perbuatannya tidak direstui. Tidak seperti selalu.. Rayyan tak nangis pun..bila tangannya dipukul. Pelik? Kenapa? sudah keras kah hati anak kecil ini akibat selalu sangat tangannya dipukul? Bingung seketika. Kenapa? Sejak kebelakangan ni..Rayyan selalu sangat buat perangai.. tak nak dengar cakap.. selalu mengamuk.. pukul mummy..pukul adik..pukul daddy.. Setiap pujukan tidak termakan..kenapa? Aggghhhh!!! kekadang tension dibuatnya.. Guna cara lembut tak jalan.. guna cara kasar lagi la pulak.. Ya Allah! Dugaan apakah ini?

Salah didikankah Rayyan jadi begitu? Mummy dan daddy tak pandai didik anak agaknya.. Tapi macamana nak didik Rayyan jadi anak yang dengar kata? anak yang soleh? Berat rupanya peranan ibu bapa ni.. Mummy dan daddy ingatkan senang.. Tak cukup lagi ilmu kami ni rupanya.. Risau dibuatnya..



Macam biasa..saya search internet untuk cari tips untuk lembutkan hati anak kecil ini. Nah! inilah hasil carian yang saya jumpa..untuk kita kongsi bersama..

1) Doa melembutkan hati anak yang degil dan keras

Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan:



[1] Taa' Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.


[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka

2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang

Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan di kening orang yang kita sayangi itu


(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil
selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka
mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka
mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat)
kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman
(syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat
kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya
tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab
seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)

3) Doa pelembutkan hati orang untuk berjumpa orang yang kita hajati
Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 hingga 129 semasa berjumpa atau bertentang mata.


[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-
orang yang beriman [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"

4) Doa untuk lemah lembut keluarga, kasih sayang kepada isteri dan anak-anak


Ertinya: Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

* Caranya:
• Dibaca 3 kali selepas solat fardhu
• Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam
• Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah lembutkan hatinya

5) Doa Lemah-Lembut Untuk Suami Isteri dan Anak-Anak


Ertinya: Ya Allah, Lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana Engkau lembutkan bagi Daud akan besi

Sumber : http://www.scribd.com/


Kadang-kadang kita lupa kepada Pencipta kita..yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.. Kita dok melayan perasaan sendiri..mengadu kat kawan-kawan..tapi lupa plak nak mengadu pada-Nya. Sesungguhnya Dia bagi kita ujian untuk kita dekat kepada-Nya.. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Jom kita gunakan senjata utama orang mukmin iaitu doa..agar segala yang kita hajati..dimakbulkan! Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah..

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Boleh baca ini juga :
Ada Apa Dengan Air
Anak Nakal - Bagaimana menanganinya

Monday, July 26, 2010

Harga Sebuah Kejuaraan!

Hari ni rasa tak sihat yang amat sangat.. badan rasa sakit2.. hidung tersumbat..akibat selsema.. kepala rasa berat.. mata mengantuk.. susu tak mao kuar.. aduihh!! Simtom apakah ini?? Simtom nak demam kot! lama dah rasanya tak demam ni..

Biasalah..hari isnin je..baru nak rasa sakit-sakit.. sakit sana sakit sini. Sabtu Ahad..sakit pun tak terasa..hehe.. Sabtu dan Ahad ari tu berseronok sakan.. berfamily day kat Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Family day besar-besaran JPPH negeri Selangor. Hah, sakit-sakit badan ni akibat tak warm-up sebelum main bola tampar pantai ari sabtu ari tu la ni..huhu.. lupa la plak..dah lama tak main.. lupa plak nak warm up sebelum main. Akibatnya..baru sekarang rasa!

Tetiba plak ada nama dalam senarai nama pemain bola tampar wanita wakil JPPH Gombak..hahaha.. tak terer mana pun.. lama gak tak main.. last main tahun 2008..hehe.. tapi memandangkan semangat kesukanan yang tinggi..main gak la. Gian gak lama tak main. Lagi plak cik abang main bola tampar lelaki.. lagi la bersemangat nak main..hehe.. Anak-anak? hahaha..kesian mereka.. mummy dan daddy bersukan..anak-anak dijaga oleh baby sitter suka rela yang ada kat tepi padang.. Nasib baik la anak-anak mummy ni sporting-morting orangnya..hehehe..tak kisah pun mummy dan daddy takde.. mereka enjoy bermain..



picture credit to jihanisramadan.blogspot.com

Semi final bola tampar wanita, JPPH Gombak jumpa JPPH Shah Alam. Game pertama kalah! Mungkin sebab kami dah set fikiran yang kami tak terer..hehe.. Bila pengadil tiup je wisel penamat game pertama..team mate semua terkejut. Aik? dah abis ke? tak berpeluh pun lagi ni.. hehe.. pastu kami cakap kat pengadil.. " kami biasa main 25 point.. tak biasa 21 point ni.. tu yang kalah tu..hehe.." Dengar gak suara penyokong yang cakap " Belum panas lagi tu.." Ehm.. mungkin betul..belum panas..mane taknye..takde sorang pun dikalangan kami yang warm-up dulu..hehe..Bukankan panas..suam pun tak dak! Game kedua kami menang dan kami turut menang di game penentuan. So kemenangan diisytiharkan milik JPPH Gomabak dengan markah 2-1! Tak sangka plak termenang..padahal masing2 memula tu punya la takut nak lawan..

Final, JPPH Gombak jumpa JPPH Klang. Juara kumpulan jumpa juara kumpulan ni. Dua-dua sama hebat (sama-sama hebat ke sama-sama tak hebat? hehehe..) Kami menang 2-0! wah seronoknya dengan kemenangan yang tidak dijangka ini! Pertama kali merasai kejuaraan hasil titik peluh sendiri! hehe.. maklumla sebelum ni pernah gak jadi juara..tapi di bangku simpanan..hahaha..

Paling best, pertandingan bola tampar 4 penjuru ni.. dimenangi oleh JPPH Gombak untuk dua-dua team lelaki dan wanita..ehm..so sweet.. kalau la saat itu anak-anakku memahami erti kemenangan yang diraikan oleh mummy dan daddynya..alangkah indahnya hehe.. Apa yang mereka perlu tahu.. sukanlah yang Allah jadikan sebagai asbab mummy dan daddynya ini berkenalan suatu ketika dahulu..hehe..terbongkar rahsia..

Friday, July 23, 2010

Potty Training Cara Islam

Sekarang ni..Umar Rayyan dah pun berumur 2 tahun 1 bulan.. tapi masih lagi pakai diapers. Nenek pengasuh dia ada gak beri latihan ke tandas.. tapi mummy dan daddynya tak latih sangat pun..hehe.. Pernah gak sesekali ajar dia.. tapi bila tak berjaya..kami rasa kecewa.. mungkin belum masanya kot.. takpela..

Tapi bila saya terbaca tulisan Ummu Solihin dalam blognya menceritakan pengalamannya berjaya melatih anak ke tandas dalam masa 30 hari.. rasa bersemangat plak nak latih Rayyan ke tandas. Bleh jimat kos diapers! hehe.. Jom kita kongsi kejayaannya!

*************

Apabila anak mencapai usia 2 tahun, Latihan ke Tandas @ Potty Training merupakan satu cabaran besar buat pasangan ibubapa. Saya akui, bukan mudah untuk melalui cabaran ini. Ia memerlukan KESABARAN yang sangat tinggi, prakstis yang KONSISTEN @ istiqamah, KEYAKINAN terhadap kemampuan anak & KERJASAMA daripada pasangan.

Sekiranya ada kegoncangan dalam satu daripada 4 perkara ini, maka proses melatih anak untuk ke tandas akan menjadi LEBIH sukar. Bunyinya menakutkan, bukan? hehehe.. Saya hanya mahu anda sebagai ibubapa yang ingin melatih anak ke tandas, mempunyai persiapan mental yang kuat sebelum berdepan dengan cabaran ini.

Apa yang telah saya lakukan sewaktu melatih anak sulung saya ke tandas, sehingga dengan izin Allah swt, dia berjaya melakukannya kurang daripada 30 hari? (Maksudnya, tiada lagi lampin pada waktu siang, malam dan ketika bermusafir atau pun shoppping )
Saya akan cuba compress kan ceritanya, memandangkan kalau saya tulis dengan terperinci, ia akan jadi ebook, bukan lagi artikel.

1. Sebelum saya memulakan hari pertama potty training, saya telah kerjakan solat sunat 2 rakaat, memohon kepada Allah swt agar membantu saya melatih anak ke tandas kurang daripada 30 hari.

Saya yakin, dengan bantuan Allah swt sahaja, misi ini akan berjaya. Dan memang benar, apabila saya ceritakan matlamat saya kepada Allah swt dan mohon pertolongan daripadaNya, semuanya menjadi lebih mudah dan Alhamdulillah misi ini berjaya, walaupun saya baru melakukannya untuk pertama kali.

Jika anda perasan, saya telah tetapkan matlamat 30 hari sebelum saya memulakan latihan ini lagi. Ini kerana, saya seorang yang “sangat” sabar (hehe), sebab itu, saya tidak mahu melalui latihan ini dalam masa yang terlalu lama. Jika anda juga mahu melihat hasil latihan dengan segera, anda juga harus menetapkan matlamat yang jelas & terperinci seperti ini.

