Salam. Tetiba plak ari ni nak cite pasal handphone. Maklum la sekarang ni mamiraysha dok memikirkan pasal handphone yang satu ni. Rosak la plak. Tak bleh nak charge langsung! Puasla dicucuk-cucuk..dilap-lap..tak mahu jugak. Sekarang ni dia sedang koma..tak sedarkan diri akibat takde tenaga bateri. Takde siapa yang bleh menghubungi mamiraysha melalui handphone ketika ini.Ehm..nak kena tukar baru ke? Aduih! kos lagi! Agaknya handphone ni dengar kot bajet ari jumaat ari tu. Kakitangan awam nak dapat RM500. Sabo je la..
Cerita kat cik abang tadi pasal handphone ni..kena sound lagi! Siapa suruh bagi anak main handphone! Aduih! Kalau tahu kena sound tak yah cite. Kat mana la lagi nak mengadu.. Ni yang mengadu kat blog ni. Sure tak kena marah punya. Time kasih la ye yang sudi baca cite ni..hehe..
Alang-alang dah cite pasal handphone rosak..ari ni mamiraysha nak senaraikan handphone yang pernah dimiliki dari tahun 2000 hingga kini. Mamiraysha ni bukan jenis yang suka tukar handphone baru ikut perkembangan teknologi. Mamiraysha tukar handphone ikut keadaan dan bajet. Handphone dah rosak..baru beli lain. Selagi bleh guna..selagi tu la mamiraysha guna. Bila nak kena ganti baru plak..mamiraysha tak beli yang mahal2 sampai ribu riban..sayang plak duit nak beli handphone mahal2..hehe.. Bukan kedekut..tapi berjimat :-)
Inilah telefon bimbit pertama dalam hidup mamiraysha. Alcatel one touch easy dual band. Tapi mamiraysha punya kaler hijau. Beli masa tahun 2000 dengan harga RM3++. Masa ni handphone semua mahal2. Nak beli Nokia..mahal..RM4++. Ini je la yang mampu. Janji bleh call dan sms sudah. Masa ni zaman belajar kat u lagi. Masa ni handphone dah jadi barang keperluan. Perlu ada handphone sebab member2 1 group tinggal kat kolej yang berasingan. Handphone la jadi perantaraan. Sim card masa ni pun mahal. Sim card Maxis harga dia RM238. Fuh! jauh beza sungguh dengan sekarang! Sekarang ni RM8 dah bleh dapat kan? Yang bestnya masa ni..beli handphone sama-sama dgn besfren. Sebijik! nombor handphone pun kami pilih sama..cuma berbeza 1 angka kat hujung nombor. Nombor saya 012-2XXXXX4 dan nombor dia 012-2XXXXX5. Sampai sekarang mamiraysha masih setia dengan nombor ni tapi besfren dah tukar dah no lain.. Maklumla boifren dia pengguna rangkaian lain..hehe..nak murah..kena la tukar rangkaian yang sama. Start semester 3 sampai la habis belajar..mamiraysha tak pernah pun tukar handphone lain.
Lepas handphone pertama rosak..baru la mamiraysha beli handphone lain. Tapi masih gak beli jenama Alcatel cuma model je lain skit. Kenapa beli jenama ni? Bagus sangat ke? Hehe..itu mamiraysha tak tahu nak jawab. Main belasah je beli. Memang tak mengikuti perkembangan teknologi. Main tangkap muat je. Handphone ni dibeli kat Pertama Complex. Orang cakap murah beli kat sini. Tapi tak ingatla berapa mamiraysha beli handphone ni. Dalam RM2++ kot. Maklumla status student lg. Masa ni tgh wat degree..
Bila handphone yang ke-2 dah rosak..baru tukar baru. Kali ni mamiraysha beli jenama Nokia 2300. Masa ni dah bekerja. Handphone pertama dengan gaji sendiri. Harga handphone ni masa tu lebih kurang RM350. Dah keje pun masih pakai handphone tak mahal. Hehe..memang bajet handphone mamiraysha bawah RM400 ye! Tak mampu beli mahal2 ni. Mamiraysha pilih jenama nokia masa ni sebab ringing tone dia sedap kot berbanding ringing tone handphone sebelum ni. Mamiraysha punya yang kaler grey tu. Kat opis masa tu..ada la 2-3 orang yang pakai handphone yang sama..
