Check it out!

Thursday, May 5, 2011

Persiapan menyambut baby baru

Ari ni saya dan en asben bercuti rehat bukan bertujuan untuk berehat. Cuti semata-mata nak pi shopping persiapan nak sambut ahli keluarga baru. Akhirnya..pada usia kandungan dah masuk 36 weeks..baru la si mummy dan daddy ni terhegeh-hegeh nak buat persiapan. Huh! nasib baik baby tak kuar awal.. kalau tak..berbungkus dengan kain batik je la baby tu jawabnya :-)

Kenapa tak shopping awal2? Mungkin itu persoalan yang berlegar di fikiran anda kan? Sebabnya..tak sempat nak cuti khusus untuk shopping je atas tuntutan tugas. Ceh! alasan macam bos besar plak ek..hehe.. Syarat en asben..nak shopping kelengkapan baby baru..kena apply cuti khusus untuk shopping je tanpa gangguan Rayyan dan Rania. En asben mao kitorang shopping dengan tenang..

Ari ni macam biasa kami bersiap macam nak pi opis. Waktu pun sama.. 7.15 pagi kuar rumah. Macam biasa gak pi kantin dulu bersarapan sebelum hantar Rayyan dan Rania ke taska. Alhamdulillah..mereka tak dapat menghidu yang mummy dan daddy diorang ni nak melencong berdua-duaan..hehe.. dengan tenangnya mereka melangkah masuk taska.

Memandangkan tiada shopping complex buka awal pagi.. destinasi pertama kami adalah Tabung Haji untuk melunaskan amanah yang dah lama tertunggak. Duit raya Rayyan dan Rania tak masuk akaun lagi. Hehehe..sorry ye anak-anak mummy..sampai dah nak raya balik..duit raya kalian baru mummy nak masukkan. Sampai sampul duit raya yang simpan duit tu dah buruk dah. Nasib baik la duit kat dalam tak buruk..

Settle di tabung haji, destinasi kedua adalah pejabat pos. Tetiba plak semalam dapat notis daripada pos laju yang mengatakan ada kiriman untuk kami yang tak dapat dihantar sebab takde orang kat rumah. Kena ambik kat pusat mel mereka di presint 3. Tertanya2 gak la memula. Adakah assignment yang dihantar kepada pensyarah direturn back? Ahh sudah.. cuak sikit. Tapi kembali lega bila tanya en asben alamat pengirim dia bagi alamat rumah ke alamat opis, dia jawab alamat opis.

Rupa-rupanya surat hire-purchase agreement daripada syarikat kereta. Kebetulan, tarikh bayaran pertama perlu dibuat adalah pada hari ini. Apalagi, lepas settle kat pejabat pos kami ke bank untuk buat bayaran ansuran keta pulak. Pukul 10 lebih jugak la settle urusan sampingan ni..

Seterusnya..ke mana kita? tanya en asben. Apalagi..shopping la! tapi tak tahu nak pegi mana..hehe..last2 kami decide ke The Mines. Malas pulak nak pegi jauh-jauh. Tapi malangnya, sehingga pukul 1.30 petang..tiada satu pun barangan baby yang berjaya kami beli. Nak tahu berjaya beli apa sepanjang kat The Mines ni?


Hah! salah satunya..handphone daddy. Mummy ajak shopping lain..daddy shopping benda lain plak..huhu.. Okla..dapat juga la daddy apa yang diidam2kan.. bini baru katanya! Beli bini baru untuk jaga anak baru nanti kot..

Bak sireh pulang ke gagang..akhirnya kami shopping barangan baby kat Alamanda Putrajaya je. Huhu..pagi tadi eksen sungguh tak pandang pun Alamanda ni.. tumpang lalu je..

Walaupun tak complete lagi persiapan..memandangkan masa begitu pantas berlalu, kami terpaksa tinggalkan Alamanda pukul 4.30 petang untuk ambik anak-anak kat taska plak. Lambat-lambat takut diorang tertunggu2. At least tenteram la skit perasaan ni..baby dah ada seluar baju.. maklumla.. baju2 abang dan kakaknya semua dah tak bleh nak guna lagi..dah buruk sangat. Mana taknya..guna sejak dalam pantang sampai besar sebab mummy beli saiz besar2..hehe..

Baby jangan kuar dulu ye.. tunggu mummy completekan check list baby dan mummy dulu..

No comments: