Monday, September 30, 2013

Hernia : Bukan hanya anak lelaki, anak perempuan pun boleh kena jugak!

Saya seperti juga kebanyakan orang, sebelum ini menganggap hernia atau selalu disebut sebagai 'angin pasang' hanya terjadi kepada anak lelaki. Semasa berpantang selepas bersalinkan Umar Rayyan dulu, mak, ma, atok dan nenek siap pesan supaya 'aset' anak lelaki dituam dengan daun ati-ati yang telah dilayur. Petua menolak 'aset' tersebut dengan tumit kaki baby turut diamalkan sepanjang tempoh berpantang. Punyalah menjaga agar tidak berlaku angin pasang.

Amalan menjaga anak lelaki dalam pantang tidak saya samakan dengan anak perempuan. Tidaklah saya menuam bagai.. Just urut je satu badan sama macam anak lelaki. Tidak pula saya sangka, rupanya anak perempuan juga boleh terkena hernia ni. 

Doktor telah mengesahkan Rania mempunyai hernia pada sekitar Ramadhan yang lepas. Saya perasan ada benjolan di sebelah kiri atas alat sulitnya lebih kurang sebulan sebelum berjumpa doktor. Apabila saya urut dengan lembut, benjolan itu hilang dan keadaan kembali normal macam biasa. Walau bagaimanapun, ia akan muncul kembali dan akan hilang apabila diurut. Maklumbalas daripada Rania, beliau rasa sakit bila benjolan itu ditekan.

Semasa membawa encik asben mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 28.7.2013 lepas, tergerak pulak untuk bertanya doktor perihal Rania. Ketika inilah doktor mengesyaki Rania ada hernia (dah lebih kurang pulak namanya) dan mengesyorkan pemeriksaan susulan di hospital.

Lalu, bersama-sama surat rujukan doktor kami anak beranak ke Hospital Putrajaya. Dipendekkan cerita (kalau tak pendekkan mahu panjang lagi kena taip iaitu cerita sepanjang masa yang kena tunggu sebelum jumpa doktor..hehehe), doktor membuat pemeriksaan fizikal dan interview sikit dan terus sahkan Rania ada hernia. Tak payah scan-scan.. senang rupanya nak detect ada hernia ni. Doktor ini menetapkan satu tarikh iaitu 1.8.2013 untuk berjumpa doktor pembedahan. Tiada cara lain kecuali pembedahan! Fuh! ngeri dengar pasal bedah-bedah ni. 

Semasa berjumpa doktor bedah pulak, beliau buat lagi pemeriksaan fizikal ke atas Rania dan interview mummy sikit. Tiada juga scan-scan. Mungkin sangat biasa penyakit ini. Doktor jelaskan bahawa terdapat lubang pada dinding perut Rania sehingga menyebabkan tisu-tisu lemak atau lain-lainnya masuk ke dalam lubang tersebut dan menyebabkan bengkak. Apabila diurut, bengkak itu hilang bermakna ia masuk kembali ke tempat asal. 

Saya cuba mengelak agar Rania tidak dibedah. Tetapi doktor menasihatkan agar pembedahan dilakukan kerana dibimbangi lubang membesar dan kemungkinan usus akan terjulur keluar dari lubang tersebut dan tidak boleh masuk kembali. Tambah doktor lagi, ini melibatkan struktur badan maka pembedahan perlu dilakukan untuk membaikinya. Tidak boleh hanya sekadar memakan ubat.

Tak nak ambik risiko, maka saya setuju untuk Rania dibedah. Mula-mula doktor cadangkan tarikh bedah ialah pada hujung bulan ogos. Alamak! cepat sangat la pulak. Saya minta bulan September. Maka 30 September 2013, Rania akan dibedah!

Mohon doakan Rania ye.. agar semuanya selamat!






Sunday, September 29, 2013

Hernia : Fakta yang kita perlu tahu


Selama ni saya biasa dengar je perkataan hernia yang sama makna dengan angin pasang tu. Takde la rasa nak selidik mendalam fakta berhubung dengannya. Tapi bila dah terlibat secara langsung dengan penyakit ni, maka kajian ilmiah perlu dilakukan untuk menambah ilmu di dada. Saya kongsikan sikit info yang saya google untuk kita sama-sama tahu ye..

Bahaya mengurut hernia

HERNIA merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam. Sekalipun insidennya lebih banyak menyerang orang dewasa, ia juga kerap terjadi di kalangan kanak-kanak.
Walaupun hernia tiada kaitan dengan masalah angin, tetapi ia turut mendapat jolokan di kalangan masyarakat kita sebagai penyakit angin pasang.

