Check it out!

Friday, December 9, 2011

Menyahut Cabaran Undang-undang Kontrak Agensi dan Tort



Alhamdulillah! Perjalanan 4.5 tahun semakin hampir ke destinasi. Perjalanan yang sangat panjang. Sangat banyak kesesakan jalan raya, bumper, selekoh tajam, rintangan dan sebagainya yang telah berjaya diharungi. Tinggal sikit je lagi rintangan nak kena tempuhi sebelum boleh parking kenderaan dengan rapi..hihi..

Ya! Cabaran kali ini.. saya kena belajar subjek undang-undang kontrak, agensi dan tort ini secara indipendent study. Belajar sendiri tanpa menghadiri kelas. Huhuhu.. hebat sangatkah saya sampai tak payah berguru? Oohh..tidak kawan2! saya tak hebat. Saya yang buat rayuan untuk ambik jugak subjek ni walaupun ia tidak ditawarkan pada semester ini. Ini semua saya lakukan bagi membolehkan saya grad jugak semester ni. Tak sanggup la nak berlama-lamaan lagi. Dah 3 orang baby i produce sepanjang perjalanan ini. Tak mao la tertambah sorang lagi pulak nanti..hihihi.. Kang UTM Space terpaksa reka satu anugerah khas untuk bagi kat saya. Anugerah Pelajar Paling Produktif! hehehe..

Dalam seronok-seronok nak cepat2 abis ni, saya seriau gak ni. Ye la, semester lepas member saya ambik subjek ni berguru pun hampir2 gagal. Inikan pulak saya tanpa guru..huhuhu.. Boleh ke ni? Ehm.. redah je la! Yang penting study jangan tak study ye tak?

Sekarang ni hobi baru saya, baca buku undang2 kontrak sambil nenenkan Razin. Sangat mujarab sebagai ubat tidur! Hehehe.. Inilah part yang sangat mencabar. Baca sikit dah ngantuk.. baca sikit dah ngantuk.. camne?

Ok la.. rasanya elokla saya pegi study dari berlama-lamaan kat dunia blog ni kan? Oppss.. kalau sape2 ada masalah nak tanya pasal undang2 kontrak ni.. sila la tanya kat saya..hahaha.. walaupun selalu ngantuk.. insya-Allah saya cuba jawab. I pun ada bakat macam Detektif Mauri yang selesaikan kes jenayah sambil tido tu..hehehe..

2 comments:

Unknown said...

cube mami tiru cara Razin study, maybe lebih mudah ingat. gigit sket buku tu, kunyah2 dan berdoa lekatla ilmu ke ingatan.

hihihi gurau je tau, jgn amek hati :)

mamiraysha said...

Ok gak idea tu! letak sikit perisa coklat nak tambah sedap ye tak? hehehe..

Tapi..kang Rayyan dan Rania pun ikut gak mummy dia ni makan buku..hhuhuu.. habih buku2 dlm rumah ni pulak nanti..

Sebenarnya takde jalan pintas nak dapat kejayaan. Kena naik tangga jugak! Usaha tangga kejayaan.. :-)