Masih lagi mood hari ibu.. Ari ni saya nak kongsikan gambar yang dah lama saya simpan tapi tak sempat nak upload. Gambar diambil ketika aktiviti island hopping kat Pulau Dayang Bunting pada 22 Januari 2011 yang lalu. Lama dah kan?
Masa kat pulau ni saya kagum sangat bila nampak banyak ibu-ibu monyet yang sedang breastfeeding kan anak mereka. Maha suci Allah yang memberikan fitrah keibuan kepada makhluk ciptaannya. Pandai ibu monyet menyusukan anak tanpa perlu pergi ceramah penyusuan susu ibu kan?
Masa melihat mereka ketika ini..automatik ingatan saya kembali ke Putrajaya mengingatkan anak-anak yang ditinggalkan. Kesian kat Rania tak dapat nenen..
No comments:
Post a Comment