" Salam...sedang mencari2 info tntg pengasuh atau taska,terkeluar blog saudari..walaupn entri ni thn lepas punye..juz nk tnye, awk anta pngasuh or taska??sy msh tak dpt nk buat keputusan..pengasuh ank sy skg ada mslh kesihatan..kami perlu cr pengganti atau taska.."
Walaupun entry ini ditujukan kepada DEL, yang pandai eja DEL pun boleh gak baca. Tak payah la nak kecik ati nak tutup paparan blog mamiraysha ni..hehehe.. Meh kita sama-sama share pendapat tentang isu taska vs pengasuh ni.
Untuk pengetahuan DEL dan kawan-kawan yang terbaca entry ini, sekarang ni saya menghantar ketiga-tiga anak saya yang berumur 3 tahun, 2 tahun dan 5 bulan di taska. Taska mana? Taska dekat dengan opis (dalam kawasan opis). Actually, taska milik opis tapi diuruskan oleh pemilik Taska Bijak Cerdik.
Sebelum membuat keputusan menghantar anak-anak ke taska, saya pun macam DEL dan mommies di luar sana yang risau gak nak hantar anak ke taska. Lebih-lebih lagi sebelum ni anak dah begitu selesa dan serasi dengan pengasuh.
Pastu macam-macam pulak kita dengar cerita buruk pasal kejadian yang tak ingin kita lihat berlaku di taska. Bayi meninggal dunia tersedak susu la, bayi meninggal sebab terjatuh la. Paling selalu kita dengar, penyakit senang sangat berjangkit kat taska ni. Maklumla, dah duduk ramai-ramai kan.
Tapi kalau direnung-renungkan balik, bukan di taska je yang berlaku kejadian2 yang tak diingini tersebut. Dalam jagaan pengasuh juga, ada kes2 tersebut berlaku. Pendek kata, kat mana-mana kita hantar anak pun kemungkinan untuk berlaku kejadian buruk itu tetap ada waima dalam jagaan kita sendiri pun, kalau Allah takdirkan berlaku, akan berlaku juga. Yang penting, kita berdoa agar anak-anak kita dilindungi daripada malapetaka dan bahaya. Usaha dulu cari yang terbaik sama ada taska ataupun pengasuh..then tawakal kepada Yang Maha Penjaga.
Kelebihan menghantar anak di Taska
Melalui pengalaman saya, walaupun ada kekurangan, banyak juga kelebihan hantar anak ke taska ni. Antaranya:
1) Cuti Rehat saya jimat..hihihi.. ye la..kalau hantar anak ke rumah pengasuh, pengasuh demam ke, tak sihat ke, balik kampung ke, ada urusan bank ke dan lain-lain urusan peribadi, dia akan mohon untuk bercuti. Tak kan la tak nak bagi. Bila dah bagi cuti kat pengasuh, anak kita kena la kita jaga sendiri dan terpaksa ambik cuti. Lagi haru kalau dapat pengasuh yang masih muda dan ada potensi bersalin. Dah nak bagi cuti bersalin dan terpaksa cari pengasuh baru..hihihi. Kat taska, cikgu-cikgu lebih daripada sorang. So, takde masalah ketiadaan pengasuh ni.
2) Anak pandai bersosial. Di taska, ramai rakan sebaya anak-anak kita ni. So, mereka akan belajar macam mana nak berkawan. Macam mana nak kongsi permainan dengan kawan. Biasanya, anak-anak yang dihantar di taska tiada masalah takut orang atau bergaul dengan orang. So nanti, masa nak masuk darjah satu tak payah la mummy dan daddy sibuk-sibuk kena tunggu anak yang menangis ditinggalkan..hihihi..
3) Pengasuh yang berpengalaman dan berpengetahuan. Biasanya pengusaha-pengusaha taska ni telah menghadiri kursus yang berkaitan penjagaan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak ni dan berusaha memastikan staf mereka juga menghadiri kursus yang berkenaan. So, mereka akan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membangunkan minda, motor dan sebagainya (hhihihi..tak tahu apa lagi..maklumla tak pernah pergi kursus) sesuai dengan umur mereka. Contohnya, ada aktiviti mewarna, menampal, mengoyak, menganyam, menyanyi, menconteng dan lain-lain lagi.
4) Anak-anak lebih berdisiplin. Di taska, mereka menerapkan disiplin dalam diri anak-anak ni. Mungkin sebab ramai dan faktor pengaruh rakan sebaya, mereka mudah menerima dan melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan oleh teacher2 kat taska. Makan ikut time, perlu beratur sebelum makan, duduk di tempat yang ditetapkan untuk makan, baca doa sebelum makan, letak botol susu yang telah habis di tempat yang ditetapkan, letak beg sendiri ditempat yang ditetapkan, ada waktu tidur, waktu main, waktu menonton tv dan yang sewaktu dengannya..hihihi.. (Tapi kan, anak-anak saya kat taska boleh dengar cakap teacher..berdisiplin sungguh! tapi kat rumah susah nak dengar cakap mummy dia nih!)
5) Boleh tambah kawan mummy! hihihi.. bukan anak je dapat ramai kawan, mummy dia pun bleh dapat kawan dengan mummy kawan anaknya. Boleh juga bertukar-tukar cerita tentang pengalaman membesarkan anak-anak dan sebagainya sementara tunggu anak siap untuk dilepaskan. Kalau hantar anak dengan pengasuh, sorang tu je la yang kita add senarai kawan kita kan..
Tu je la kot yang teringat saya listkan kelebihan taska ni. Kalau ada pembaca lain nak share kelebihan lain silakan.. sharing is caring!
Nantikan entry tips memilih taska selepas ini..
2 comments:
tgh explore pasal taska di putrajaya then accidently terjumpa entry ni...thanx tips2 yg berguna..
saya baru berpindah di putrajaya ni dan dah byk juga TASKA disekitar Putrajaya ni saya survey utk baby saya dan ank usia 3 tahun...
dari apa yg saya survey bolehla saya rumuskan bahawa terdapat byk taska terutama TASKA di rumah teres corner lot yang kebanyakannya merupakan pengusaha TASKA "Part Time" dimana tanggungjawab diberikan hanya kepada pengasuhnya sahaja yang rata2nya kelihatan begitu muda utk menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh ibu bapa..
Pengusaha Part Time ini pula dipercayai hanya mengunjungi TASKAnya hanya seminggu sekali dan jelas mereka ini hanya memikirkan soal keuntungan semata2 dan menjadi mangsanya ialah ibu bapa yang bekerja yang tidak mempunyai pilihan...
daripada berpuluh TASKA, hanya 2-3 sahaja yang betul2 dinamakan TASKA dan berdaftar dengan JKM..jika di TASKA seharusnya mesti ada pengisian aktiviti utk kanak2..
inilah nasib kita di Putrajaya..
Salam..sy baru 2 hari hantar anak usia 3 tahun ke taska. Sebelum ni dia tinggal dgn baby sitter tp sejak berpindah kena lah cari alternative lain. Adakah normal jika 2-3 hari malah seminggu dia akan menangis?
Post a Comment