2. Saya telah membuat declaration di hadapan ibu saya (nenek Nabilah), bahawa; Nabilah akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri dalam keadaan potty trained.

Teknik ini selalu digunakan dalam perniagaan. Tujuannya untuk memotivasikan diri seseorang, agar terus bersemangat, berusaha lebih keras dan tidak akan patah semangat walau apa sahaja rintangan yang bakal dilalui. Btw, saya telah pilih Ramadhan sebagai bulan melatih anak untuk ke tandas, kerana Ramadhan adalah bulan keSABARan.

3. Saya telah kunci @ tutup ruang yang digunakan untuk bersolat pada waktu siang. Semua carpet dan tikar yang ada di rumah juga telah siap-sedia digulung pada pagi tersebut dan ia tidak akan dibuka sehinggalah Nabilah 100% potty trained.

Ini dilakukan untuk memelihara kesucian dan memudahkan proses pembersihan, memandangkan rancangan saya adalah untuk menanggalkan lampin / diaper anak sepanjang hari tersebut.

3 Teknik Mudah Kejayaan Potty Training Kurang 7 Hari

Teknik #1: Menanggalkan lampin

Misi pertama kita adalah untuk menyedarkan anak, bahawa terdapat satu “proses” yang sedang berlaku di bahagian perkumuhannya. Tekniknya adalah; Tidak memakaikan lampin sepanjang hari (tetapi, seluarnya mesti dipakai ya, ibu-ibu Anak-anak soleh tidak boleh diajar ber-telanjang, kerana ia akan mengikis perasaan malu)

Apabila dia ter-buang air kecil untuk pertama kali di dalam seluarnya, reaksi yang mungkin anda terima ialah: melihat air mukanya yang terperanjat, ataupun menjerit memanggil anda kerana seluarnya telah basah, atau mungkin berlari ke tandas sambil berciciran “airnya” di sepanjang perjalanan.

Haa..sebab itulah, semua carpet dan tikar mesti digulung terlebih dahulu ye. Jadi, mudahlah untuk kita bersihkan kotorannya. Dan pastikan, anda tidak menunjukkan wajah yang marah, sedih atau berputus asa, kepada anak tatkala dia ter-kucil di luar tandas. Malah, inilah peluang BESAR anda untuk mengajarkannya; apabila terasa hendak membuang air kecil, pergilah ke tandas. Berikan senyuman dan dorongan kepadanya, serta tunjukkan yang anda yakin pada kemampuannya.

Apabila anak anda telah “sedar” tentang proses ini (meskipun anda terpaksa mengelap kotoranya beberapa kali..huhu), dia akan LEBIH CEPAT belajar dan mudah dilatih untuk ke tandas. Maka percayalah, anda telah pun selangkah ke arah kejayaan!

Teknik #2: Mengatur waktu ke tandas

Di dalam teknik yang saya gunakan ini, walaupun memang kita ’sengaja’ mahu anak kita, sekurang-kurangnya pernah sekali, ter-kucil di dalam seluarnya. Tetapi, dalam masa yang sama, kita turut melatih cara sebenar untuk ke tandas.

Tetapkan masa, seperti: setiap 15 minit, ajak anak anda ke tandas untuk membuang air kecil. Bagi merangsang proses pembuangan air kencing berlaku, ajak anak ber-cangkung, basahkan kemaluan dengan air atau membuat bunyi-bunyi seperti ” shhh…”.
Sekiranya anda dapati 15 minit adalah tempoh yang terlalu singkat untuk anak anda, maka anda boleh panjangkannya ke arah 20 minit atau 30 minit. Namun selepas dipanjangkan tempoh tersebut, anak anda sempat pula ter-kucil di luar tandas, maka pendekkan kembali masa tersebut.

Walaupun dia tidak mahu membuang apa-apa semasa berada di dalam tandas, tidak mengapa. Ajarkan anak cara-cara membersihkan kemaluannya dan ambillah peluang ini juga, untuk mengajarkan anak adab-adab ke tandas. Baca doa sebelum masuk ke tandas, masuk tandas menggunakan kaki kiri, memakai selipar di dalam tandas, keluar tandas dengan kaki kanan dan lain-lain.

Lakukan teknik ini dengan suasana yang ceria dan menggembirakan. Elakkan paksaan atau meninggikan suara sewaktu mengajak anak ke tandas. Aktiviti ini mungkin agak memenatkan, tetapi yakinkan diri anda, bahawa sekiranya anda terus bersabar dan istiqamah melakukannya, maka anak anda akan CEPAT berjaya.

Teknik #3: Berikan ganjaran

Kanak-kanak sangat sukakan ganjaran. Mereka akan rasa lebih teruja untuk melakukan sesuatu sekiranya ada ganjaran. Ganjaran untuk latihan ke tandas perlu diberikan setiap kali anak “berusaha” untuk ke tandas (samada anda yang menyuruhnya, atau dia pergi sendiri ke tandas).

Cuba perhatikan betul-betul, yang saya highlight kan di sini adalah ganjaran untuk USAHA, bukan untuk hasil. Bukan mudah untuk anak kita menguasai sesuatu kemahiran. Oleh sebab itu, kita sebagai ibubapa harus menghargai usahanya, walaupun usaha yang tidak mendatangkan hasil. Lebih banyak penghargaan diberikan atas usaha, maka LEBIH CEPAT lah usaha itu membuahkan hasil.

Antara elemen ganjaran yang selalu dipraktikkan di serata dunia ialah dengan menampalkan pelekat (sticker) bintang kejayaan. Buatkan satu jadual latihan ke tandas yang berwarna-warni untuknya. Tampalkan di dinding rumah dan tuliskan di bahagian headline, “ BERJAYA!!” (Contoh: Ammar BERJAYA!!).

Setiap kali anak keluar dari tandas, bacakan headline tersebut dengan nada yang gembira. Lihat wajahnya, dan anda akan dapati dia tersenyum bangga melihat kejayaannya.

Kemudian, ajak anak tampal bintang-bintang kejayaan di atas jadualnya. Katakan padanya, sekiranya bintang-bintang ini penuh sampai ke ruangan ini, ummi akan berikan hadiah. (Janjikan hadiah yang disukainya). Pasti ia akan lebih teruja untuk menambahkan koleksi bintang-bintangnya.

Yakinlah, dengan KESABARAN yang tinggi, prakstis yang KONSISTEN, KEYAKINAN terhadap kemampuan anak , KERJASAMA daripada pasangan dan DOA yang berpanjangan, anda dan anak anda akan berjaya melalui latihan ini LEBIH CEPAT daripada jangkamasa yang ditetapkan.

4 Rahsia Kejayaan Potty Training

Rahsia #1: Kesabaran

Sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Apabila kita dapat bersabar kerana menahan kemarahan, maka satu tingkatan iman di dalam diri kita akan naik pada ketika itu. Mengapa kita perlu bersabar? Ini kerana, dalam kesabaran ada janji Allah swt, “Innallaaha maa’s soobirin” (Sesungguhnya Allah swt bersama dengan orang-orang yang sabar). Apabila Allah swt berjanji, pasti dan pasti Dia akan tunaikannya.
Apabila kita ber-sabar (mengawal diri untuk marah) sewaktu mendidik anak, maka secara tak langsung, kita sedang menarik magnet yang baik ke dalam diri kita dan anak-anak. Apabila ibubapa mula meninggikan suara kerana marah, magnet kegembiraan akan hilang, dan magnet kesedihan mula menyelubungi jiwa ibubapa dan anak-anak.
Nampaknya, kemarahan tidak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak (ibubapa & anak). Jadi, tiada jalan lain melainkan…BERSABARLAH

Pernah satu ketika di zaman Rasulullah saw, seorang sahabat (yg masih jahil) telah membuang air kecil di dalam ruang solat. Apabila ternampak kelakuan itu, sahabat-sahabat lain mahu memarahi & menghalangnya. Tetapi, Rasulullah saw dengan tenang telah berkata, biarkan dia selesaikan urusannya terlebih dahulu. Apabila sahabat yang masih jahil tadi selesai membuang air kecil, barulah Rasulullah saw datang kepadanya dan memberikan nasihat dengan penuh hikmah.

Sampai ke tahap itu kesabaran Rasulullah saw ye. Sebagaimana yang telah kita maklum, berkat kesabaran itulah, Rasulullah saw berjaya mendidik sahabat-sahabat sehingga menjadi umat yang sangat cemerlang (walaupun asalnya, mereka ini lebih teruk akhlak dan moralnya jika dibandingkan dengan umat di zaman ini)

Semoga kita juga dapat mencontohi kesabaran Rasulullah saw dalam mendidik anak-anak. Yakinlah bahawa, dalam kesabaran, ada kejayaan.

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Amalkan doa ini pada setiap masa: “Robbi yassir wa laa tua’ssir ” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)

Jika terasa hendak marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika sudah duduk, tetapi masih tidak hilang kemarahannya, maka baringlah. Dan jika dalam keadaan baring pun masih belum dapat menahan marah, maka berwudhu’lah. Senyum pada anak, senyum dan senyum, sehingga magnet kemarahan dan kesedihan itu hilang. Tarik magnet kegembiraan dengan senyuman atau ketawa, maka insyaAllah, Allah swt akan kurniakan perkara yang terbaik untuk kita dan anak kita.

