Check it out!

Tuesday, March 22, 2011

Bahaya BPA kepada bayi

Entry ni adalah kesinambungan kepada entry saya yang lepas bertajuk Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'. Seorang pembaca bernama shahiEd telah meninggalkan komen...

salam kak..nak tny, macamana yer nak bezakan botol susu yg mengandungi BPA dgn yg BPA free? boleh x akak share gmbr botol yg BPA free ni?agak tkjut jgk dgn berita ni, walaupn kte xde baby lagi, n xkawen lagi, cuma nk tahu la mcmn nk bezakan..boleh gak pass in4 ni ngn kwn2 n para ibu...thanks akak..

So, saya menulis entry ni untuk mengotakan janji kepadanya nak uploadkan gambar botol susu BPA free. Maaf la lambat skit mengotakan janji. Semua ni gambar lama koleksi saya. Tak sempat nak ambik gambar baru. Boleh la ye. Kebetulan plak terjumpa tadi.

Ni gambar botol susu BPA free yang saya gunakan untuk simpan susu ibu perahan.

Ni pula perbezaan antara botol susu BPA free dengan botol susu polikarbonat. Sebelah kiri botol susu BPA free dan sebelah kanan botol susu polikarbonat. Boleh nampak tak perbezaan? Actually kalau dalam gambar macam susah skit nak nampak perbezaan. Kalau perasan, botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA ni bersifat keras dan lutsinar.

Sebelum beli botol susu kat pasaran, perhatikan label kitar semula yang berbentuk segitiga kat bawah botol susu tu. Menurut pengamatan saya, botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA ni biasanya tertulis PC3 kat dalam segitiga kitar semula tu. Manakala botol susu BPA free ni tertulis PP5.

Apa itu BPA?

Bisphenol A (BPA) adalah unsur bahan utama bagi pembentukan botol plastik polikarbonat. Ia digunakan kerana tahan lebih lama, berwarna jernih dan tahan haba. Selain digunakan untuk membuat botol plastik, ia juga digunakan dengan meluas dalam pembuatan barangan mainan kanak-kanak.

Memandangkan BPA adalah unsur kimia yang tidak stabil, ia boleh terurai keluar daripada botol susu bayi apabila ia dipanaskan berulang kali, atau membasuh botol dengan air panas atau memakai botol yang sama pada waktu yang lama (pada pengamatan saya, biasanya syarikat pengeluar botol susu ni rekemenkan penggunaan botol selama 6 bulan je).

Apakah kesan buruk BPA?

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui entry "Adakah BPA selamat untuk bayi kita?" dalam laman web beliau, drzubaidi.com, kajian telah membuktikan bahawa BPA telah memberikan kesan negatif pada kesihatan haiwan yang diuji.

Berikut adalah kesan pada haiwan (tikus dalam makmal) yang diuji:

a) Kerosakan kekal pada saluran kencing (dos 0.025 ug/kg/day)
b) Perubahan dalam tisu payu dara yang membawa kepada kanser payu dara (dos 0.025 ug/kg/day)
c) Risiko yang tinggi untuk mendapat kerosakan kesuburan dan menjadi kanser pada sistem pembiakan (dos 1 ug/kg/day)
d) Menambahkan berat kelenjar prostate sebanyak 30% (dos 2 ug/kg/day)
e) Mempercepatkan akil baligh dan merangsang kemahuan mencari pasangan hidup dan menikmati seksual bagi tikus betina (dos 2 ug/kg/day)
f) Mengurangkan hormon testosteron pada tikus jantan (dos 2.4 ug/kg/day)
g) Meningkatkan risiko kanser payu dara (dos 2.5 ug/kg/day)
h) Sel prostate lebih berisiko menjadi kanser (dos 10 ug/kg/day)
i) Mengurangkan sifat keibuan (dos 10 ug/kg/day)
j) Menukarkan kelakuan dan sifat jantina dalam otak eg lelaki bersifat seperti perempuan dan perempuan bersifat seperti lelaki (dos 30 ug/kg/day)
k) Merosakkan saraf (dos 50 ug/kg/day)
l) Menyebabkan tiada telur ova yang dihasilkan dari kelenjar ovari (dos 50 ug/kg/day)

Ini membuktikan bahawa kesannya terhadap kesihatan masih besar. Ada sesetengah ahli saintis mengatakan haiwan yang diuji mempunyai kadar perkumuhan perlahan berbanding kadar perkumuhan manusia yang pantas lalu menyebabkan perkumpulan luar biasa sisa BPA terhadap tubuh haiwan itu.

Namun begitu, Dr Zubaidi menolak hujah saintis ni. Beliau mengatakan mungkin golongan saintis ni terlupa bahawa bayi dan kanak-kanak juga mempunyai kadar perkumuhan yang rendah. Mereka sangat mudah mendapat kesan buruk BPA kerana banyak organ perkumuhan mereka (buah pinggang) yang belum matang. Pengumpulan bahan sisa BPA tentunya memberi kesan yang negatif.

Dalam entry tersebut beliau turut menyatakan struktur BPA menyerupai hormon semula jadi estrogen. Jika terlalu banyak pengumpulan sisa BPA yang menyerupai fungsi estrogen ini, tentunya akan memberi kesan negatif pada tubuh bayi kerana mengganggu keseimbangan hormon yang diperlukan bagi pertumbuhan fizikal.

Ia juga telah menyebabkan perkembangan yang tidak normal bagi perkembangan jantina. Kanak-kanak lelaki akan mempunyai lebih sifat 'perempuan' kerana sistem hormon lelaki yang terganggu sementara kanak-kanak perempuan pula akan cepat mencapai akil baligh dan mempunyai perasaan untuk cepat mencari pasangan dan menikmati seks.

(Ehm..mungkinkah gejala sosial yang berleluasa dewasa ini..akibat daripada kesan BPA ni? Ishk..takutnya..)

Dr Zubaidi turut menambah, BPA juga dikaitkan dengan risiko yang tinggi bagi penyakit kanser payu dara, ovari dan prostate. Ia juga dikatakan menyumbang faktor bagi penyakit Attention Hyperactivity Disorder (ADHD) yang menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif.

Oleh kerana terlalu banyak kesan negatif BPA kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia, pada Oktober 2009, sekumpulan 33 saintis yang telah mengkaji BPA menghantar surat kepada badan yang mengawal ubat dan makanan di Amerika Syarikat (FDA US) mengatakan bahawa kerajaan Amerika Syarikat tidak perlu membuang duit dan masa lagi dengan mengkaji BPA, kerana kesan negatifnya telah nyata dan BPA harus diharamkan.

Sebanyak lebih 900 kajian telah dijalankan dan diterbitkan dalam jurnal dan sekurang-kurangnya 80 peratus daripadanya menyatakan BPA menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Kesimpulannya..ibu-ibu..eloklah kita menyusukan anak dengan susu ibu secara direct. Kalau nak buat stok susu perahan pun..pastikan breastmilk storage tu bebas BPA..takpela mahal sikit pun berbanding kita merisikokan kesihatan anak-anak yang kita kasihi..

sekian..

2 comments:

sisanizu said...

Sy sgt suka baca entry ini. thanks a lot for the very useful info. LIKE

violetplus said...

tul kak,mmg ade beza.masa anak first dulu x brape nak amik tau pasal botol bpa ni, skang ni sebelum beli kene pastikan dulu.thankx 4 d info.