
Okeh! dah kenal ye watak-watak dalam cerita ni. Meh dengar pulak cerita pasal Rayyan, ayah dan mama. Rapatnya Rayyan dengan mereka ni sehinggakan tiap kali berpisah selepas berjumpa mesti Rayyan akan menangis tak mahu berpisah. Tapi perjumpaan malam tadi masa nak berpisah Rayyan tak nangis pulak. Mungkin dia dah semakin memahami. Lepas salam dan babai ayah dan mama dan cakap jumpa lagi dia pun masuk kete. Baru selangkah masuk kete dia boleh plak cakap, " kete ni busuk la. ayen nak naik kete lain." dan keluar dari kete. Terkejut mummy yang dia boleh cakap kete daddy dia busuk. Tak sangka di boleh cakap sebegitu hanya nak naik kereta ayah..huhuhu. Tapi ayah dia cakap, "Ayah nak pegi toilet kejap kat atas tu. Rayyan masuk kereta daddy." Baru la dia masuk balik kereta.
Tapi sepanjang dalam kereta nak balik rumah dia hanya diam aje. Berbeza sangat masa nak keluar rumah sebelumnya. Pok pek pok pek mulut dia tak berhenti bercakap. Sampaikan Cik Su (SIL) tutup mulut dia suruh dia diam 5 minit. Tapi kini 360 darjah berubah. Mungkin tengah layan perasaan la tu. Mummy tanya pun buat do no je. Termenung memanjang. " Ayen rindu ayah dengan mama" katanya. Kesian sangat kat dia masa ni. Tak puas agaknya dia lepas rindu setengah jam. Ye la.. dengan mereka la Rayyan dapat menumpang kasih. Dengan mummy dan daddy terpaksa berkongsi kasih dengan adik-adik. Dengan mereka, sepenuhnya ayah layan Rayyan. Dek kerana tersentuh hati dengan gelagat Rayyan ni, daddy sanggup serahkan HTC kesayangannya bagi Rayyan main dalam kereta bagi mengubat hati Rayyan yang tengah lara..hahaha.. (Nampakkan..Daddy lagi sayang Rayyan dari HTC tau..)
Rayyan memang tidak lupa ayah dan mama setiap kali kami ke tempat yang pernah kami berjumpa. Pernah sekali tu kami nak pergi Warta, Bangi. Tiba-tiba Rayyan tanya, "Mana ayah? Mana mama?" Rupanya jalan yang kami lalu tu jalan nak ke rumah ayah dan mama. Tu yang dia ingat ayah dan mamanya tu.
Minggu lepas kami ke Presint 15 nak beli nasi Arab. Sesampainya kami di deretan kedai di Presint 15 ni, Rayyan tanya, " Nampak ayah dan mama tak daddy?" Huhuhu..kesiannya anak mummy ni. Kami pernah makan bersama di kedai makan kat Presint 15 ni. Tu yang tiap kali ke sini, tiap kali tu la dia tanya ayah dan mamanya.
Rayyan telah merapatkan silaturrahim antara mummy, daddy, ayah dan mama. Rayyan menjadi sebab untuk kami berjumpa. Walaupun masing-masing sibuk, demi anak kecil ini, demi kerinduannya.. kami bertemu juga kalau ada kelapangan. Nanti hari raya kita jumpa lagi ayah dan mama ye Rayyan..
Cerita ni saje mummy tulis untuk bacaan Rayyan suatu hari nanti supaya dia tidak lupa dengan ayah dan mamanya..walaupun ketika itu Rayyan tak dapat lagi menumpang kasih ayah dan mama kerana terpaksa berkongsi kasih pulak dengan anak-anak mereka..
1 comment:
sedih la pulak baca entri nie... hm.. untung la rayyan ada 2 ayah dan 2 mak... :-)
Post a Comment