Check it out!

Friday, July 29, 2011

Pendapatan iklan Nuffnang

Niat dihati nak update blog ketika ni. Tetiba rasa nak jenguk jap akaun cik Nuffnang ni. Berapa ribu ada? hahaha..maklumla dah setahun lebih dah berblogging ni. Walaupun bukanla tujuan berblogging sebab pendapatan ni. Berapa pendapatan saya? Boleh pegi melancong ke? atau boleh beli medela freestyle?

Jeng! Jeng! Jeng!

Jumlahnya.. bolehla bayar muka kete.. eh eh silap lak.. boleh la bayar parking kete..hihihi.. RM2.25 je. Apa pun tak boleh! (pinjam jap tag line jambu). Nuffnang tak bayar selagi tak cukup RM50. Huhuhu.. tuan rumah pon jarang klik kat iklan tu. Iklan best je ai klik. Inikan pulak tetamu..hehehe.. camne nak beli medela freestyle? Nak beli breast milk storage pun tak lepas!

Takpela.. orang kata.. sikit2 lama2 jadi bukit. Tunggula dia membukit dulu.. ntah bila tahun ntah..

Wednesday, July 27, 2011

Mummy jangan nyanyi!

" Incy wincy spider
climb up the water spout
down came the rain and washed poor incy out
out came the sunshine and dried up all the rain
so incy wincy spider climb up the spout again.."

Tengah syok2 mummy nyanyi lagu incy wincy spider ni dengan siap gaya2 lagi masa tengah nenenkan Rania..tetiba masuk Rayyan ke dalam bilik..

Rayyan : Mummy jangan lari apa-apa aje..
Mummy : Bila masa pulak mummy lari. Mummy kan tengah nyanyi ni..(sambil sambung balik nyanyian)
Rayyan : Mummy! jangan nyanyi apa-apa aje.
Mummy : Kenapa pulak? suara mummy tak sedap ke?
Rayyan : Ye. Suara mummy tak sedap!
Mummy : ~ diam aje ~ menghormati permintaan pendengar..huhuhu..

Tidak sedapkah suara ini? Perlukah mummy amalkan petua2 untuk bagi suara sedap? hehehe.. ahh..Rayyan memang tak sporting. Jelesla tu mummy tak nyanyikan untuk dia. Yang penting Rania dah tertido dengan nyanyian merdu mummy..hihihi..

Aktiviti Rayyan dan Rania setiap hari. Tak menghadap tv diorang hadap komputer. Sampai mummy pun dah bleh hafal nursery rhytm..hehe.. Tu yang asyik menyanyi lagu2 nursery je tu. Sampai kena sound la dengan Rayyan suruh jangan nyanyi.. sabo je la..

Sunday, July 10, 2011

Hikmah tersebunyi disebalik BERSIH

Huhuhu..tajuk agak kontroversi kan? Hot topic la katakan. Kat TV, radio, surat khabar, facebook, blog kebanyakannya cerita pasal topik ini. Hehehe.. memandangkan anda boleh mengikuti perkembangan semasa BERSIH ni kat media massa yang lain, tak perlu la saya ulas lanjut kat sini ye.

Apa hikmah tersembunyi disebalik BERSIH ni? Hikmahnya.. kelas saya pada hari semalam dan hari ini dibatalkan. Yuhuu.. tak payah lagi nak hantar assignment! Ada masa lagi seminggu nak buat. Hihihi..teruk betul ini budak!

Nasib baik pihak pengurusan universiti alert benda2 ni. Kalau tidak.. terperangkap dalam jem la jawabnya nak ke KL.

Kalau kelas tidak dibatalkan.. hari ni nampaknya mummy dalam pantang ni terpaksa bawak anak kecik ke kelas..huhuhu. Gara-gara en asben nak pegi outstation ke Paka, Terengganu.. anak kecik takde orang jaga. Bila kelas batal ni..boleh la hantar en asben sampai muka pintu sebelum dia meninggalkan kami selama seminggu..sob..sob..sob..

Wednesday, July 6, 2011

Deep freezer telah tiba!

