Check it out!

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu..

Hari ni 9 Mei 2010..hari ahad minggu kedua Bulan Mei..hari istimewa buat ibu-ibu..kerana Sambutan Hari Ibu disambut ari ni. Buat semua ibu, mama, mummy, ummi, mak..selamat hari ibu.. Semoga hari-hari dilalui meningkatkan kesabaran, kematangan, ketaqwaan dan keimanan kepada Allah.. Sesungguhnya tiada daya dan upaya tanpa kekuatan daripada Allah..

Ibu..
Insan yang paling berjasa..melahirkan para ilmuan, negarawan, sejarahwan, wartawan, biduan, hartawan, cendekiawan..dan segala macam wan yang ada..
Diberi keistimewaan oleh Allah dengan dikurniakan Rahim..yang bermaksud penyayang..salah satu nama Allah yang mulia..sebagai tempat mengandungkan zuriat..tidak hairanlah..secara semulajadi..ibu-ibu memiliki sifat penyayang..

Sehingga ada satu hadis menyatakan doa perempuan lebih makbul drp lelaki krn sifat penyayang yg lebih kuat drp lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang drp bapa & doa orang yg penyayang tidak akan sia-sia"

Mulianya seorang ibu di sisi Allah sehingga ditinggikan darjatnya 3 kali berbanding bapa..sebagaimana Abu Hurairah berkata, " Seseorang menemui Nabi Muhammad dan bertanya, 'Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?' Nabi menjawab, 'ibumu'. Orang itu bertanya lagi, 'selepas itu siapa pula?' Nabi menjawab, 'ibumu'. Orang itu terus bertanya,'kemudian, siapa lagi?' Buat kali ketiga, nabi menjawab, "ibumu". Orang itu bertanya lagi, ' kemudian, siapa pula?' Nabi menjawab, 'bapamu'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hargailah ibu selagi dia masih ada..Sebagaimana yg kita inginkan drp seorang anak..begitulah yg diinginkan oleh ibu kita..Apa yg kita lakukan kepada ibu kita..Insyaallah itulah nanti apa yang dilakukan oleh anak2 kita kepada kita kelak..

No comments: