Check it out!

Wednesday, May 19, 2010

Ada apa dengan air?

Pernah dengar tak.." Manusia mampu hidup tanpa makanan selama 3 hari tetapi tanpa air, manusia tidak dapat menahan hidup selama itu." Begitulah pentingnya air dalam kehidupan manusia. So, kali ni bukan saya nak cite pasal kepentingan air atau nak jual produk berkaitan air..hahaha..teruskan membaca..

Melalui buku tulisan Syamsuddin Noor yang bertajuk 'Dahsyatnya Doa Ibu'..saya terjumpa tulisan beliau tentang rahsia keajaiban air. Saya rasa saya pernah terbaca melalui email yang saya terima tentang cerita ni suatu masa dahulu..kali ni saya jumpa lagi dalam buku ni plak. So mungkin ini petunjuk dari Allah untuk saya share cerita ni.. Kalau dah penah dengar anggaplah ia sebagai revision ye..hehe..

Dr. Masaru Emoto, seorang saintis Jepun dari Universiti Yokohama telah membuat kajian ke atas air dan berjaya menjumpai rahsia keajaiban air ni. Beliau menyatakan bahawa air sebenarnya hidup..dan ia berupaya menerima mesej yang disampaikan kepadanya. Seluruh dunia kagum dengan hasil kajian ini..sekaligus mengungkap hikmah air dalam kehidupan dan membuktikan kebesaran Allah s.w.t..

Dalam kajiannya ni, Dr. Masaru membekukan air hingga minus 5 darjah celcius dan kemudiannya dia mengambil gambar kristal air yang terbentuk dalam suhu itu (Hasil penelitian beliau diterbitkan dlm buku The Hidden Message of Water, The True Power of Water dan The Secret Life of Water).

Menurut Dr. Masaru, air terdiri daripada 2 molekul iaitu pentagon dan heksagon. Dalam air biasa, gabungan itu membentuk H2O iaitu pentagon. Air heksagon pula adalah air yang murni. Struktur molekulnya mengandungi 6 rangkaian molekul H2O iaitu (H2O)6.

Kandungan oksigen dalam air heksagon adalah sebanyak 10 hingga 12 ppm oksigen seliter manakala air pentangon memiliki sebanyak 5 hingga 6 ppm oksigen seliter. Air heksagon mudah meresap ke dalam sel tubuh manusia kerana ia terdiri daripada kelompok molekul kecil yang stabil. Ia juga mengandungi bekalan oksigen bagi mengaktifkan metabolisme sel.

Dr. Masaru berkata, "Air heksagon sebenarnya adalah air murni yang ada dipermukaan bumi sejak ribuan tahun yang lampau. Jumlah air ini semakin berkurangan kerana perbuatan manusia yang terus menerus mencemarkan alam sekitar."

Dr. Masaru juga mendapati wujudnya gelombang tenaga positif dan negatif yang berasal daripada air. Gelombang air itu bertindak balas dengan gelombang-gelombang lain yang ada di muka bumi dengan gelombang tubuh manusia. Dalam bahasa Jepun, gelombang ni dipanggil hado.

Air memiliki kemampuan merakamkan hado yang terpancar daripada rasa syukur dan kasih sayang manusia hingga berlaku perubahan molekul pentagon menjadi heksagon. Beliau mengambil air dari Pulau Honshu dan mendoakan air itu mengikut cara agama Shinto. Kemudian, dia menyejukkan air itu hingga mencapai minus 5 darjah celcius dan mengambil gambarnya menggunakan kamera berkelajuan tinggi. Hasilnya adalah gambar molekul air yang membentuk heksagon segi enam yang indah.

Beliau seterusnya mengulangi percubaan itu dengan berkata 'cinta' dan 'terima kasih' di hadapan air itu. Air itu membentuk kristal heksagon yang indah. Beliau mencuba lagi dengan menghadapkan air itu kepada huruf-huruf Jepun yang membentuk kata arigato. Hasilnya, air itu sekali lagi membentuk kristal heksagon yang indah.

Selanjutnya, beliau menunjukkan kata-kata yang buruk iaitu 'syaitan' dan 'bodoh' kepada air itu. Hasilnya, ia membentuk kristal yang hodoh. Kemudian, Dr. Masaru memutarkan simfoni Mozart dan hasilnya kristal air menjadi bentuk bunga. Sebaliknya, apabila muzik heavy metal dimainkan, kristal air hancur dan tidak memiliki sebarang bentuk.

Dr. Masaru seterusnya membuat eksperimen dengan meminta 50 orang berdiri di hadapan sebotol air dan mereka menumpukan mesej keamanan kepada air itu. Hasilnya, kristal air berkembang membentuk cabang-cabang yang indah. Kemudian, apabila doa-doa Islam dibacakan kepada air itu, kristal heksagon terbentuk dalam bentuk segi enam dengan 5 cabang daun yang berkilauan.

Daripada hasil kajiannya, Dr. Masaru Emoto membuat kesimpulan bahawa air itu hidup..dapat mendengar..membaca tulisan..dan memahami mesej.

Ilmu pengetahuan membuktikan tubuh manusia terdiri daripada 75 peratus air. Otak manusia terdiri drp 74.5 peratus air. Darah manusia terdiri daripada 82 peratus air dan tulang manusia pula terdiri daripada 22 peratus air. So, sebenarnya tubuh kita mengandungi banyak air..termasuklah rahim ibu yang mengandungkan kita juga dipenuhi air (yang dipanggil air ketuban).

