Check it out!

Sunday, January 13, 2013

Prestasi 2012 dan Azam 2013

Dah hari ke-13 bulan Januari dah hari ni.
Nak ucap selamat tahun baru pun macam tak berapa nak releven je lagi.
Walaupun tak berapa nak releven.. saya ucap jugak la selamat tahun baru..
Takut ada yang kecik ati pulak nanti..hehe..

Cerita pasal tahun baru.. memang tak lepas dari cerita azam baru.
Ye.. berazam itu tidak salah kawan-kawan
Tak kena bayar pun
Tak pe la walaupun azam tu direnew every year sebab tak pernah tertunai pun
Jangan putus asa untuk berazam
At least niat tu dah ada.

Sebelum cerita pasal azam baru,
Jom sama-sama kita post mortem sikit prestasi blog mamiraysha tahun 2012.

Tahun 2012 menyaksikan kemeruduman jumlah entry yang dipost dalam blog ni.
Sangat mengecewakan. Bukan tetamu je kecewa.. tuan tanah pun kecewa juga. Banyak memori dan peristiwa penting yang tak sempat nak dikongsikan.



Tahun pertama tulis blog iaitu tahun 2010 telah mencatatkan 126 entry dipost. Sangat gigih dan dedikasi. Mungkin sebab teruja ada ada blog! hehe..
Tahun 2011.. prestasi turun pulak kepada 93 entry. Mungkin sebab masa tahun 2010 tu anak ada 2 dan 2011 anak dah ada 3. Maka tak sempat tu lebih banyak berbanding sempat.
Tahun 2012.. prestasi lagi mendadak turunnya. Plup! jatuh kepada 38 je entry yang sempat dikongsikan bersama walaupun dalam draf beratus-ratus entry yang cuma sekerat jalan je ceritanya. Faktor kemeruduman prestasi? Tentunya masa. Mungkin saya tak pandai bahagikan masa.

Walaupun tahun 2012 tahun paling teruk prestasinya, tapi Alhamdulillah.. dah ada 144 orang yang sudi jadi follower blog yang suam-suam kuku ni. Terima kasih ye! Sila tepukkan bahu korang sebelah kanan bagi pihak saya. 
Statistik pengunjung juga menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Meningkat-meningkat pun takde la sampai ratusan ribu pengunjung.
Tapi saya tetap hargainya.
Tetap bagi semangat untuk saya menulis.
Tetap bagi saya perasan sorang-sorang yang ada yang sudi baca catatan saya.
Tetap bagi saya perasaan bersalah kalau lama tak menulis.
Terima kasih sekali lagi kepada anda yang membantu meningkatkan statistik ini.



Pencapaian yang paling menggembirakan pada tahun 2012 ialah..
Saya berjaya akhirnya menerima cek daripada Nuffnang!
Cek pertama saya.
Takde la banyak sangat.. RM103.11 je. Tapi tetap membuatkan saya gembira. Masa mula-mula dapat pendapatan RM0.25 pun dulu saya dah melonjak keriangan.. inikan pulak RM100. Lama tu nak dapat RM100 ni. Kumpul sejak tahun 2010 tau..hehe.. Giler tak gembira!


Azam tahun 2013 ni..
Saya berazam nak tingkatkan lagi prestasi pengeposan entry.
Sasaran Entry Tahunan saya tetapkan sebanyak 120 entry tahun ni.
Maknanya saya kena pos sekurang-kurangkan 10 entry sebulan.
Mampukah saya untuk meningkatkan dari 38 kepada 120 entry?
Peningkatan sebanyak 216% Fuhh!! 
Rasanya tidak mustahil sebab saya telah buktikan saya pernah melepasi angka ini pada tahun 2010. Yang penting.. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Saya harap juga saya dapat cash out RM100 lagi dari akaun Nuffnang tahun ni.
Ek eleh RM100 je? cukuplah dari tiada..hehe..

Dan satu lagi.. harap follower saya bertambah sehingga 250 orang tahun ni.
Maknanya 106 orang lagi perlu melaporkan diri di blog ini! hihi..

Teruskan sokongan kalian!
Tanpa kalian.. siapalah mamiraysha ini..







Wednesday, January 2, 2013

Hari pertama yang tak jadi

Sepatutnya hari ini menjadi hari pertama Rayyan di Tadika.
Awal-awal lagi mummy dah mohon cuti rehat hari ini untuk menghantar Rayyan ke tadika.
Persediaan mummy untuk menghadapi drama swasta yang mungkin akan berlaku hari ini.
Mummy gambarkan mungkin akan ada adegan anak tarik-tarik baju mak sambil nangis..
atau pun adegan mak kejar anak sambil nangis-nangis.. hahaha..
Maka di situ mummy lihat adanya keperluan untuk bercuti pada hari ini.

Walau bagaimanapun, kita merancang.. Allah juga merancang..
Tetapi perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan!
Hari ini Rayyan tidak dapat melangkah ke tadika sebab demam.


Buat kali kedua dalam tempoh 3 hari Rayyan ke klinik lagi hari ini.
31.12.2012 yang lepas, Rayyan ke klinik di Kemaman.
Mummy dan daddy bawa ke sama selepas Rayyan mengadu sakit di bahagian dada sebelah kiri. Katanya jatuh di dalam bilik air dan terhentak di tangga toilet. Masa ni pun Rayyan baru dapat demam. Mungkin demam sebab sakit kot. 

Dada Rayyan di x-ray. Pertama kali dalam sejarah hidupnya dia. Alhamdulillah tiada apa yang patah atau retak. Demam pun doktor kata sikit aje. Beliau cuma bekalkan kami sebotol ubat tahan sakit dan filem x-ray serta bil berjumlah RM60.

The next day iaitu 1.1.2013, Rayyan masih demam lagi. Dada sebelah kiri dah tak sakit tapi sebelah belakangnya pulak sakit iaitu belikat sebelah kiri. Mummy urutkan sambil Rayyan terjerit-jerit kesakitan walaupun mummy telah meminimumkan tahap kekuatan urutan. " Tolonglah.. tolonglah.. " tekan Rayyan kepada mummy. Mummy hanya mampu menasihati Rayyan supaya tahan dengan kesakitan untuk cepat baik.

Walaupun Rayyan demam, kami pulang juga semalam. Percutian di kampung dah berakhir dan kerja dan sekolah perlu diteruskan (daddy n cik su). Malam tadi semasa membasahkan kepala Rayyan dengan air asam jawa, mummy perasan yang ada bintik-bintik merah halus di bahagian bawah mata Rayyan. Tertanya-tanya juga mummy.. apakah?

Makanya.. pagi tadi mummy dan daddy membawa Rayyan ke klinik.
Mummy dan daddy syak mungkin demam campak.
Tapi bila pertama kali doktor tengok, dia kata mungkin denggi.
Alamak! 
Darah Rayyan diambil dari bahagian belakang tangan untuk diuji.


Result keluar dan Rayyan tidak terlibat dengan demam denggi. Doktor kata PLT yang ditunjukkan di gambar kedua itu bermaksud platlet dalam darah. Platelet darah Rayyan adalah normal. Alhamdulillah!

Sedikit fakta tentang platlet dan denggi:

Platlet darah adalah satu jenis sel micro yang terdapat dalam darah manusia. Fungsi platlet darah yang diketahui secara umum adalah ia bertanggungjawab dalam proses pembekuan darah (hemostasis) khasnya pada tempat luka.
Satu piawai ukuran yang biasa digunakan untuk mengenalpasti tahap demam denggi seseorang itu adalah kandungan platlet darah (platelet). Bagi seseorang yang sihat, bacaan kandungan platlet dalam darah adalah sekitar 150 – 450 bpL (billion per Liter).
Bagi mereka yang dijangkiti virus denggi, bacaan platlet darah akan mula turun sekitar hari ke-4 selepas gigitan nyamuk aedes itu. Apabila bacaan platelet darah menjadi kurang daripada 100 bpL, pesakit tersebut perlu dimasuk ke dalam wad hospital untuk jagaan rapi. Jika bacaan platelet darah menurun sehingga kurang daripada 10 bpL, keadaan sudah menjadi kritikal dan pendarahan yang ketara akan mula dan boleh membawa maut!

Sumber : ubat.denggi.net

Doktor cakap, badan Rayyan mengandungi bakteria yang agak tinggi. Demam adalah tindak balas badan terhadap bakteria tersebut. kalau tak silap, doktor kata, perkataan 'Gran' kat gambar pertama itu menunjukkan darah putih Rayyan yang tinggi yang mana menunjukkan kehadiran bakteria yang tinggi dalam badan dia.

Doktor bekalkan Rayyan antibiotik, ubat demam dan ubat sapu untuk gatal (mummy cakap bintik merah Rayyan itu membuatkan Rayyan rasa gatal). Tidak lupa, doktor turut memberikan sijil sakit untuk Rayyan, start hari ni sampai Jumaat. MC pertama dalam hidup Rayyan. Jumlah bayaran pada hari ini ialah RM140 termasuk rawatan untuk Razin sekali. Razin selsema dah seminggu tak baik lagi, badan agak dedar, tonsil bengkak dan menyebabkan kelenjar di rahang sebelah kiri dan kanannya nampak bengkak. Kesian Razin. Razin dibekalkan ubat antibiotik, ubat selsema dan ubat demam.  


Mummy tak pasti adakah Rayyan demam campak. Ada bintik-bintik merah halus pada seluruh badan Rayyan. Mummy harap biarlah Rayyan demam biasa aje. Mummy takut kalau demam campak, akan menjangkiti Rania dan Razin juga.

Walaupun dah makan ubat demam dan antibiotik, badan Rayyan kembali panas bermula petang tadi. Panas sangat sehingga mencecah 40 darjah celcius (pada 8.42 malam). Mummy letakkan air asam jawa dan juga icepack di kepala Rayyan sebagai usaha menurunkan suhu semula.

Alhamdulillah, suhu Rayyan dah turun sekarang. Terus mintak nak makan mee tak pedas!
Pastu mintak pulak nak makan udang kari. Bila masa dia makan udang kari ni pun mummy tak tahu la. Rasanya mummy tak pernah masak udang selain goreng tepung, goreng campur sayur dan sambal. Mengidam mengalahkan orang pompuan mengandung la pulak!

Apa-apa pun, semoga Rayyan dan Razin cepat sembuh dan Rania semoga bertahan dengan kesihatan yang baik!


Nota : Mummy terpaksa batalkan plan mummy nak cari handbag baru pada hari ini. Harap mummy sempat la sebelum sale tamat.