Check it out!

Tuesday, November 1, 2011

Clearance Stock : Susu Ibu Perahan

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan November dah kita kan. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je pregnen 5 bulan, tapi realitinya baby yang dipregnenkan tu dah pun 5 bulan menjengah dunia ni. Seriusly rasa tak terkejarnya masa sekarang ni. Ehm.. telah berada di akhir zaman la kita sekarang ni kan?
Daripada Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api." - HR Termizi


Bila bulan November mula menjengah ni, terus rasa lain macam pulak perasaan saya. Teringat kat stok-stok susu perahan yang memenuhi ruang deep freezer dan freezer. Dah lama nak uruskan clearance stock EBM tu bagi memberi laluan kepada stok baru tapi dok layan sangat perasaan sayang yang merajai sanubari..hehehe. Entah semangat mana pulak datang awal pagi tadi.. berjaya jugak saya menangkis perasaan sayang tu lalu menggeledah deep freezer mencari stok-stok bulan 6 dan bulan 7 untuk di'clear'kan. Semangat baru bangun tido kot..hehe.. pukul 1 pagi menggeledah peti ais!

Nak tak nak terpaksa juga saya lepaskan stok-stok ni pergi. Saya ingat semangat saya maintain kuat. Tapi tak lama lepas tu rasa nak nangis pulak bila terpandangkan stok-stok ni terdampar di atas lantai dapur untuk proses penyahbekuan sebelum dialirkan ke dalam sinki.

Pagi tadi, lepas bangun tido kali yang kedua untuk siap-siap ke opis, rasa sayu hati pulak tengok stok-stok tu terdampar. Menyesal pulak datang menerpa. Ishk! terfikir pulak.. saya ni confiden je yang umur saya panjang untuk terus fully breastfeedkan anak saya. Macam mana kalau tak panjang umur? Stok baru tak sempat nak memenuhi ruang freezer camne? Stok bulan 6 dan 7 tu walaupun lama.. sesungguhnya ia berkali-kali ganda lebih baik daripada susu formula. Ya Allah.. apa yang aku dah buat ni???

Ruang deep freezer yang telah lega setelah peng'clear'an stok dilakukan.

Misi melegakan ruang freezer pulak. Stok yang sendat mendat ni bakal ke deep freezer. Semoga tak berlaku lagi susu tak beku walaupun 3 hari duduk dalam freezer ni.

Semoga Allah panjangkan umur saya agar dapat saya memenuhi tanggungjawab memberikan Razin susu yang terbaik dengan izin-Nya. Semoga Allah gantikan stok yang terbuang itu dengan stok yang lebih baik.. amin!

6 comments:

Cik MashiWhite said...

Salam, sy seronok & kagum tgk stock EBM awak. Sy baru nak belajar & tgh2 survey BP utk my first baby ni..nak tnya, bagaimana awk simpan/bawa susu perahan dr office ke rumah? ( stock dlm plastic/container beg). transfer dulu dr botol perahan ke plastic sejurus slps pam di office or transfer dlm plastic/container beg di rumah?
harap sudi beri khidmat nasihat;)

mamiraysha said...

Salam Cik MashiWhite,

Maaf lambat respon. Firstly, tahniah kerana memilih untuk breastfeed baby! Saya simpan susu perahan dalam peti ais masa kat opis then masukkan ke dalam cooler bag bersama-sama icepack bila nak bawa balik ke rumah (untuk maintainkan kesejukan susu perahan. Suhu yang berubah2 secara mendadak boleh merosakkan susu). Saya perah hanya menggunakan tangan tanpa pam (guna pam elektrik susu saya tak keluar). So yang dalam plastik tu saya perah direct terus masuk plastik. Harap saya menjawab persoalan awak :-)

Anonymous said...

salam akak, sy sgt sgt teruja bace blog akak.banyak yer susu.sy 1st baby (5 bln plus skrg)sgt bersemangat nk BF. tp susu sy kdg2 tak byk.nak tanye?ape rahsia akak smpi boleh bt stock byk cmtu?
sedey sbnr yer sbb sejak baby sy 4month plus sy terpakse ikut ckp mama beli susu formula sbb stock dh hbs.tp taknak baby lapar.sy terpakse beli gak.menangis sorg2 jek.tp sy tak putus semangat.try jgk pump or marmet, walaupun hasil yer kdg2 tak smpi 1oz.sy nk FULLY BF BABY sy smpi BESAR.
sy try mkn mcm2 utk bykkan susu.tp kalau bg baby nenen nnt dh xde utk pump.so,nak sgt tahu ape akak bt utk bykkan susu?berat ujian ALLAH tp sy tahu Allah tak uji sy kalau sy tak cukup kuat utk manghadapinya.
terima kasih.Naz.

mamiraysha said...

Salam Naz,

Firstly, tahniah atas niat dan azam Naz untuk fully breastfeed baby. Bukan semua ibu ada niat dan kesedaran untuk BF baby. Akak faham perasaan Naz..kitakan sama.. seorang ibu. Naluri seorang ibu, inginkan yang terbaik buat anaknya. Akak pernah melalui saat2 pengeluaran susu merudum dulu masa BF anak first and second, akibat akak pregnen lagi. Mungkinkah Naz pregnen jugak? Cuba chek..hihi.

Untuk pengetahuan Naz, rahsia banyak stok tu sebab akak mula buat stok sejak dalam pantang lagi. Akak terpaksa buat stok sebab anak akak menyusu hanya di sebelah payudara sahaja. So, yang sebelah lagi terpaksa akak perah untuk mengelak daripada bengkak susu. Semua stok2 yang ada itu adalah hasil perahan susu yang anak akak enggan minum. Lagi satu rahsia mungkin akak menyusukan dua anak akak sekali, jadi susu banyak keluar akibat permintaan yang tinggi. Justeru, kilang susu pun proses susu dengan banyak untuk menampung permintaan. Akak takde makan apa2 supplement pun sekarang ni. Kalau kat opis, akak akan kosongkan payudara 3 jam sekali untuk bagitahu kilang susu yang permintaan masih ada..hihi..

Good Luck Naz! Sabar banyak2 atas dugaan-Nya. Nak buat benda baik memang besar dugaannya sebab ganjarannya juga besar. Kerapkan bagi baby nenen sebab baby adalah perangsang terbaik. Ingat, lagi tinggi demand, lagi tinggilah supply. Jangan stress2.. nanti susu tak mahu keluar. Semoga Allah murahkan rezeki Naz dan anak2.. amin!

Haryanti Husin said...

Alangkah baiknyer lau sy ade susu sebyk ini...awak ade fb or ym x?

mamiraysha said...

Haryanti,

Cari fb dan ym saya melalui alamat email : afifahaziqah81@yahoo.com. Honestly, saya jarang ber'fb' dan ber'ym' ni..hihi..