Check it out!

Friday, February 24, 2012

60 sen yang istimewa

Korang punya 60 sen mesti sepah-sepahkan? Tak pandang kot..hehe.. eleh 60 sen..boleh beli apa kan? Jom kita cek apa yang boleh dibeli dengan 60 sen ni.
1) Kuih sekeping dan gula-gula 4 biji.
2) Gula-gula 12 biji (10 sen dapat 2 biji)
3) tisu poket 2 paket (30 sen sepeket)
4) Roti? tak dapat dah..dulu boleh dapat tapi sekarang paling murah pun 70 sen.

Ada apa dengan 60 sen ni? Ye.. 60 sen walaupun nilainya kecil..tapi cukup bermakna. Kalau takde 60 sen tak cukup RM1000 tau.. sebab ada takat RM999.40 sen je..hehe.. Maka di situ 60 sen sangat bermakna. Macam tu la hidup kita ni.. jangan pandang kecik orang atau benda yang peranan dia kecil.. sebab takde yang kecil yang memainkan peranan dia.. tak kan jadi sempurna sesuatu tu. Oleh itu, hargailah segala yang ada disekeliling kita sebaiknya. Kutipla 60 sen yang sepah2 tu masuk tabung. Sikit2..lama2 kete pun abang boleh beli! hehehe.. teringat plak petikan iklan kat tv masa kecik2 dulu.. iklan ASB kalau tak silap.

Apa yang saya kemaruk sangat dengan 60 sen ni? Kenapa tak 40 sen ke? 30 sen ke? atau 70 sen? Sebenarnya saya nak cerita yang kat dalam wallet saya sekarang ni hanya tinggal 60 sen je. hehehe.. 2 rangkap di atas hanya bunga2nya saja. Ni baru nak cite pokok pulak..hahaha.. Istimewanya 60 sen saya ni, dia mampu bertahan sejak 2 hari lalu. Lama kan?


Gambar ni diambil masa 22.2.2012 hari tu. 2 hari lepas. Tak sempat nak cite. Hari ni baru nak cite. Saya check wallet. Ini aje yang ada dalam wallet saya..hehe.. RM50 baucer buku yang tinggal, RM10 baucer tesco, RM5 baucer MPH dan 60 sen yang istimewa..hehehe. Kenapa dia istimewa? walaupun nilai dia kecik berbanding angka2 baucer tersebut.. hanya dia je yang boleh saya belanjakan di kantin!

Masa dapat tahu hanya ini yang tinggal dalam wallet saya..risau sikit la. Bolehkah saya bertahan sehingga gaji keesokan harinya. Masa en asben nak bagi duit sebelum dia pegi outstation pada pagi tu..saya tolak. Eksen ek? Takpe kata saya. cukup RM10 yang ada ni. Bagi saya, dia lagi memerlukan sebab nak bermusafir kan. Tak sangka plak saya bersarapan sampai RM5 dan makan tengah hari RM4 pada hari tu. Menjadikan wang kertas berbaki RM1.

Walaupun tahu wang yang ada tak seberapa, teringat pulak kat anak2 tatkala terpandang makanan ringan yang terhidang di kaunter pembayaran kantin tersebut. Makanya, RM1 itu habis saya belanjakan untuk membeli ini.


Opps.. maaf, saya seorang mummy yang tak menghalang anak makan makanan ringan ye. Terukkan? Namun begitu, ini bukanlah makanan ruji mereka. Saya beli untuk buat mereka gembira dan behave masa dalam kete untuk pulang ke rumah. Dah banyak kali dah si abang minta singgah kedai yang dia nampak tepi jalan on the way balik rumah. Saya tahu niat dia nak singgah kedai tu. Tapi memandangkan kedai tu betul2 tepi jalan besar makanya, mak beranak 3 ni tak mampu nak mengusung anak2 masuk ke dalam kedai tersebut sorang2. Lagipun, budak2 ni kalau dah termula sekali..pasti nak lagi dan lagi..

Sebenarnya makanan ringan tersebut berharga RM1.30 semuanya. Korek2 wallet ada lagi baki 60 sen. Ikutkan hati, nak beli lagi. Tapi teringat pulak orang tua2 pesan, tak elok wallet dibiarkan kosong tak berduit langsung. Walaupun, ada RM65 dalam wallet tersebut, saya biarkanlah 60 sen tersebut jadi residen wallet saya sambil menemani baucer2 yang ada tu.

Sehingga sekarang ni, 60 sen ini masih ada. Panjang betul riwayat dia. Dah 2 hari dia bertahan. Agaknya berkat menggembirakan hati anak-anak dan mengutamakan husband la kot..hehehe. Alhamdulillah! dah pun masuk gaji semalam. Cuma malas je nak pegi ambik. Tapi kena gak pi ambik kejap lagi. Tak cukup 60 sen tu nak bayar yuran taska RM650, diapers anak, susu anak dan makan minum dan sebagainya..hehehe..

Moral of the story, walaupun ada anak 3 dengan pendapatan tak semewah mana..baki 60 sen aje di hujung bulan, Alhamdulillah cukup rezeki yang Allah bagi. Sebab Allah dah janjikan, setiap anak ada rezeki masing2..

No comments: