Check it out!

Sunday, June 16, 2013

Penangan Sebenarnya Saya Isteri Dia

Tersenyum-senyum..
Tersengih-sengih..
Macam orang mabuk bercinta je..
Feeling terlebih plak bila layan cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia ni..hehe..

Suka sangat cerita ni..
Mungkin sebab suka tengok hero dan heroin dia..
Cute sangat.. sepadan!

Boleh tak nak frust bila dapat tahu yang Izzul Islam tu dah kahwin 2 Jun lepas.
Adeh! bukan sebab frust tak dapat kahwin dengan dia..
I kan dah kahwin 3 Jun, 6 tahun lepas.. dengan Bulan Islam..hahaha (sebenarnya saya isteri Encik Ramadan..hehe)
Saya frust sebab dia tak kahwin dengan Tiz Zaqyah..haha..
Biasalah..peminat..memang terbawak-bawak ke dunia realiti..
Takpe la dah jodoh..
Moga bahagia hingga ke akhir hayat ye akak doakan (eh eh tetiba lak jadi akak..hehe)

Minggu lepas..
Hari Ahad saya berada dalam mood mengantuk..huhu..
Gara-gara tidur lewat malam sebelumnya.
Dekat pukul 3 pagi baru tidur.
Bersungguh-sungguh mengulangkaji novel..huhu..


Sebenarnya saya beli novel ni pada Selasa, 4.6.2013.
Baca sikit-sikit dan kemuncaknya pada awal pagi Ahad lepas. 897 muka surat tu. Berani tak lepas sebab hari tu hari cuti..hehe..

Dulu memang saya suka baca novel. Beribu ringgit jugak dah habis untuk membeli novel-novel tersebut.
Tapi sejak saya bertukar status menjadi isteri pada 3.6.2007, tabiat membeli dan membaca novel tidak lagi jadi hobi. Tak berani nak baca.. sebab semangat ingin tahu saya tinggi di samping kesabaran yang kurang. Selagi tak sampai ending, tak nak lepas. Tak tidur malam pun sanggup. Oleh sebab tak nak dera perasaan sendiri dan teman serumah, lebih baik tak payah baca! Masa bujang dulu lain la cerita kan..

Tetiba pulak terangsang nak beli novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' karya Zura Asyraf ni setelah kira-kira 6 tahun tak membeli novel..huhu. Gara-gara tertengok drama adaptasi dari novel ni di TV3. Best pulak tengok lakonan Tiz Zaqyah dan Izzue Islam. Cute sangat. Start tengok pun dah episod 6. Tak tahu pangkal cerita. Maka tercari-cari lah novel tersebut. Nak tahu pangkal dan penghujung cerita kononnya. Boleh jugak saya hadiahkan novel ni kat encik asben sempena anniversary kami...hehe.. Jimat! kahkahkah. Kat dalam novel tu memang ada ucapan untuk encik asben. Tak yah la publish kat sini..kang korang pulak yang feeling..hehe. Dah hadiahkan, saya pinjam la novel ni dari encik asben untuk baca..hehe.. ekonomik tak?

Dah khatam baca novel ni pun masih tak puas lagi.
Ahad minggu lepas waktu yang sepatutnya saya qada' tidur.. saya gunakan untuk mengulangkaji episod 1 hingga episod 9 di internet. Huh! pembaziran masa yang amat sangat. Sampai nak masak pun malas. Sudahnya nasi lemak yang dibuat untuk sarapan pagi dapat dimakan sampai ke malam..haha.. (nak masak.. tapi tengok nasi lemak masih banyak tak terusik.. sayang pulak.. (eleh..nak cover malas le tuh))

Akibat pembaziran masa di hujung minggu.. sepanjang minggu lepas.. 2,3 malam saya terpaksa tidur lewat untuk menyiapkan report yang tak siap..huhuhu..
Dan akibatnya lagi.. semalam kami anak beranak hanya tinggal di sarang. Tidak keluar jalan-jalan. Penat! tidur lagi baik..hahaha..

Hari ni..
Sementara menunggu si budak pompuan sorang tu bangun tido untuk pergi jalan-jalan..
saya sempat lagi search you tube lagu2 sound track cerita ni.. dan juga lagu2 forteen..hehe..
Adehhh!!! fail-fail kerja yang dibawa balik ke rumah masih tidak terusik dari dalam beg..huhu..
Penangan..penangan..

Ehem..ehem.. sebenarnya saya isteri orang..hehe..




6 comments:

Imaan09 said...

ohoiii, dahsyat..itu memang betul2 'penangan'.. mm, tiz sangat comel melakonkan watak dl drama bersiri ni..

mataku coklat said...

isteri org rupanya...lps ni kita tunggu keluaran "sebenarnya saya isteri Ramadhan"

Raisah @ echah said...

huhu penangan betul ni mummy.
echah tgk gak cerita tu tp byk yg terlepas so tak paham...
ape kata mummy buat sinopsis? hehe

mamiraysha said...

Yup ibu Imaan.. betul2 penangan hehehe.. mummy terlebih ikut perasaan..hehehe..

mamiraysha said...

Ye.. akan dikeluarkan pada bulan Ramadhan yang tahu tahun bila..hehe..

mamiraysha said...

Mummy tengokpun dah episod 6.. tu yang sanggup beli novel dan search youtube untuk tengok episod yang terlepas..huhu..

Nak post entry baru pun tak sempat echah oii.. inikan pulak nak tulis sinopsis..hehehe. Tapi demi tidak mahu menghampakan echah.. apakata echah bukak link ni.. ada sinopsis citer ni. http://www.perekacerita.com/2013/03/sebenarnya-saya-isteri-dia-tv3.html