Salam ari khamis. Ari ni bukanlah ari kurus sedunia atau ari sihat sedunia tapi ari ni saje je mamiraysha nak kongsi skit 1 rahsia. Hehehe.. kalau dah kongsi tu bukanlah rahsia namanya kan! Actually, bukannya rahsia pun..tapi oleh kerana ramai sangat yang bertanya..biarlah mamiraysha bercerita hal sebenarnya..
Siapa yang kenal mamiraysha dari dulu sampai sekarang..mesti akan tegur kalau jumpa dengan teguran, " Eh, kurusnya ko? " tak kurang juga yang bertanya rahsia saya kurus. Seriously, tanpa teguran dari kengkawan ni..saya tak tahu pun yang saya ni kurus. Saya bukan jenis yang pantau berat badan..atau jenis yang menjaga pemakanan. Main belasah aje makan.. takdak diet2.. makan nasi 3 kali sehari. Sarapan, makan tengahari dan makan malam. Makan pun jenis bersungguh..penuh 1 pinggan..hehe.. ini rahsia pertama :-)
Pepagi tadi sampai opis sementara tunggu lif sampai..saya pun timbangla kat penimbang berat badan yang memang disediakan untuk staf berhampiran pintu lif. Jarum penimbang menunjukkan angka 46.5 kg. Aik? Betul ke? ke mesin ni rosak? Bila turun..ok je jarum tu terletak kat angka 0. Ehm..betul la kot. Tapi kekurusan ni tak la kritikal..sampai dikategorikan sebagai kurang zat makanan..hehe.. Dengan ketinggian 149 cm je.. berat badan ni memang ideal untuk saya. BMI lebih kurang 21. Ok sebelum citer pasal rahsia kurus ni..elokla saya cite pasal BMI ni dulu la ye..kot2 ada yang nak tahu..
Cara kira BMI
BMI atau nama penuhnya Body Mass Index (Indeks Jisim Tubuh) ni sebenarnya merupakan 1 piawai pengukuran untuk menentukan berat badan yang unggul. Formula BMI ni macam ni : Berat badan (dlm kg) dibahagikan dengan Ketinggian dalam meter yang dikuasaduakan ( *m x *m )
Contoh : Berat = 46.5 kg
Ketinggian = 149 cm (convert kpd meter, 149/100 jadi 1.49m)
BMI = 46.5 / (1.49 x 1.49)
= 46.5 / 2.2201
= 20.95
Ok dah tahu dah BMI 20.95. Apa maknanya ni?
BMI kurang daripada 20
- kurang berat badan
- Perlu tingkatkan berat badan menerusi pemakanan yang seimbang bagi memastikan imuniti tubuh pada tahap yang baik.
BMI 20 hingga 25
- Berat badan unggul / ideal
BMI 25 hingga 30
- Berlebihan berat badan
- Perlu berusaha untuk mengurangkan berat badan menerusi pemakanan seimbang dan juga bersenam
BMI melebihi 30
- Anda obesiti!
- Berisiko tinggi untuk mengidap penyakit jantung, kencing manis dan juga darah tinggi
- Perlu berusaha untuk mengurangkan berat badan menerusi diet yang sihat dan senaman.
Opss lupa nak bagitau. Pengiraan BMI ni hanya sesuai atau hanya diterima untuk golongan dewasa je iaitu antara umur 18 tahun hingga 64 tahun memandangkan golongan ini mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stabil. Tak sesuai untuk ibu mengandung. Jangan plak terkejut tengok BMI..berat badan berlebihan, sibuk plak nak berdiet dan bersenam! Tunda la sampai abis pantang ye..
Sejarah Berat Badan
Nak cite skit pasal sejarah mamiraysha dulu-dulu ni. Mengimbau kembali kenangan silam..eceh! Masa zaman sekolah rendah..mamiraysha kecik je orangnya..tak kurus sangat..tak gemuk..sederhana. Masa zaman sekolah menengah pun sederhana gak. Badan mula naik skit lepas dah dapat status 'wanita sejati' masa di tingkatan 3. Faktor hormon kot..hehe.. Naik skit..tak la sampai kena panggil budak gemuk kat sekolah! Cuma kena panggil gemuk je kat rumah dengan adik. Masa tingkatan 4 mamiraysha penah wat keputusan nak diet! Biasala muda remaja lagi..nak jaga badan la konon. setahun gak la tak makan nasi. Makan selain nasi..mee, bihun, roti, lauk pauk dan juga kuih. Selain control makan, berbasikal keliling kampung dah jadi rutin harian selain berbasikal ke sekolah. Masuk tingkatan 5..sebab dah nak SPM kan..malas la nak diet2..lagi plak kalau study ni..perut gerenti lapar.. apa lagi..bila terlepas je diet tu..tak bleh control langsung! Main belasah je makan.. hah ambik! makin banyak la naik berat badan berbanding sebelum diet! hahaha.. dan lagi..akibat setahun tak makan nasi..sampai sekarang mamiraysha langsung tak bleh tak ambik nasi plak. Kalau tak makan nasi tu..memang rasa tak kenyang! Mungkin kena sumpahan nasi kot! hahaha..
