Wednesday, May 23, 2012

Konvokesyen @ UTM : cerita di sebalik tabir

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera Lama sungguh tak update blog! Rindu nak buat catatan baru. Maaf ye kengkawan yang ternanti2 update terbaru dari i! hehehe.. Special buat pengunjung tegar blog ini dan pengunjung bertuah yang terterjah blog ini.. terimalah update terbaru buat kalian..haha Sebenarnya cerita ni bukanlah cerita up to date! Dah berlaku pun 2 minggu lepas. Kiranya siaran tertunda la ni. Walaupun lambat, nak juga share satu lagi peristiwa bersejarah bagi diri ini. cewah! Korang kena tahu! mana le tahu kot-kot saya nak buat kuiz ke lepas ni..haha. So kena baca betul2 ni..


Alhamdulillah! Akhirnya berjaya juga saya dan kawan2 seangkatan bergelar graduan. Menamatkan pengajian ijazah sarjana muda secara separuh masa. Tanggal 7 Mei 2012 yang lalu, ketika genap usia saya 30 tahun 7 bulan, saya dan 7 orang lagi kawan2 satu batch telah selamat dianugerahkan segulung ijazah (walaupun sebenarnya ijazah tu tak digulung pun). Sebenarnya batch kami ada 10 orang tapi terkilan sikit tak dapat bersama-sama dengan 2 orang lagi tu. Empat tahun kami bersama-sama memegang banyak status, bergelar pelajar, pekerja, suami / isteri, dan juga ibu / bapa. Bukan mudah nak laksanakan dengan sempurna kesemuanya sekali gus. Ada yang terpaksa dikorbankan mahupun terkorban tanpa kerelaan. Dah jadi peraturan hidup, nak sesuatu.. kena korbankan sesuatu.. ye tak?

Walaupun ini bukanlah konvokesyen saya yang pertama, tetapi perasaan ketika konvokesyen kali ini sangat berbeza berbanding konvokesyen saya 10 tahun lepas. Rasa gembira bercampur puas! Betullah kata kumpulan uk's, pahit akan manis akhirnya! haha.. Terbayar rasanya segala susah payah selama 4 tahun setengah menggali ilmu, menimba pengalaman walaupun di hujung-hujung tempoh tu motivasi makin berkurangan.

Tertunai sudah janji pada diri sebelum ini yang saya akan sambung degree juga suatu hari nanti. Janji ni dibuat ketika saya membuat keputusan untuk menarik diri dari meneruskan pengajian ijazah sarjana muda sepenuh masa di UiTM 9 tahun lalu. Ketika tu memang susah nak buat keputusan antara kerja vs belajar. Memandangkan bukan mudah untuk memperoleh kerja berjawatan tetap, lebih-lebih lagi berkerja dalam sektor awam, tambahan pula saya bukanlah dilahirkan 'di atas dulang emas', maka dengan restu keluarga saya memilih untuk berkerja dan meninggalkan alam pengajian yang hanya tinggal setahun je lagi nak abis. Masa tu saya fikir, belum tentu bila saya grad degree nanti saya terus dapat kerja. Belajar bila-bila masa pun boleh dapat. Banyak sangat universiti yang boleh dipilih. Memang berat masa tu nak pilih mana satu.. antara sayang dengan pelajaran yang dah separuh jalan dengan jaminan kerjaya dengan pendapatan tetap bulanan. Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Setiap yang Allah rencanakan, itulah yang terbaik buat kita kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Saya yakin, saya tidak silap membuat keputusan! Terima kasih Ya Allah!

Konvokesyen kali ini sangat membahagiakan saya. Bukan kerana ijazah yang saya dapat, tapi sebaliknya kehadiran orang-orang yang saya sayang dalam majlis ini. Ada encik asben, puan mak, encik abah, adik dan juga trio R saya. Seriously, saya tak terliur pun dengan jambangan2 bunga yang dijual di gerai2 sempena konvokesyen ini. Walaupun ramai yang menggoda suruh beli. Ala dik.. tak kan la akak nak beli untuk diri akak sendiri (cakap dalam hati je). Saya tak sedih dan tak kecik hati pun encik asben tak hadiahkan saya dengan jambangan bunga tersebut. Mungkin sebab saya lebih menghargai kehadiran dan juga sokongan dia selama ini. Terima kasih encik asben kerana menjadi perakam utama majlis bersejarah ni.



Masa saya konvo 10 tahun lalu, mak tak datangpun meraikan kejayaan saya menggenggam segulung diploma. Bukan mak memilih jenis konvo, bukan juga mak tak sayang saya, tapi sebab kereta tak muat untuk mak ikut. Maklumla masa tu saya tak berkerja lagi. Abah pulak tak mampu untuk memiliki kereta. Jadi, saya dan abah dihantar oleh Pak Ndak saya bersama isteri dan dua orang anak beliau.

