Check it out!

Wednesday, November 16, 2011

Cerita apendiks : Dari klinik ke hospital

Awas! entry ni entry berantai..hihihi. Ekceli entry ni merupakan kesinambungan daripada entry saya yang lepas pasal kemungkinan saya mengalami radang apendiks.

Semalam lepas balik keje, kami anak-beranak berbondong-bondong ke Poliklinik An-Nur, Presint 15 Putrajaya. Hajat utama nak bawak Rayyan yang batuk tak baik-baik ke klinik tu untuk mendapatkan rawatan. Alang-alang dah bawak si anak, saya pun joint la sekali untuk dapatkan pemeriksaan doktor. Sakit di bawah perut sebelah kanan yang saya alami tu masih lagi terasa bila saya tekan kat bahagian situ.

Untuk menentukan apa penyakit saya, doktor pun tekan-tekan la kat sekitar perut saya. Saya hanya rasa sakit bila dia tekan kat bahagian bawah perut sebelah kanan. Doktor cakap, memang tempat tu bahagian apendiks. Doktor ambik suhu badan saya, tak demam. Check tekanan darah, ok. Doktor ni saspek saya apendiks tapi dia tak berani sahkan sebab kena buat pemeriksaan lanjut. Dia buat surat refer bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Doktor suruh pergi buat pemeriksaan kat sana untuk confirmkan. Kalau tak kena radang apendiks bagusla, tapi kalau ada boleh dapat tahu awal dan boleh segera buat pembedahan sebelum dia pecah. Bahaya kalau apendiks ni pecah, katanya.

Ehm.. takutnya rasa. Berdebar-debar pun ada. Betul ke saya nak kena operate ni? Berapa lama nak kena duduk hospital pulak nanti? Kesian Razin dan Rania tak dapat nak nenen dengan mummy. Kesian kat en asben kena bangun untuk panaskan EBM untuk Razin minum. Kesian kat en asben nak kena jaga 3 anak kecik. Dapat tak nak pegi kelas Ahad nanti? Sempat tak nak catch up keje kat opis kalau tinggal lama nanti? Fuhh!!! macam-macam question mark berlegar-legar kat fikiran.

Doktor dah bagi surat suruh pegi hospital pun saya masih berkira-kira, nak pergi hospital ke tak nak? nak ke tak nak? nak ke tak nak? ok ke kalau tak pegi? Pegi lambat sikit tak pe ke? Serius, penat sungguh otak saya petang tu menimbang-nimbangkan semuanya secara rasional..ehehhe.

Sampai kat rumah, saya call member yang pernah di'operate' pada tahun 2005 sebab radang apendiks. Cerita punya cerita punya cerita.. dia suruh pegi hospital. Takut pecah katanya, lagi susah. Uhh.. dalam hati dah ada sikit rasa nak pegi hospital. Pastu telefon pulak abah saya dan cerita pulak padanya. Abah suruh pergi hospital jugak sebab member dia baru je apendiks dia pecah sampai Hospital Tangkak tak mahu terima dan terpaksa hantar Hospital Muar. Puncanya, sakit perut lambat-lambat pegi hospital. Cukuplah dua orang pencetus rasa saya nak ke hospital..hehehe..

Lepas maghrib semalam, en asben, 3 anak kecik dan SIL mengiringi pemergian saya ke hospital. En asben tegur muka saya nampak takut. Relaks la katanya..

Nampak je hospital putrajaya, teringat pulak masa nak bersalin Razin 5 bulan lepas..hehehe. Rasa macam en asben hantar nak bersalin pulak. Maklumla, biasanya pegi hospital untuk bersalin aje.

Sampai je hospital, saya terus serahkan surat rujukan doktor klinik swasta kepada petugas yang bertugas di kaunter saringan (triage). Saya diinterbiu dan diambil tekanan darah sebelum mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selepas daftar, saya dirujuk kepada seorang doktor yang kemudiannya menginterbiu lagi dan menjalankan pemeriksaan fizikal. Masa doktor memeriksa saya, Razin juga ada bersama saya (en asben dan 2 anak yang lain ke kedai hospital). Baik sungguh Razin baring sebelah mummy..hehe.. lepas doktor periksa perut mummy, mummy pulak periksa perut Razin. Nasib baik doktor sporting, benarkan saya bawa masuk Razin. Hasil pemeriksaan doktor, dia kata mungkin apendiks dan mungkin juga ada kaitan dengan ovari. Tapi dia perlu ambil darah dan sampel air kencing untuk mengesahkannya.

Saya kemudiannya diarah untuk masuk ke sebuah bilik lain untuk diambil darah dan sampel air kencing. Setelah penyerahan sampel tersebut, saya dimaklumkan paling awal nama saya akan dipanggil 1 jam lagi. Sempat juga la kami balik ke rumah untuk menghantar anak-anak. Selesa sikit mereka tidur di rumah sambil dijaga oleh SIL.

