Check it out!

Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu : Apa yang best?



Assalamualaikum semua!

Tuan rumah nak jugak cite pasal filem yang tengah hangat sekarang ni..Ombak Rindu! Hehehe.. tahu.. tuan rumah ni lambat.. dah seminggu ditayangkan pun baru nak citer kan? Memang nak jugak buat entry ni..tapi tak sempat2.. bizi giler. Ari ni pun bizi gak tapi tak tahan sangat dah..hhihihi. Curik masa rehat jap. Tuan rumah ni bukanlah kaki wayang.. tapi kaki novel satu ketika dulu. Sekarang ni tak sempat mak nak baca novel anak berderet2 dah..hihihi.. Terbengkalai dah koleksi novel2 saya. Daripada 100 lebih koleksi novel yang saya beli hanya beberapa puloh je yang ada dalam simpanan saya sekarang. Selebihnya tak tahu la ke mana.

Novel Ombak Rindu ni memang salah satu novel kegemaran saya. Siap carik balik kat rak buku nak mengimbau balik perasaan terhadap kisah cerita ni..hihi. Tercatat kat novel tu saya beli pada 5 Julai 2002 kat Marwilis, PKNS Shah Alam. Siap bersampul lagi..macam buku teks! sayang sangat la konon..hihihi..

Masa baca novel ni dulu.. saya sanggup tak tido malam nak habiskan novel ni. Tak sanggup nak lepaskan novel ni selagi tak tahu ending dia. Tak feeling pulak kalau selak terus bab akhir..hihihi.. Saya start baca pun dah pukul 12 tengah malam masa tu. Tu yang tak tido malam membaca tu.. Pulak tu.. kalau part2 yang best yang feeling.. yang touching.. mahu 2, 3 kali makcik ulang baca part tu..hihihi.. biasala.. jiwa remaja la katakan..hehehe..

Novel ni sambungan Ombak Rindu. Tapi malangnya novel ini sudah tidak ada lagi dalam koleksi saya. Siapa ntah yang pinjam tak pulang..huhuhu. Tu la..lupa pulak i nak buat sistem macam library sekolah dulu. Lambat pulang caj 20 sen. Hilang ganti buku baru..hehehe.. Ini, rekod peminjam pun tak dak! lama-lama.. lupa sudah! Dalam novel ni.. cinta Izzah dan Hariz akan teruji lagi. Kalau tak silap, Izzah hilang kot nanti. Nanti Izzah ada kembar la pulak. Rasanya la..hehehe.. dah lama la.. kalau salah jangan marah aa..

Dengar cerita, berdasarkan kutipan tiket yang memberangsangkan terhadap filem Ombak Rindu ni yang telah berjaya mengutip lebih 4 juta, khabarnya pengarah filem ni nak buat sambungan filem ni.. Ehm.. lagi la membuak-buak perasaan nak tengok cite Ombak Rindu ni. Cepatlah filem ni masuk Astro First..tak sabar nak tengok ni! hihi..

Tapi kan.. pagi tadi.. berborak la dengan teacher kat taska anak saya. Dia kata dia dah tengok dah Ombak Rindu tu kat panggung minggu lepas. Dia frust sebab tak sama macam kat novel. Lain sangat.. tak sebest baca novel. Tapi memang mengalirkan air matanya la.. sedih. Lagi2 dengar lagu tema dia..katanya..

Ehm.. rasa nak tengok sangat ni!!!

Tadi saya search lagi komen2 pasal ombak rindu ni. Maklumla bizi sangat sampai tak sempat nak baca surat khabar. Jumpa pun surat khabar lama la..hihi.. jadi la kan.. janji ada informasinya..

Jika anda gemarkan novel, maka filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu, yang diadaptasi dari novel wajar menjadi pilihan. Novel karangan Fauziah Ashari ini, memang terkenal dengan jalan cerita yang mengusik jiwa. Bahkan walaupun diadaptasi ke filem, Ombak Rindu masih mampu mengundang deraian air mata penonton.

Kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi pelakon-pelakonnya, iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.

Biarpun pemilihan Maya sebagai Izzah pada mulanya, mendapat respons kurang baik dari kalangan penggemar novel tersebut, Maya akhirnya membuktikan dia mampu menampilkan watak Izzah, Seorang gadis kampung yang terpaksa melalui liku kehidupan yang tidak menjamin masa depannya.

Malah setiap kali 'Izzah' bermain dengan emosinya, penonton dapat merasai kesengsaraan dilaluinya, derita, sakit, gembira, bahagia serta ketulusan cinta pada suaminya Hariz.

