Salam. Kalian pernah tak menghadapi situasi dilema.. nak jaga anak sendiri ke nak hantar kampung? Terutama yang fisrt time nak dapat baby? Seriously, saya tak pernah plak terfikir perkara ni. Setahu saya..menjaga dan mengasuh anak adalah tanggungjawab ibu-bapa..bukan datuk dan neneknya. Ari ni saje saya nak kongsi topik ni lantaran baru kejap tadi saya berdepan dengan sorang lagi yang bukan dalam dilema tapi memang dah plan nak tinggalkan anak yang bakal dilahirkan kepada orang tuanya di kampung. Kenapa? Ikuti kisah ini..
Sebenarnya masa berhenti rehat untuk minum pagi waktu kursus tadi berbual dengan sorang kenalan yang dah lama tak jumpa. Last jumpa masa dia solo lagi. La ni sedang pregnen 4 bulan anak sulung. Sekarang ni dia tinggal kat Shah Alam dan husbandnya kat Kuantan. So mereka ni weekend husband dan wife la kiranya. Setiap minggu si wife akan naik bas dan turun ke kuantan memandangkan tugas suami sebagai anggota keselamatan beruniform susah dapat cuti. Lagi pulak di Shah Alam dia duduk dengan rakan bujang yang lain sedangkan di Kuantan suami ada kuaters sendiri. Perjalanan ambik masa 5 jam tu. Pertukaran tempat bertugas telah diapply tapi belum lagi menerima maklumbalas positif daripada pihak pengurusan majikan si isteri (majikan saya juga). So setakat ni..beginilah rutin mingguannya dalam keadaan berbadan dua. Kesian juga ya. Saya penah gak hadapi masa memula kawin dulu..tapi tak lama..4 bulan je lepas tu dapat tukar..siap satu opis lagi. Lokasi pun tak berapa jauh, Muar dan KL je. Lebih kurang 2 jam je naik bas dah sampai. Kekadang tu sejam lebih dah sampai..memang laju giler drebar bas bawak bas. So tiap kali nak pi KL saya akan pilih syarikat bas ni..supaya cepat sampai..hehe. Masa ni tak pikir keselamatan pun..main tawakal je..janji cepat sampai jumpa yang tersayang. Tapi masa tu saya masih berbadan satu lagi (belum berbadan dua). Masa tu kami selang seli rutin. Kalau weekend saya ada kelas kat KL, saya yang akan turun KL tapi kalau takde kelas, husband yang akan turun muar. Saya lebih suka saya yang turun KL daripada husband yang turun Muar..lebih jimat. Saya pi KL naik bas tapi husband balik Muar naik Kete..tinggi kos woo..minyak ngan tol! tapi orang lelaki ni tak berkira..yang penting mudah bagi dia. Kita yang pompuan ni plak pikir kos..susah skit takpe..hehe. Sebab tu la orang lelaki kena kawin ngan orang pompuan supaya ada perancang ekonomi rumah tangga :)
Macamana plak bleh dia tercerita yang dia nak hantar kampung anaknya bila lahir nanti? Masa dah siap makan dan berbual2 tadi..saya nak minta diri la nak perah susu jap. Sebelum angkat punggung, saya sempat gak pesan kat dia..nanti bila baby dah lahir..jangan lupa bagi fully breastfeed kat baby..banyak khasiatnya. Masa ni la dia bercerita..macamana nak bagi..ayahnya duduk jauh. Aik? pelik lak saya. Sape plak yang ada susu ni? ibunya ke ayahnya? Memang saya tak paham. So, dia menjelaskan. Anak yang lahir tu nanti akan dihantar ke kampung untuk dipelihara oleh ibunya di Kelantan memandangkan susah dia nak jaga tanpa suami. Lagi pulak dia kata tension bila duduk jauh daripada suami. Ehm..begitu rupanya..
