Huhuhu..dugaan! dugaan! dalam fikiran ni macam-macam benda nak tulis dalam blog ni. Nak kongsi cerita sebelum raya ngan selepas raya pun..tak sempat2 lagi. Ingatkan ari ni takde kelas bleh la settlekan citer yang lama dah terpendam.. tapi tidak mampu lagi! anak-anak kacau la plak. Baru stat tulis tajuk..dah menyibuk! " mami..nak ayang-ayang.." (mami nak layang-layang) Huh! terpaksala buka gambo2 lama untuk tatapannya.. Huwaa.. walaupun kecewa..layanla jugak!
Gambar pertama kali layang-layang yang dimain naik di udara.. bukan main seronok dia tengok gambo layang-layang ni. " ayang-ayang ayern.." inilah yang diulang banyak2 kali.. sambil tunjal2 kan screen ni. huh! sabo je la..anak kecik memang camni.. semua kena ulang banyak kali..sebab dia akan tanya banyak kali..huhu..
Kagumla tu konon..layang-layang dia naik..
Sambil tengok2 gambo2 masa main layang-layang ni dlm bilik..dengar tv kat depan.. " Hah! Pooh! Pooh!" kata Rayyan (masa ni dengar bunyi lagu introduction cite pooh)..hah ada harapan nak ambik balik kuasa atas laptop ni.. " hah..pegi tengok.." kata saya. "tak nak" jawab dia. Huh! putus harapan. Padahal citer feveret dia tu. Layan la lagi dia tengok gambo..ntah dah keberapa kali ntah ulang2 gambo yang sama.. tak boring2 gak..
Akhirnya..dia mintak nak minum susu. Saya kata ambik kat depan..(memang dah siap buat pun). Barulah saya dapat melakukan rampasan kuasa ke atas laptop ni..hehe.. Minum susu pun kat sebelah ni. saya kene cepat menulis ni..sebelum semua susu dia abis ditelan..hehe..
Sebelum saya menghabiskan ayat-ayat terakhir ni..dah banyak kali dia kacau. Dia dah tinggalkan susunya walaupun tak abis. Mintak nak tengok gambo layang2.. saya cakap..jap! jap! sikit lagi mami nak tulis. Ok dia dengar. Pastu kejap je..dah bukak bunga silat..nak ajak mami bersilat.. " ilat-ilat.." sambil pusing2kan tangan tanda bersilat.. " Aduila.. " nanti la..lepas ni kita silat.. " hanya mulut digunakan untuk mempertahankan diri. Dia ni kalau dah stat bersilat tak nak berenti..sabo je la.. anak bujang la katakan..
Tak berjaya nak ajak mami bersilat..dia bergayut plak kat buaian.. Alahai..budak ni.. ni memang trick dia. Dia tahu mami akan bangun punya untuk halang dia. Bila mami bangun je..dia pandai plak turun sendiri dan terus pegi kat laptop yang ditinggalkan. Hah! nasib baik mami lebih pantas..sebab mami bleh baca fikiran dia..hehe..ye la..dah lama berkongsi ngan dia kan..sejak dlm perut lagi...hehe..
Last sekali dia suruh plak tolong pakaikan seluar jeans dia. Dah banyak kali dia cuba pakai sendiri tapi tak bleh masuk. Ehm..tolong la jugak.. Sekarang ni dua beradik tu dah ke depan. Dengar bunyi mereka main mainan..tapi tak bleh biar dua beradik tu lelama..kang ada dengar tangisan plak. Ok! tamat sudah luahan perasaan.. harap dilain masa berkesempatan lagi..nak tulis cerita yang terbengkalai..
p/s : Kami tinggal 3 beranak je ni..dedi pi opis ada banyak keje nak kena settle. Time diorang tido..mami pun tido sekali.. mami bangun..sekejap je diorang pun turut bangun..camne nak ada masa nak menulis tanpa gangguan mereka..hehe..
No comments:
Post a Comment