Seterusnya, macam biasa..bila handphone rosak..terpaksa beli baru. Kali ni mamiraysha beli jenama Motorola model C261. Harga dalam RM2++ hehe.. itu pun masa ni member belikan kat KL (mamiraysha kat Batu Pahat) tapi pakai duit sendiri ye. Bukan dia belanja..hehe..maklumla takde apa-apa..wat rugi duit dia je ye tak? Member ni dah pun jadi asben i sekarang ni..hehe..bukan sebab terhutang budi dia tolong belikan handphone ni makanya dia dipilih jadi asben i tau. Agaknya bila terpandang handphone ni teringat kat dia kot..hahahaha..tu yang tertukar status dari member jadi laki tu. Ada jampi-jampikah? hehe..dah jodoh! Ini handphone pertama mamiraysha yang ada kamera dan kaler. Mamiraysha pakai handphone ni sejak tahun 2006 sampai la dah kawin..
Buat pertama kalinya..handphone belum rosak lagi tapi mamiraysha dah tukar handphone baru. Tapi bukan sebab kehendak sendiri tapi encik asben dah belikan. Handphone sony ericsson K770i ni dibeli sebab ada kamera. Mamiraysha baru bercadang nak beli kamera baru bagi menggantikan kamera digital yang dah rosak. Tapi encik asben cakap..tak guna beli kamera kalau kamera asyik tinggal je. So, dia kata baik beli handphone yang ada kamera..senang..kompem tak tertinggal! Betul jugak! Buat pertama kalinya juga mamiraysha pakai handphone mahal! handphone ni kalau tak silap harga dia RM5++. Tak la mahal mana bagi yang kaya-raya ye tak? Tapi bagi mamiraysha dah cukup mahal dah ni. Bestnya pakai handphone ni sebab ada kamera dan gambarnya pun cantik. 3.2 mega pixel. Sekarang ni..handphone ni masih ada lagi tapi dah rosak. Tapi masih ada dalam simpanan. Tak sempat nak hantar baiki lagi. Mungkin mamiraysha tak pandai jaga..sesuka ati bagi anak main! So sempat la pakai handphone ni dari tahun 2008 hingga bulan 6 tahun 2010. Bila handphone ni dah rosak..encik asben tetiba datang opis..bagi handphone baru. Terkejut ada..terharu pun ada..
Hah ini la dia handphone terkini yang ada pada mamiraysha. Harga dia mamiraysha tak tahu sebab encik asben belikan sorang2 dia je. Malas nak tanya harga. Rasanya tak mahal kot. Jenama CSL model i250. Mamiraysha tak kisah pun jenama apapun..mahal ke murah ke..janji bleh call dan sms sudah. Prinsip mamiraysha, tak guna ada handphone mahal2..tapi kredit takde! hehehe..(ni pakcik mamiraysha selalu kena sound..hahaha..) Yang tak sangkanya sebenarnya handphone ni sama dengan handphone yang besfren mamiraysha tengah pakai sekarang. Ala besfren yang masa memula pakai handphone sebijik dan nombor tipon lebih kurang sama tu. Akhirnya kembali juga pakai handphone sama cuma kaler je lain. Mamiraysha kaler biru..dia kaler hitam. Pun sama asben dia belikan gak akibat handphone lama dia anak dia dah masukkan dalam akuarium. Hahaha..handphone dah tukar status jadi ikan! kreatif sungguh anak dia!
Malangnya..sekarang ni..handphone ni problem plak. Tak bleh nak cas. Tak tahu la problem kat charger atau kat phone. Apa-apapun balik kang nak suruh en. asben try betulkan. Mana tahu dengan dia boleh plak! Tak yah beli handphone baru. Selamat duit i! hehehe..
2 comments:
tak sangke kite boleh buat entry yang same pulak..hehe..nway, mmg classic gile la kak pakai alcatel..dulu mase ezma kecik2 ade jugak tgk ayah pakai enset tu dulu..hahahaa... :D
Fikiran kita sama la tu ezma..hehe..klasik ye alcatel tu..nak wat camne..itu je la yang mampu beli waktu tu..hehe.. berbeza betul zaman kita ye..
Post a Comment