Check it out!

Sunday, March 27, 2016

Ola Bola @ Astro First - Terbaik!!



" Filem 'Ola Bola' arahan Chiu Keng Guan, bukan sekadar filem, tapi ia dilihat berjaya mencetuskan satu fenomena untuk mengukuhkan lagi perpaduan kaum di Malaysia." 
- Berita Harian



Pukul 7.20 malam tadi tamatlah siaran 48 jam cerita Ola Bola yang dilanggan menerusi Astro First! Berbaloi RM15.90 untuk tontonan seisi keluarga. Jimat belanja..hehe.. Lagi berbaloi boleh tengok banyak kali selama 48 jam tanpa henti (kalau takde keje lain nak buat la..haha..) kalau tonton kat panggung wayang dah cecah RM51.00 dah untuk sekali tonton anak-beranak..

Tapi dok menahan la keinginan nak tonton filem pecah panggung ni sejak ditayangkan pada 28 Januari 2016. Apatah lagi dengar reaksi positif yang tertera di dada-dada akhbar dan juga kalangan netizen. Tak pernah rasa keinginan yang membuak-buak semata-mata nak tengok filem ni..huhu.. Ditambah lagi dengan rengekan anak sulung yang nak tengok ola bola tak sudah-sudah.. Telinga ni terngiang-ngiang nyanyian dia nyanyi lagu tema filem ni dendangan Zee Avi. Hafal lirik lengkap lagi..huhu.. anak..anak... tak tahu la kenapa dia minat sangat nak tengok filem ni. Siap check kat astro first bila tarikh tayangan. Bila dapat tahu start tayang 24 Mac 2016, dok menghitung hari menunggu tarikh itu. Khamis pun khamis la..tak dan tunggu hujung minggu..hehe...

Setelah menonton filem ini, MR setujulah bahawa filem ni memang taraf 5 bintang. Ia membuktikan bahawa kejayaan sesebuah filem itu bukan bergantung kepada barisan pelakon popular dan terkenal. Yang penting, pelakon yang pandai menjiwai dan menghidupkan watak!

MR paling tersentuh ketika babak di bilik persalinan, waktu rehat selepas perlawanan separuh masa pertama tamat. Ketika itu moral pemain telah merudum ekoran mengetahui bahawa Malaysia telah memboikot Sukan Olimpik di Moscow kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afganistan. Hakikat ini diketahui oleh Ali setelah dikhabarkan oleh pemain lawan, Korea Selatan ketika dalam perlawanan. Betapa kecewanya dia apabila mengetahui usaha pasukan berhempas-pulas di atas padang sampai nak patah kaki hanya sia-sia kerana hasrat untuk ke Moscow tak akan tercapai walaupun memenangi perlawanan. Ketika ini, Tauke, kapten pasukan memberi kata-kata perangsang, semangat selain jurulatih, Muthu dan Ah Chai. Babak dalam bilik persalinan ini paling banyak dialog dilontarkan yang mana kata-katanya sangat mengusik emosi sehingga MR menitiskan air mata...sebak! (anak-anak kecoh..tanya kenapa mami nangis..huhu)

MR suka dialong Ong Tiam Chai, 

" Bertahun-tahun aku jadi pemain simpanan, tapi bapak aku tak pernah kisah pun. Dia bangga anak dia jadi pemain Malaysia. Korang yang dapat main tapi tak nak main. Sakitnya hati aku!!!! "

MR suka watak Ah Cai ni. Dia membangkitkan unsur humor dalam filem ni. Dia selalu jadi bahan usikan rakan-rakan dengan statusnya sebagai pemain simpanan. Tapi kutuk la macam mana sekalipun...dia tak pernah terasa hati atau merajuk dengan rakan sepasukan. Dia berlatih bersungguh-sungguh seolah-olah pemain utama.

" Walaupun saya hanya skru yang kecil...
Tapi saya nak jadi skru yang bermakna.."
- Ah Cai

Filem ini banyak memaparkan unsur-unsur positif. Semangat setiakawan, nilai kekeluargaan, semangat juang yang tinggi, kesungguhan demi mencapai impian serta semangat muhibbah tanpa mengira kaum. Semua bangsa bersatu hanya kerana sebiji bola yang ditendang ke hulu ke hilir sepanjang 90 minit untuk diterjah ke gawang gol yang ternganga!

" Kita menang sama-sama...
Kita kalah sama-sama........" - Ali

Pengarah berjaya membawa energi para pelakon menembusi emosi penonton. Garapan yang hebat selain sinematografi yang hebat setanding filem luar negara. Suka sangat tengok scene dari pandangan udara di mana para pemain berlari mendaki bukit (nampak macam bukit Broga.. tapi tak pasti bukit mana). Seragam je semua.. nampak kesatuan di situ!

" Gol.. Gol.. Gol.. Gol.. Gol.. Gol.. "

Sangat puas rasanya meraikan kemenangan pasukan negara walau hanya dalam filem. Lebih menambah emosi bila kita tahu filem ini diinspirasikan dari kisah benar. Tak kisahlah siapa yang score, yang penting faktanya adalah kita menang 2-1 ke atas Korea Selatan. Walaupun masa ni MR belum lahir lagi. Kalau dalam filem, dipaparkan tarikh perlawanan adalah pada 6.4.1980.. iaitu sehari selepas mak dan abah MR bernikah!

MR puas hati tengok filem ni...
Walaupun tak dapat mengatasi pencapaian kutipan filem Polis Evo sebanyak RM17.47 juta dan The Journey sebanyak RM17.17 juta, namun kutipan mencecah RM15.85 juta sudah cukup hebat buat filem Ola Bola ini.

Moga ramai lagi rakyat Malaysia mampu menghasilkan karya hebat seperti ini!

Majulah sukan untuk negara!