Mungkin dia berfikiran begitu sebab dia belum rasa lagi macamana perasaan seorang ibu bila berjauhan dari anaknya. Mungkin dia belum rasa nikmat seorang ibu bila melihat anak membesar di depan mata. Tak jadi saya bangun nak perah susu bila dengar cite dia..terpanggil plak nak beri nasihat selaku kawan yang lebih skit pengalaman. Saya katakan padanya..awak belum rasa lagi macamana perasaan seorang ibu bila jauh dengan anak. Mesti tak jadi nak suruh mak jaga nanti. Akak ada kawan..orang kelantan gak macam awak. Bila dia dah abis pantang dan nak bawak anak dia balik ke KL, mak dan mak mertuanya tak bagi bawa baby tu balik. Biar mak dia jaga cucunya. Mak dia tak yakin yang anak perempuannya tu bleh jaga anak..umur baru 23 tahun. (Ishk! ada gak ibu yang tak caye kat anak camni ye. Biasa la anak sulung..mana2 ibu pun tak reti lagi nak jaga anak..tapi kalau tak bagi peluang nak belajar macamana dia nak tahu..untuk jaga anak yang seterusnya kan? Anak sulung la jadi pengalaman pentingnya). Bila kat opis (masa tu satu opis) asyik termenung je ingatkan anak. Nak buat keje pun dia tak bersemangat. Badan je kat situ tapi fikiran nun jauh di Kelantan memikirkan anak yang ditinggalkan. Lagi merunsingkan bila maknya telefon anak demam..mungkin rindu ngan ibunya. Mungkin juga sebab minum susu formula antibodi tubuhnya agak kurang..so senang nak dapat demam. Banyak kali gak la member ni terpaksa balik Kelantan untuk melihat anaknya tetapi tetap tak bawak balik KL..sebab kesian plak kat maknya yang menangis plak nak berpisah ngan cucu. Banyak kes yang berlaku..bila nenek dah start pelihara cucu..memang susah nak ambik balik.
Mendengar cite ni..member saya ni jawab..takpe..bersalin la lagi. Yang tu bagi mak pelihara..yang second one baru la dia jaga. Ehm? Macam kompem je ada anak yang kedua ye? Takpe la insyaallah..bersangka baik..yang Allah akan bagi lagi rezeki ye tak? Saya cakap kat dia.. anak awak berhak untuk dapat susu daripada ibunya. Bila hantar kampung, macamana dia nak dapat susu ibu? Susu ibulah susu terbaik untuk anak. Anak yang diberi susu ibu ni antibodi dia kuat sikit. Anak akak minum susu ibu, jarang demam. Lagi satu, ustaz ada cakap..banyak sangat masalah gejala sosial sekarang ni berpunca daripada pemakanan anak-anak yang diberi susu lembu, bukan susu ibu. Paham-paham je la kaitannya ye. Selain tu, bila anak disusukan dengan susu ibu, ikatan kasih sayang antara ibu dengan anak akan lebih rapat lagi.
Saya tak la sempat nak bagi ceramah panjang lebar sebab i need to go untuk settlekan rutin yang tertangguh. Dah dapat isyarat punya la lama tadi. Tak tahu apa keputusannya. Saya harap dia mempertimbangkan semula hajatnya. Semoga apa yang saya sampaikan berbekas dihatinya..
Bagi saya anak-anak adalah amanah Allah untuk ibu bapa. Janganlah sub-con kan amanah itu kepada orang tua kita. Bagila peluang kepada mereka untuk menghabiskan sisa-sisa umur yang tinggal untuk beribadah plak kedada Allah dengan tenang. Cukuplah mereka laluinya suatu ketika dulu. Biarlah plak kita rasa macamana susah payahnya mereka dulu membesarkan kita dan adik beradik yang lain. Beribadah pun setakat wat yang wajib-wajib je. Tu pun kekadang dah nak akhir waktu baru sempat nak beribadah. Susah gak nak dapat khusyuk..bila tengah beribadah..terdengar anak kecik menangis. Nak berjemaah di surau atau masjid jauhlah sekali. Biarlah kali ini..mereka beribadah dengan senang dan tenang sebab mereka dah tempuhi kesusahan tu dulu.
Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa la yang bertanggungjawab mencorakkannya. Corakkanlah ia mengikut acuan kita berlandaskan ajaran agama agar kita tak ulangi kesilapan orang tua kita dalam mendidik anak mereka disamping mencontohi amalan mereka yang berjaya mendidik anak (yang baik jadikan teladan..yang buruk dijauhkan). Jangan sampai bila besar nanti ada anak yang menyalahkan ibu bapa sebab serahkan mereka dibawah jagaan datuk dan nenek tanpa belaian kasih sayang seorang ibu bapa..
No comments:
Post a Comment