Check it out!

Tuesday, March 19, 2013

Bersalin dalam lif


Amacam? Terkejut tak baca tajuk dan chat box di atas? 

Sedang saya dok baca status FB yang dipost oleh kawan-kawan sebentar tadi, tetiba keluar pop-up chat box yang dihantar oleh jiran sebelah rumah saya menghantar berita. Jiran sebelah-menyebelah sekarang ni canggih, tak yah ketuk2 pintu rumah nak borak. Chatting online aje..hehe.

Terkejut ada.. gembira ada.. sebak pun ada bila saya dengar berita ni.
Bercampur-baur segalanya menjadi satu perasaan yang sukar diungkapkan.
Tak cukup info dari penyampai berita.. saya terjah empunya cerita. Nasib baik dia larat angkat panggilan dari saya..hehe.. 

Due date kawan saya ni sebenarnya lama lagi. 10 April nanti. Sekarang ni kandungan dia baru 36 minggu 5 hari. Dia pun tak sangka dia akan bersalin seawal ni. 
Mengikut ceritanya, Masa pergi kerja pagi tadi, dia tak rasa pun tanda-tanda nak bersalin.
Cuma husband dia aje la yang mengalami sakit pinggang.
Dia start rasa sakit sikit masa tengah hari tadi. Dia ingat biasa-biasa aje. Dia terus gigih menyelesaikan tugas-tugas di pejabat. Saya faham kenapa dia begitu gigih sebab dialah pengganti tempat yang saya tinggalkan. Kat situ staf hanya 2 orang dan menguruskan peperiksaan untuk staf jabatan kami satu malaysia. Semua urusan ada date line supaya peperiksaan dapat dijalankan pada tarikh yang dijadualkan.

Ini bukanlah pengalaman bersalin beliau yang pertama. This is her fourth edition! Tapi mungkin ini akan jadi pengalaman bersalin dia yang paling diingati. Mungkin bukan pada dia sahaja, tetapi kepada kami semua.

Selepas rehat tengah hari tadi, dia dah mula rasa contraction. Makin lama semakin kerap. Sempat la dia telefon husband minta supaya balik awal. Tak lama lepas tu, air ketuban dia pecah. Masa ni dalam pukul 4.10 petang. Rakan sekerja yang sorang lagi, bercuti la pulak. Bermakna, dia hanya berseorangan di tingkat 5 itu. Lalu, dia naik ke tingkat 6 untuk meminta bantuan agar dihantar ke hospital. Semasa dalam lif untuk turun ke tingkat 5 semula, dia dah tak tahan dah. Dia baring je kat lantai lif tu dan bersedia untuk keluarkan anaknya. Hanya sekali push, Alhamdulillah baby berjaya keluar. Masa ni lebih kurang pukul 4.30 petang. Nasib baik ada 2 orang staf wanita bersama dia waktu itu. Mereka la yang menolong menyambut baby bertuah itu.

Alhamdulillah! Allah dah aturkan segalanya. Allah permudahkan segalanya.
Banyak sangat kebetulan yang tidak disangka-sangka.
Macam mana si bidan terjun tu memotong tali pusat baby?
Oh.. beliau tidak memotongnya. Tali pusat baby dipotong oleh nurse dari hospital terdekat yang datang lebih kurang setengah jam kemudian.

Sementara menunggu kehadiran ambulans, kawan saya ni hanya berbaring di lantai lobi dengan ditemani ramai kawan-kawan. Babynya berbungkus kain batik yang diapun tak tahu siapa yang punya. Anaknya diazankan oleh salah seorang staf lelaki di situ.
Sebak dan terharu saya dengar cerita dia. Alhamdulillah.. ramai yang sedia menghulurkan bantuan di saat dia memerlukan.

Baby apa ye?
Baby boy!
Saya cadang kat dia supaya kena bagi nama yang special kat anak dia tu.
Kena letak perkataan lif dalam nama anak dia..hehe..
Sebab agak janggal nak letak nama institut kami pulak pada nama tu.
Nanti boleh cerita kat anak dia bila besar nanti asal usul nama dia.
Saya volunteer nak carikan nama untuk anak dia.
Saya yang excited lebih-lebih pulak ek..

Setelah meletak telefon dalam 5 minit..
Saya call semula dan mengesyorkan..
" Kak, saya cadangkan akak bagi nama anak akak Alif Naufal! Ada perkataan lif di situ."
Nampaknya beliau bagi respon yang baik. Dia pun ada terfikir nama Alif tu semasa saya syorkan letak nama anak dia lif. Alif tu maknanya kawan rapat, manakala Naufal tu pula dermawan. Saya cadangkan Naufal ni sebab ketiga-tiga anaknya yang lain mempunyai pangkal 'N' pada nama kedua mereka. Nama kakak baby ni, Auni Nabilah, maka saya pun mengesyorkan nama Alif Naufal. Cadangan aje, terpulang la kepada papa dan mamanya untuk memilih nama yang terbaik buat anak mereka. 

Kawan saya sekarang ni masih berada di hospital.
Alhamdulillah.. tak banyak koyakan katanya. Tapi still ada jahitan sikit.
Semoga beliau dan baby cepat sihat!


11 comments:

Anonymous said...

SubhanaAllah... Mudahnye!! btw, nama Alif Naufal tu memang sedap! :)

mamiraysha said...

Tu la Wawa.. Alhamdulillah.. segalanya Allah aturkan dengan baik walaupun tragedi ni menimbulkan panik bukan aje kepada orang nak bersalin tapi kepada orang sekeliling jugak. Harap-harap nama itu diluluskan oleh mama dan papa baby..hihihi..

mamiraysha said...
This comment has been removed by the author.
Ain R&D said...

google2 ramalan jantina dlm kandungan terjumpa blog yg blogger nya rasa mcm kenal..mmg kenal...pg td dtg opis Haris yg berada di tempat kejadian bercerita...mmg kenangan la inspen kmpus 2 tu lps ni kan...

mamiraysha said...

Ain, pembetulan, kejadian di kampus 1. hehe.. kenal ye? so amacam ramalan? boboy ke gegirl? hehe.. ramalan je tu jangan percaya sangat. Tak kisah la lelaki ke pompuan, yang penting mami dan baby selamat ye. Bila due?

nad said...

Subhanallah masyaallah...!!!
Pengalaman yg takleh dilupakan..!
Alhamdulillah selamat

mamiraysha said...

Alhamdulillah Nad. Allah bagi kemudahan kat dia. Bahagian masing-masing..

mamaRIFQY said...

wahh..besar sungguh kuasa allah kan? allah dah beri aturan yang terbaikk

mamiraysha said...

Betul tu mamarifqy.. Allah akan uji setakat kemampuan hambaNya. Dia tahu hambaNya takkan mampu hadapi seorang diri, maka Dia hulurkan pertolongan melalui hamba-hambaNya yg lain. Subhanallah!

Unknown said...

Mama auni da bersalin sdih dan terharu pabila bce,

mrpolie said...

Allah maha besar... Alhamdulillah Allah s.w.t dah tetapkan semuanya...