Tarikh : 5 Disember 2010
Aktiviti : Football match - Rayyan vs Rania
Pengadil : Syarifa Suziana (cik Cu)
Jurukamera : Mummy
Pemain paling kuat jerit : Rania
Pemain paling banyak tendang bola : Rayyan
Pemain paling banyak angkat bola : Rania
Pemenang : Rayyan
Pengalah : Rania
Punca kekalahan Rania: Pengadil cakap, banyak permainannya batal. Mana bleh main bola sepak angkat-angkat bola guna tangan.
Nampaknya Rania tersilap sukan. Mungkin dia ingat dia turun padang sebagai pemain bola tampar pantai..tapi rupa-rupanya bola sepak pantai..hehe.. Mungkin dia terkeliru dengan bola yang digunakan. So, tak bleh la nak salahkan dia 100%. Mungkin penganjur perlu bertanggungjawab atas masalah teknikal ini.hehe..
Punca kemenangan Rayyan : Larian pantas berbanding pihak lawan yang jalan pun terhuyung hayang..lagi la plak kalau lari. Tendangan padu akibat latihan yang banyak sangat..sejak dari dalam perut.
Dan tidak lupa juga minum susu sebotol sebelum mula perlawanan..hehe..
Mungkin juga sebab kadar konfiden yang tinggi menyebabkan Rayyan menang pertandingan ini. Sebelum lawan lagi dia dengan konfidennya bagitahu dia mampu menyumbat 6 gol untuk mengatasi pihak lawan..hehe..
Apa-apapun..tak kira la siapa yang menang..siapa yang menanggung kekalahan..yang penting semangat kesukanan yang tinggi tu kena ada. You are my stars my dear Rayyan n Rania..hehe..
Sekian ~ mamiraysha melaporkan untuk CCTV
1 comment:
comelll ! rania mmg ayu. haha
Post a Comment