Check it out!

Thursday, April 22, 2010

Rania's 3D Scan

Masa mengandungkan Rania memang teruja sangat nak wat scan 3D. Ditambah lagi dengan cite member yang dah wat kat klinik swasta..dengan caj RM180. uihh mahalnya..tapi tak kira..nak wat gak..dia kata dapat CD. Yes! bleh wat kenangan dan Rania bleh tengok bila dah beso nanti...
Tak lama lepastu..member yang sama gak suggestkan kat Vision College. Dia dapat maklumat dari makcik ternet ni..yg vision college ni ada wat scan 3D gak..dengan kadar bayaran RM60 aje.. uihh..murahnya..bleh 3 kali scan kalu camni..hehe..
Vision College ni letaknya di Kelana Jaya..so sebelum pegi..saya call dulu untuk wat appointment. Nasib baik call dulu..memang kena wat appointment rupanya..ramai yang menunggu..murahla katakan..for info nak wat scan 3D ni kandungan mesti antara 26 minggu hingga 32 minggu. kalau dah lebih 32 minggu diorang taknak scan sbb baby dah besar dan susah nak nampak..katanya la..
Harga ditawarkan lebih murah maybe sebab yang scan ni bukan doktor..staf kat vision college ni..so tak bleh la mengharapkan dia bagi detail info..

Lepas dapat permision husband..apalagi masa kandungan berusia 27 minggu..saya drive dari Selayang ke Kelana Jaya yang tak pernah pegi pun sebelum ni.. dgn member 1 opis yang bertindak sbg penunjuk jalan. Thanks Mira!
Akhirnya..terlepas sudah mengidam nak wat scan ni..hehe..
Inilah hasil scan yang dibuat. video pun ada gak tp next time la saya upload ye.. Inilah Rania yang berusia 27 minggu dalam rahim mummy..


Pertama kali nampak Rania menganga dalam perut..tak pasti la dia menguap ke..atau makan..hehe..tapi yang banyaknye tido aje..sampai puas la mummy diarah mengiring ke kiri..ke kanan..jalan-jalan kejap..nak tengok Rania berpusing supaya dapat scan posisi yang cantik..
Gambar terakhir ni gambo jantina Rania..so masa dalam kandungan dah dikhabarkan yang bakal lahir nanti adalah pompuan.. tapi mula-mula tu tak nak la caya sangat2..takut lain plak kuarnye..tapi Alhamdulillah betul..



Anak sulung dulu tak tau pun ada teknologi canggih ni..dah anak ke2..baru tau..ni yang test ni..(macam la jauh sangat masanye..yang sulung lahir tahun 2008 je..hehe). Ape-apepun memang puas hati dah dapat wat scan 3D ni.. satu pengalaman mengandung yang seronok..rasa rindu plak nak ada baby dalam perut..bleh scan lagi..hehe..

Ujian Seorang Mummy

Pengasuh anak2 cuti lagi hari ni utk kali ke 2 bln ni.. Kesian dia..tak larat agaknye melayan kerenah bergu campuran saya tu..hehe.. Memandangkan ari ni ada meeting penting..so my lovely hubby la yang cuti utk menjaga anak-anaknye..jadi mister mama ari ni..Thanks han!

Memang letih menjaga anak-anak yang baru nak membesar ni..terutamanya di peringkat umur setahun lebih..ehm..lasaknya bukan main..nak cuba tu..nak wat ni..memang hilang sabo dibuatnya.. Memang dugaan utk seorang mummy dan daddy.. kalau dugaan kecik takkan la dapat beso ganjarannya ye tak?

Semalam Rayyan wat perangai lagi..bukak diaper sendiri..dan buang..nak pakaikan semula pun tak nak.. aduh! again! apalagi..angkat dia dan kurung kat balkoni la.. nak wat camne..guna kaedah lembut tak jalan..terpaksa guna kaedah kekerasan. Menangis tak sudah la dia kat luar sambil ketuk pintu dan panggil mummy! mummy!...sayu hati dengar...tapi sbb nak ajar dia itu hukuman dia bila dia bukak diaper.. Tapi hati seorg ibu ni tak sampai ati dgr anak dia nangis..so bukak la pintu semula..then..baru la dia nak pakai balik diaper tu..tapi diaper tu tak mau lekat dah..ishk! terpaksa la guna masking tape utk lekatkan balik..hehe..cian anak mummy.. So tak bleh lg beli diaper jenis ni lg..kena beli yang tak bergam..yang bleh lekat banyak2 kali mcm huggies dan pampers comfort..