Rahsia #2: Konsisten

Anda perlu konsisten sewaktu melatih anak ke tandas. Maksudnya, tidak boleh dilakukan seperti ini, hari #1 tidak pakai lampin, hari #2 (sebab ummi dah penat anak pakai lampin kembali. Oh, tidak…ini tidak boleh.

Atau seperti ini:
Ketika berada di rumah, tidak pakaikan lampin. Tetapi, apabila hendak keluar shopping, atau sewaktu berada dalam kenderaan kerana musafir yang panjang, anak dipakaikan lampin kembali. (kerana khuatir najis ter-tembus, atau tidak sempat ke tandas dsb). Ini juga tidak boleh. Ya, TIDAK boleh.

Sekiranya anda mahukan latihan ini berakhir dan berjaya dengan cepat, maka anda perlu konsisten. Tidak kira walau apa pun yang berlaku. Satu amal yang sedikit, tetapi konsisten @ istiqamah, lebih disukai oleh Allah swt daripada amal yang banyak tetapi tidak istiqamah. Sama lah juga dengan potty training.

Apabila ibubapa mula hilang konsistensi, maka anak akan terkeliru. Anak akan terfikir; “Apakah aku patut buang najis ku di sini (diaper) atau di sana (tandas)?” “Kadang-kadang boleh buang dalam diaper, kadang-kadang tak boleh? Isy…mana satu yang betul..confuse, confuse.. ”

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Untuk ibu yang bekerja, ambil cuti seminggu untuk membuat latihan ini. Ini kerana, tidak semua pengasuh dapat mengambil alih tugas potty training dengan sempurna. Kebanyakannya tidak sanggup, kerana latihan ini akan membebankan mereka.
Pilih satu minggu yang kosong (anda dan anak tidak mempunyai sebarang sebab untuk keluar dari rumah seperti untuk menghadiri majlis perkahwinan, atau membeli belah dan sebagainya) Dengan ini, anda akan mudah konsisten.

Dengan langkah yang diajarkan sebelum ini, biasanya, waktu kritikal adalah cuma 3-4 hari sahaja. Namun, untuk menambahkan lagi keyakinan dan keupayaan anak, maka kita berikan mereka peluang selama seminggu.

- 30 minit sebelum anak tidur, pastikan dia tidak minum air.
- Ajak anak ke tandas sebelum tidur.
- Ajar anak beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air.
- Zikir selalu Apabila kita selalu ingat kepada Allah swt, maka bantuanNya akan mencurah-curah datang kepada kita.

Rahsia #3: Keyakinan

Ini adalah TOP SECRET dalam kejayaan melatih anak ke tandas. Satu perkara, yang dapat membawa kejayaan proses ini LEBIH cepat daripada biasa ialah dengan keyakinan. Btw, yakin pada siapa ye?

1. Yakin pada pertolongan daripada Allah swt,
2. Yakin pada diri sendiri,
3. dan yakin pada kemampuan anak

Dengan keyakinan pada Allah swt, kita akan selalu berdoa, memohon pertolongan daripadaNya (waima untuk buat potty training pada anak!) Ya, dalam apa jua keadaan sekalipun ber-doa-lah pada Allah, kerana itulah senjata paling kuat untuk orang-orang mukmin.

Yakin pada diri sendiri pula akan meningkat apabila keyakinan kepada Allah swt diusahakan. Tiada keyakinan diri yang lebih hebat, daripada merasakan yang Allah swt sentiasa ada bersama-sama dengan kita. Dia sentiasa membantu kita, dan Dia juga yang akan memberikan kejayaan buat kita.

Yakin pada kemampuan anak. Ini adalah bahagian yang mungkin agak sukar dalam latihan ini, namun ia boleh dibentuk. Menurut kajian, kanak-kanak adalah makhluk yang dilahirkan dalam keadaan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kita sebagai ibubapa lah, yang mencorakkan keyakinan diri nya, samada mahu terus membinanya, atau meruntuhkannnya.

Apabila anak melihat ibubapa yakin terhadap kemampuan mereka. Maka, keyakinan mereka akan meningkat dengan pesat. Tetapi, apabila anak melihat ibubapa hilang keyakinan pada kemampuan mereka. Maka keyakinan mereka akan menurun sedikit demi sedikit.
Ini kerana, kita adalah orang yang paling mereka sayangi di muka bumi ini. Sedikit sebanyak, persepsi kita memberi kesan kepada jiwa mereka.

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Terus konsisten dalam latihan ini. Jangan sarungkan diaper sewaktu hendak ke pusat membeli belah atau semasa dalam kereta, kerana anak akan fikir; “ummi tidak yakin pada kemampuanku, sebab itu dia pakaikan diaper”, “aku akan cakap bila terasa hendak ter-kencing, tetapi kenapa ummi masih pakaikan diaper lagi? Mungkin sebab, aku belum berjaya kot”

Sentiasa berikan taghrib (motivasi) kepadanya. Samada melalui perbuatan, mahupun percakapan. Contoh-contoh ayat;

(Apabila dia berjaya ke tandas) “Yeay, Iman berjaya!! Sayang anak ummi..Mmuaahh”
(Sebelum keluar dari rumah) “Zakwan akan cakap dengan ummi bila terasa nak buang air kecil,kan?”Dia pun mengagguk-anggukkan kepala. “Sayang anak ummi..mmmuaaaah!”
(Apabila melihat anak ter-kucil di luar tandas), “Tak apa Ibtisam, nanti ummi lap. Lain kali, kalau Ibtisam rasa nak terkencing, Ibtisam terus pergi ke tandas, tau. Ummi yakin Ibtisam boleh buat. Sayang Ibtisam..mmmuaaah”

**pelukan dan ciuman ibubapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya.
Apabila anda yakin pada kemampuan anak, mereka akan cepat berjaya. Yakinlah kepada kemampuan anak dengan sepenuh hati, kerana apa yang dirasakan dalam hati, akan terpancar melalui perbuatan kita. Jangan biarkan anak ter-hidu walau sedikit pun ketidakyakinan ibubapa terhadap diri mereka.

Rahsia #4: Kerjasama pasangan

Dalam apa jua proses pendidikan anak-anak, kerjasama pasangan merupakan success factor (faktor kejayaan) yang paling terunggul. Ceritakan dan rancang bersama dengan pasangan anda, bagaimana untuk menjalankan latihan ini. Tetapkan masa yang sesuai, di mana anda dan pasangan sudah bersedia untuk melalui latihan ini.

Kerjasama ini bukan bermaksud pasangan anda mesti menolong mengelap, membasuh dsb (Jika anda memperoleh kerjasama seperti ini, Alhamdulillah Percayalah, ia adalah satu BONUS bantuan daripada Allah swt. Kerana, tidak semua isteri, mendapat sokongan seperti ini)

Kerjasama mungkin juga dalam bentuk sokongan motivasi secara lisan atau sekurang-kurangnya tidak menambahkan beban kerja untuk anda yang sedang menjalankan latihan ini kepada anak. Kebiasaannya, ibu yang akan memainkan peranan besar dalam potty training ini memandangkan wanita dikurniakan oleh Allah swt dengan sikap sabar. Sekiranya pasangan anda, kurang melibatkan diri dalam latihan ini, jangan sedih atau putus asa. Berbalik kepada Rahsia #3: Yakin pada pertolongan Allah swt.

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Zikir yang boleh diamalkan: Hasbunallaha wa nikmal wakiil. A’lallahi tawakkalna (Cukuplah Allah sebagai pembantuku. KepadaNya lah aku berserah)

Amalkan tasbih fatimah sebelum tidur:
1. Subhanallah 33x
2. Alhamdulillah 33x
3. Allaahuakbar 33x
4. Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku walahul hamdu, wahua a’la kulli syaiiin qadir 1x

Fadhilatnya; Allah swt akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu.

Teruskan berdoa, usaha, dan berdoa lagi dan lagi sehingga akhir hayat. InsyaAllah

Semoga anda memperoleh manfaat daripada perkongsian ini. Saya juga budak baru belajar, seandainya ada kesilapan, tolonglah betulkan. Terima kasih atas sokongan anda semua. Dan tidak lupa juga, Semoga Berjaya!!

****************

So, lepas baca artikel ni kita rasa bersemangat kan? Hehe..selamat mencuba!
Bleh la klik kat link Asal ni:

Berjaya Melalui Latihan ke Tandas Kurang drp 30 hari (Part 1)
Berjaya Melalui Latihan Ke Tandas Kurang drp 30 hari (Part 2)
Berjaya Melalui Latihan Ke Tandas Kurang drp 30 hari (Part 3)
Berjaya Melalui Latihan Ke Tandas Kurang drp 30 hari (Part 4)

Thursday, July 22, 2010

Breastfeeding Mom & Ramadhan

Berlayar punya berlayar..tersinggahlah kat satu blog ni dan jumpa plak 1 artikel yang saya rasa cukup berguna buat saya dan juga ibu-ibu diluar sana. Artikel ni merupakan artikel tambahan yang saya dapat dari laman web duniasusuibu.com . Ni kira lanjutan daripada post saya yang terdahulu 'Penyusuan susu ibu dan puasa'. Puas sikit baca bila saya copy paste kat sini. Tapi kalau nak terus tengok kat web asal, klik je kat link yang saya dah masukkan.. Saya rasa artikel ni lagi bagus daripada post saya terdahulu. Saya rasa ia agak lengkap. Selamat membaca!

