Check it out!

Sunday, July 15, 2012

Doa Rayyan buat mummy


Tengah hari semalam mummy ke Mydin berdua bersama Rayyan.
Dah nak sampai, Rayyan bersuara, " Mummy, nak Domino Pizza.."
Memang terpampang besar la signboard kedai ni sederet dengan Mydin.
Mummy jawab, " Mummy tak banyak duit la Rayyan nak beli Domino Pizza. Rayyan doakan la mummy banyak duit, nanti mummy boleh beli Domino Pizza."
Lalu Rayyan mengangkat tangan dan berdoa.
" Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahillazi at'amana wasakona waja'alana minal muslimin.."

Mummy ingatkan dia nak baca Al-Fatihah. Rupanya doa lepas makan. Tapi seriously memang mummy tersentuh dengar doa Rayyan ni walaupun hanya doa lepas makan. Moga Allah makbulkan doa Rayyan!

Masa tengah beratur di kaunter pembayaran, Rayyan bersuara, " Mummy nak tu.. " sambil menunjuk ke arah kinder bueno yang berbentuk bujur telur tu.
" Tak payah la.." jawab mummy. 
" Itu untuk orang perempuan? orang lelaki tak boleh?" tanya Rayyan.
" Itu untuk orang kaya." jawab mummy.
" Rayyan doalah mummy kaya. Nanti bila dah kaya, mummy belikan." mummy yang sengkek sedang menghilangkan fokus anaknya terhadap jajan yang mahal itu..hihi..
Rayyan yang sedang duduk di tempat duduk troli pun menadah tangan berdoa..
" Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma baariklana fima rozaktana wakina 'azabannar" lafaznya.
" Ok, mummy dah kaya. Rayyan dah doa!" katanya lagi.
Kali ni Rayyan baca doa nak makan pulak. Ni doa nak bagi mummy kaya. Doa lepas makan, doa nak bagi mummy banyak duit..hihihi..
Terima kasih Rayyan! Semoga Allah perkenankan doa anak mummy ni.

Walaupun tak dapat apa yang diingini, Rayyan sangat memahami. Tak paksa mummy pun untuk beli. Bukan mummy kedekut nak belikan untuk Rayyan. Tapi dalam wallet mummy ada RM40 je..hihi. Tu pun mummy dok risau cukup ke tak la duit nak bayar barang-barang dalam troli tu. Nasib baik cukup. Baki RM2 lebih je..hihi. Teror betul mummy bajet. Kalau mummy beli kinder bueno Rayyan kompem mummy kena keje part time jap kat Mydin tu..kihkihkih.

Namun begitu, sebagai ganjaran Rayyan yang baik hati, mummy belikan jugak jajan berharga RM1.75 untuk Rayyan.. pengganti kinder bueno, guna duit baki tadi! hehehe.

Masa dalam kereta on the way balik Rayyan cakap, " Rayyan nak kongsi dengan Rania." sambil tunjuk jajan yang mummy belikan.
" Bagus! itu sikap yang mulia.." kata mummy 
(mummy suka cakap guna bahasa buku dengan anak-anak..hihihi..)


"Ya Allah! kasihanilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku  semasa kecil."

Thursday, July 12, 2012

Bila anak menegur..

Tadi Rayyan datang kat mummy sambil menghulurkan spender dan seluarnya suruh mummy betulkan. Mummy cakapla kat dia, "kan dah betul ni, pakai je la sendiri."
Rayyan jawab, " Mummy kenapa marah marah? cakapla elok-elok.." (Rayyan menegur dengan nada lembut dan slow)
Aduh! kena se das! terkedu mummy seketika bila kena tegur begitu.
Hilang terus perasaan marah mummy terhadap perangai mengada-ngada dia lalu mummy pakaikannya spender dan seluar yang dihajati.

Sekarang ni memang mummy kena berhati-hati dengan percakapan dan perbuatan mummy sebab ada tukang tengok, tukang tiru dan juga tukang tegur..hihihi. 


Akibat banyak sangat cakap!

Mummy kena buat apa yang mummy suruh mereka buat. Mummy tak boleh cakap juga apa yang mummy suruh mereka jangan cakap.