Selepas tak berjaya diet tingkatan 4 tu..langsung sampai sekarang..takde la mamiraysha nak berdiet lagi. Bila study kat UiTM..lagi la..menjadi-jadi berat badannya. Bulat macam Doraemon dah. Stok makanan memang sentiasa ada dalam bilik. Makan kat dewan makan.. naik bilik kat tingkat 6 dah lapar balik..makan lagi! hehe.. Masa di Semester 4 plak, mamiraysha jadi salah seorang AJK pasar mini kat kolej. Tugasnya bila pasar mini tutup pukul 11 malam..kena masuk kedai ni..kira hasil jualan, susun atur stok dan sebagainya. Segala makanan yang tak tahan lama..kami kena settle. Supplier bagi keizinan. Bayangkan setiap hari nasi lemak, burger dan nugget yang tak abis jadi makanan supper! Huh! di sinilah bermulanya kenaikan berat badan yang tiada taranya!
Bila dah duduk rumah sewa kat luar masa semester 6, tiap2 malam makan burger untuk supper. Makan malam sebelum Maghrib of course nasi.. pastu dah pukul 10 malam jadi lapar balik..tu yang kena menyaper tu! Tak tahu la apa abang burger tu letak kat dalam burger dia..sedap sangat! Penangan makan burger ni ari-ari..sekarang ni..tengok burger mamiraysha dah tak lalu dah. Tak bernafsu nak makan pun bila nampak burger. Akibat terlalu sangat makan burger! Mungkin ini salah satu rahsia kenapa mamiraysha kurus sekarang ni kot.. :-)
Dipendekkan cerita, masa bln 8 thn 2003 mamiraysha wat medical checkup kat hospital. Maklumla, nak melapor diri bekerja ngan kerajaan..wajib wat medical checkup ni. Timbang berat badan 62 kg! Fuuh! BMI 27.9 tuu..berlebihan berat badan sudah! Time ni baru perasan, betapa beratnya daku! Nurse siap cakap " Saya tulis kat sini 60 kg tau. Nanti 2 kg lagi awak turunkan.." Wah..nurse pun tak sanggup nak tulis 62 kg..berat sangat agaknya..(memang berat pon!)
Bermulalah alam pekerjaan mamiraysha dengan berat badan direkod 60 kg. Merantau la di Batu Pahat tanpa sedara mara kat sini..kecuali rakan sekampung. Kat sini plak..ari-ari mamiraysha makan nasi lemak sebagai menu wajib sarapan. Tak tahu kenapa saya rasa nasi lemak dia sedap sangat..sampai hari hari mau! Bila hari-hari pekena nasi lemak ni..akibatnya sampai satu tahap tak bleh nak makan lagi nasi lemak. Bukan nasi lemak tokey ni aje..semua nasi lemak yang ada kat muka bumi waktu tu. Bukankan makan, tengok nasi lemak pun tak terbuka selera. Ni dah macam kes burger dah..
Bila dah tak bleh makan nasi lemak sebagai sarapan..mamiraysha akan tunggu nasi campur pukul 9.30 pagi. Sejak itu..sarapan pagi mamiraysha adalah pada pukul 9.30 pagi dengan menu makan tengahari. Makan tengahari plak makan pisang goreng ke cekodok ke..sebab perut masih kenyang. Kalau lapar jugak baru makan nasi. Makan malam plak sebelum maghrib dan takde supper2 dah..
Dengan rutin makan yang macam tu..selain tak bleh nak makan nasi lemak, burger, coklat, donut dan karipap..(akibat termuak..dah makan terlebih had)..tambah plak penat wat keje kat opis.. berat badan pun turun sikit demi sikit. Memang tak berdiet pun! Dan tak pantau pun penurunan berat badan tu. Memang makan masa gak penurunan tu..setahun dua gak kot (tak ingat sangat). Seingat saya lebih kurang 10 kg gak la lost! Bila wat gathering balik ngan member2 u masa tahun 2005..ramai tegur.." kurusnya..makan produk apa? share2 la..nak kurus gak ni.." Ehm..serius..kalau masa tu saya cakap apa2 je nama produk..gerenti diorang beli! ye la terbukti berkesan! hahaha.. tapi tak sampai ati nak menipu memember..
Last masa nak kawin thn 2007, berat badan still maintain 50 kg. Lepas kawin, berat badan bertambah! tapi akibat ada baby kat dlm perut! Last berat badan sebelum bersalin, 62 kg. Sama macam berat badan masa memula keje! hehe.. Berat baby 3.19 kg. Lepas bersalin, mamiraysha fully breastfeed baby.. bila check-up sebulan kat klinik, berat badan 54 kg. Naik keje..dah dapat dah berat badan asal balik. Hah! inilah rahsia badan saya tak naik2..fully breastfeed baby. Sekarang ni bila member tanya macamana bleh kurus..saya akan bagi jawapan ni.
Berat badan sekarang dah anak 2, 46.5 kg. Lebih kurus daripada zaman anak dara! tapi of course allignment sikit lari la kan walaupun lebih kurus..hehe.. Rasanya banyak faktor berat badan jadi camni. Faktor utama, breastfeed baby..walaupun makan banyak tp kena bagi dua dgn anak. Faktor kedua, dua anak kecik2 ni..tambah plak ngan si abang yang lasak..penat woo. Faktor ketiga..berulang jauh setiap hari.. dari Gombak ke Bangi. Bangun seawal 4.30 pagi..bertolak kuar rumah pukul 6.15 pagi. Faktor sampingan, duduk rumah flat tingkat dua takde lif.. :-)
Kekadang tu..kalau kengkawan tanya rahsia kurus..saje je mamiraysha cakap..beranak tiap2 tahun..kurus la nanti! hahaha..
No comments:
Post a Comment