Pendedahan kepada persekitaran semulajadi menjadikan perkembangan kognitif/pemikiran kanak-kanak lebih baik dengan menggalakkan kemahiran mengolah, kesedaran dan pemerhatian mereka (Pyle 2002) |
Mempunyai anak-anak yang masih kecil bukan penghalang untuk kita merancang percutian keluarga. Namun begitu, bercuti atau melancong bersama anak kecil pastinya akan memberi sedikit tekanan kepada ibu bapa memandangkan kerenah anak kecil adalah diluar jangkaan.
Bagi menyeronokkan percutian, pastinya persediaan yang rapi sangat perlu bagi mengelakkan percutian yang dirancang untuk menghilangkan tekanan di samping mengeratkan kasih sayang keluarga bertukar menjadi percutian yang mengecewakan!
Berikut dikongsikan sedikit sebanyak tips bercuti dengan gembira bersama anak kecil atau bayi anda:
1. Rancang waktu memulakan perjalanan hampir dengan waktu tidur anak
- Anak kecil mudah merasa bosan apabila terpaksa duduk di dalam kenderaan dalam tempoh yang agak panjang. Mereka akan mudah meragam bagi menterjemahkan kebosanan mereka. Bagi mengelakkan ini daripada berlaku, adalah lebih baik memulakan perjalanan pada waktu yang hampir dengan waktu tidur anak supaya masa perjalanan mereka terisi dengan tidur.
- Jika terpaksa juga memulakan perjalanan pada waktu anak segar-bugar, kerapkan berhenti di hentian rehat & rawat (jika memandu sendiri). Ini dapat memberi peluang kepada anak-anak menghirup udara segar di luar kenderaan anda, di samping mereka membeli-belah makanan dan minuman kegemaran mereka (anda akan bernasib baik jika hentian tersebut tidak menjual mainan kegemaran mereka!) Anak-anak tidak bosan, pemandu juga tidak tertekan.
- Bagi mengelakkan kesesakan di tempat percutian, elakkan bercuti semasa cuti sekolah. Tetapi tips ini hanya sesuai untuk ibu bapa yang tidak mempunyai anak yang bersekolah. Kesesakan akan menyebabkan anda mungkin terpaksa bersesak-sesak untuk mengambil giliran atau menunggu lama bagi menjalankan sesuatu aktiviti di tempat percutian. Situasi ini bukan sahaja tidak menyelesakan anak kecil anda bahkan juga boleh mengancam kesihatan dan keselamatan mereka juga.
3. Bercuti bersama-sama rakan / saudara
- Bercuti bersama orang yang dikenali seperti rakan-rakan atau sanak saudara sebenarnya memberi kelebihan. Selain dapat membantu memantau dan mengawal anak kecil anda, mereka juga dapat meredakan tekanan yang mungkin akan anda alami semasa percutian dengan menjadi rakan berbual dan bergurau senda. Jika percutian anda tidak dapat disertai oleh rakan-rakan mahupun sanak saudara, cuba usahakan untuk membawa bersama seorang pembantu seperti ibu, kakak, adik ataupun anak saudara yang boleh diharapkan untuk membantu menjaga anak kecil anda. Ianya berbaloi untuk mengeluarkan kos yang lebih sikit demi percutian yang menggembirakan!
4. Sediakan keperluan anak secukupnya
- Jika anak anda menyusu dengan susu formula, bawa bersama susu mereka secukupnya kerana anda tidak pasti adakah tempat percutian anda ada menjual jenama susu yang mereka guna. Bawa juga bersama termos air panas, berus pencuci botol, sabun pencuci botol (dipek semula menggunakan botol yang lebih kecil) dan botol susu juga. Anda beruntung jika anak anda menyusu dengan susu ibu kerana tidak perlu membuat persediaan ini kerana susu anak anda telah tersedia untuk dinikmati bila-bila masa dan di mana jua. Cuma anda mungkin perlu membawa bersama nursing cover untuk memudahkan urusan menyusu anda di tempat awam.
- Sediakan keperluan lampin pakai buang secukupnya. Bagi memudahkan penukaran lampin, adalah lebih praktikal jika anda menggunakan lampin pakai buang jenis seluar terutama bagi anak-anak yang telah berumur 8 bulan ke atas, yang tidak suka dibaringkan apabila memakai lampin. Jika anda membawa lampin pakai buang biasa, bawa bersama 'changing mat' bagi memudahkan anda menukar lampin anak di mana jua.
- Pastikan pakaian anak anda dibawa dengan cukup sepanjang percutian. Berapa banyak yang perlu dibawa bergantung kepada keperluan, mungkin 3 pasang sehari adalah memadai. Bawa juga bersama topi, kasut, stoking, tuala mandi, tuala kecil, tisu lembap, bantal kecil, tisu poket, set mandian (travel pack), putik kapas, ubat-ubatan, dan juga termometer untuk memudahkan memantau suhu badan anak. Perubahan cuaca mungkin boleh menyebabkan anak kecil anda mudah mendapat demam. Mungkin anda boleh mencuba petua tidak memandikan anak kurang daripada 3 jam sesudah sampai.
- Bawa bersama pengendong bayi (baby carrier / baby sling) bagi memudahkan pergerakan anda bersama bayi terutamanya yang belum pandai berjalan sendiri. Membawa stroller mungkin kurang praktikal memandangkan saiznya yang besar dan berat.
- Jangan dilupakan, bawa bersama makanan untuk bayi anda seperti nestum, biskut bayi, puri dan sebagainya memandangkan makanan bayi sukar didapati, tidak seperti makanan orang dewasa. Bagi anak-anak yang lebih besar, bawakan bersama makanan dan minuman kegemaran mereka seperti biskut, roti, snek, lollipop, air kotak dan sebagainya untuk dimakan dan diminum sekurang-kurangnya semasa dalam perjalanan. Makanan akan membuatkan mereka leka dan perut yang kenyang akan membuatkan mereka kurang meragam.
- Keperluan utama anak seperti beberapa helai lampin pakai buang, changing mat, tisu lembap, tuala kecil, tisu poket, termos kecil, sebotol air mineral / air masak, susu formula yang telah disukat di dalam compartment susu, nursing cover (jika menyusu dengan susu ibu), makanan dan minuman, baby carrier serta bantal kecil hendaklah disimpan di dalam sebuah beg yang mudah dicapai. Bagi memudahkan pergerakan terutamanya apabila menggunakan kenderaan awam, menggunakan beg sandang belakang adalah lebih praktikal untuk membawa keperluan utama ini.
- Bagi mengelakkan anak anda merasa bosan sepanjang perjalanan ataupun semasa menunggu giliran dan sebagainya, bawa bersama mainan atau buku kegemarannya. Mainan dan buku yang baru dibeli mungkin lebih memberi tarikan berbanding mainan dan buku yang telah biasa mereka lihat. Jangan lupa memasukkan mainan atau buku ini dalam beg yang mudah dicapai tadi.
- Jika anda perlu menguruskan penginapan sendiri, pastikan penginapan anda telah ditempah lebih awal. Pilih penginapan yang selesa dengan mempunyai ruang untuk anak anda merangkak, berlari atau bermain. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, memilih penginapan yang mempunyai kolam renang adalah lebih baik memandangkan kebanyakan kanak-kanak amat gemar bermain air.
- Berjalan bersama anak kecil memerlukan kita mengikut rentak mereka. Elakkan terus berjalan-jalan sedangkan anak kecil anda sudah keletihan dan mengantuk. Keletihan akan menyebabkan mereka meragam yang mana kerenah mereka mungkin akan membangkitkan kemarahan dan tekanan diri anda. Cuba rancang waktu anda dengan memberi ruang rehat secukupnya kepada anak kecil anda sebelum anda memulakan aktiviti. Keletihan yang berterusan juga mungkin boleh mengganggu kesihatan anak kecil anda.
9. Jangan bertangguh
- Bercuti bersama si kecil akan mengehadkan langkah anda semasa bercuti yang mana mood anda bergantung kepada mood mereka juga. Jika anda terjumpa sesuatu cenderahati atau barangan yang berkenan di hati semasa anda beraktiviti, jangan bertangguh untuk membeli kerana anda mungkin tidak berpeluang untuk kembali ke situ lagi. Gunakan masa yang ada sebaiknya. Jangan bertangguh untuk melakukan sesuatu kerana anda tidak pasti bagaimana keadaan si kecil anda pada waktu tersebut.
10. Sentiasa berlapang dada
- Akhir sekali, nikmati percutian anda bersama si kecil dengan hati yang terbuka. Sentiasa berlapang dada dengan segala kerenah anak-anak anda. Kegembiraan itu datangnya daripada hati. Jika hati anda ikhlas dan sabar melayan kerenah anak-anak dan menukarkan segala perasaan negatif kepada positif, insya-Allah, percutian anda akan menjadi percutian yang menyeronokkan! Anak-anak gembira, ibu bapa bahagia..
Selamat bercuti!
3 comments:
Terima kasih atas perkongsian info sebengini..mohon untuk saya share di blog saya..
Anda mencari pendapatan sampingan??
Klik link ini untuk mklumat lanjut..
My Invite Pay
Percutian dengan anak anak memang seronok. Cheeky diorang buat gambar gambar bertambah cantik.
Post a Comment