Tempoh hari, Rayyan suka cakap perkataan bon**t.
Mummy tegur, " jangan cakap bon**t, tak sopan."
Rayyan jawab, "mummy, cakap bon**t tak sopan?"
Mummy cakap balik, "ishk, kan mummy cakap, jangan sebut, tak sopan."
So, Rayyan dan Rania telah mengetahui bahawa sebut perkataan bon**t tak sopan.
Pernah satu ketika, mereka main simbah-simbah air dalam toilet. Habis terkena mummy. Mummy marah, " Tengok! habis bon**t mummy basah!"
Rayyan tegur, " mummy tak sopan!"
Mummy jawab, " maaf, mummy tak sengaja. habis punggung mummy basah!"
Rayyan dan Rania akan menegur mummy tiap kali mummy tercakap perkataan tak sopan tu.
Wah! dah macam nak menegakkan keadilan dah ni!
 Sehinggakan mummy sebut perkataan kontot pun tetiba kedengaran Rania menegur, "mummy tak opan!"
Aik? bila masa pulak mummy sebut perkataan tak sopan. Oh mesti dia ingat perkataan kontot yang mummy sebut tu bon**t..hihi.
Mummy jelaskan, " Rania, mummy bukan sebut bon**t. Mummy sebut kontot. kontot tu maknanya pendek, tak panjang." Hah! ambik penerangan ringkas dari mummy.
Terima kasih anak-anak kerana menegur mummy.
Teguran kalian menyedarkan mummy bahawa mummy is not always right! hhihihi..
Buat mummy sedar yang mummy cakap kena serupa bikin!
Mummy nak anak-anak cakap elok-elok.. mummy kena cakap elok-elok juga
Mummy nak anak-anak sopan.. mummy kena sopan juga
Mummy nak anak-anak sabar tak marah-marah.. mummy kena sabar tak marah-marah juga
Mummy nak anak-anak mengakui kesalahan.. mummy kena mengakui kesalahan juga
Mummy nak anak-anak baik.. mummy kena baik juga

Tuesday, July 10, 2012

Pengganti Chong Wei sedang dilatih


Buat pertama kalinya semalam, Rayyan dan Rania dibawa ke gelanggang badminton. Biasanya daddy pergi seorang. Tapi semalam mummy pun joint sekali atas ajakan daddy. Lama sudah mummy tak pegang raket. Kali terakhir rasanya awal tahun 2010, mewakili INSPEN semasa sukan Majlis Institusi Latihan dan Penyelidikan Bangi (MILPB). Bulan 9, 2010 pulak mummy dah start pregnenkan Razin. Nampaknya dah lebih 2 tahun mummy tak menceburkan diri dalam bidang sukan badminton ni..hihi.

Rayyan dan Rania sangat enjoy bermain di sini walaupun permainan badminton mereka agak di luar kebiasaan. Mummy lempar bulu tangkis, dia akan pukul dengan raket. Pastu mummy kutip balik bulu tangkis tu dan lempar lagi. Dia pukul lagi. Kadang-kadang kena dan kadang-kadang tak kena..hihi. Begitulah seterusnya sampai mummy rasa penat. Huh! memang penat! Opps lupa nak cerita, permainan kami ini di luar gelanggang. Dalam gelanggang, daddy dan kawan-kawannya sedang bermain.

Daddy merelakan raket yang baru dibelinya untuk Rayyan guna. Mummy agak was-was nak relakan raket mummy untuk Rayyan guna pada awalnya. Tapi ternyata Rayyan boleh pegang raket dan pukul bulu tangkis, bukan lantai! selamat.. Bila dapat pukul bulu tangkis tu, dia akan cakap, " Mummy, Rayyan dapat terima!"
Mummy jawab, " Rayyan hebatlah!" hehehe.. mummy memang suka bagi kata pujian kat anak walaupun mummy tahu tak sehebat mana pun.. mummy lagi hebat..kihkihkih. Bila kena puji, makin membara la semangatnya nak bermain lagi.

Peringkat permulaan, biarlah Rayyan main badminton macam ni ye nak. Kita training pukul bulu tangkis dulu. Nanti dah terer boleh masuk gelanggang pulak..








Nota :
Mummy dapat juga melepaskan rindu bermain badminton. Stroke pun stroke la. Sekarang ni mummy sedang mengalami sakit-sakit badan akibat tidak melakukan pemanasan badan secara sempurna sebelum bermain. Adeh!

Thursday, July 5, 2012

Bila anak bertanya..

Pagi tadi, semasa menyusukan Razin di taska, Rayyan dan Rania pun joint sama masuk bilik baby. Rania baring sebelah ribaan mummy sambil minum susu. Rayyan pulak makan keropok ikan. Tetiba ada secebis keropok ikan terpelanting kena betul2 dekat mulut Rania. Mummy cakap kat Rania, Rezeki! 

Tetiba Rayyan bertanya..
Rezeki tu apa mummy?
Ehm.. terkedu gak mummy mendengar soalannya. Soalan Rayyan ni nampak macam simple tapi susah juga mummy nak jawab. Rasanya, senang lagi mummy menjawab soalan interviewer masa sesi interview ari tu..hihi..

Walau susah macam mana sekalipun, mummy yang hebat kena jawab soalan si anak..haha.
Si mummy kan idola si anak. Mummy knows everything sangkaan mereka.
Mummy jawab..
Makanan tu rezeki
Minuman tu rezeki
Sihat tu rezeki
Ilmu itu rezeki
Duit itu rezeki
Anak-anak itu rezeki..

Pastu Rayyan mencelah..
"Rayyan?"
Rayyan pun rezeki..
"Rania?" soal dia lagi 
Rania pun rezeki..
"Razin?" macam biasa la mesti nak cukupkan jugak adik-beradiknya.
Razin pun rezeki..
"Kakak?" tanyanya lagi..
Kakak pun rezeki kepada mummynya..

Nasib baik teacher masuk bawa baby dan fokus Rayyan kepada persoalannya sebentar tadi telah terganggu.. hihihi.. selamat!

Rayyan ketika berumur 1 tahun 10 bulan. Sekejap je dah berumur 4 tahun anak mummy ni.

Tuesday, July 3, 2012

Pengalaman temuduga : Pegawai Penilaian W41

Alhamdulillah! 
Sangat lega. Sampai juga akhirnya tarikh 3.7.2012 ni setelah ternanti-nanti dengan penuh debaran di hati..hihi..
Selagi tak ditemuduga selagi tu la dok tertanya-tanya apakah yang bakal ditanya oleh si penemuduga. Selagi tu la dok selak sana selak sini (buku rujukan ye). Google sana google sini mencari tahu setiap jawapan bagi setiap persoalan yang terlintas di fikiran. Sampai "azzurri" dan "la roja" pun saya google nak tahu maknanya.. kot kot penemuduga nak tanya..hihihi. Demam EURO 2012 la katakan.

Ada hikmahnya sebenarnya dipanggil temuduga ni. Daripada tak tahu sangat perkembangan semasa.. jadi tahu la pulak. Setiap hari mesti nak baca surat khabar dan dengar berita supaya dapat update info dan isu semasa. Sebelum ni, NKRA dan GTP tu ibarat angin lalu je kat telinga ni. Tapi penangan temuduga ni, saya jadi tahu dan faham apa itu NKRA dan GTP dan juga Strategi Lautan Biru. Ada sesiapa nak tahu? Meh saya jelaskan. Amboi!

Sebenarnya bukan itu tujuan entry ini. Saya sebenarnya nak kongsi pengalaman saya menghadiri temuduga hari ini.




Temuduga jawatan Pegawai Penilaian ini telah berlangsung sejak 26.6.2012 dan akan berakhir pada 5.7.2012 nanti. Tak banyak kekosongan, hanya 9 dan 20 lagi calon simpanan. Calon yang dipanggil temuduga hanya 242 orang daripada 4417 yang memohon. Saya difahamkan, calon yang mendapat CGPA 3.3 ke atas sahaja yang dipanggil untuk menjalani sesi temuduga ini. Nampaknya, saingan untuk mendapatkan pekerjaan sangat sengit. Adik-adik yang masih belajar di universiti tu memang kena bertungkus-lumus study bagi mendapatkan CGPA yang bagus supaya mendapat peluang menghadiri temuduga.

Sebentar tadi, saya telah ditemuduga oleh 2 orang panel temuduga. Seorang wakil daripada SPA dan seorang lagi wakil daripada JPPH. Soalan temuduga saya hari ini:

1. Mengapa Akta Pengambilan Tanah 1960 digubal?
2. Nyatakan kaedah-kaedah penilaian.
3. Apakah perbezaan antara Harga, Nilai dan Kos?
4. Mengapa terdapat nilai hartanah lebih rendah berbanding harga dan kos?
5. Terdapat berapa kaedah dalam kaedah baki?
6. Apakah gambaran yang anda boleh lihat di Stesyen Minyak? Apakah aktiviti-aktiviti yang berlaku di sana?
7. Jika sesebuah Stesyen Minyak terlibat dengan Pengambilan Tanah, nyatakan orang berkepentingan yang mungkin terlibat.
8. Apakah cadangan anda untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan JPPH?
9. Anda sayang dengan JPPH? (soalan ni dituju kepada staf JPPH aje mungkin)

Wah.. banyak juga rupanya soalan wakil JPPH kepada saya. Wakil SPA pula tak banyak tanya sangat. Lebih kurang ini pertanyaannya:

10. Sebelum bertugas di INSPEN, anda bertugas di mana?
11. Jika dihantar berkhidmat di Sabah atau Sarawak, anda terima?
12. Anda belajar sambil bekerja, tidak tertekankah?
13. Ada apa-apa soalan yang hendak ditanya? (sebelum beliau mengakhiri sesi temuduga)

Selesai sudah tugas saya berkongsi dengan anda semua. Sekarang, tugas anda.. tolong doakan yang terbaik buat saya! hihihi..

Yeah! seronoknya dah hilang tekanan.. (Rayyan melompat bagi pihak mummy) . Buruk pulak rupanya kalau gambar mummy sedang melompat ditempek di sini..hihi..