Assalamualaikum w.b.t.
Belum pernah lagi saya umumkan kat sini yang saya kini tidak lagi bergelar student kan? Banyak sangat cerita yang nak dikongsi tapi masa yang sangat mencemburui. Memandangkan masa agak cool ari ni, tak cemburu-cemburu lagi..maka saya ambik kesempatan ni nak kongsi kegembiraan ini..hihi..
Berikut adalah keratan rentas yang saya kerat dari Sistem Maklumat Pelajar saya:
Status saya dah bertukar sebagai graduan! Maknanya.. saya bukanlah pelajar lagi. Akhirnya sampai sudah destinasi yang diimpi, Alhamdulillah! Insya-Allah 7 Mei 2012 ni Majlis Konvokesyennya. Tapi hutang tak abis bayar lagi..huhuhu.. kalau tak bayar..alamatnya kena tahanla scroll dan transkrip. Adeh!
Kalau dihitung jari.. macam lama je 4 tahun setengah tu. Tapi sebenarnya pejam celik pejam celik dah sampai 4 tahun setengah. Tak terasa sangat sebenarnya masa berlalu begitu pantas.
Saya mulakan study pada tahun 2007. Apply belajar masih dalam ikatan pertunangan dengan bekas tunang saya yang kini dahpun sah jadi suami saya :-) Setelah berbincang dan kata sepakat telah diambil, si dia tak kisah saya belajar lagi. Kami nikah pada 3.6.2007, kelas pertama saya pada 14.7.2007. Inai di jari masih tak hilang lagi!
Dalam tempoh perjalanan 4.5 tahun ni, saya sempat melahirkan Trio kami, Rayyan pada 19.6.2008, Rania pada 11.10.2009 dan Razin pada 1.6.2011, tanpa tangguh semester. Semuanya saya redah aje. 3 kali bersalin, ketiga-tiganya pernah saya tinggalkan semasa dalam pantang untuk menghadiri exam. Pantang orang tua-tua supaya ibu dalam pantang jangan membaca saya tak peduli. Macam mana nak jawab exam kalau tak baca buku? hehehe.. ala..saya dah memang rabun pun. Tapi berstoking, berbengkung dan bersweater saya tak tinggallah. Kang menggigil kebentanan kat dalam dewan peperiksaan kang naya makcik! hehehe..
Masa dalam pantang Rayyan, paling tinggi saya naik tangga ialah tingkat 3. Dah nasib badan, dewan peperiksaan tinggi sangat la pulak. Masa dalam pantang Rania pulak, tingkat 4. Masa ni kena viva tesis. Orang lain viva secara berdiri, saya dapat viva secara duduk. Best! VIP la katakan. Very Incapable Person! huhuhu. Alhamdulillah saya dapat A untuk viva ini. Markah 79.6 rasanya pastu dibundarkan, dapatlah ngam-ngam A..hehe. Mungkin ganjaran Allah bagi sebab Dia dah bagi kesusahan dulu kan. Tak pun markah kesian daripada Ahli Panel..hehe. Apa-apapun rezeki tu Allah yang tentukan ye tak? Masa dalam pantang Razin, dewan peperiksaan ada lif..takde masalah!
Macam mana saya bahagi masa untuk semua? Ehm.. memang saya tak mampu kalau nak buat semua dalam satu masa. Alhamdulillah, en asben banyak membantu saya urus anak-anak. Maklumla memang sejak kawin, kami jarang dapat berweekand bersama-sama sepenuhnya.. sebab kelas saya pada hari sabtu dan ahad. So, hari saya ke kelas, beliau yang akan handle anak-anak. Orang kata, alah bisa tegal biasa! (So.. korang kena biasakan gak en asben korang uruskan anak-anak walaupun korang tak wat part time study..hihi) Kalau biasa kita dengar di belakang kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya, begitu juga kejayaan seorang wanita, pasti ada lelaki juga di belakangnya!
Sudah hukum alam, setiap benda baik yang kita lakukan, pasti ada dugaan, cabaran dan halangan yang pasti akan kita tempuh. Yang penting, kita kena sentiasa positif. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jangan lari daripada masalah, sebaliknya selesaikan masalah! Pasti kita akan rasa seronok menyelesaikan masalah. Alah.. macam main SUDOKU tu. Memang pening kepala nak selesaikannya..tapi bila berjaya selesaikan, ada satu perasaan PUAS yang menjalar dalam setiap salur darah yang ada dalam badan..hehehe..
Antara cabaran yang kita kena hadapi bila study part time bila dah berkeluarga ni, kena kacau dengan anak bila nak study. Tengah2 study tetiba pulak anak nak nenen, kenalah lepaskan study dan layan anak pulak. Tapi biasanya saya niatkan dalam hati supaya Allah gantikan masa yang saya peruntukkan untuk anak ni, dengan masa yang lebih baik agar dapat saya ganti study yang tergendala ni. Jangan memberontak.. sebaliknya kena sentiasa tenang. Insyaallah, study smart is better than study hard.
Kepada kawan-kawan di luar sana, tak mustahil untuk sambung belajar semula setelah berkeluarga. Ramai yang dah berjaya, mengapa tidak kita? Saya kalau ada orang nak sponsor, rasa nak je sambung master. Hehehe.. bengang en asben, belajar tak sudah-sudah ye?
No comments:
Post a Comment