Check it out!

Thursday, September 9, 2021

RESIPI PAPRIK CAMPUR ALA THAI

Dah lama mami tak masak paprik. Hari ni tiba-tiba datang semangat untuk masak paprik. Macam biasa, mami google dulu resipi paprik sedap..hehe. Jumpa resipi paprik Che Nom kat sini. Tapi mami olah sikit ikut selera. Hasilnya.. dedi makan bertambah-tambah. Mami tanya, "lapar ke sedap?" "Sedap!" jawab dedi. Wahh.. berbunga hati ni tau...haha. Anak-anak pun cakap sedap. So, mami tak nak hilang resipi ni. Simpan sini untuk rujukan nanti.

Bahan-bahan:

100g - 200g Isi ayam (potong kecil)

10 ekor udang (bersihkan, buang kepala, belah belakang)
Bunga kobis (potong kecil)
Lobak merah (potong panjang)
Putik jagung (mami tak letak)
Kacang panjang (mami tak letak)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (saiz sederhana, dihiris)
1 batang serai (diketuk)
2 inci halia (dihiris memanjang)
3 sudu besar cili kisar (mami pakai cilih boh)
5 biji cili padi (ditumbuk kasar)
3 helai daun limau purut (dibuang urat tengah)
Minyak untuk menumis
Air untuk sedikit kuah
Bahan sos:
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato (resipi asal 3 sudu besar sos tomato. Mami kurangkan sebab mami guna cili boh yang tak perlu tambah asam dan garam)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar. Kemudian masukkan serai dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan bahan sos dan kacau sebati. Tambah sedikit air bagi mengurangkan kepekatan dan menjadikannya berkuah.
4. Masukkan isi ayam, lobak merah, bunga kobis, cili padi dan daun limau purut. Tutup kuali supaya cepat masak.
5. Akhir sekali, masukkan udang dan kacau hingga udang masak (kulit udang bertukar warna merah keseluruhan). Jangan masak udang terlalu lama kerana kulit udang akan melekat, susah nak makan! 

Sorry, gambar tak sempat nak ambil. Tak menyempat nak makan. Lapar! hehe..