Bagi yang baru bergelar ibu dan menyusukan anak pastinya dalam dilema sama ada mampu atau tidak untuk meneruskan puasa dan menyusukan anak dalam mana yang sama.

Kerisauan bayi kurang mendapat susu yang cukup atau persoalan laratkah saya berpuasa selepas segala keperluan dan khasiat diberikan kepada bayi sering menghantui para ibu.

Jangan bimbang kerana sebenarnya anda boleh terus menyusukan biarpun sedang berpuasa. Yang penting anda menjaga keperluan nutrien.

Keperluan ibu yang menyusukan terutama protein sebagai nutrien utama pengeluaran susu ibu akan meningkat daripada 45gm kepada 75gm.

Kebanyakan pengambilan vitamin dan mineral turutmeningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus.

Diet masyarakat Malaysia yang tinggi pengambilan lemak tepu dan karbohidrat (terutama gula) dan terlalu sedikit pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan akan membuatkan anda kekurangan nutrien sebagai ibu yang menyusukan bayi terutama sepanjang Ramadhan. la membantu membekalkan tenaga agar mama boleh berpuasa dengan tenang tanpa rasa lapar atau dahaga kerana menyusukan bayi. Selain itu susu yang dihasilkan juga tetap mencukupi untuk anak anda.

18 tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan

1) Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

2) Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”

3) Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.

4) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

5) Makan banyak kurma.

6) Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.

7) Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.

8) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

9) Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.

10) Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.

11) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.

12) Pam susu sebelum sahur.

13) Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).

14) Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

15) Ambil milk booster jika perlu.

16) Elakkan terlalu penat.

17) Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria

18) Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.


Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak

Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.

Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]

Rujukan:

Al-Quran al-Karim.

Hasnita Sawal. (Ogos 2009). Menyusu & Ramadhan. Majalah Pa&Ma, 107: 110-111. Selangor : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd

Nur Hidayah Abdullah (1997). Puasa. Fardhu Ain Khusus Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu’man, hlm 164-166.

Rita Rahayu Omar (2007). momslittleones.com. 1 September.

Imam Habib Abdullah Haddad (2003). Perihal Puasa. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Sngapura: Pustaka Nasional, hlm 177.

Wednesday, July 21, 2010

Anak Nakal - Bagaimana menanganinya

Anak yang soleh dan solehah, taat kepada ibu bapa.. penyejuk di mata..penawar di hati.. tentunya menjadi dambaan setiap ibu bapa. Manakala anak yang menunjukkan sikap nakal pastinya memeningkan kepala. Kadang-kadang bleh hilang sabar dibuatnya. Anak sulung saya, Umar Rayyan..yang kini berusia 2 thn 1 bulan..dah mula menunjukkan kenakalannya. Walaupun saya tahu yang sikap ini adalah normal bagi kanak-kanak seusianya..tapi risau juga kalau sikap ini bleh berlarutan sampai besar. Tempoh usia 2-7 tahun merupakan tempoh paling penting dalam mendidik anak-anak dan membentuk keperibadiannya; kerana kepastian berjaya atau gagalnya si anak di dalam hidup ini; juga keberanian atau pengecutnya, kuat atau lemahnya adalah bergantung kepada peringkat usia ini.



Bila berhadapan dengan kenakalannya.. membuatkan saya check balik cara saya didik dia. Muhasabah balik. Memang setiap kali dia buat salah, saya dan husband akan bagi dia hukuman pada dia. Tapi seolah-olah hukuman itu tidak memberi kesan kepadanya.. dan dia akan mengulangi perbuatan tersebut.. sedih memang sedih bila anak tak dengar kata.. tension pun ada. Bila dia nangis kena marah atau kena hukuman yang diberi.. pilu rasa hati dengar tangisannya.. tambah lagi dia akan hulur tangan minta maaf sambil cakap.. " dedi/mami..alam..alam.." (daddy/mummy..salam.. salam.. -sambil nangis). Tapi lepas tu buat gak lagi..walaupun dah minta maaf. Mungkin persoalan macamana nak tangani anak nakal ni bukan saya je tertanya-tanya. Saya rasa ramai ibu bapa diluar sana pun macam saya gak.. Search punya search.. saya jumpa 1 artikel yang bertajuk '1 cara untuk menangani anak yang nakal' tulisan Ummu Solihin. Saya suka artikel ni. Kat sini saya copy pastekan tulisan beliau untuk kita kongsi sama-sama.

Berikut adalah hasil tulisan beliau tanpa pengauditan..hehe..sebab saya suka gaya penulisannya..tak nak edit2..takut ada cacat cela plak nanti.. selamat membaca!

-----------------------------------

Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bertemu dengan lebih daripada 10 orang kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun, pada waktu yang berbeza, dan di tempat yang berbeza. Saya bermain dengan mereka, berbual dengan mereka, membaca dengan mereka, kerana saya sayang mereka dan ingin belajar sesuatu daripada mereka. Maha besar kuasa Allah swt yang telah menjadikan mereka sebagai asbab untuk saya mendapatkan pelbagai ilmu dan idea baru, terutamanya dalam ilmu pendidikan anak-anak. Allahuakbar

Daripada pemerhatian saya yang masih cetek ilmu ini, saya dapati bahawa sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari. Begitu juga sebaliknya. Seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.

Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya. Dan satu berita yang pernah saya dengar daripada seorang alim, setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.

Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?

Langkah #1:

Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari. Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini. Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.

Langkah #2:

Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini. Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH. Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka. Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.
Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.
Takutkan mereka dengan azab Allah dan gembirakan mereka dengan ganjaran yang Allah sediakan untuk anak-anak yang soleh. InsyaAllah, bila mendengar cerita-cerita syurga, anak-anak akan lebih teruja untuk melakukan lebih banyak kebaikan.
Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.

Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.
Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.

Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu. Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja. Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja. Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.

Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan. Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.

Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.
Semoga Berjaya!

--------------------------------------------------------

Saya setuju dengan tulisan ini. Insaf rasanya.. insyaallah saya nak cuba aplikasikan. Selain tu bleh gak baca tips lain kat sini.

Tuesday, July 20, 2010

Penyusuan Susu Ibu dan Puasa

Ari ni dah 8 Sya'aban. Tak lama lagi dah nak Ramadhan..lebih kurang 21 ari je lagi. Puasa tak abis ganti lagi..huhuhu..teruk sungguh saya ni! Kalau hari ni berjaya puasa sampai azan maghrib nanti..tinggal 1 hari je lagi. Terhegeh-hegeh nak mengqada' puasa! Orang lain di kala ini sibuk buat puasa sunat..

Tak best puasa sorang2..sahur sorang2..nak telan nasi pun macam tak lalu aje. Tapi kena gak makan sebab nanti tak larat plak..nak wat 3 sesi pemerahan susu. Ajak hubby puasa sekali dia tak mao..teman sahur takpe. Tapi malas plak nak kejutkan dia teman..(mulianya hati isteri ni..hehehe). Tahun lepas dia temankan puasa ganti..tahun ni malas plak..ehm..takpela..(sedih..)

Pagi tadi sahur nasi putih, daging masak lada hitam dan sambal bilis (feberet ni). Ni pun semalam punya..hehe.. Minum air suam 2 gelas je. Tak larat nak minum banyak2 satu2 masa. Nak buat air milo malas. Nak minum susu..sejuk plak susu dlm peti ais. Tak lupa makan kurma 2 biji dengan niat semoga Allah maintainkan susu ari ni.

Bila berpuasa ni..yang terlintas difikiran..cukup ke penghasilan susu? Tak bleh nak minum air banyak2 macam selalu.. First time puasa ganti ari tu..memang susu kurang..mungkin sebab..kurang minum air..atau tertekan..atau dah wat mind setting puasa - susu kurang..atau kurang doa? Ehm.. ari ni nak test faktor2 lain selain kurang minum air. Dah setting fikiran yang insyaallah susu cukup. Susu ibu ni kan rezeki untuk anak..dan sudah tentu Allah dah tentukan rezeki untuk dia. Kalau susu banyak..itulah rezeki dia untuk hari ni. Kalau susu kurang..itulah juga rezeki dia untuk hari ni. Apa yang boleh dilakukan adalah berdoa agar Allah murahkan rezeki anak.. Doa seorang ibu kan tiada hijab dengan Allah. So saya kena gunakan kuasa doa ni!

Saat cerita ni ditulis..stok susu kat dalam freezer tinggal 7 botol je lagi. Cuak la jugak..kalau ada emergency..atau tetiba susu merudum. La ni susu cukup2 je.. Perah kat opis ari ni untuk bekalan Rania keesokan harinya. Kat opis 3 kali sesi pemerahan..dapat la 12oz (1 kali perah dpt 4oz..alhamdulillah walaupun tak banyak.. ni pun dari sebelah je..sebelah lagi cuma setitik setitik je kuar..maklumla sejak anak sulung sampai la anak kedua..diorang tak nak yang sebelah lagi ni..) Sehari Rania consume 4 botol (4 x 4oz). So kat rumah perlu sekali lagi sesi pemerahan. Kadang-kadang 2 kali. Sekali 2oz sekali lagi 2oz..pastu bila dua2 botol dah sama2 sejuk dlm peti sejuk baru campur..hehe.. It's better 2oz than nothing! (kata2 penyedap hati..penenang fikiran)

Ketika paragraph ni ditulis..dah 2 kali sesi pemerahan dilakukan. Pukul 9 pagi tadi dan pukul 12 tgh tadi..lepas ni sesi pukul 3 ptg plak. Dua-dua sesi tadi dapat 4oz..macam biasa..susu masih maintain, alhamdulillah. Tapi perasaan nak minum air tu kuat jugak la..hehe..dahaga tu agak terasa..bibir pun kering. Setakat ni sekali pun tak pergi toilet lagi.. kalau tak..dah 2,3 kali pergi..maklumla minum air banyak..hehe..

Puasa ganti ni sekurang-kurangnya dapat la melatih diri untuk menghadapi bulan Ramadhan nanti. Pernah juga saya berpuasa Ramadhan sambil fully breastfeed Rayyan yang berumur 3 bulan lebih ketika itu (2008). Alhamdulillah takde masalah susu pun. Badan pun tak rasa letih. Mungkin sebab rahmat Allah di bulan Ramadhan. So, untuk bulan Ramadhan yang akan datang ni..saya kena positif juga. Insyaallah saya juga mampu menghadapinya.. buat 2 ibadah dalam 1 masa. 1 ibadah puasa..1 lagi ibadah menyusukan anak. Bulan Ramadhan kan setan dah kena ikat.. ditambah lagi dengan rahmat Allah di bulan yang penuh barakah ini..insyaallah..kita semua mampu melaksanakannya..

Tips breastfeed sambil puasa

1) Jangan tinggal sahur. Sesungguhnya sahur itu ada barakahnya. Sahur juga membezakan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab yang lain. Makanlah makanan yang lambat hadam macam nasi. Makan juga makanan yang seimbang.

2) Jangan minum air teh sebab kandungan dalam air teh ni akan menyebabkan kita kerap nak buang air kecil. So ini akan menyebabkan banyak air akan hilang dari badan.

3) Minum air suam banyak-banyak..hehe..kalau terdaya la..

4) Minum susu. Tapi awas, ada orang yang perutnya tak bleh nak terima susu pagi2..dan bleh menyebabkan sakit perut..

5) Makan kurma - sunnah

6) Melewat-lewatkan sahur dan menyegerakan berbuka..(tapi pastikan waktunya betul ye. Jangan plak nak lewatkan sahur sampai bersahur lepas subuh plak dan menyegerakan berbuka sebelum masuk waktu maghrib. Batal puasa! hehe..)

7) Berdoa banyak-banyak..

8) Enjoy dan ikhlas dengan ibadah yang dilakukan (puasa + breastfeed)..insyaallah..dengan rahmat Allah..yang sikit itu bleh mengenyangkan.. yang sikit itu mencukupi keperluan..

9) Makanlah supplement yang bleh membantu meningkatkan penghasilan susu.. (kena beli ni sebab dah lama habis..hehe..)

Sekian tips daripada saya..kalau ada tambahan bleh la share..

Lagi Tips penyusuan dan ramadhan - klik sini

Monday, July 19, 2010

Melembutkan Hati Suami Dengan Solat Hajat

Seseorang yang rapat dengan saya..tetiba bertanya pasal solat hajat. Bukan dia tak tahu..cuma nak pastikan yang solat dia betul-betul ikut prosedur yang digariskan. Surah yang paling afdhal dibaca pun dia tanya..nak pastikan solat hajat yang dia buat adalah yang terbaik.. Nak pastikan hajatnya dimakbulkan.. Ehm..surah paling afdhal? Tak pastila pulak. Biasanya rakaat pertama lepas baca Al-Fatihah, baca Surah Al-Kafirun.. Rakaat kedua plak lepas baca Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas. Tapi Islam ni tak memberatkan..bahkan memudahkan. Bacalah apa-apa pun surah yang dihafal..tak kisahpun. Allah terima..asalkan niat kita ikhlas..solat penuh khusyuk..memohon sungguh2 kepada Allah dengan rendah hati.

Kenapa tetiba plak tanya pasal solat hajat ni? Rupa2nya..si dia yang rapat dengan saya ni berhajat untuk memohon kepada Allah untuk melembutkan hati suaminya..yang suka sangat keluar rumah dan berborak dengan kawan-kawan kat kedai makan. Isteri mana yang tak terasa bila kat rumah si suami diam tak bercakap dengan isteri..tapi kat luar rumah..bukan main berborak dengan kawan. Hati isteri ni kan sensetif.. tapi jarang suami yang nak memahami. Bagi mereka..cukup makan..cukup pakai..cukup tempat tinggal..dah cukup lah kasih sayang tu.. tapi layanan macam mana? Cara cakap macam mana? Ehm..isteri mana yang tak kecik ati bila tanya sepatah jawab sepatah. Itu pun nasib baik ada patah gak yang kuar. Kalau nasib tak baik..diam seribu bahasa. Bak kata pakar motivasi, komunikasi sangat penting dalam membina rumah tangga yang bahagia.. kalau tak, masing-masing memendam perasaan sendiri..

Pada hari dia bertanya saya, dah 2 minggu berturut2 dia buat solat hajat ni. Alhamdulillah..dah nampak sedikit perubahan pada suaminya. Suaminya tidak keluar rumah untuk melepak lagi. Bila saya dengar cerita dia tentang kesungguhannya melakukan solat hajat untuk mengubah si suami, saya jadi insaf. Kata-katanya membuatkan saya muhasabah diri. Teruknya saya..lekanya saya..tak buat pun solat hajat memohon kepada Allah untuk mengekalkan kebahagiaan yang dikecapi.. menjauhkan dugaan yang tak sanggup dihadapi. Sanggup melayan perasaan sendiri berbanding mengadu kepada yang Maha Mengasihani.. Fitrah insan yang mudah lupa. Hanya berdoa ketika ditimpa dugaan..tapi leka bila diberi kebahagiaan. Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan melalui cerita seorang insan..

Dalil Solat Hajat:
عن عبد الله بن ابي اوفي ان النبي (ص) قال : من كان له الي الله حاجة او الي احد من بتي ادم ، فليتوضأ وليحسن الوضوء وليصل ركعتين ثم ليثن علي الله وليصل علي النيي (ص) ثم ليقل : لا اله الا الله رب العرس العضيم والحمدلله رب العلمين اسألك موجبات رحمتك وغزائم مغفرتك، والغنيمة من كل بر والسلامة من كل ذنب ، لا تدع لي ذنبا الا غفرته ولا هما الا فرجته ولا حاجة هي لك رضا الا قضيتها يا ارحم الراحمين .
( رواه الترمذي )
Maksudnya : Abdullah bin Aufa meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda : Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau kepada seseorang daripada anak Adam, hendaklah menyempurnakan wuduknya. Kemudian hendaklah solat 2 rakaat serta memuji AllahS.W.T. , Bersalawat kepada Rasulullah & berdoa : " Tiada tuhan selain Allah yang mempunyai Arasy yang Maha Agong & segala puji-pujian untuk Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon rahmatmu, keampunanmu, mendapat semua kebaikan & selamat daripada segala dosa. Ampunilah dosaku, hilangkanlah kesusahanku, penuhilah hajatku yang Engkau redai, Ya Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihi"

Hikmah Solat Hajat:

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
- Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
- Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
- Tidak putus asa dengan takdir Allah
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insyaallah)


Moral of the story, tak perlulah kita melakukan perkara2 kurafat..seperti berbomoh2 untuk melembutkan hati suami..bagi nasi kangkang untuk menundukkan suami..nauzubillah..hilang keberkatan rumahtangga. Bila hilang keberkatan..hati pun pasti tak bahagia. So, disamping berusaha menambat hati suami, berdoalah kepada yang menjadikan hati ini. Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin. Sabda Rasulullah saw,
Masa yang paling dekat antara hamba dengan tuhannya ialah ketika sujud. Oleh itu perbaikkanlah berdoa ketika sujud..

Wallahu'alam.. sama-samalah kita saling mengingatkan..

Friday, July 16, 2010

12 Sebab Kenapa Haid Anda Lewat

Ramai yang suspen kalau haid lewat kan? Terutama bagi mereka yang dah kawin la. Situasi ini tentunya memberi harapan kepada mereka yang kepingin nak menimang cahaya mata..manakala kepada mereka yang tak merancang nak dapat cahaya mata baru..tentunya menimbulkan kerisauan..hehe..

Biasanya..perkara pertama yang terlintas difikiran bila haid lewat ni adalah kehamilan kan? Tapi sebenarnya ia bukanlah satu-satunya sebab kenapa haid lewat daripada biasa. Kat bawah ni dinyatakan 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

1) Tekanan
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan period kita.

2) Masalah kesihatan
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

3) Ubatan
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

4) Hormon prolaktin berlebihan
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

5) Menyusu badan
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

6) Masalah tiroid
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

7) Gemuk
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

8) Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

9) Tersilap kira
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

10) Monopaus
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

11) Pencegah hamil
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

12) Hamil
Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Apa yang anda perlu buat sekarang?
Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

Sumber : http://portal.alamhamil.com

Thursday, July 15, 2010

Doraemon oh Doraemon!



Ari ni pukul 4 pagi Rayyan dah bangun. Daddy suruh tido balik Rayyan tak mao.. "nak cite..nak cite.." kata Rayyan sambil tunjuk TV. Pepagi lagi dah nak tengok TV. Tengok la TV sorang2..malas nak layan. Pukul 4.49 pagi mummy baru bangun lepas alarm handset daddy bunyi dengan lagu Maradona..hehe..

