Check it out!

Tuesday, March 27, 2012

Breastfeeding Journey update

Short and simple entry untuk hari ni.

Mummy dan Razin dan kakak Rania masih lagi team mate untuk breastfeeding journey episod Razin. Bila kakak Rania nak tarik diri tak tahu la. Macam tak nampak tanda2 nak tarik diri pun..huhu..

Mummy je la yang pening kepala bila berlaku perebutan antara tuan tanah dengan penumpang. Tuan tanah sekarang ni dah pandai pertahankan hak dia. Maklumla dah hampir 10 bulan memiliki..hihi. Bila penumpang tak landing, dia tak heranpun dengan nenen dia. Tapi bila ada penumpang, dan dan tu la dia pun nak jugak. Time tu jugak dia landingkan mulut dia kat situ. Tak dapat yang tepat, sipi-sipi pun jadik la.

Mummy tak mampu nak sediakan sorang satu. Anggapla ini sebagai tarbiyyah untuk anak-anak mummy belajar berkongsi. Berkongsi rezeki yang Allah limpahkan melalui susu mummy.

2 comments:

lydzar said...

sama macam masa hadif dan hannah tandem dulu. kalau dedua tgh main, tak sape heran nenen mama ni. tp kalau tetiba si kakak datang mintak nenen, adik pon cepat2 datang nk jugak..saje saje je dorang tu. rebut rebut sayang :)

mamiraysha said...

Hehehe.. betul tu.. berebut tu seronok agaknya. walaupun tension gak nak handle perebutan tu.. tapi ni la nanti kenangan yang akan kita kenang bila diorang dah besar nanti kan? :) Sabar je la buat masa ni..