Tadaa!! yang dihajati telah kunjung tiba! Diperkenalkan chest freezer saya. Opss! sebelum cerita lebih panjang lagi, biar saya jelaskan.. Ini bukan entry menunjuk-nunjuk ye. Saje berkongsi cerita dengan mereka yang juga sedang tercari-cari deep freezer ni. Lanjutan dari cerita sebelum ini.

Malam semalam saya dah risau dah. Dah takde space lagi nak simpan stok susu dalam freezer saya. Puas jugak saya adjust sana sikit sini sikit..akhirnya bleh gak la selitkan satu lagi. Sejuk giler la jari jemari menyusun stok yang ada. Stok hari ni plak semua terpaksa disimpan kat bahagian bawah peti ais dua pintu ni. Ini bermakna.. saya ada tempoh 3 hari sebelum ianya expired.

Tengah hari tadi saya tulis kat status FB saya :

" Ada sesiapa bleh rekemenkan kedai elektrik harga berpatutan kat area Putrajaya / Bangi / Dengkil? "

Terima kasih la kepada mereka yang sudi respon. Hah! ada gak yang bagi respon yang rasanya nak ketuk je kepala dia..hihi..

MZH : haha.. harga berpatutan eh? Mydin Presint 14 le..
Mamiraysha : Ada deep freezer ke kat sana? Macam takde je..
MZH : eh.. mesti la ada.. tu yg dia simpan hotdog, nugget tuh.. dlm deep freezer la..
Mamiraysha : Hahaha..lawak3.. utk dijual la..
MZH : ooo... ckp la mau beli... kehkehkeh..
MZH : tp kalo deal ngan tokey mydin tu, dia leh jual tuh.. kawtim sket.. kekeke... larikkk...


(Saya dah mintak tolong kat en asben untuk ketukkan kepala member seopis dia ni..hihihi tapi lupa lak nak follow up balik apa nasib MZH tu..huhu..)

Walaupun begitu, ada gak respon yang betul2 nak membantu. Tengah dok berbalas2 komen dengan 2, 3 orang tetiba plak pintu rumah terbuka. Eh eh.. en asben dah balik! tapi tidak keseorangan..

Dan saya terpaksa komen kat status saya tadi..

" Terima kasih kepada semua yang sudi respon. Deep Freezer dah sampai! Tetiba plak ada silent reader tunaikan hasrat..hehehe.. "

Belum sempat berbincang apa-apa.. en asben dah buat surprise bawak balik chest freezer. Hehehe.. tak bleh la nak pilih2 dulu ikut taste sendiri. Apa-apapun terima kasih banyak2 la en asben atas sokongan yang diberi. Isterimu ini sangat menghargainya (ayat2 bodek..hahhaa). Ni yang semangat nak kumpul stok bebanyak lagi ni..

Chest freezer ni jenama Midea. Harga RM550. Kapasiti 100 liter. Berat dia 45 kg. En asben beli kat kedai elektrik area Bangi. Hasil informasi daripada rakan seopisnya yang mengatakan kedai elektrik berkenaan sedang sale. Harga ni selepas tawar menawar dan dengan syarat en asben bawa balik sendiri.

Masa sedang bukak kotak chest feezer ni, en asben cakap dia beli 2 dalam 1. 1 untuk mummy - deep freezer, 1 lagi untuk Rayyan & Rania - rumah baru! hihihi..

Rania sedang berehat dalam rumah barunya.

Rayyan sedang baiki tingkap rumah manakala Rania sedang kemas rumah kot.. (Dalam gambar ni nampak baik je main sama-sama kan. Sebenarnya sebelum tu dah berebut. Biasala barang mainan baru. Excited lebih. Rania la tak mao kongsi main ngan abang. Nak konker sorang. Huhuhu..dahsat ini budak sorang)

Sunday, July 3, 2011

Jalan-jalan survey deep freezer

Berpantang di hari ke-32 hari ni. Ada baki 12 hari to go untuk menamatkan tempoh berpantang secara rasmi. Hahaha..tapi sekarang ni pon macam orang dah abis pantang je saya ni. Mahu menjerit mak kalau tahu anak dia camni. Tu la akibatnya kalau berpantang tanpa pemantauan orang tua..takde orang nak sound..hihihi.. Mak saya cukup berdisiplin kalau bab-bab berpantang ni. Tak pernah miss bertungku, berbengkung, berbarut, jaga makan dan sebagainya sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan 9 orang anaknya. Tak hairanla sampai sekarang pun pada usia 48 tahun, badannya still slim-melim lagi. Tapi tak tahu la kenapa kedisiplinannya tu tak turun plak kat anaknya ini..hihihi..bukan salah ibu mengandung ye!

Buat pertama kalinya setelah lebih kurang sebulan tak bershopping..ari ni saya ke Alamanda, Putrajaya. Baru perasan yang Mega Sale dah start rupanya..hihihi.. punya la tak tahu. Walaupun begitu, tidak saya tergoda nak menyinggah tengok benda2 yang takde dlm list. Hihihi..bukan takde selera..tapi takde sponser..hahaha. Niat di hati ke sini nak survey deep freezer sebenarnya. Sebagai pengguna bijak..kenala survey harga dulu kan? (hehehe..bijakla sangat..) Kenapa nak survey deep freezer? Peti ais kat rumah dah tak muat nak menampung stok susu untuk Razin..

Alhamdulillah..rezeki si kecik ni. Susu perahan selama sebulan berpantang. Maklumla.. Razin dan Rania hanya menyusu kat sebelah je.. sebelah lagi terpaksa la perah. Mahu demam jadinya kalau tak perah. Tak pon merajuk plak dia nanti tak mao kuarkan susu lagi bila kehadirannya tak dihargai. Ni la hasilnya berkat mummy menadah apa yang anak2 mummy tolak. Sayang kalau nak buang anugerah berharga ni. Inilah buat pembakar semangat untuk meneruskan cita-cita yang terkandas 2 kali sebelum ni. Meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Moga kali ni Allah izinkan untuk hasrat yang satu ini tercapai..

Ada 2 bulan lagi sebelum naik keje. Memang takde space lagi nak letak stok yang akan datang. Begitu juga space nak letakkan frozen food dan juga bahan mentah untuk dimasak. Ni yang terpaksa gak cari deep freezer nak tempatkan stok EBM. Dah jadi barang keperluan dah ni..bukan lagi kehendak. Apsal la tak terfikir nak masukkan dalam wish list sebelum bersalin ari tu. Kalau tahu kena beli deep freezer ni, tak perlu la saya beli pam elektrik..huhuhu.. lari sudah bajet!

Hasil daripada survey tadi.. dukacita dimaklumkan, takde jual deep freezer pun kat Carrefour Alamanda. Adeh! penat je saya pegi sini tadi.. sudahnya beli keperluan dapur je la. Nak survey kat kedai elektrik lain dalam Alamanda ni saya tak tahu plak ada ke tak kedai elektrik selain Carrefour ni. Nak survey tak larat la saya..maklumla dalam pantang lagi kononnya..hihi.. Nampaknya kenala survey lain kali plak.

Saya dah survey melalui alam maya pasal jenis deep freezer ni. Ada 2 jenis kat pasaran sekarang. 1 jenis drawer dan 1 lagi jenis chest freezer.
Ini deep freezer jenis drawer. Kemas dan bergaya! Berkenan la plak. Harga dia? Ada sorang blogger telah beli pada tahun 2010 dengan harga RM730 satu. Ada gak sorang blogger yang lain beli jenama yang lain dengan harga RM750. Katanya harga offer, kalau tak RM1+++. Huh! mahal gak ye.

Ni plak chest freezer. Biasa jumpa kat kedai jual ais krim kan? Harga depend on kapasitinya. Survey kat blog2 yang berkenaan.. saiz yang paling kecik pun RM5++. Tak tahu la bleh dapat ke tak dengan harga ni sekarang ni. Tu la yang teringin nak survey harga semasa tu.

Kalau simpan stok EBM kat deep freezer ni, susu bleh tahan sampai 6 bulan. Tu yang teringin sangat nak beli deep freezer ni selain alasan dah takde space nak simpan stok EBM dan benda2 lain yang perlu dimasukkan dalam freezer..

Hope dapat beli deep freezer ni secepat mungkin!