Maknanya, inilah first time mak bersama2 abah masuk dewan melihat anak sulungnya ini menerima album. Tapi secara keseluruhannya, second time la sebab first time mak adalah semasa anak keduanya menerima ijazah dari UUM pada tahun 2006 dulu. Kalau dulu mak hadiahkan jambangan bunga buat adik saya semasa konvokesyennya, mak juga tak lupa hadiahkan jambangan bunga buat saya masa konvokesyen ini walaupun jambangannya takla sebesar mana. Ukuran tidak penting, yang penting keikhlasan hati seorang ibu. Hehehe.. buat adik-adik yang lain, sila jangan jeles.. sila berkonvo dulu ye..


Bila berkongsi cerita dengan kawan-kawan yang grad pengajian separuh masa ni, rata-rata mengatakan perkara yang sama. Rasa macam nak nangis semasa berada di atas pentas tu. Ye la.. betapa banyak onak dan duri terpaksa diharungi..ecececeh.. macam la lalu hutan rimba ek nak pergi kelas. Padahal jalan berturap lagi tu. Sebenarnya nak bagitau yang bukan mudah la nak dapat degree tu sebab banyak sangat komitmen lain selain pelajaran yang perlu diberi perhatian. Seriously, saya tak rasa nak nangis pun masa atas pentas tu. Eh eh, kental sungguh jiwa saya ke? haha.. takde la sekental mana. Cumanya saya dah nangis kat seat lagi. Sebelum naik pentas..hehehe. Rasa tersentuh pulak hati bila baca sms-sms ucapan tahniah yang dihantar dan dipaparkan kat screen dalam dewan masa tu. Paling menyentuh hati bila si suami mengucapkan tahniah kepada si isteri dan menyatakan rasa bangga beliau kepada si isteri dan berharap agar ini bukanlah konvokesyen terakhir buat si isteri. Walaupun sms ini bukanlah datangnya daripada encik asben saya.. tapi mesejnya telah sampai kepada saya..haha.. tak tahu la macam mana la saya kalau sms tu datang dari encik asben. Mahu berguling-guling saya kat dewan tu keharuan..hahahaha...


Mungkin encik asben memang paham bebenor le bini dia ni macam mana, maka tidak la dia menghantar sms sedemikian rupa. hehehe.. (ayat penyedap hati sendiri le ni). Encik asben saya ni bukanlah jenis yang pandai meluahkan perasaannya. Cukuplah sekadar perbuatannya yang menunjukkan sokongannya kepada saya selama ini. Tapi.. entah bila pulak dia nak sokong saya sambung master pulak ni. Bila tanya, dia cakap.. "tunggu anak2 besar dan kita pergi konvo berdua aje." Huhuhu.. nampaknya merudum terus semangat berkobar2 saya masa kat dalam dewan konvo tu. Hilang ke laut terus semangat saya tengok graduan2 muda memakai jubah sarjana dan mengambil album sarjana mereka. Nak tunggu anak besar.. ada pulak la yang kecik lahir pulak nanti. Nampaknya saya kena guna strategi lain untuk pujuk dia. Korang ada cadangan? Meh share meh..

Strategi pertama, buat masa ni biarlah encik asben berehat dulu. Bagi dia rileks2 dulu di hujung minggu. Penat hampir 4 tahun menjaga anak2 dihujung minggu tak abis lagi. Tu yang terus reject permohonan saya tu. Hehehe..


Ini dia anugerah sampingan yang saya terima sepanjang pengajian saya selama 4 tahun setengah. Di samping ijazah yang saya terima, tiga sijil saya peroleh dalam masa yang sama. Sijil kelahiran Umar Rayyan, sijil kelahiran Aisya Rania dan juga sijil kelahiran Uzair Razin. Nampaknya.. lepas ni kalau encik asben nak tambah koleksi sijil kami lagi.. kena la approvekan permohonan master saya..hehehe.. dah terbiasa pulak sambil belajar sambil mengandung sambil bersalin sambil berpantang.. (strategi kedua ni)

Sebenarnya tak mustahil untuk sambung belajar bila dah berumah tangga. Saya sangat2 menggalakkan kawan2 saya untuk menyambung pelajaran walaupun dah berkerja dan berumah tangga. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Kita tak pasti cabaran kerjaya kita pada masa hadapan macam mana. Pencapaian akademik yang lebih tinggi bukan hanya untuk naik pangkat, tetapi juga sebagai tanda hormat orang pada kita. Saya pernah rasa macam mana bos saya melebihkan rakan sekerja yang ada ijazah walaupun dari segi pengalaman kerja saya yang lebih. Tapi saya tidaklah memandang ini dari sudut negatif sehingga bermusuh dengan bos dan rakan sekerja. Saya pandang ini dari sudut yang positif, sebagai satu cabaran buat saya untuk meng'upgrade' diri dari segi ilmu. Saya juga membayangkan bagaimana bila saya jadi ketua nanti, anak buah saya mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada saya. Rasa-rasa nak tak dia terima pandangan saya?

Semasa saya berkerja di JPPH Muar dulu, saya ada seorang rakan sekerja yang telah berumur lebih 50 tahun dan sedang mengikuti pengajian ijazah separuh masa di Open University. Tujuan beliau sambung belajar bukan sebab nak naik pangkat. Tak sempat nak naik pun dah nak pencen katanya. Saya tabik spring la kat dia ni sebab dia belajar hanya untuk kepuasan diri. Dia nak buktikan kat anak-anak dia, dia yang tua pun boleh belajar. Agak2 anak dia yang muda2 tu rasa tercabar tak?

Masa saya konvo hari tu pun, sehari sebelum majlis konvokesyen, pihak UTM Space telah mengadakan satu majlis penyampaian anugerah dekan dan hadiah UTMSpace sempena konvokesyen ke-48 UTM. Masa majlis ni, bukan sahaja graduan-graduan yang mendapat anugerah dekan sahaja diraikan, malahan juga graduan-graduan yang berusia emas semasa konvokesyen ni juga turut mendapat penghargaan. Memang patut pun saya rasa mereka ni diberikan penghargaan sebab bukan senang dikala ingatan tidak sekuat semasa muda, tenaga tak segagah mereka yang muda belia, komitmen kerjaya dan rumah tangga, mereka mampu harungi sehingga ke titisan keringat yang terakhir! Hanya semangat yang kental dan jiwa yang tabah mampu mengharung cabaran demi segulung ijazah!


Selain tu, turut diraikan pasangan suami isteri dan juga adik beradik yang bersama-sama berkonvokesyen. Salah satu pasangan suami isteri yang diraikan ini adalah rakan seangkatan saya, kak fiza dan abang fuad. Paling manis, mereka suami isteri memperoleh anugerah dekan, hasil pencapaian CGPA mereka yang melebihi 3.5. Abang Fuad turut dapat first class tau. Macam mana diorang study sama-sama disamping handle anak tiga hanya mereka yang tahu. Memang layak la mereka ni diberi penghargaan pada majlis ini. Saya masih bernasib baik sebab ada encik asben yang tolong handle anak bila saya ke kelas. Tu la kan.. kalau kita rasa kita susah.. ingatlah sebenarnya ada lagi insan yang lebih susah daripada kita..

Sebagai pembakar semangat pada korang yang nak sambung degree especially dengan UTM Space, UTM Space turut memberi ganjaran wang bernilai RM500 berserta replikanya, trofi yang terukir nama kita sendiri, sijil yang dah siap frame untuk graduan yang mendapat ijazah kelas pertama di samping medal yang terukir nama sendiri ketika menerima anugerah dekan. First Class Degree ni diberi kepada graduan yang memperoleh CGPA 3.67 dan ke atas semasa menamatkan pengajian. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!

Kepada anak-anak mummy yang tiga orang ni..

Kalian bertiga dah masuk universiti sejak dalam perut mummy lagi. Anggaplah konvokesyen mummy ini sebagai konvo kalian jugak sebab kita sama-sama study. Harapan mummy agar kalian juga dapat study sendiri di universiti nanti. Moga kejayaan mummy menjadi pendorong dan semangat untuk kalian. Mummy tak mampu nak bekalkan kalian dengan harta bertimbun, hanya pendidikan dan semangat mampu mummy usahakan untuk bekalan kalian.. agar kalian menjadi insan yang dihormati.



(Fuhh! akhirnya siap jugak karangan panjang berjela dari saya. 2 minggu dok status draf. Karangan lepas geram sebab lama tak menulis. Sila bagi komen sebagai tanda anda menghargai ketekunan saya menaip sedikit demi sedikit ini...hahaha..)

4 comments:

  1. tahniah iffahh..

    seronok tengok org berjaya ni..

    ReplyDelete
  2. salam...seronok rasanya...macam diri sendri plak mengecapi kebahagiaan tu....alhhamdulillah semuanye atas izin allah...xsemesti kita akan susah smapai bila2....

    ada transfer kredit x masa nk sambung utm space tu.?
    semua yang aplly tuk utm space tu dapat ke sambung.?
    susah x subjectnye.?

    ReplyDelete
  3. Salam. Tahniah ya. Syukurlah dapat menghadiri majlis Konvo tu. Saya tak dapat... Terima kasih ya share. Pengalaman berharga ni ^__^

    ReplyDelete
  4. Salam Tahniah, sy dlu pon mse sambung belajar ngan suami jer..tiber mse konvo bertiga sbb tgh preggy yg bongsu .^_^. Alhamdulillah selesai konvo, sebulan lps tu sy pon bersalin..

    ReplyDelete