Bila Allah uji dengan kerenah anak2 yang menggeramkan ni..baru ingat nak amalkan membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Insyirah dan hembuskan kan ubun2 anak2 sambil doakan yg baik2 utk dia..cakap ngan dia sewaktu dia tgh tidur2 ayam sambil urut badan dia dgn kata2 yang positif.. Allah sayangkan hambanya..bila kita leka..Allah uji kita utk kita kembali kepadanya.. Subhanallah!

Wednesday, April 21, 2010

Keistimewaan Wanita

Start je bulan Mei..kita tak akan terlepas dari melihat dan mendengar tentang iklan-iklan tentang sambutan hari ibu.. Tiap-tiap tahun sambutan ini dibuat untuk menghargai insan yang bergelar ibu.. Walaupun sambutan ini dipanggil sambutan hari ibu..mereka yang bergelar mak, umi, mummy, mama, ama dan sebagainya boleh gak sambut...hehe.. Tapi bila ek tarikh sambutan hari ibu ni? Buat mereka yang tak tahu bila sambutan ni..di Malaysia, Ia disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Maknanya tahun ni jatuh pada 9 Mei la kan.. Walaupun tarikh sambutan ni setahun sekali tapi hargailah insan yang bergelar ibu ini setiap masa..tak perlu nak tunggu hari ibu baru nak meraikan seorang ibu.. :-)

Ok, tu mukadimah je..blum lagi masuk lagi tajuk yang di post tu. Sempena sambutan hari ibu yang bakal disambut bulan depan..saya rasa nak kongsi beberapa keistimewaan wanita..kaum hawa yang selalu dilabelkan sebagai golongan yang lemah, walaupun mereka mempunyai tulang rusuk yang cukup berbanding lelaki (hehe..kan tulang rusuk lelaki kurang satu sbb dah guna untuk cipta wanita :-) ). Disebalik 'kelemahan' wanita ini, sebenarnya Allah berikan keistimewaan yang tak diperoleh oleh golongan lelaki yang gagah lagi perkasa.. Berikut disenaraikan antara istimewanya wanita:

1) Syurga itu terletak di bawah kaki ibu.. (tak perlu nak jengah bawah tapak kaki ibu anda ye..memang tak nampak..hehe..)

2) Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

3) Doa perempuan lebih makbul drp lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

4) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

5) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

6) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

7) Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

8) Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

9) Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

10) Perempuan yang sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang disukai

11) Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

12) Aisyah berkata, " Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "suaminya". " siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, " Ibunya".

13) Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyangnya dan puasanya.

14) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

15) Barangsiapa yang membawa hadiah, baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi Ismail.

16) Apabila memanggil akan engkau 2 orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

So, para wanita, isteri, ibu di luar sana..jangan runsing jika anda je yang kena wat keje rumah..anda aje yang kena susukan baby..anda aje yang wat itu..wat ini..ikhlaskan hati..berbakti kepada suami dan anak-anak..setiap yang kita lakukan..ada ganjarannya...ingatlah..segalanya indah jika semuanya kerana Allah..so renung2kan..dan selamat beramal..

Selamat Datang..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Salam.

Selamat datang ke blog saya! Akhirnya berjaya juga saya men'create' sebuah blog idaman yang memang dah lama berangan nak buat.. Here i come dunia blog! Tak susah pun mencipta sebuah blog..tapi yang susahnya nak cari nama blog yang available..hehe..maklumla.. saya ni yang ke berapa agaknye..lambat mengikuti peredaran teknologi la katakan..

Blog ni saya dedikasikan kepada mereka yang ingin berkongsi cerita, pengalaman, pengetahuan dan perasaan saya sepanjang menelusuri perjalanan bukan sahaja untuk menjadi mummy terbaik kepada anak-anak saya tetapi juga menjadi insan yang baik (walau tak mampu jadi yang terbaik) kepada mereka yang berada disekeliling saya..

Semoga catatan di blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada kalian..Enjoy your reading!