Jarang sekali kita dapat melihat hero filem mengalirkan air mata jantannya. Namun dalam filem ini, heronya Aaron Aziz yang menjayakan watak Hariz, ternyata banyak bermain dengan emosi dan air mata.

Pendek kata, jika anda ingin melihat lakonan Aaron yang biasanya membawa watak jahat, samseng, ataupun kaki perempuan, maka Ombak Rindu adalah pilihan tepat.

Malah jika anda ingin melihat Aaron sebagai 'Seth' dalam drama Nora Elena, anda juga perlu menonton filem ini kerana 'Hariz' lebih meruntun jiwa. Meskipun Hariz diselubungi dengan egonya, namun terselit sifat romantik membuatkan penonton 'cair'.

Selain Maya dan Aaron, tampil dengan lakonan berkesan, Lisa juga tidak ketinggalan menampilkan lakonan cukup berbeza berbanding sebelum ini. Memegang watak Mila Emylia, Lisa berjaya menimbulkan rasa 'benci' penonton terhadap sikapnya yang panas baran dan degil.

Namun dalam antagonisnya, masih terselit perasaan halus seorang wanita yang mahu mempertahankan cintanya terhadap Hariz sehingga melenyapkan rasa benci dan menimbulkan rasa kasihan padanya.

Tidak kurang hebatnta dengan watak Mail, dipegang Bront Palarae. Walaupun hanya watak sampingan tapi ia memberi impak besar terhadap jalan cerita dan kehidupan Izzah dan Hariz. Cintanya ditolak mentah-mentah oleh Izzah tapi dia masih setia menunggu walaupun pada akhirnya dia menemui cinta lain.

Secara keseluruhannya, sinematografi cantik dengan panorama indah di Pulau Langkawi, Kuala Kerpan, Alor Setar dan Tanah Tinggi Cameron Higlands, banyak membantu menimbulkan mood romantis.
Walaupun ada beberapa babak yang 'blur' kesilapan itu boleh dimaafkan. Ditambah pula dengan keindahan lagu runut bunyi filem berkenaan yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira, sehingga mampu membuai perasaan penonton.

Ombak Rindu mengisahkan Izzah (Maya Karin), seorang gadis kampung dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Hariz adalah anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan, telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan,

Namun, Izzah merayu kepada Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut hak sebagai isteri.

Namun, Hariz akhirnya jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Konflik berlaku, apabila Hariz dipaksa Datuk Sufiah untuk menikahi Mila (Lisa Surihani). Hariz kemudiannya terlibat dengan kemalangan dan koma. Ketika ketiadaan Hariz, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar daripada rumah mereka.


Penulis kecil hati

Aura filem adaptasi novel, Ombak Rindu berjaya memainkan emosi penonton, namun penulis asal naskah ini, Fauziah Ashari, tidak dapat menghayatinya kerana baginya, filem ini tidak sama seperti karya asalnya.

Dalam satu sidang media selepas pratonton filem Ombak Rindu, Fauziah melahirkan rasa kesal terhadap pihak penerbitnya.

Menurut Fauziah, terdapat beberapa plot penting dalam novel tidak diangkat ke layar perak dan dialog yang digunakan dalam filem ini tidak seperti apa yang beliau sampaikan menerusi novelnya.

“Saya pada awalnya memang tiada masalah untuk membenarkan karya saya ini diangkat kepada filem. Ketika pertama kali saya dirujuk oleh mereka, saya berfikiran terbuka dan berharap ianya lebih hebat.

“Tetapi setelah selesai penggambarannya, saya kesal apabila banyak yang tidak sama daripada novel. Pada saya, ‘mood’ yang saya sampaikan dalam novel tidak sama,” katanya kepada Zass.

Jelasnya lagi, jalan cerita dalam filem ini juga terlalu pendek dan tidak berbaloi dengan membaca novel asalnya.

Malah, beliau bertambah kesal apabila tidak berpeluang bekerjasama untuk filem ini.

"Selepas ini kalau ada pihak penerbit yang mahu mengadaptasi novel kepada filem, ajaklah penulis sertai produksi sebagai penasihat atau penulis skrip bersama.

“Bukan apa, untuk mengelak daripada perkara sama berulang dan pasti masing-masing tidak selesa apabila ada masalah berbangkit,” katanya dengan nada tenang.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/

1 comment:

Anonymous said...

bleh thn la gmbr ombak rindu ni...tp x sampai menangis...Cuma dlm hati yg BANJIRRR...Tapi kat luaran x pun...Hihihihi:)