Penah tengok tak cite ni? Ari tu masa kat kampung tengok dah pertengahan jalan cite. Kisah yang sarat dengan mesej. Sedih ada..kelakar pun ada. Tapi seriously..cite ni memang berkesan..touching..sampai mengalir gak la air mata..menontonnya. Baru je sat tadi tengok permulaan cite kat astro prima. Baru la lengkap!
Lakonan Along Raja Lawak sebagai remaja istimewa bernama A. Ramlan..memang berkesan. Lan peminat fanatik Pak Nil..tom tom bak.. (teringat plak kat anak sendiri yang minat sangat kat Pak Nil ni..). Cite ni mengisahkan perjalanan Lan menuju ke rumah idolanya Pak Nil untuk menghadiri rumah terbuka pada hari raya pertama. Suka dengar suara Lan yang perlahan menuturkan kata-kata..suara keanak-anakkan dan manja. Macamana pun dia dihina, disindir, didera..suara dia tetap maintain..tak pernah meninggi suara. Kagum dengan sikap dia. Hormat kat orang lebih tua. Ucapan salam tak pernah lekang dari mulutnya.. dan sentiasa menghulurkan tangan berjabat salam sambil cium tangan. Sampaikan Acapan (drebar bas) terharu..sedangkan anaknya sendiri pun tak salam cium tangan macam tu.
Permulaan cerita..LAn ni selalu sangat didera oleh mak tirinya lakonan didie alias. Memang kejam mak tirinya ni..kalah mak tiri bawang merah dalam cite bawang putih bawang merah dulu. Maki hamun..sepak terajang..memang santapan sehari hari. Takde sikit pun perasaan kesian dan bersalah dalam hati pompuan ni. Tapi Allah maha kuasa, Allah cabut nyawanya sebelum sempat dia bertaubat dan mintak ampun pada Lan. Dosa dengan Allah..mudah dapat pengampunan kerana Allah itu maha pengampun..tapi dosa dengan manusia ni..selagi manusia tu tak redha..selagi tula kena tanggung dosa tu..kan?
Macam-macam dugaan yang Lan tempuhi sepanjang dia cari rumah Pak Nil. Kena tipu dengan ulat tiket, hampir nak kena tipu dengan skim cepat kaya, jumpa bayi kena buang, bertemu dengan kumpulan ajaran sesat dan kena rompak. Semangat dia kuat.. nak cari gak rumah Pak Nil sedangkan dia tak tahu kat mana. Ada gak insan yang tak berhati perut sanggup nak rompak si Lan ni. Bila Lan cite pasal dosa dan neraka..abis Lan dibelasahnya sampai separuh nyawa. Time ni memang tak tahan sedih sesangat. Tapi Allah tu adil..lelaki durjana yang rompak dan belasah Lan akhirnya mati kena gilis kete.
Akhir cite..Lan akhirnya jumpa gak Pak Nil..dan sempat dia sampaikan pesanan ibunya.."Pak Nil..ibu kirim salam.." dan Lan pun..menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Pak Nil.
Tahniah buat Mawi yang pertama kali arahkan telefilem ni. Skrip ni pun Mawi gak yang buat. Banyak pengajaran dan iktibar yang bleh diambil daripada telefilem ni. So, yang baik jadikan pengajaran..yang buruk jadikan sempadan!
No comments:
Post a Comment