Check it out!

Tuesday, May 25, 2010

Pesta Layang-layang

Hari Ahad lepas (23 Mei 2010)..mummy ada kelas pagi. Pukul 2.30 petang baru mummy sampai rumah. Masa mummy balik..Rayyan tengah tido..sian anak mummy..mesti penat main. Memandangkan hari Sabtu seharian Rayyan dan Rania memerap je kat rumah..(sebab mummy ada kelas pukul 2.30 ptg) mummy ajak la daddy pi Taman Metropolitan, Kepong yang terkenal sebagai taman layang-layang.. Nak bagi Rayyan bebas berlari kat padang dan Rania tengok je la rumput yg menghijau..Rayyan suka main layang-layang..walaupun bukannya pandai main pun..hehe..

Dari jauh..nampak je layang-layang di udara..Rayyan dah excited! melompat-lompat dalam kete..suka..gelak2..nampak layang-layang.."aya..aya.." kata Rayyan..sambil tunjuk2 layang-layang tu.. gembiranya mummy tengok Rayyan gembira..tapi gembira mummy tak lama..sebab timbul plak perasaan kesian dan tak sampai ati kat Rayyan bila terpandangkan deretan kereta parking di bahu jalan. Mak aii..punyalah panjang..siap triple parking lagi..aduihh! silap waktu daa.. macam ada pesta plak kat sini..pesta layang-layang! kesiannya Rayyan.. Bila tahu daddy tak singgah..Rayyan start la nak nangis..bukan tak nak singgah..tak bleh masuk langsung! penuh! penguatkuasa DBKL pun pening kpala nak saman kete yg parking ikut suka..banyak income DBKL dapat ari ni..hehe.. Daddy cakap salah time! maybe ari ni ramai orang sebab..dah hujung bulan..so orang tak bawa anak-anak pi pasaraya..atau tempat2 yg kena bayar..hehe..betul ke? macam kita ek daddy? hehe..

Mummy cakap kat Rayyan..daddy nak pegi ikut depan..Rayyan diam seakan faham. Daddy drive dan masuk entrance ke-2 taman metropolitan ni. Tapi kat sini tak la semeriah kat sana tadi. Kat sini kawasannya kecik skit. Ada padang bola..yg 2 team tengah lawan..ada sorang je main layang-layang tapi tu pun tak naik..takde angin kot..main pun kat jalan tar sebab takde space..hehe..selain tu..ada gak family yang main badminton kat sini..

Walaupun mummy dan daddy rasa tempat ni macam tak best sebab ramai orang..pastu space pun terhad..singgahla juga demi Rayyan. Sian Rayyan excited nak main. Tapi Rayyan tak bleh lari sebebas-bebasnya sebab kena tangkap dengan daddy.. asyik terbabas je masuk padang orang tengah main bola sepak..hehe.. kawasan Rayyan di rumput yang luar daripada padang bola sepak..mungkin Rayyan tak perasan tiang kayu yg ada bendera tu..hhehe..

Rayyan enjoy sepak bola orang..entah sape-sape punya la..Rayyan main blasah je..Rayyan tak segan silu joint abang2 main bola. Bola sendiri tak mau main..nak juga main bola orang.. Leka main bola..Rayyan lupa pasal "aya-aya" dia..hehe..
Kita balik bila mummy tengok muka Rayyan lain macam je..termenung panjang..ehm..ni mesti ada something ni..

Rayyan bilak! bucuk! patutla senyap dan terpaku tetiba. Dah agak dah! Time kita balik..masih lagi meriah orang main layang2..Rayyan suka tengok tapi tak excited macam tadi..mungkin sebab tahu nak balik..hehe..

Semalam (Isnin) on the way balik rumah dari rumah pengasuh..Rayyan cakap kat mummy.."aya..aya.." sambil tunjuk kat belakang.. oo..ada orang main layang-layang rupanya.. Keinginan Rayyan nak main layang-layang masih tinggi lagi..sabar ye nak..lain kali mummy dan daddy bawa Rayyan main layang-layang lagi..



No comments: