Check it out!

Thursday, June 10, 2021

Throwback: Pengalaman Silam Ambil Result SPM

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.


Hari ni result SPM 2020 telahpun diumumkan. Wow! pencapaian SPM terbaik dalam tempoh 5 tahun dengan 9,411 orang calon (2.46%) berjaya dapat keputusan semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil (Berita Harian, 10 Jun 2021).

Kepada adik-adik yang termasuk dalam statistik ini dan termasuk dalam kategori keputusan cemerlang juga, tahniah diucapkan! Man jadda, wajada! Adik-adik yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan, jangan putus asa! Ini bukan pengakhiran hidup. Bukan pengakhiran sebuah perjalanan menuju kejayaan. Bangkit! berusahalah untuk capai impian kalian.

Cerita pasal SPM ni, terimbau kenangan silam mami. Mami pun pernah ambil SPM jugak dulu-dulu tau.

Mami ambik SPM tahun 1998. Result SPM keluar pada 1 April 1999. Siapa sama dengan mami? Kita geng! Dulu takde sms-sms ni, takde online-online nak semak result. Kena pergi sekolah ambil slip keputusan. Masa tunggu result SPM mami sempat kerja kilang. So time rehat, kawan mami jemput kat kilang then sama-sama pergi sekolah ambil result. Ingat lagi mami time ni pakai blouse kaler merah yang jiran belakang rumah bagi pinjam..haha. Konon nampak macam orang dewasa la tu kan.. sekali member2 mami semua pakai baju kurung daa...haha..

Mami bukanlah pelajar pintar. Kiranya mami ni kategori pelajar yang bernasib baik. Alhamdulillah mami dapat Pangkat 1 dengan 16 aggregat. Zaman ni masih pakai sistem pangkat dan aggregat. Gred kelulusan dikira 1 hingga 9. A1, A2, (cemerlang) C3, C4, C5, C6, (kepujian) P7, P8 (lulus) dan F9 (Gagal).

Macam mana cara kira pangkat dan aggregat ni? Mami pun dah ingat-ingat lupa dah. Lebih 20 tahun dah. Seingat mami, aggregat dikira berdasarkan keputusan 6 subjek terbaik daripada 3 kumpulan subjek. Contoh macam aggregat mami ni, diambil daripada kumpulan subjek teras (Pendidikan Islam A1, Bahasa Melayu A2, Matematik Moden A2, Sejarah C3); kumpulan subjek sains tulen (Kimia C6) dan kumpulan subjek teknik & vokasional (Prinsip Akaun A2). So, total aggregat 16. 

Setiap kumpulan subjek ni wajib diambil 1 keputusan terbaik untuk pengiraan aggregat. Baki 3 lagi boleh ambil dalam mana-mana kumpulan. Jika ada kelulusan yang diambil tidak mendapat sekurang-kurangnya kepujian (A1-C6), aggregat tetap dikira macam biasa tetapi akan effect pada pangkat. Kelayakan untuk Pangkat 1: aggregat 6 hingga 24. Pangkat 2: 25 hingga berapa ntah tak ingat. Katakan Kimia mami tu dapat P7, maka result mami akan jadi Pangkat 2 - aggregat 17.

Aggregat dikira daripada keputusan 6 subjek terbaik yang terdiri daripada 3 kumpulan yang ditetapkan. Memang mami fokus 6 subjek je la...yang lain jangan tanya..hampeh.. P7, P7, P7 dan P8...haha.. english, biologi, fizik & add math, lulus cukup makan je la nak... mami bernasib baik kan?

Mami tak pergi tuisyen pun. Tak mampu nak bayar yuran tuisyen. Study sendiri je. Untuk matematik moden tu, mami beli buku latihan yang ada jalan kerja, mami berlatih menjawab semua soalan ikut jalan kerja yang diberikan. Dok library sorang-sorang. Betul la bak kata pepatah, practice makes perfect! Dapat la A2. Sebelum tu selalu dapat C5, C6 je time test & exam. Add Math pulak memang mami mengaku mami tak study langsung. Konon tak nak buang masa kat subjek yang takde harapan..haha. Dapat la P8 tu. Masa ambik result terserempak dengan cikgu add math, mami bagitahu "cikgu, saya lulus add math!" cikgu pun jawab "kan i dah cakap, u boleh lulus punya.." ohh cikgu..kalau la cikgu tahu saya langsung tak study dan berlatih add math tu... 

Satu lagi kenangan tak boleh lupa, mami siap tidur rumah kawan untuk berguru subjek prinsip akaun dengan dia. Dia ada ambik tuisyen berbayar kat luar. Mami jadi anak murid dia la..tuisyen dengan dia pulak secara percuma. Dah jadi cikgu dah kawan mami tu. Dapat A2 pun dah cukup syukur dah. 

Punya la struggle time tu nak buat yang terbaik untuk SPM. Tidur pun atas meja, bawah meja, mana dan je tidur...haha..hari-hari baca yasin lepas solat. Punya la rasa SPM ni exam yang besar sangat dah masa tu. Penentu masa depan katanya..haha.   

Alhamdulillah...dengan result ni mami layak masuk UiTM buat diploma in estate management. Bukan pengurusan estet tau..pengurusan harta tanah..real estate. Dalam kelas diploma mami seramai 80 lebih orang tu rupanya ramai juga english P7 macam mami..haha. Pun begitu, dapat juga mami habiskan diploma tu walaupun belajar, jawab periksa semua dalam english. Jangan jadikan kelemahan kita tu sebagai penghalang kita untuk berjaya ye tak? Akhirnya kat universiti baru mami berjaya dapat A dalam english tau! haha.. subjek lain yang dapat P7, P8 tu dah tak jumpa dah kat universiti nak tebus balik..hehe.

Oh lupa nak cerita, sebelum result SPM keluar, makcik mami ada cakap, kalau mami dapat aggregat 16 dan ke bawah, dia nak hadiahkan rantai emas. Pakcik mami pulak kata kalau dapat pangkat 1 dia nak belanja makan ikan bakar kat Umbai. Tapi kan...dua2 pun takde rezeki mami nak merasa...haha.. tapi takpe..Allah dah bagi lebih banyak daripada tu..



 

No comments: