" Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt. Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser. Bakteria idup tu mengaktifkan sel kanser. Dr yg rawat aruah anak dia bgtau. Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh mgaktifkn sel kanser. Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum.. Tp pesakit kanser xboleh makan or minum bakteria hidup. - copy dr ibu yg kematian anaknya akibat kanser darah. Masa doc pakar ambik sampel air sum2 arwah, mmg byk bakteria drpd vitagen, yakult dan sebagainya yg hidup dlm sel darah dia."
Coretan ini telah menimbulkan kegemparan, kegusaran dan persoalan..betul ke? Rata-rata mengatakan minuman ini kegemaran anak masing-masing. Stok vitagen memang sentiasa ada dalam peti ais di rumah katanya. Maklumla group ni group wanita-wanita dalam ofis saya. Baru je diorang buat lawatan ke kilang vitagen. Takde pulak dapat apa-apa info semasa lawatan tu.
Tak nak biarkan kegusaran ini berpanjangan, saya selaku detektif konon sedara detektif conan memulakan siasatan lanjut dengan memanjangkan coretan ini kepada group sebelah. Group geng2 rakan sebaya masa sekolah dulu sebab ada doktor dalam group tu. Mohon pencerahan.
Kawan saya yang doktor ni jawab,
" Macam bohong je. Cancer tiada penyebab utama. Cancer cuma ada risk factor. Nak kata kaitan vitagen penyebab cancer itu satu penipuan, Nak kata vitagen itu risk factor kepada cancer tu - belum ada kajian." katanya.
Ada juga rakan group yang turut berkongsi komen dari seorang doktor lain bernama Dr. Hairin Anisa sebagaimana berikut:
" Maaf, info ini salah. Bakteria yang baik tidak mengaktifkan sel kanser...tapi dalam kes mereka yg sudah ada kanser, sel kanser & rawatan chemotherapy tersebut yang akan mengurangkan daya tahan tubuh pesakit, maka apa2 yg mengandungi bakteria hidup (baik@jahat), makanan mentah @ separuh masak memang kita tak benarkan pesakit kanser mengambilnya. Untuk mengelakkan kanser lebih baik makan ikut sunnah Rasulullah saw, pastikan anak menyusu badan, kurangkan makanan & minuman dari tin (aluminium), kurangkan pengambilan makanan ada MSG (seperti potato crisps), melayu kata jajan. Saya rasa ibu tersebut tersalah faham apa yg doktor maksudkan."
Ehm.. lega sikit mendengarnya. Tak cukup lagi info dari 2 doktor ni, saya kongsikan lagi pandangan seorang doktor lagi, Dr Zubaidi Hj Ahmad (drzubaidi.com)
" Saya berpendapat ia adalah satu dakwaan tidak munasabah kerana tidak diberikan bukti. Lebih elok dakwaan seperti ini disertakan dengan nama doktor dan hospital mana dia berkerja agar penjelasan yang lebih baik dapat dierolehi dari doktor tersebut.
Ada beberapa kemusykilan dakwaan ini. Nama doktor yang dikatakan mengucap dakwaan ini tidak diberitahu. Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doktor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.
Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.
Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah. Ini termasuk:
- Pesakit HIV / AIDS
- Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.
- Pesakit diabetes
- Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
- Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang manjalani rawatan dialysis
- Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE
- Pesakit yang mendapat rawatan steroid
Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser."
- Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.
Hari ini, dalam akhbar Metro Ahad juga ada dipaparkan artikel bertajuk "Mengarut! Minuman probiotik mengandungi bakteria hidup tidak mengaktifkan sel kanser seperti didakwa."
Realiti kehidupan : Jangan mudah percaya tanpa usul periksa.
"Tidak benar, tiada kaitan minuman probiotik dengan kanser." Kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.Kesimpulannya, kalau kita dalam kategori sihat dan tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan oleh Dr Zubaidi, tiada masalah untuk kita meminum minuman yang mengandungi probiotik ini.
Realiti kehidupan : Jangan mudah percaya tanpa usul periksa.
1 comment:
Assalam Mami... i'm back! hahaa.. sihat?
baru ari ni update blog ni..tu yg jenguk blog mami ni... tau gak citer pasal ni... tapi elok jgn bagi anak selalu minum minuman probiotik la kan... baik bg makan buah je... takpe kan..kan...
Post a Comment