Salam. Wah..komain lagi tajuk entry ari ni ek. Hehe..ala..sekarang ni kan bulan bahasa..saje je la nak gunakan bahasa kita yang indah ni. Kalau bukan kita..sape lagi ye tak? Betul ke penggunaan perkataan tu? macam sedap je bunyi dia..betul la tu kot..hehe. Kisah ni adalah sambungan daripada entry yang sebelum ni.. Hari ke-3 ditinggal suami. Wah..macam cite best plak ada sambungan2 yek..hahaha..layan je la..
Ari ni dah ari ke-6 encik asben tinggalkan wifenya ini pi outstation sejak ari Ahad ari tu. Kali pertama encik asben outstation lama..lebih daripada 2 hari. Tinggalla si isteri bersama anak-anak kecik kat rumah..huhu.. sedih tak? tak sedih ke? sape tak sedih tu..memang takde perasaan..hehe.. Tapi nasib baik la mak volunteer datang rumah seminggu ni untuk tolong temankan anak sulungnya ini yang terkontang-kanting sorang2 nak layan anak2 kecik. Terima kasih la mak! Memang tak berniat pun nak suruh mak datang..tapi mak yang beriya2 nak datang. Ok la..boleh la main2 ngan cucu..
Memula tu encik asben cadang nak hantar anak balik kampung. Uiih! tidakla..tak sampai hati la..maminya ini nak berpisah ngan anak-anak. Biarla susah senang depan mata kita. Kang bukan anak je yang nangis kat kampung..maminya ni plak yang nangis kat sini..hehe. Masa bersalinkan Rania dulu..satu malam tido kat hospital pun..dah meleleh air mata mami ingat kat Rayyan. Inikan plak nak hantar kampung seminggu. Ohh tidak! Memang nekad je nak handle sendiri. Tak nak susahkan sape2. Takpe la..seminggu bukan lama. Lepas ni mesti encik asben akan outstation lagi.. takkan la tiap kali outstation nak minta tolong sesape lagi. Kenala belajar berdikari sendiri ye tak? Mungkin encik asben risau..camne la isterinya ini nak bawak turun anak2 yang berumur 2 thn 4 bulan dan setahun tu turun tangga dari rumah di tingkat 2 pepagi buta seawal pukul 6.15 pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh yang jauhnya 10 minit perjalanan berkereta. Biasanya memang tengah tido pun mereka ketika diangkat untuk dihantar ke rumah pengasuh. Fikir2 balik..camne ek? Kene kejutla kot si abang suruh dia jalan..turun tangga sendiri dan adik mami dukung. Itu je la caranya. Memang kesian nak kejut tengah syok2 tido..tapi lg kesian kalau dukung dua2..tapi semua terjatuh akibat ketidaklaratan maminya ini dah dukung dua2 skali. Ohh!! praktikal tak semudah teori..
Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan. Tetiba plak mak volunteer nak datang umah..tolong jaga cucu-cucunya. Plan mak nak datang umah masa cuti sekolah nanti dengan adik diawalkan..hehe. Tapi sian la kat adik yang tak bleh nak memonteng sekolah sebab ada exam. So seminggu ni pengasuh dicutikan dengan bergaji penuh. Ye la..bukan dia mintak cuti..kita yang cutikan dia..hehe..tapi kalau dia mintak cuti pun..saya tak potong pun gajinya.. tak perlu berkira la kan..dia pun tak akan berkira dengan kita.
Yang bestnya bila mak ada..ari2 bawak bekal pi opis. Sedapnya mak masak! Ari ni..bawak bekal nasi putih ngan sambal sardin pun sungguh berselera sekali saya makan. Sampai2 je opis pukul 7.30 pagi..bukan bukak fail buat keje.. tapi bukak bekal..makan dulu! hehe.. pepagi buta dah makan nasi putih panas2..macam nak pi menoreh plak ye..hahaha.. tak tahan! lauk feveret tu!
Pepagi bleh bangun lewat skit. Biasa bangun pukul 4.30 pagi..sekarang bleh la bangun pukul 5.15 pagi. Tak perlu masak bubur untuk anak-anak lagi. Botol susu anak pon mak dah tolong basuhkan. Saya tinggal strill kan je. Nak pi keje..mak dah siap bancuhkan secawan milo untuk saya. Wah..bestnya.. Balik keje plak..mak dah siap masak..tinggal makan je. Memang best!
Tapi yang tak bestnya..seminggu ni terpaksa drive sendiri. Biasanya encik asben yang drive..saya dok sebelah. Kalau ngantuk bleh tido. Tapi sekarang..kalau tido..memang cari nahas! jadi punca jalan jem la jawabnya.. Aihh! nauzubillahiminzalik! Barula rasa lenguhnya kaki menghadapi jalan jem.. kete manual!
Alhamdulillah..memang Allah dah aturkan..dalam tak best nak kena drive sendiri, tetiba plak ari Ahad malam Isnin member bagi sms nak tumpang pi kursus. Dia kursus kat tempat kerja saya. Keretanya rosak. nak tumpang seminggu. So..seminggu ni..saya tak keseorangan memandu kereta ke tempat kerja sejauh lebih kurang 45 km. Ada gak la teman berborak.. Nampak tak..di mana Allah bagi kesulitan..Allah bagi juga kelapangan kan.. Subhanallah!
Biasanya..encik asben tukang buang sampah kat umah. Tapi sekarang bila dia takde..terpaksala kena buang sendiri. HUh! tahu je la..rumah flat..tong sampah besar dia nun jauh di sana. Tak agak2..ari tu saya bawak turun 2 karung sampah.. 3 ari punya hasil. Nak sampai ke destinasi punya la banyak kali berhenti rehat. Lenguh dah tangan! Bahan buangan Rayyan la yang berat ni! Kalau la encik asben yang gagah perkasa tu ada.. letih rupanya pi buang sampah ni..
Seminggu ni..anak2 tak banyak meragam pon. Saje tanya kat Rayyan, dedi mana? dia jawab.. dedi keje..dah faham ke anak bujang mummy ni? Takde la dia merengek2 cari dedi dia. Ari Isnin sampai khamis..anak-anak masih tido ketika maminya ini kuar rumah nak pi keje. Tenang sikit perasaan nak pi keje. Cuma ari ni je Rayyan pukul 5 pagi dah bangun. Nasib baik tak nangis masa mami nak pi keje. " Ok mami nak pegi keje, salam.." dia pun salam dengan penuh hormat. " Babai mami.." Huh! selamat tak nangis..kalau tak..gerenti si kecik Rania pun akan bangun dan nangis sama..
Pejam celik pejam celik..kejap je dah ari jumaat ari ni. Gembira ada..sedih pun ada ni. Gembira sebab esok encik asben nak balik dah.. sedih plak sebab esok mak nak balik kampung dah..lepas subuh mak balik dgn pakcik yang kebetulan nak balik kampung jugak..huhu.. Ye la mak pun ada encik asben yang ditinggalkan seminggu..mesti la mak gembira nak balik cepat kan..
No comments:
Post a Comment