Tersentuh hati saya melihat gambar-gambar yang disebarkan. Kanak-kanak perempuan ini berlumuran darah. Tak sanggup nak tengok. Beliau memakai seluar frozen. Seluar sama macam Rania. Umurnya pun sebaya Rania. Terbayangkan..mesti beliau telah didaftarkan untuk bersekolah darjah 1 tahun depan. Tapi dah tertulis, ajal dah menjemput tanpa sempat beliau memulakan persekolahan. Moga ahli keluarga adik ini diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini.
Mula terbayang di ruang mata, perihal Rayyan, Rania dan Razin yang gemar sangat nak bermain dengan eskalator. Encik asben marah sangat kalau diorang ni dok main-main dekat eskalator. Seriously, saya sebelum ni tak kisah sangat sebab saya tak pernah terbayangkan impak sebegini boleh terjadi. Baru saya sedar betapa ini bukanlah kes pertama yang melibatkan kanak-kanak maut akibat eskalator. Rupa-rupanyanya telah acapkali berlaku bukan sahaja di Malaysia, malahan di luar negara juga.
Peringatan buat saya dan semua ibu bapa di luar sana. Eskalator memang satu kemudahan. Walau bagaimanapun, sedikit kecuaian dan kealpaan mampu mendatangkan kemalangan. Awasi anak-anak kita yang sangat seronok bermain dengan benda-benda yang menarik perhatian mereka ini.
Berikut adalah petikan berita dari www.hmetro.com.my berhubung cerita ini:
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh daripada tingkat dua di kompleks beli belah Kenanga Wholesale City, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. "Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi. Difahamkan kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tips keselamatan ketika menggunakan eskalator
- Pastikan tali kasut tidak longgar dan kasut yang dipakai bersesuaian ketika menaiki eskalator;
- Sentiasa memegang tangan anak-anak di eskalator dan tidak membenarkan anak-anak untuk duduk atau bermain di muka tangga eskalator;
- Sentiasa memandang ke hadapan, berdiri di tengah muka tangga iaitu dalam kawasan tangga eskalator di mana sempadannya diwarnakan kuning dan berpegang pada handrail;
- Elakkan berdiri di tepi muka tangga bagi mengelakkan kaki tersepit;
- Ketahui di mana butang kecemasan shutoff yang berwarna merah jika anda perlu untuk menghentikan eskalator;
- Elakkan daripada meletak beg tangan atau bungkusan di atas handrail;
- Jangan bersandar di tepi handrail.
Realiti kehidupan : Sifat semula jadi anak-anak adalah bermain dan berseronok tanpa memikirkan akibat daripada perbuatannya. Ibu bapalah yang perlu memainkan peranan untuk mengawasi anak-anak ini.
No comments:
Post a Comment