Check it out!

Saturday, April 25, 2020

Ustaz Ebit Lew Dipanggil Polis untuk Beri Keterangan?

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
Salam 2 Ramadan buat semua umat Islam.

Sebuah catatan luahan perasaan.

Semalam dedi cerita kat mami yang Ustaz Ebit Lew telah dipanggil polis untuk beri keterangan sebab ada report polis berkenaan beliau.

Allah...sedih dengar. Terbayang raut wajah beliau, akhlak beliau dan kerja-kerja dakwah dan kebajikan yang beliau buat. Memang tergambar keikhlasan beliau. Tak pernah rasa setiap cerita dan gambar yang beliau share untuk menunjuk-nunjuk. Tak pernah nampak begitu. Sebaliknya, timbul rasa untuk bersama-sama menyumbang untuk beliau sampaikan kepada golongan yang memerlukan kerana yakin sumbangan kita akan sampai kepada orang yang sepatutnya.

Terbayang juga kecaman yang beliau terima daripada beberapa orang hamba Allah sebelum ini. Allah... buat jahat dikata orang, buat baik pun dikata orang juga. Nak pilih mana?

Bila semangat seorang 'Detective Conon' telah datang, maka mami buat carian google berhubung perkara ini. Mami baca berita yang dilaporkan oleh Berita Harian di sini. Betul kata dedi, Ustaz Ebit Lew dipanggil polis untuk beri keterangan berkenaan aduan yang dibuat terhadap beliau berhubung kerja kebajikan yang tular baru-baru ini. Rentetan itu, ustaz memutuskan untuk menghentikan segala agihan bantuan secara turun padang sepanjang PKP dan hanya akan sekadar memindahkan wang kepada yang memerlukan. Mungkin isu yang dibangkitkan oleh pengadu pasal melanggar PKP la kot. 

Mami sangat sedih dengan berita ini. Mengapa ada yang dengki? Mengapa perlu busuk hati? Mengapa perlu buruk sangka? Mengapa tidak mampu melihat dari sudut positif? Mengapa tidak mencadangkan penambahbaikan berbanding terus menghalang. Allah...sedih sangat. Kalau tak mampu jadi garam untuk dibuat ikan masin, janganlah jadi langau yang merosakkan ikan masin tu. Kalau tak mampu membuat kebaikan, jangan dihalang kebaikan dilaksanakan. Bertambah sedih bila kecaman itu keluar dari mulut orang Islam sendiri. Kalau tak mampu berdakwah untuk menyebarkan Islam, tolonglah jangan jadi fitnah kepada Islam.

Memang sunnah orang berjuang, tidak akan sunyi dengan ujian. Allah uji sebab Allah sayang. Moga ustaz terus kuat dan tidak putus asa dengan ujian ini. Kami semua sayang ustaz. Kami bersama ustaz. Allah nak bagi ustaz rehat. Allah tahu ustaz penat turun padang hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Allah tutup satu pintu, Allah akan buka banyak pintu yang lain. Kami percaya ustaz masih mampu menghulurkan bantuan dan menyampaikan dakwah serta menyebarkan kasih sayang dengan cara yang lain. 

"Bukan semua perbuatan yang baik itu akan dipandang mulia di mata manusia. Kerana perbuatan yang baik itu adalah ujian bagimu, dan pandangan manusia itu adalah tipudaya atasmu. Teruskan berbuat kebaikan dalam hidupmu, kerana itu yang diperintahkn kepada kita. Dan bersabarlah di atas perkara ini. Timbanglah kemuliaan dan kehinaan itu pada pandangan Allah Jalla wa 'Ala."
- Tuan Guru Sheikh Ibrahim Masran Al-Banjari hafizahullah


#JagaHati
#JagaDiri

No comments: