Check it out!

Wednesday, February 1, 2012

Razin's Milestone


Hari ni genap hero kecik mummy ni berusia 8 bulan. Alhamdulillah mummy diizinkan Allah membesarkan dan melihat perkembangan Razin di depan mata sendiri sehingga ke hari ini. Semoga Allah terus memberi peluang kepada mummy untuk membesar dan mendidik Razin lebih lama lagi.

Mummy tak sempat nak update perkembangan dan pencapaian Razin tiap-tiap bulan. Biarlah mummy rumuskan je untuk entry kali ni.

Alhamdulillah! Razin masih lagi team mate mummy dan kakak Rania dalam misi penyusuan susu ibu. Walaupun berkongsi dengan kakak Rania, Razin masih tidak kekurangan susu. Sebab rezeki tu Allah yang tentukan. Anak-anak mummy kena ingat, berkongsi itu tidak mengurangkan hak kita.. sebaliknya ia menambahkan lagi apa yang kita ada. Tak mao kedekut2 ye..

Berbanding Abang Rayyan dan Kakak Rania, pencapaian Razin agak cepat. Razin boleh meniarap sendiri pada umur genap 3 bulan. Pada usia 5 bulan, Razin dah boleh menyusur, mengemop lantai rumah. Pada usia 6 bulan lebih Razin dah boleh duduk dengan sendiri. Pada usia 7 bulan, Razin dah boleh merangkak dan memapah untuk berdiri. Mungkin sebab mummy lebih banyak biarkan Razin sendiri. Maklumla, mummy ni ada anak ramai, tak sempat nak kendong Razin 24 jam.




Mummy tahu.. tubuh Razin sebenarnya belum kuat untuk melakukan itu semua. Tapi semangat Razin sangat kuat mengatasi kudrat yang Razin ada. Walaupun asyik tergolek ketika duduk masa mula2 pandai duduk dulu, Razin tetap berusaha bangun kembali dan duduk lagi dan tergolek kembali. Razin tak sabar agaknya nak joint Abang Rayyan dan Kakak Rania bermain dan berlari2.

Razin start makan pada usia 6 bulan. Razin sangat suka makan. Kalau boleh semua Razin nak makan. Mummy kena pastikan Razin tak bermain dengan mainan yang kecik2 yang boleh menyebabkan Razin tercekik. Walaupun Razin bersemangat nak makan, badan Razin solid molid je. Check-up pada 26/1/2012 ari tu, berat Razin hanya 7.2 kg.



Razin sekarang ni dah pandai berkawan dengan Abang Rayyan dan Kakak Rania. Seronok pulak mummy tengok anak mummy yang ramai ni. Rasa macam nak tambah lagi je..hehe. Tapi harap2 selepas umur Razin 2 tahun la ye. Abang Rayyan dengan Kakak Rania suka buat Razin ketawa. Kalau mereka bercakap, Razin pun sibuk bercakap sama seolah2 berbual bersama pulak walaupun satu perkataan pun tidak terdengar.


Semoga Razin membesar dengan sihat dan kuat ye nak. Cepat2 besar, boleh joint Abang Rayyan dan Kakak Rania berlari!

No comments: