Check it out!

Thursday, August 4, 2011

Razin @ 2 month

1 Ogos lepas genap usia Razin 2 bulan. Sekejap je dah 2 bulan dah anak mummy ni. Bila dah 2 bulan, Razin kena dapatkan suntikan imunisasi kat klinik ni. Kesian anak mummy nak kena inject. Boleh pulak la nurse terlupa tulis tarikh temujanji kat dalam buku laporan kesihatan Razin masa lawatan sebulan lepas. Pagi tu mummy terpaksalah call klinik minta checkkan tarikh temujanji kat dalam sistem mereka. Rupa-rupanya memang tiada tarikh temujanji dibuat. Takpela mummy faham. Serabut sangat nurse tu agaknya nak layan ramai pelanggan..sampai terlupa. Manusia biasakan. Mummy pun terlupa gak nak check dalam buku..hehe.. Memandangkan tiada temujanji dibuat, mummy diminta datang bawa Razin petang tu jugak. Ni yang best kat klinik kesihatan putrajaya ni. Diorang terima pelanggan yang walk-in tanpa temujanji. Kalau klinik kat selayang dulu..kena wat temujanji dulu baru bleh mereka terima..huhuhu.. masa dulu la..tak tahula sekarang camne.

Maka petang tu berbondong-bondongla mummy, daddy dan 3 orang anak-anak kecil mereka ke klinik yang berkenaan..hihihi..

Rania dan daddy

Rayyan dan kerepek bawang (makan di khalayak ramai time bulan pose ni)

Razin sedang menenangkan diri dengan tidur sebelum menerima injection! hehehe..

Pada usia 2 bulan ni berat Razin 5.25 kg dan panjang 59 cm. Masa lahir dulu berat dia 3.38 kg dan panjang 52 cm. Umur sebulan, berat 4.1 kg dan panjang 56 cm. Semoga anak mummy terus membesar dengan sihat dan kuat ye.

Masa dapat injection, Razin bukan main menjerit kesakitan bila jarum picagari menusuk kulit pahanya. Adeh! mummy pun turut rasa sakit bila mendengar jeritannya..huhuhu. Daddy kata macam suara orang besar dia menjerit. High volume terus! Tapi kuar bilik suntikan tu dia tak nangis lagi cuma merengek je.

Nurse bekalkan ubat demam buat Razin. Dia kata bukak je pintu rumah terus je bagi baby. Baby akan demam bila kena suntikan ni. Tapi mummy tak bagi pun Razin makan ubat tu. Mummy tunggu Razin demam dulu baru mummy nak bagi. Kalau boleh mummy nak bagi badan Razin buat antibodi sendiri bukan dari bantuan ubat.

Razin keletihan lepas balik dari klinik. Lama gak dia tido..

Walaupun tak bagi Razin ubat sebagaimana yang nurse arahkan, mummy memang pantau suhu badan Razin setiap masa dengan menggunakan termometer digital. Di samping bagi Razin susu ibu banyak2. Risau gak mummy kalau suhu badan Razin tinggi, bahaya! Suhu tertinggi yang dicatatkan adalah 37 darjah celcius. Demam la sikit sebab termometer digital tu tulis suhu badan normal kalau ambil kat ketiak adalah 35.2 hingga 36.7 darjah celcius. Mummy letak je sapu tangan basah kat dahi dan kepala Razin. Mummy tak bagi pon ubat demam tu.

Alhamdulillah sekarang ni Razin dah kembali sihat. Sehari je la dia demam sikit. Tindak balas tubuh dia terhadap imunisasi yang diberi. Mungkinkah agaknya mummy berbuka dengan air sirap selasih hari tu menyebabkan suhu badan Razin tak tinggi. Kan antara khasiat biji selasih ni menyejukkan badan. So, Razin terima khasiatnya melalui susu mummy!




Ketahui maklumat lanjut tentang imunisasi kanak-kanak di sini.

1 comment:

Raisah @ echah said...

belum berjaya letak anak sebelah menyebelah gini...abg nye kuat buat adik..huhu