Dr. Masaru membuat senarai nilai hado yang terkandung dalam makanan, termasuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan. Daging itik memiliki hado yang mempunyai nilai anti tekanan dan kemurungan. Sebaliknya, daging babi memiliki nilai anti tekanan yang rendah. Sayur bayam dan buah kiwi memiliki nilai hado yang baik. Begitu juga dengan bawang putih. Kita dapat mengaitkan fakta ini dengan satu hadis yang menyatakan Nabi Muhammad pernah menggunakan bawang putih sebagai ubat.

Apakah hikmah disebalik penelitian Dr. Masaru Emoto ni? Ia menjelaskan kepada kita..sesungguhnya air mengandungi banyak hikmah. Tidak hairanlah kita lihat ramai orang menggunakan air dengan pelbagai keperluan, sama ada melalui cara yang betul atau pun tidak. Contohnya, air digunakan sebagai ubat pengasih, ubat bagi mendapat kerja, lulus peperiksaan dan seumpamanya. Nabi Muhammad sendiri menggunakan air sebagi ubat. Nabi berkata, "Air zam-zam mengandungi ubat kepada pelbagai jenis penyakit." (Hadis laporan Ibnu Majah)

Air berfungsi mengatur suhu tubuh, melancarkan peredaran darah, membuang racun dan sisa makanan, mengatur struktur dan fungsi kulit, membantu proses pencernaan, menjaga fungsi paru-paru, melindungi dan melicinkan gerakan sendi dan otot serta menyokong proses pemulihan.

Apabila air yang masuk ke dalam tubuh kita adalah air pentagon, ia berbahaya..kerana strukturnya susah larut dalam sel-sel tubuh dan darah. Dengan itu, kita perlu menggunakan air heksagon. Bagaimana caranya kita hendak mendapatkan air heksagon? Mudah sahaja.. Sebelum kita meminum air atau menggunakan air bagi apa saja tujuan, kita baca bismillah dan kita berdoa semoga ia membawa kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan untuk kita. Luar biasa kan?

Ternyata kesucian doa yang memiliki kekuatan yang dahsyat mampu diterima oleh air. Terbukti air yang didoakan mampu membunuh bakteria. Air dan doa adalah sumber kesihatan dalam kehidupan manusia.

So..bila dah baca kajian dan keterangan di atas..apa yang terbayang di fikiran kita? Sape ek yang akrab dengan air ni kat rumah? Pasti kita akan terbayang..yang kaum ibulah orang yang banyak bergelumang dengan air di rumah kan? basuh baju, memasak, mandikan anak..dan sebagainya..

Tak dapat dinafikan peranan kaum ibu memastikan kesihatan penghuni rumahnya..suami dan anak-anak..terjamin melalui masakan yang dimasak. Kena pastikan khasiat makanan tu terpelihara..tak menjejaskan kesihatan..seperti jangan terlebih garam, terlebih lemak yg menyebabkan kolestrol, jangan masak sayur sampai layu sehingga habis nutriennye..hehe. Tak cukup lagi... ibu-ibu kena gak perlu berhati-hati dengan kandungan hado yang ada dalam makanan yang nak diberi kepada keluarga untuk makan. Ini bergantung kepada perasaan dan ekspresi ibu semasa menyediakan makanan ini. Waktu memasak, iringilah pekerjaan itu dengan membaca doa, selawat ataupun wirid. Dengan itu, air yang ada dalam masakan membentuk kristal heksagon yang mudah menyerap dalam sel-sel badan dan darah. Hado yang terkandung dalam air tu memberikan kesihatan untuk keluarga. (Patutla..atok pesan..nak basuh ayam..ikan..daging..sayur..beras dan sebagainya..kena baca selawat..memang saya amalkan petua atok. Atok pesan gak..nak masakan sedap..sambil masak baca selawat..oo..bukan setakat sedap je..sihat gak rupanya..hehe.. Lagi satu petua atok, kalau nak nasi yang kita masak tu cukup untuk semua makan..baca surah al-insyirah semasa basuh beras..oo..sebab air bleh dengar mesej yang kita sampaikan rupanya...hehe..)

Hah, sebaliknya apabila ibu melakukan pekerjaan dengan perasaan marah, besar kemungkinan hado yang terkandung dalam masakan itu menjadi negatif hingga berbahaya kepada sesiapa yang memakannya.

So, untuk menghasilkan hado yang memiliki kekuatan positif, ibu perlu berdoa sebelum melakukan sebarang pekerjaan yang menggunakan air..

Ehm..patutla masa Rayyan demam ari tu mak saya tipon dan suruh bacakan Al-Fatihah 44 kali dalam air dan bagi Rayyan minum untuk kurangkan panasnya..so lepas ni apa salahnya masa kita membaca Al-Quran atau baca Surah Yassin..letak air kat depan..kan? Air tu nanti jadi air heksagon..

"Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi...." (Hadis laporan Al-Hakim dan Al-Mustadrak)

"Sesungguhnya doa itu adalah ibadah." (Hadis laporan imam yag empat dan disahihkan oleh Tirmizi)

"Tuhanmu berkata, 'Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahku, kelak masuk ke neraka jahanam dalam keadaan hina dina'." (Surah al-Mukminun, ayat 60)

Renung2kan..dan selamat beramal..(pinjam prof.izi punya tag line..hehe..)

No comments: