Check it out!

Wednesday, January 2, 2013

Hari pertama yang tak jadi

Sepatutnya hari ini menjadi hari pertama Rayyan di Tadika.
Awal-awal lagi mummy dah mohon cuti rehat hari ini untuk menghantar Rayyan ke tadika.
Persediaan mummy untuk menghadapi drama swasta yang mungkin akan berlaku hari ini.
Mummy gambarkan mungkin akan ada adegan anak tarik-tarik baju mak sambil nangis..
atau pun adegan mak kejar anak sambil nangis-nangis.. hahaha..
Maka di situ mummy lihat adanya keperluan untuk bercuti pada hari ini.

Walau bagaimanapun, kita merancang.. Allah juga merancang..
Tetapi perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan!
Hari ini Rayyan tidak dapat melangkah ke tadika sebab demam.


Buat kali kedua dalam tempoh 3 hari Rayyan ke klinik lagi hari ini.
31.12.2012 yang lepas, Rayyan ke klinik di Kemaman.
Mummy dan daddy bawa ke sama selepas Rayyan mengadu sakit di bahagian dada sebelah kiri. Katanya jatuh di dalam bilik air dan terhentak di tangga toilet. Masa ni pun Rayyan baru dapat demam. Mungkin demam sebab sakit kot. 

Dada Rayyan di x-ray. Pertama kali dalam sejarah hidupnya dia. Alhamdulillah tiada apa yang patah atau retak. Demam pun doktor kata sikit aje. Beliau cuma bekalkan kami sebotol ubat tahan sakit dan filem x-ray serta bil berjumlah RM60.

The next day iaitu 1.1.2013, Rayyan masih demam lagi. Dada sebelah kiri dah tak sakit tapi sebelah belakangnya pulak sakit iaitu belikat sebelah kiri. Mummy urutkan sambil Rayyan terjerit-jerit kesakitan walaupun mummy telah meminimumkan tahap kekuatan urutan. " Tolonglah.. tolonglah.. " tekan Rayyan kepada mummy. Mummy hanya mampu menasihati Rayyan supaya tahan dengan kesakitan untuk cepat baik.

Walaupun Rayyan demam, kami pulang juga semalam. Percutian di kampung dah berakhir dan kerja dan sekolah perlu diteruskan (daddy n cik su). Malam tadi semasa membasahkan kepala Rayyan dengan air asam jawa, mummy perasan yang ada bintik-bintik merah halus di bahagian bawah mata Rayyan. Tertanya-tanya juga mummy.. apakah?

Makanya.. pagi tadi mummy dan daddy membawa Rayyan ke klinik.
Mummy dan daddy syak mungkin demam campak.
Tapi bila pertama kali doktor tengok, dia kata mungkin denggi.
Alamak! 
Darah Rayyan diambil dari bahagian belakang tangan untuk diuji.


Result keluar dan Rayyan tidak terlibat dengan demam denggi. Doktor kata PLT yang ditunjukkan di gambar kedua itu bermaksud platlet dalam darah. Platelet darah Rayyan adalah normal. Alhamdulillah!

Sedikit fakta tentang platlet dan denggi:

Platlet darah adalah satu jenis sel micro yang terdapat dalam darah manusia. Fungsi platlet darah yang diketahui secara umum adalah ia bertanggungjawab dalam proses pembekuan darah (hemostasis) khasnya pada tempat luka.
Satu piawai ukuran yang biasa digunakan untuk mengenalpasti tahap demam denggi seseorang itu adalah kandungan platlet darah (platelet). Bagi seseorang yang sihat, bacaan kandungan platlet dalam darah adalah sekitar 150 – 450 bpL (billion per Liter).
Bagi mereka yang dijangkiti virus denggi, bacaan platlet darah akan mula turun sekitar hari ke-4 selepas gigitan nyamuk aedes itu. Apabila bacaan platelet darah menjadi kurang daripada 100 bpL, pesakit tersebut perlu dimasuk ke dalam wad hospital untuk jagaan rapi. Jika bacaan platelet darah menurun sehingga kurang daripada 10 bpL, keadaan sudah menjadi kritikal dan pendarahan yang ketara akan mula dan boleh membawa maut!

Sumber : ubat.denggi.net

Doktor cakap, badan Rayyan mengandungi bakteria yang agak tinggi. Demam adalah tindak balas badan terhadap bakteria tersebut. kalau tak silap, doktor kata, perkataan 'Gran' kat gambar pertama itu menunjukkan darah putih Rayyan yang tinggi yang mana menunjukkan kehadiran bakteria yang tinggi dalam badan dia.

Doktor bekalkan Rayyan antibiotik, ubat demam dan ubat sapu untuk gatal (mummy cakap bintik merah Rayyan itu membuatkan Rayyan rasa gatal). Tidak lupa, doktor turut memberikan sijil sakit untuk Rayyan, start hari ni sampai Jumaat. MC pertama dalam hidup Rayyan. Jumlah bayaran pada hari ini ialah RM140 termasuk rawatan untuk Razin sekali. Razin selsema dah seminggu tak baik lagi, badan agak dedar, tonsil bengkak dan menyebabkan kelenjar di rahang sebelah kiri dan kanannya nampak bengkak. Kesian Razin. Razin dibekalkan ubat antibiotik, ubat selsema dan ubat demam.  


Mummy tak pasti adakah Rayyan demam campak. Ada bintik-bintik merah halus pada seluruh badan Rayyan. Mummy harap biarlah Rayyan demam biasa aje. Mummy takut kalau demam campak, akan menjangkiti Rania dan Razin juga.

Walaupun dah makan ubat demam dan antibiotik, badan Rayyan kembali panas bermula petang tadi. Panas sangat sehingga mencecah 40 darjah celcius (pada 8.42 malam). Mummy letakkan air asam jawa dan juga icepack di kepala Rayyan sebagai usaha menurunkan suhu semula.

Alhamdulillah, suhu Rayyan dah turun sekarang. Terus mintak nak makan mee tak pedas!
Pastu mintak pulak nak makan udang kari. Bila masa dia makan udang kari ni pun mummy tak tahu la. Rasanya mummy tak pernah masak udang selain goreng tepung, goreng campur sayur dan sambal. Mengidam mengalahkan orang pompuan mengandung la pulak!

Apa-apa pun, semoga Rayyan dan Razin cepat sembuh dan Rania semoga bertahan dengan kesihatan yang baik!


Nota : Mummy terpaksa batalkan plan mummy nak cari handbag baru pada hari ini. Harap mummy sempat la sebelum sale tamat.

1 comment:

ida =) said...

kasihannya rayyan. nasib baik bukan denggi