Nampak je mummy bangun..apa lagi..Rayyan ikut je mana mummy pegi. Nampak pen..Rayyan nak.."mami..nak ukish!" ehm..tak abis-abis nak melukis. Mummy bagi la pen dengan kertas A4 untuk Rayyan yang konon2nya nak melukis. Mummy pegi dapur..Rayyan ikut lagi.. dengan pen dan kertas! "Mami..ukish!" Sambil hulurkan pen dan kertas..Rayyan suruh Mummy lukis.. " Sekejap ye..mami perah nenen adik dulu..nanti mami lukis.." Hai la Rayyan..nape la bangun awal2 pagi ni..banyak keje mummy nak buat lagi ni..

Mummy tunaikan juga la hasrat Rayyan. Mummy baru buat buat 2 bulatan kecil (mata doraemon)..Rayyan dah tau mummy nak lukis apa.."mememon.." Betul! 10 markah untuk Rayyan..mummy nak lukis Doraemon! kartun kesukaan Rayyan..hahaha..tak abis2 dengan doraemon dia. Rayyan suka sangat mummy lukis Doraemon. Tak cukup seekor doraemon..Rayyan suruh mummy lukis lagi..aduihs! Ok mummy nak lukis Rayyan pulak..bila mummy tunjuk muka Rayyan yang mummy lukis..Rayyan cakap "salah!" hahaha..suka ati je cakap salah. Betul la mummy lukis tu. Ehm..salah lukis rupanya..sebab Rayyan nak suruh mummy lukis Doraemon lagi..

Doraemon oh Doraemon! nape la ko ni jadi kesukaan Rayyan! hehehe..bukan Rayyan sorang je kot.. ramai lagi budak kecik yang suka dengan kartun ni. Doraemon yang comel! Nampak logo NTV7 je..Rayyan dah minta nak tengok Doraemon.. "mami..nak mememon..bibita!" ehm..tunggu la hari sabtu pukul 7.30 malam Rayyan..

Wednesday, July 14, 2010

Air Ketuban Kurang - Apa Puncanya?

Salam. Ari Ahad ari tu, 11 Julai 2010 saya baru dapat anak saudara baru - baby girl. Lahir ketika usia kandungan 36 minggu 5 hari secara paksaan! Kenapa paksaan? Ceritanya begini, masa adik saya check up bulanan kat klinik, nurse dapati degupan jantung baby sangat laju..tak normal..so dia suruh refer hospital. Tiba di hospital, doktor buat ultra sound dan dapati air ketuban adik saya kurang - patutla perutnya kecik aje..tak macam 9 bulan. So doktor sarankan adik saya di'induce' - nak tak nak kena bersalin juga kerana takut baby lemas. Sebelum di'induce', doktor terpaksa bagi suntikan untuk mematangkan paru-paru baby sebab paru-parunya belum matang lagi. Doktor cakap kalau lepas induce tak bersalin juga..kena bedah!

Dia diinduce pada 10 Julai 2010. Dia harap babynya lahir hari tu.. terbalik je birthday dengan saya..sebab birthday anak saya, Rania terbalik dengan dia..hehe..dah sakit-sakit nak bersalin pun sempat lagi fikir tarikh-tarikh ni..ehm..biasala orang pompuan..terlalu kognitif..hehe.. Tapi hajatnya tidak kesampaian..baby still tak mao kuar tarikh tu..dia nak kuar pada 11 Julai 2010 pada jam 11 lebih pagi (tak ingat plak pukul 11 berapa minit). Baby lahir dengan berat 2.38 kg. Alhamdulillah dua-dua selamat..tapi baby ada masalah kekurangan gula dalam darah.

Bersalin kali ni adik saya cakap sakit sangat. Mungkin sebab dipaksa bersalin kot. Dia rasa serik plak nak bersalin lagi..lepas ni dia nak rehat 3 tahun katanya..hehe..iye ke? ala orang pompuan ni..lepas bersalin mesti cakap takut nak bersalin lagi..tup tup..tahun depan bersalin lagi..hehe..

Tapi don't worry! banyak ganjaran Allah bagi kepada orang pompuan yang mengandung, melahirkan dan menyusukan anak ni..antaranya:

" Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan."

" Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah."

" Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya."

" Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan."

" Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah."

So, disebabkan ganjaran yang besar ini..ujian pun besar juga la.. apa-apapun sabar dan redhalah.. opps tersasar dari topik plak..sorry! Hehe..panjang sangat mukadimahnya. Ok berbalik kepada topik asal..pasal air ketuban ni. Tertanya-tanya pulak saya..macam mana air ketuban boleh kurang?

Sebagaimana kita tahu..air ketuban ni penting buat baby sebab ia melindungi bayi dari kecederaan dari hentakan ('cushion' untuk baby) dan memberikan ruang untuk pembesaran, pergerakkan dan pertumbuhan yang normal.

Jom baca apa yang saya jumpa pasal punca air ketuban kurang yang saya dapati dari : http://portal.alamhamil.com

Selain pelindung bayi, air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim.

Biasanya air ketuban berkurangan secara fisiologi pada lewat kehamilan tapi ia cuma kekurangan relatif sahaja disebabkan badan bayi sudah pun memenuhi hampir keseluruhan ruang rahim. Walaubagaimanapun, sekiranya air ketuban kelihatan terlalu kurang, bayi anda mungkin akan terdedah kepada risiko komplikasi seperti kekurangan oksigen dan terbantut tumbesaran.

Sebab sebab kekurangan air ketuban :
1) Ketuban pecah sebelum masa
2) Masalah pada uri
3) Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
4) Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik.

Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan Ultra Sound dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.

Tetapi sekiranya kandungan sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan.

Entry lain yang berkaitan : Info Tentang Air Ketuban

Tuesday, July 13, 2010

Tekanan Penyebab Kanser?

Saya baru je jumpa artikel ni. Kebetulan pulak saya pernah post pasal tekanan ni, tup tup jumpa pulak artikel yang mengejutkan ni (mengejutkan saya la..sebab saya baru tahu..tak tahu pun sebelum ni..kalau anda dah tahu..anggap ulangkaji je la ye..)

Penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa tekanan mungkin berkait dengan kanser pangkal rahim! Kalau sebelum ni kita tahu yang tekanan ni memang memberi kesan negatif kepada tubuh badan kita..tapi tak tahu plak sampai bleh menyebabkan kanser.. uishk! takutnya..

Kalau sebelum ni kita tahu yang Kanser Payudara adalah pembunuh nombor 1 wanita.. Kanser pangkal rahim ni pulak adalah kanser kedua terbanyak yang dialami oleh wanita. Menurut data WHO, hampir 250,000 wanita mati setiap tahun disebabkan oleh kanser ini.

Kanser pangkal rahim adalah kanser yang tumbuh dengan perlahan dan jarang memberikan gejala kepada wanita tetapi peringkat awal kanser boleh dikesan dengan mengunakan ujian pap smear.

Apa kaitan kanser ni dengan tekanan?

Salah satu penyebab kanser ini ialah virus HPV terutamanya HPV jenis 16. Virus ini merebak melalui hubungan seks tapi bagi wanita yang sihat dan mempunyai imuniti yang normal jangkitan HPV akhirnya akan hilang secara semula jadi. Walaubagaimanapun menurut pakar penyelidik, tekanan harian mungkin mengurangkan kebolehan badan wanita untuk melawan balik virus ini. Ini kerana tekanan boleh mengurangkan aktiviti sistem imuniti badan dan seterusnya gagal untuk melawan balik virus tersebut dan kanser akan berlaku.

Tekanan yang keterlaluan bukan sahaja menyebabkan badan mengalami kurang imuniti melawan penyakit, malahan ia juga memberi kesan kesihatan badan keseluruhannya, hubungan sesama manusia dan produktiviti kerja.

Sumber : http://portal.alamhamil.com

Sayonara Piala Dunia!

Pejam celik pejam celik..dah sebulan masa berlalu. Tamat sudah FIFA world cup. Tenang sudah si isteri yang suaminya peminat bola sepak tegar..hehe.. Suami pulak takde alasan lagi nak kuar rumah malam2 pi kedai mamak.. sebelum ni si isteri yang memahami bleh la consider alasan tengok bola ngan kawan2..

Saya bukanlah peminat tegar bola sepak ni. Kalau ada depan mata tengok la..takde la sampai bersengkang mata nak tengok awal pagi. Biasanya saya tengok ulangan je.. tu pun tengok negara yang saya sokong..Brazil dan Portugal. Masa world cup 2006 dulu..(zaman bujang) sanggup pi tengok kat kedai mamak dgn housemate (kak rose!) semata-mata nak tengok brazil lawan..hehe..maklumla kat rumah takde astro..tapi masa tu malam la..bukan awal pagi. Masa tu..punyala ramai lelaki..pompuan kami je..malu la jugak..tapi nak tengok brazil lawan gak.. Itu la kali pertama dan terakhir tengok bola kat kedai mamak. Tak best sebab tingkah laku kena control..tak bleh nak lompat2 dan jerit2..hehe..malu.. Penangan world cup ni..hinggakan kat rumah sewa..kitorang tampal jadual perlawanan kat dinding dan isi tempat kosong yang disediakan dengan jumlah jaringan yang pasukan tu dapat. Ehm..semua jadi kalau ada geng! nasib baik dapat housemate sekepala!