Hernia diambil daripada perkataan Latin, herniae yang membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu yang lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Ia kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat.

Punca

Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital). Bonjolan hernia biasanya berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.
Pakar bedah kanak-kanak di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Zulkiflee Laidin berkata, sesetengah bayi memang dilahirkan dengan beberapa bukaan kecil pada tubuh yang sepatutnya tertutup sebelum kelahirannya.

Tetapi pada sesetengah kes, keadaan tersebut tidak berlaku sedemikian, menyebabkan tisu-tisu berhampiran menembusi bukaan tersebut dan menjadi hernia.

Kata beliau, hernia kanak-kanak lazimnya berlaku semasa terjadinya tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya.

“Hernia jenis ini boleh ditutup dan selalunya tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Cuma kadangkala, tisu-tisu boleh terjerut di dalam bukaan dan tidak boleh ditarik semula kepada kedudukannya yang asal.

“Ia terjadi apabila sebahagian daripada organ badan tertentu seperti gelungan usus menonjol keluar dari dinding otot yang lemah atau terbuka.

“Ia juga boleh jadi membran abdomen atau lain-lain tisu yang menolak dinding otot sehingga menyebabkannya menjulur ke dalam ruang yang tidak sepatutnya. Penonjolan inilah yang dipanggil sebagai hernia, yang kelihatan seperti bengkak atau bonjolan yang keluar dari kaviti tubuh,’’ katanya Dr. Ahmad Zuilkiflee.

Terdapat dua jenis hernia yang biasa terjadi pada kanak-kanak, iaitu hernia umbilikal pada bahagian pusat dan hernia inguinal yang terjadi di sekitar pangkal paha di mana abdomen bertemu bahagian atas paha.

Hernia pusat berlaku pada sesetengah bayi yang memang dilahirkan dengan kelemahan atau bukaan pada bahagian otot-otot abdomen di sekitar pusat di bawah kulit, yang mana sesetengah membran abdomen atau usus kecil menjulur keluar melaluinya.

Bengkakan lembut yang terjadi ini boleh dilihat dengan jelas apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.

Hernia inguinal pula, selalunya disebabkan oleh penonjolan gelungan usus atau lipatan membran daripada abdomen atau ovari atau salur falopian bagi kanak-kanak perempuan, melalui pembukaan masuk ke bahagian groin.

Bengkak dalam bahagian groin timbul terutamanya apabila kanak-kanak menangis, batuk atau berdiri.

“Bagi kanak-kanak lelaki dianggarkan seorang bayi daripada 40 kelahiran mengalami hernia jenis ini,’’ ujarnya.

Tambahnya, terdapat pelbagai komplikasi hernia antaranya Irreducible Hernia, di mana hernia tidak dapat dikembalikan ke tapak normal.

Hernia inkarserat (Obstructed Hernia) pula berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan. Contohnya, gelungan usus yang terperangkap dan menekan masuk pembukaan berupa kantung di dalam kawasan groin akan menyekat makanan daripada memasuki sistem pencernaan.

“Jika tisu-tisu yang terperangkap itu tidak dapat dikeluarkan, hernia tidak boleh dikurangkan dan memerlukan pembedahan segera,’’ kata Dr. Ahmad Zulkiflee.

Komplikasi hernia yang paling bahaya terhadap kanak-kanak adalah hernia tercekik atau terjerut (Strangulated Hernia) di mana ia boleh menyebabkan kematian.

Sementara itu, hernia diaphragma iaitu satu bukaan kecil pada diafragma (otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang-ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan), menyebabkan bahagian atas perut naik ke atas ke bahagian dada.

Menurut Dr. Ahmad Zulkiflee, dianggarkan seorang daripada 5,000 kelahiran mengalami hernia jenis ini.

Pembedahan

Rawatan moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah bayi yang mengalami hernia. Jika ibu bapa takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah.

Bayi tersebut mungkin perlu dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan.
“Pembedahan untuk pemulihan, bukannya kemudaratan. Bayangkan jika hernia itu dibiarkan. Ia akan membesar dan menolak buah zakar dan zakar ke belakang. Lama-kelamaan ia akan merosakkan alat kelamin bayi. Jadi, pembedahan adalah lebih baik,” katanya.

Hernia pusat yang terjadi kepada bayi jarang menyekat atau menjerut, tidak seperti orang dewasa.
Kebanyakan hernia pusat, sekalipun yang besar akan tertutup sendiri apabila usia kanak-kanak mencecah dua tahun. Doktor biasanya akan menasihatkan ibu bapa supaya tunggu dan lihat sahaja dulu, daripada terus membedahnya.

“Pembedahan hanya akan di jalankan jika saiz hernia mencecah dua sentimeter,” ujarnya.
Pada anak-anak, doktor akan melakukan palpasi dengan cara meraba isi hernia tersebut dengan hujung jari, bagi memastikan sama ada ia boleh dimasukkan semula ke dalam perut atau sebaliknya.

Rawatan yang akan dilakukan bergantung kepada pemeriksaan tersebut. Kebiasaannya doktor akan mengambil masa sejam bagi mengesan penyakit tersebut dan pembedahan kecemasan akan dijalankan jika perlu.

Pembedahan juga tidak mengambil masa lama iaitu kira-kira 15 minit sekiranya hernia tersebut tidak berada di tahap risiko yang tinggi.

“Pembedahan segera perlu dilakukan jika ia hernia inkarserat dan terjerut kerana bahagian tersebut membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian.
“Dalam pembedahan tersebut, usus yang termasuk ke kerandut akan diletakkan kembali ke dalam perut dan ruang di antara perut dan kerandut akan diperkukuhkan,’’ jelas Dr. Ahmad Zulkiflee lagi.

Kesimpulannya kata beliau, kanak-kanak perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi dan jangan mengurut hernia kerana ia adalah sangat berbahaya.

“Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah dan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut,’’ tegasnya.






Otot lemah punca hernia


Oleh NORAINON OTHMAN
HERNIA atau angin pasang sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki walaupun perempuan turut mengalaminya. Penyakit itu berlaku pada individu di semua peringkat umur akibat kelemahan otot tubuh yang menyebabkan kandungan dalam badan membonjol keluar.
Kandungan itu biasanya ialah usus atau tisu lemak abdomen yang menembusi dinding abdomen yang kurang tebal membentuk kantung.

Hernia berlaku akibat kecacatan otot di badan sejak lahir yang dikenali sebagai kongenital, manakala jenis lain berpunca daripada kerosakan otot badan disebabkan kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan meningkat akibat batuk berulang kali, mengangkat objek berat, meneran, sembelit yang teruk dan sukar kencing.
Jenis hernia yang biasa ialah epigastric, umbilical, inguinal dan femoral.

Ramai lelaki mengalami hernia inguinal disebabkan proses perkembangan alat reproduksi mereka yang berbeza daripada wanita.

Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.
Lubang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, kawasan itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia.

Ada hernia yang pasang surut, tidak surut dan hernia jerutan. Hernia pasang surut boleh muncul sebagai bonjolan baru di bahagian kelangkang atau kawasan abdomen lain.
Pesakit merasa sedikit senak, tetapi lazimnya sentuhan pada bonjolan tidak menyebabkan rasa sakit.

Bonjolan akan timbul atau saiznya bertambah apabila pesakit berdiri atau berlaku peningkatan tekanan dalam abdomen, misalnya disebabkan batuk.

Hernia tidak surut ialah bonjolan besar yang mungkin sakit yang sebelum ini ada pasang surut, tetapi kemudian tidak boleh masuk semula ke dalam abdomen dengan sendiri atau bila ditolak masuk dengan tangan.

Sebahagiannya mungkin kronik iaitu dialami dalam jangka waktu lama tetapi disebabkan tidak sakit, pesakit tidak mendapatkan rawatan.

Hernia jerutan bermula sebagai hernia tidak surut yang kemudian mengalami jerutan pada bukaan hernia, menyebabkan himpitan pada salur darah seterusnya mengakibatkan usus yang terperangkap dalam bonjolan tidak mendapat bekalan darah.

Pesakit merasa sakit jika bonjolan ditekan. Antara tanda usus tersumbat ialah loya, muntah dan perut kembung, malah pesakit boleh demam dan kelihatan tenat.

Rawatan kecemasan dan pembedahan segera perlu dilakukan.

Untuk mendiagnosis hernia, doktor akan meminta pesakit batuk, mengemut atau berdiri untuk pemeriksaan badan. Bahagian terbonjol boleh ditekan masuk dengan tangan.

Semua jenis hernia patut dibedah. Ini kerana usus yang tertonjol keluar menerusi lubang hernia menyebabkannya tersumbat, seterusnya mengakibatkan pengaliran darah ke bahagian itu terganggu dan akhirnya bocor.

Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata, rawatan setiap hernia adalah berbeza dan doktor akan berbincang dengan pesakit kaedah rawatan, termasuk risiko dan faedah jika dibedah atau tidak.

Menurutnya, jenis pembedahan yang biasa dilakukan ialah menggunakan jaring untuk menampal lubang hernia.

Pembedahan terbuka atau tebukan laparoskopi dilakukan iaitu dengan penggunaan kamera dan peralatan bagi menebuk bahagian tubuh yang mengalami hernia.

Tampalan jaring di bahagian berlubang boleh mengelak hernia berulang. Jaring untuk menampal bahagian berlubang diperbuat daripada sejenis plastik dan ia tidak mengandungi protein yang boleh mengakibatkan alahan atau penolakan pada tolakan.

Jangkitan kuman jarang berlaku pada jaring tampalan. Bagaimanapun, jika terjadi, komplikasi boleh dirawat dengan antibiotik tanpa pembedahan kedua.

“Hernia seperti inguinal, umbilical, femoral, incisional atau epigastric hernia boleh dibedah secara harian iaitu pesakit datang ke hospital untuk membuat pembedahan dan pulang ke rumah pada hari sama.

“Bagaimanapun, hernia besar atau ada komplikasi perlu menjalani prosedur lebih rumit, menyebabkan tidak boleh dibedah secara harian. Hernia kecil boleh dibedah dengan bius setempat,” katanya.

Menurutnya, pesakit hernia yang mempunyai penyakit lain seperti lemah jantung, diabetes atau tekanan darah tinggi yang terkawal masih boleh menjalani pembedahan dengan selamat.

Ada sebahagian pesakit perlu diperiksa oleh pakar perubatan dan pakar bius sebelum pembedahan dibenarkan.

“Selepas menjalani pembedahan, pesakit sembuh dengan cepat dan boleh melakukan tugasnya tanpa gangguan dan selamat. Kerja di pejabat boleh diteruskan seperti biasa dua atau tiga hari selepas pembedahan.

“Pesakit boleh memandu sendiri kereta ke pejabat manakala kerja ringan boleh dilakukan selepas 10 hingga 14 hari berikutnya. Kerja berat pula boleh dilakukan selepas tiga hingga empat minggu pesakit berehat,” katanya.

Dr Chan berkata, pesakit yang menjalani pembedahan juga tiada halangan untuk kembali aktif bersukan. Selepas tiga atau empat hari, pesakit boleh berjalan kaki, berenang atau joging, antara lima hingga tujuh hari boleh bermain golf, bowling, bermain ski, papan luncur atau mendaki gunung.

Selepas 10 hingga 12 hari menjalani pembedahan, pesakit boleh bermain tenis atau berbasikal manakala dua minggu selepas itu, tiada sekatan untuk mereka membabitkan diri dengan sukan lebih lasak seperti bola lisut, bola sepak atau hoki.
Sumber info : http://www.hmetro.com.my/

Sunday, September 22, 2013

Menuju Puncak Broga

Semalam.. 5.50 pagi mummy dah keluar rumah
Meninggalkan suami dan anak-anak yang syok je tido..
Alangkah bestnya dapat joint sekali di waktu-waktu cuti begini

Tapi memandangkan komitmen terhadap program kelab 
Maka.. mummy korbankan juga masa tido dan rehat
Untuk memanjat!

Lama sungguh mummy tak terlibat dengan aktiviti-aktiviti mendaki ni.
Last sekali adalah Ekspidisi Mendaki Gunung Ledang pada 14 Disember 2006!
Zaman bujang-bujangan dulu.
Sekarang ni dah 3 kali beranak baru dapat nak berjinak-jinak balik dengan aktiviti panjat-memanjat ni. Tapi kali ni dimulakan dengan level low dulu la.. mendaki bukit! Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor.



Boleh dikatakan selalu juga mummy lalu jalan ke Bukit Broga ni bila ada kerja luar. Tapi ni first time mummy masuk sini dan daki bukit ni. Walaupun pertama kali, pengalaman ini tidak mengecewakan! Pemandangan yang sangat cantik! Kalau pengantin nak ambik gambar outdoor wedding photo kat sini pun sangat cantik. Tapi.. advanture sikit la nak sampai..hehe.. Mahu kotor baju pengantin bila sampai kat atas sana nanti. Make up pun agak boleh cair jugak la..

Model iklan racun serangga.. ahaks!

