Check it out!

Tuesday, February 5, 2013

Nak jaga air muka punya pasal

Sebentar tadi, saya naik lif. Bersama-sama saya ada 2 orang lelaki yang sorang tu staf jabatan lain di bawah satu bumbung yang sama dengan saya, manakala seorang lagi tu mungkin pelanggan yang datang untuk berurusan. Memandangkan saya tak tahu nama staf jabatan lain tu, biarlah saya namakan dia Mr Y. Kami memang selalu terserempak di lif dan selalunya hanya menyapa dengan senyuman. 

Saya tidak menekan sebarang butang lif, memandangkan saya nampak butang yang tertera angka 3 telahpun menyala. Semasa lif bergerak dari ground floor, 3 butang lif telah menyala iaitu butang angka 1, 3 dan 5. Mungkin Mr Y yang tekan sebab angka 3 itu ditekan oleh lelaki seorang lagi iaitu pelanggan tadi. Bila pintu lif terbuka di tingkat 1, Mr. Y telah menghulurkan tangannya mempersilakan saya keluar dengan diiringi sekuntum senyuman. Walaupun saya sebenarnya tak bercadangpun nak pergi ke tingkat 1, maka saya pun melangkah keluar dengan terpaksa sambil muka senyum..hehe. Demi menjaga air mukanya yang telah bersungguh-sungguh untuk berbuat baik kepada saya..hahaha..

Sudahnya, terpaksalah saya tunggu lif semula di tingkat 1 untuk naik ke tingkat 3.
Alahai! lama pulak lif ni nak sampai..huhu..
Mungkin Mr Y selalu nampak saya ke tingkat 1 kot sebab tu dia ingat opis saya di situ.
Padahal saya ke tingkat 1 hanya untuk punch card dan urusan pentadbiran aje.
Tempat kerja hakiki saya di tingkat 3..

Apa-apapun, orang berbudi kita berbahasa kann...
Nilai murni budaya kita..

2 comments:

Imaan09 said...

haha..secret admirer..

mamiraysha said...

Takde maknanya Imaan.. mungkin beliau sudah berniat pada hari tersebut untuk membuat amal kebajikan sebanyak mungkin. Salah seorang daripada mereka yang menerima amal kebajikan beliau pada hari tersebut ialah saya..hehe..