Itu dulu..world cup 2010 ni..dah tak bujang lagi..anak dah dua pun! La ni tengok TV kat rumah je. Suami pun bukanlah peminat bola sepak tegar! Dia tengok bila pasukan kegemarannya lawan je..Argentina! Tak tau la apsal dia suka sangat dengan Argentina ni..tak la terer mana pun..hehe.. Ehm..nasib baik Argentina tak menang..kalau tak..terpaksala kita tonton Maradona berbogel..hehe.. Masa Argentina lawan tu..my husband siap pakai jersi Argentina lagi..punya la fanatik dengan Argentinanya..hahaha..sekali Argentina kena belasah 4-0 dengan Jerman..terus bukak jersi...hehe..faktor Argentina kalah sebab Messi dan kawan2 dikawal ketat oleh Jerman..katanya..

Edisi kali ini menyaksikan Sepanyol menang..dan belanda dan lain2 menang..gung kekalahan..hehe.. Ini membuktikan bahawa bola sepak ni permainan berpasukan..bukan individu. Kerjasama mantap sepasukan dan pandai mengawal emosi membuktikan sepanyol pasukan hebat kala ini.. mengenepikan pasukan2 yang ada individu hebat macam Cristiano Ronaldo, Messi, Kaka dan sebagainya..

Sepanjang FIFA world cup ni..saya rasa saya paling glamour! kat mana-mana pun ada nama saya..FIFA..hehe.. kalau peminat2 bola sepak ni dok beli jersi negara pilihan masing-masing..saya teringin nak beli jersi FIFA. Tapi tak jumpa plak jual kat Al-Ihsan. Geram je tengok kat TV diorang pakai baju bertulis FIFA kat belakang..hehe.. Husband saya suruh contact Subkidin..ala anak Malaysia yang jadi Refree ke-4 world cup ni..kalau nak sangat baju FIFA tu..hehe.. ehm.. nampaknya kena hantar baju ke kedai utk sulam je la.. (penah wat dulu masa study..sulam nama JOHOR kat belakang sweater..hehe..sebab nampak ada senior pakai sweater tulis SARAWAK kat belakang..hehe..nak jugak promote negeri sendiri..hahaha..satu huruf RM5 so untuk nama JOHOR tu RM25 kena bayar. Nasib baik 5 huruf..kalau TERENGGANU.. pokailah..hehe)

Selain saya yang perasan glamour ni..sebenarnya ada yang lebih glamour daripada saya musim piala dunia kali ni. Si glamour yang dimaksudkan adalah Paul si sotong kurita! Tetiba plak si sotong ni lebih glamour berbanding pemain ternama lain..gara-gara ramalannya kebetulan benar belaka. Kesemua ramalan sotong ni untuk piala dunia ni..kebetulan betul semua. Macamana dia ramal? caranya..dua bekas makanan diletakkan bendera negara berkenaan. Bekas mana yang si Paul ni pilih..dikatakan negara tu akan menang. Ehm..kebetulan! jangan percaya yang si sotong ni bleh meramal masa depan. Ustaz cakap..siapa yang percaya kepada ramalan..tilikan dan yang seumpamanya..40 hari solat tak diterima! Nauzubillah.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Percaya kepada selain daripada Allah..bleh memesongkan akidah dan bleh jatuh kepada syirik! Sehebat mana pun sotong ni..hebat lagi yang menciptakannya dan memberinya ilham. Mungkin Allah takdirkan ramalan sotong ni benar belaka untuk menguji keimanan kita. Sama ada kita beriman kepada sotong atau beriman kepada Allah! Semoga Allah tetapkan iman kita dan menjauhkan kita daripada perkara2 yang bleh merosakkan akidah..amin!



Sayonara Piala Dunia Afrika Selatan! Jumpa nanti piala dunia 2014 di Brazil! InsyaAllah..

Friday, July 9, 2010

Berfikiran Positif - Boleh Mengurangkan Tekanan?

Salam. Kali ni saya nak kongsi lagi cerita pasal tekanan ni. Kira ni kesinambungan topik wanita lebih stres berbanding lelaki? yang penah saya post dulu la. Kalau belum baca..bleh la baca dulu..hehe.. Apsal la saya utarakan topik ni? Ehm..saya rasa tekanan ni semua orang alami..takde terkecuali! Lagi pula kajian telah mendapati bahawa wanita lebih tertekan berbanding lelaki. Bagi mummies yang breastfeed baby..memang perlu menjauhi sebarang bentuk tekanan ni. Kalau tak..alamatnya penghasilan susu bleh terganggu.. Kesian baby jadi mangsa tekanan mummy dia..hehe.. So i'm very concern pasal tekanan ni..

Bertanggapan negatif boleh menyebabkan tekanan. Sebaliknya, jika kita tukarkan persepsi negatif ini kepada positif ia boleh mengurangkan tekanan. Misalnya, kita mungkin berasa sukar hendak menerima kenyataan bahawa kita ditukarkan tempat bertugas yang lebih jauh..sedangkan kita sudah selesa dengan pejabat lama. Tetapi sekiranya kita tukarkan daripada persepsi negatif ini kepada persepsi positif iaitu "Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin penghijrahan ini menambahkan lagi pengalaman dan meluaskan lagi persahabatan.." boleh mengurangkan tekanan akibat pertukaran ini. Dalam hal ini, pembentukan semula minda membolehkan kita menimbangkan semula reaksi pada sesuatu perkara yang lebih baik.

Begitu juga ketika kita menerima berita kehamilan yang tidak dijangka (hahaha..tak abis2 cite kehamilan tak dijangka..nak wat camne..rasanya ini yg paling rapat dgn org pompuan kan..). Ketidaksediaan kita menerimanya boleh menimbulkan tekanan..lantaran berbagai-bagai persepsi negatif berlegar-legar di fikiran. Jangan biarkan pemikiran negatif ini menguasai fikiran kerana tekanan akan menjadi lebih kronik. Sebaliknya, tukarkan persepsi negatif ini kepada positif dengan menyatakan pada diri " Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Setiap yang Allah jadikan..ada rezeki masing-masing. Mungkin kehadiran anak ini boleh menjadi pengikat kasih sayang suami kepada kita. Mungkin Allah nak kita susah dahulu..senang kemudian.. Allah nak bagi anak yang sedia ada seorang kawan lagi.."

Kita mungkin tidak mampu merubah keadaan yang telah ditentukan. Tetapi apa yang kita mampu adalah menerima kenyataan. Nak tak nak kita kena terima juga. So, bagaimana kita menerima kenyataan itu adalah paling penting. Bila kita terima secara negatif maka kita akan berdepan dengan tekanan. Sebaliknya, jika kita terima secara positif maka tenanglah hidup kita. So, bila kita mampu mengawal pemikiran kita..kita mampu mengawal tingkah laku kita!

Saya nak kongsi cerita pasal satu kisah yang saya jumpa dalam buku EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Diceritakan bahawa seorang raja di Timur Tengah bermimpi bahawa gigi baginda tercabut satu demi satu sehinggalah habis. Mimpi tersebut membuatkan baginda berasa sedih. Baginda pun memanggil pentafsir mimpi untuk membuat tafsiran berkenaan mimpi tersebut. Pentafsir mimpi pertama berkata kepada baginda " Wahai tuanku, saya mempunyai berita buruk untuk tuanku. Tuanku akan kehilangan semua ahli keluarga, satu demi satu sehingga tinggal tuanku seorang sahaja yang hidup." Tafsiran pentafsir mimpi ini telah menimbulkan kemurkaan raja lalu beliau dihukum penjara.

Kerana tidak berpuas hati, raja memanggil pula pentafsir mimpi yang kedua. Selepas pentafsir mimpi itu mendengar mimpi yang disampaikan, beliau berkata, " Wahai tuanku, saya ada satu berita baik untuk tuanku. Tuanku akan dipanjangkan umur lebih lama daripada kesemua ahli keluarga yang lain." Apabila raja mendengar tafsiran mimpi ini, baginda berasa amat gembira lalu memberi ganjaran yang lumayan kepada pentafsir mimpi tersebut. Namun begitu, di kalangan pembesar-pembesar raja sangat terkejut dengan tafsiran itu. Tafsiran pentafsir mimpi pertama tidak berbeza dengan tafsiran pentafsir mimpi kedua tetapi mengapa pentafsir mimpi pertama dipenjarakan, sebaliknya pentafsir mimpi kedua tidak dipenjarakan, malah diberikan ganjaran lumayan lagi! Pentafsir mimpi kedua menjawab persoalan para pembesar, "Ya! kamu semua benar, kami berdua telah mentafsirkan mimpi itu dengan cara yang sama. Akan tetapi, perkara yang penting sekali ialah ia tidak hanya bergantung dengan apa yang kamu katakan, tetapi bagaimana kamu mengatakannya."

So, moral of the story..pembentukan semula minda daripada tanggapan negatif kepada positif lebih memberi kebaikan dan secara tidak langsung boleh mengurangkan tekanan. Renung-renungkan..

Thursday, July 8, 2010

Anak mummy tak sihat


Ari ni mummy dan daddy bercuti kecemasan sebab Rayyan dan Rania tak sihat. Dua-dua selsema dan batuk. Termasuklah nenek yang jaga pun demam. Semalam dah ke klinik. Doktor bagi ubat batuk, ubat selsema, ubat demam dan ubat lelah untuk Rayyan. Manakala Rania doktor bagi ubat batuk, ubat selsema dan juga ubat demam. Punya la banyak ubat..warna warni lagi. RM74 kos untuk rawatan kali ini. Harap-harap anak-anak mummy cepat sembuh..