Hilang letih bila dapat posing sakan!

Cantik!

Puncak Bukit Broga

Rilek je kapal terbang lalu atas kepala

Ahli ekpedisi kami hanyalah 11 orang termasuk seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. Dengan keahlian kelab seramai 60 orang, bilangan peserta untuk program ini amat mendukacitakan. Tapi nak buat macam mana.. kalau program masa kat universiti, nak ramaikan peserta, boleh la sogok dengan kupon aktiviti yang boleh menjamin untuk stay di kolej kediaman. Nampaknya pihak penganjur kena fikirkan cara macamana nak tarik peserta next time. Mungkin boleh sogok dengan hadiah lumayan la kot.. cabutan bertuah ke..hehehe..

Walaupun kumpulan kami hanya 11 orang, ramai juga pendaki-pendaki lain yang mempunyai misi yang sama dengan kami iaitu menawan puncak broga! Macam pesta dah kat sini. Ketika kami memulakan pendakian pada pukul 7.24 pagi, dah ramai juga pendaki yang telah turun. Mungkin mereka menunggu panorama matahari naik la kot. Kami tak sempat.. cadangnya nak mulakan pendakian seawal 6.30 pagi agar sempat la menyaksikan keindahan alam itu. Tapi apakan daya.. korum cukup dah dekat 7.30 pagi.

Trek pendakian memang telah tersedia. Tidak sesusah mana untuk mendakinya. Cuma ada sesetengah tempat yang agak licin tanahnya. Nak sliding pun boleh. Apa-apapun aktiviti ini memang sesuai untuk mereka yang nak keluarkan peluh sambil menikmati keindahan alam semulajadi!

Walaupun encik asben di rumah, kasut beliau sampai juga di Broga ini..hehe.. teka yang mana satu?

JDT meluaskan kuasa di puncak Broga! (kami takde banner, pinjam jap peminat JDT punya mafela)

Tuesday, September 3, 2013

Minyak naik harga semua orang naik darah

Lama dah tak update.
Malas campur takde mood sebab banyak kerja tak settle..huhu..

Tetiba lak ari ni nak tulis sesuatu.
Tak sempat pun buat-buat gak sempat..hehe..
Boleh pulak ek?

Topik hangat kat mana-mana sekarang ni.
Semua orang cakap benda yang sama.
" Minyak naik harga!"
" Minyak naik harga!"

Macam-macam komen saya dengar.
" Hah! undilah lagi.. kan dah menyesal!"
" Undi BN, undi untuk Barang Naik."
" Abis la lepas ni semua harga barang naik.."
" Harga kereta turun tak guna jugak kalau harga minyak naik. Kereta tu bergerak guna apa? Air?"

Huh! macam-macam saya dengar dan baca. Tak larat la nak list down kat sini.
Itu komen orang.. komen saya apa?

Cancel nak beli MPV baru buatan Malaysia! dan lain-lain buatan..
Huhuhu.. nasib baik tak order lagi..
Kena restructure balik kewangan...huwaaaaaaaaa...
Sabar je la ye anak-anak dan bapaknya.
Walaupun kecik kereta yang kita ada.. kira orait lagi tu.. 
Berhimpit-himpit tu boleh mengeratkan lagi kasih sayang..haha..

Tak guna jugak ada kereta besar tapi tak boleh nak gerak sebab tak mampu nak isi minyak..hehe.. 
Tersadai gak..
Apa kata kita biar je MPV tu kat show room je. 
Tiap-tiap minggu kita lawat la kereta kita tu..hahaha
Meroyan dah budak ni..hihi.

Tak guna gak nak meroyan bagai..
Buat letih urat tekak dan air liur je (ni bagi kes orang yang bercakap beriya-iya sampai tersembur-sembur air liur..hehe)
Cakap banyak pun tak guna..
PM dah pun umum semalam.
Tak mungkin dia akan turunkan esok atau minggu depan.

Tak nak sakit hati..
Kita redha aje la..
Dah ketentuan Ilahi..
Mungkin ada hikmahnya..

Kita marah-marah
Sampai naik darah
Kita jugak nak kena tanggung kos pergi klinik.. hah kan dah parah
Baik tak payah!

Rezeki tu Allah yang bagi..
Bukan PM, bukan bos kita, bukan juga tauke syarikat minyak yang baik hati
Marilah kita berdoa kepada yang Maha Pemberi Rezeki,
Dimurahkan rezeki
Diberkatkan rezeki agar pendapatan yang kecil mencukupi