Tak sampai 5 minit ketibaan saya di hospital semula, terdengar nama saya dipanggil. Terus masuk jumpa doktor. Langkah kanan ni..hehehe.

Jeng..jeng..jeng.. saat mendengar keputusan.. drummer please!
Hah! Doktor kata saya bebas dari radang apendiks yang saya, doktor klinik swasta, dan semua orang sangka. Abis tu sakit apa pulak? Bukan juga sakit ovari yang doktor cakap sebab saya tak bleeding katanya. Ehm.. sakit perut kenapa ya? Doktor kata ada sedikit darah dalam air kencing saya (darah ni tak boleh dilihat dengan mata kasar). Mungkin ada batu kecil yang mencederakan pundi kencing, katanya.

Kesimpulannya, saya tidak mengalami radang apendiks. Doktor juga tak dapat nak kesan saya sakit apa. Cuma pesan beliau, kalau saya ada simptom demam, cirit-birit dan muntah2 datang semula ke hospital. Saya cuma dibekalkan ubat tahan sakit yang kena makan bila perlu.

Leganya rasa bila tahu tak perlu dibedah. Tak perlu duduk hospital. Walaupun rasa buang masa je pergi hospital, tapi ternyata kelegaan tu tak kan diperoleh kalau tak pergi hospital. lebih baik tahu perkara sebenar daripada tertanya-tanya sakit ke tak sakit kan?

On the way balik rumah, en asben singgah Petronas untuk beli makanan. Bukan main lagi berselera dia makan. Rasanya masa saya offer nak belikan masa kat hospital sebelum tu tak mahu apa-apa untuk dimakan pun. " Aik? berselera nampak?" tegur saya. "Ye la, fikir cemas dia aje. Tak fikir cemas orang.." jawab encik asben. Hehehe..camni gaya makan orang baru hilang cemas. Nampak rileks je..cemas rupanya!

Moral of the story:

1. Utamakan kesihatan. Beringat semasa sihat sebelum sakit. Ingatlah orang tersayang.
2. Jangan takut dapatkan pemeriksaan doktor kalau ada keraguan tentang kesihatan.
3. Kalau Allah nak uji dengan kesakitan, sekelip mata je badan yang sihat boleh sakit. Mungkin ia teguran daripada Allah supaya kita lebih ingat kepada-Nya.

6 comments:

Anonymous said...

i thought that u really having appendicitis... nvm

Anonymous said...

salam.. kak, saya jugak mengalami sakit perut yg akak alami.. saya takda simptom appandix. tapi.. pembedahan appandix saya daa buat.. klau betul apa yang akak alami.. saya mengalami sakit perut sejak tngkatan 3 sehinggakan saya tiada persediaan ntuk menjawab peperiksaan.. keputusan PMR saya pun kurang memuaskan.. sekarang saya berada di tingkatan 5 dan akan menduduki SPM.. sekarang ini pun, saya sering tidak hadir kesekolah akibat sakit perut yang saya alami..

mamiraysha said...

Dik.. akak rasa lebih baik awak ke klinik atau hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Biar doktor yang bertauliah kenalpasti punca sakit awak dan membuat rawatan sewajarnya.. Jangan pendamkan sakit sendirian..

Anonymous said...

Assalamualaikum,akak sy cari 2 dalam gugel berkenaan sakit perut ni jdi nampak blog akak ada entry yg paling terbaru,jadi sy nak tanya sikit kat akak..Macam ni saya pun jenis sakit dibahagian bawah perut kanan jugak,tapi xda la selalu cume dalam sebulan tu adalah dalam 2 kali..sampai nak bangun nak jalan pun agak tegang je perut,kn bgkok2..lepas tu bile keesokkan hrinye ada cecair lendir keputihan keluar baru rasa macam lege..akak dulu mcm tu jugak ke?ke cume sakit perut je? nak pergi klinik mcm segan n rsa bese2 je sakit,tp kdgn fikir takut jugak kalo sakit lain..Erm sy msih bujang jd adakah ni sbb apndiks atau bhgian ovri ape2 ye..hehe..soryla sy tye akak mcm akak doktor plak,tp ape slahnye kan,akak da pnh jmpe doc:)akak tlg info sy pulak ape yg akak thu..terima kasih sudi bce :)

Unknown said...

SALAM....saya pon ader citer sama ngan aka...tapi saya dh buat ujian air kencing di klinik saya....dan dia sahkan saya ader apendiks...surat dar doktor pon dh dapat...tapi malas nk ge hospital...doktor boleh cakap kat saya...kalau dh sakit sgt baru ge hospital...tu cam ner?

Man Pencinta iPhone said...

ya allah sakitnya...saya pun risau ni ada sakit2 perut ni...doakan saya akak