Semalam doktor check Rayyan dapat lelah skit..akibat batuk tu. So terpaksala ambik nebulizer kot nama dia..ala..yang gas tekap kat hidung dgn mulut tu. Rayyan nangis2 tak nak. Pembantu klinik cakap " Meh la pakai topeng.." Rayyan jawab sambil nangis "tak nak topen.." Daddy pujuk nak ajak pi petronas pun tak jalan.. Last2 dapat gak pakaikan dia 'topeng' tu.. Sepanjang sesi tu Rayyan nangis..Sian anak mummy..

Malam tadi mummy tido awal..ingatkan nak bangun pukul 2.30 pg nak tengok bola..Jerman lawan Sepanyol. Last-last tak tengok pun..sebab mengantuk..Rania asyik menangis je malam tadi..mungkin tak selesa hidung tersumbat dan batuk. Nak nenen pun dia takde selera sangat.. Banyak kali gak muntah. Bagus gak muntah ni..bleh la kuar lendir tu..

Ari ni anak-anak mummy bleh main macam biasa..tapi selsema dengan batuk masih ada. Semoga penyakit ini tak membahayakan..cuma mengejutkan sel-sel dalam badan untuk membina antibodi untuk melawan penyakit..untuk jadi lebih sihat!

Friday, July 2, 2010

Hari ini dalam sejarah : Mengimbau pengalaman temuduga kerja kerajaan

Hari ni 2 Julai 2010. Sejarah apa yang ada pada ari ni? Hehe..bukan nak cite pasal sejarah Malaysia..jauh sekali sejarah dunia..tapi sejarah peribadi. 7 tahun lalu.. 2 Julai 2003..tarikh nilah tarikh saya interview untuk dapat jawatan sekarang ni. Ehm..kenangan yang sukar dilupakan. Anda juga mungkin begitu kan? Ada cerita tersendiri pasal interview ni..

Actually..interview ni interview ke-2 dalam hidup saya selepas gagal interview pertama pada November 2002..tapi bagi jawatan yang berlainan la. Masa isi borang SPA8 dulu jawatan yang gagal disandang tu pilihan ke-2 dan yang interview ke-2 ni pilihan pertama. Masa interview first dulu, interviewer siap cakap lagi.." Jawatan ni pilihan ke-2 awak kan.. Awak tunggu la interview jawatan pilihan pertama awak nanti.. rasanya jawatan tu belum diinterview lagi.." Pehh! nampak sangat la jawapannya mendukacitakan.. ehm..takpe la..susah juga nak dapat keje ni. Kalau macam tu..sambung study balik la!

Harapan nak bekerja dahulu lepas habis diploma sebelum sambung degree berkubur begitu aje. Saya sambung study..buat degree..memandangkan susah dapat keje..tak nak buang masa cari keje..(tak cari keje pun..takut..hehe..isi borang SPA8 aje). Masa tengah study di semester yang ke-2 ni la.. saya dapat surat panggilan interview ni. Tarikh : 2 Julai 2003, Masa : 8.00 pagi, Tempat : Bangunan SPA, Jalan Cenderasari, KL.

Memang abah saya di kampung suruh pegi interview ni untuk dapat pengalaman interview. Dapat ke tak dapat ke itu lain cerita. So, pada hari kejadian..saya ponteng kelas untuk attend interview ni bersama seorang housemate yang sememangnya takde kelas ari tu. Dari Shah Alam ke KL..kami tunggang motosikal berdua. Saya bawa motosikal dan kawan saya bonceng dibelakang. Main redah je ikut signboard memandangkan tak pernah pun pergi Jalan Cenderasari tu.

Bila dah sampai KL..tak jumpa plak signboard nak ke Jalan Cenderasari. Pusing punya pusing..tak sampai-sampai.. Tahu je la jalan KL ni..banyak jalan sehala..kalau dah terlajak tu..bukan main jauh nak u-turn balik.. Memang kami berada dalam kesesatan waktu itu..tidak jumpa jalan kebenaran..hehe.. Memang kenyang makan angin la kami pagi tu.. hahaha..sarapan!

Ada gak la saya guna talian hayat untuk membantu. Telefon pakcik yang penah keje kat KL..ehm..tapi harapan hampa..dia pun tak bleh nak bayangkan di mana saya berada.. nak tak nak kena la cari sendiri.. masa terus berlalu.. dah nak putus asa dah mencari.. last sekali saya cakap kat member.."Anne, ni last round..kalau tak jumpa jugak..kita balik je la..takde rezeki nak interview la ni.." Anne pun setuju. Dalam hati saya berdoa.."Ya Allah..kalau interview ni baik untuk aku..kau jumpakanlah aku jalan menuju ke sana.. kau permudahkanlah urusanku Ya Allah!" Lepas tu saya teruskan perjalanan..dan tergerak pulak nak masuk satu lorong yang tak pernah pun masuk sebelum ni walau pun dah banyak kali pusing kat tempat yang sama. Alhamdulillah! jumpa juga akhirnya.. Fuhh! macam tak percaya aje ada pejabat kerajaan yang tersorok macam ni..hehe..

Jam di tangan menunjukkan dah pukul 10 lebih. Ehm..ada lagi tak interview ni? dah lambat dah ni.. ahh try tanya la.. Pak Guard kata interview kat tingkat 2. Saya buka la pintu dewan yang dimaksudkan..kosong! tiada calon lain kecuali ada sorang kerani. "Puan..saya datang nak interview. Boleh lagi ke?" Tanpa malu-malu saya utarakan hajat di hati.. "Interview dah abis dah dik. Pegawai yang interview tengah minum pagi nak balik. Nanti akak tanyakan kalau boleh interview lagi.."

Tak lama kemudian..kakak tu kuar dari bilik sebelah dan mengatakan " Boleh dik..nanti mereka keluar. Adik duduk dulu.." Huh! nasib baik boleh interview lagi..tak sia-sia sesat! hehe..Alhamdulillah! Waktu ni la baru saya sibuk nak menampal gambar pada resume, susun sijil2 dalam folder..tak sempat sebelum ni..

Saya diinterview di situ juga. Kat bilik yang banyak kerusi. Difahamkan, saya diinterview kat tempat calon menunggu giliran nak masuk bilik temuduga.. Hahaha..disebabkan dah lambat sangat dan dicampur dengan perasaan malu sebab lambat..tak sempat saya nak nervous! tak macam first time interview dulu.. So, saya jawab je soalan yang diberi dengan selamba. Macam kawan2 plak..hehe..

Antara soalan yang ditanya:

1) Awak buat apa sekarang ni?
2) Misalnya awak dapat jawatan ni, awak nak teruskan degree awak ke awak nak kerja?
3) Kawan awak teruskan degree dia..lepas grad dia jadi pegawai..awak cuma penolong pegawai je..awak tak jelous ke?
4) Siapa Timbalan Menteri Kewangan?
5) Dah berapa tahun Malaysia merdeka?
6) Bila Malaysia ditubuhkan?
7) Sehari semalam sembahyang 5 waktu berapa kali baca Fatihah?
8) Apa itu Zonning dan densiti?
9) Ada berapa kaedah penilaian dan nyatakan.
10) Bagaimana nak buat penilaian menggunakan kaedah baki?
11) Apa yang special tentang diri awak? (in English)

Sesi temuduga ni banyak menguji cara kita komunikasi, kejujuran, keyakinan diri dan juga kesabaran. Kalau nak diikutkan..banyak markah kena potong sebab lambat ni. Tapi alasan yang diberi munasabah..penemuduga sendiri pun susah nak jumpa jalan ke sini! Alhamdulillah..dah namanya rezeki..saya dapat jawatan ni. Tapi dalam hidup ni tak semua yang kita nak kita akan dapat. Dalam tempoh seminggu saya perlu buat keputusan sama ada nak teruskan degree atau pilih berkerja! Masa dapat panggilan daripada abah di kampung yang bagitau temuduga saya berjaya..rasa nak nangis je..sebab memang tak harap untuk dapat kerja ni. Tak tahu nak buat keputusan sama ada nak terus belajar atau berhenti dan berkerja. Belajar tinggal 1 tahun je lagi. Posting pulak nun jauh di Batu Pahat. Nak convert full time kepada part time tak sesuai pulak sebab course yang saya study ni part time sebelah malam lepas office hour. Fuhh! dilema sungguh waktu ni. Setelah banyak nasihat diterima - ada yang suruh teruskan belajar dan ada juga suruh bekerja, akhirnya gerak hati lebih kepada berkerja. Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja.. kalau belajar tu..senang nak dapat. Memikirkan family saya bukanlah golongan kaya, maka berkerja ini terbaik buat saya untuk membantu keluarga. Borang tarik diri dari pengajian di hantar ke pihak pengurusan universiti..dan saya melapor diri bertugas di Batu Pahat. Dalam hati..saya berjanji akan meneruskan degree yang separuh jalan ni bila tiba masa yang sesuai. Akhirnya saya kotakan janji itu pada tahun 2007 setelah 4 tahun berkhidmat..so hingga sekarang saya masih lagi bergelar part time student disamping meneruskan kerjaya..hehe..

Moral of the story..setiap kesulitan yang Allah bagi itu..ada kesenangan yang terbit daripadanya. Bersangka baiklah dengan Allah. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambanya..