Check it out!

Sunday, June 27, 2021

DIY - CARA BUAT PLAYDOUGH

 Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Selamat berhujung minggu!


Hari ni datang kerajinan mami untuk cuba buat playdough sendiri. Aktiviti untuk anak-anak juga. Tapi anak perempuan je la yang excited.. anak lelaki seronok lagi main game.

Semalam mami jumpa cream of tartar di rak pasar raya. Terus teringat ni salah satu ramuan untuk buat playdough. Terus ambil masuk troli. Dalam kepala dah rancang nak buat apa nanti.

Senang je buat playdough ni. Tak perlu masuk oven or masak atas dapur pun..hihi..



Bahan-bahan:

  1.  2 cawan tepung gandum
  2.  1/2 cawan garam halus
  3.  2 sudu besar cream of tartar
  4.  2 sudu besar minyak sayuran/ minyak masak
  5.  1 1/2 cawan air suam (adjust ikut kesesuaian tekstur)
  6.  Pewarna makanan

Cara penyediaan:

  1. Di dalam bekas yang sesuai (mangkuk yang besar), masukkan tepung, garam halus, cream of  tartar dan minyak. 
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil mengacau adunan
  3. Dengan menggunakan tangan, uli adunan dengan lembut sehingga menjadi doh.
  4. Uli dan tumbuk-tumbuk kecil sehingga doh tidak lagi melekat pada tangan. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit jika rasa doh masih melekat. 
  5. Bila dah dapat tekstur doh sebagaimana yang dikehendaki, bahagikan doh kepada beberapa bahagian mengikut jumlah warna yang diperlukan.
  6. Buatkan lubang kecil pada setiap doh dan masukkan pewarna makanan. Uli lagi doh untuk sebatikan warna dengan doh menjadi doh berwarna.
  7. Tadaaa... siap dah playdough.. 
  8. Jangan lupa masukkan dalam bekas kedap udara untuk elakkan doh kekeringan.



Seronok anak-anak mami buat kerja uli-menguli ni. Tekstur doh pun lembut je. Geng-geng suka main squishy macam diorang ni memang enjoy la dapat buat playdough sendiri.




Selamat mencuba!

No comments: