Check it out!

Sunday, April 24, 2016

XPDC Mendaki Bukit Broga, Semenyih

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..


Alhamdulillah.. semalam sekali lagi MR berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti pendakian yang diberi nama 'Jejak Puncak Broga' anjuran kelab sukan dan kebajikan ofis. Kali pertama dan terakhir MR jejak bukit berketinggian 400 meter (1,300 kaki) dari paras laut ini ialah pada 21 September 2013. Lama dah kan? Kalau edisi dulu MR hanya sebagai peserta, tetapi edisi kali ini MR diberi tanggungjawab untuk menguruskan program ini. Of course MR tak mampu uruskan seorang diri..MR dibantu dengan penuh semangat oleh team mate MR yang sangat supportive

Kalau nak ikutkan program ni clashed dengan program Treasure Hunt anjuran kementerian yang menaungi jabatan MR. Program yang sangat MR nantikan. Namun apakan daya, kerana poster dah lama naik, pengumuman dah lama buat, benda dah lama rancang.. tak kan nak postpone? atau tak kan la person in charge tetiba tak datang...huhu.. MR relakan juga en asben pergi tanpa MR..

Semalam.. si mami pergi mendaki bukit.. si dedi pergi mencari harta karun.. anak-anak tinggal kat rumah bersama pakcik mereka yang diimport khas dari bangunan asrama tak jauh dari rumah..untuk jadi baby sitter! (tak baby dah aiih.. baby expired umur 5, 7 dan 8 tahun dah)

Seawal pukul 4 pagi semalam MR dah bangun. Gigih menyiapkan sarapan untuk mereka yang nak ditinggalkan. Walaupun sebenarnya MR ni malas sungguh nak memasak..hehe.. biasanya hari Sabtu MR suka pi beli nasi lemak makcik tepi jalan depan sekolah. Bila pukul 5 pagi nak keluar rumah ni...makcik mana la yang dah mula berniaga..huhu.. kena la makcik ni masak sendiri ye tak? 

Pukul 5.05 pagi MR keluar rumah semalam. Janji nak tumpang member dan berkonvoi dari Kompleks PKNS Bangi. Tak best nak drive sorang-sorang. Lebih kurang 5.20 pagi kami bertolak menuju ke Bukit Broga. Kami sampai di Pekan Semenyih ngam-ngam azan subuh berkumandang iaitu pukul 5.47 pagi. Kami singgah solat subuh di Surau Al-Ittihaad, Taman Tasik Semenyih. Taman perumahan ni terletak di sebelah kiri Jalan Broga, jalan utama yang dilalui untuk sampai ke Bukit Broga.

Selepas solat subuh berjemaah, kami memulakan perjalanan yang memakan masa lebih kurang 10 minit lagi untuk sampai ke kawasan pakir dalam kebun kelapa sawit berhampiran kaki Bukit Broga. Dalam tentatif program, waktu berkumpul adalah pukul 6.20 pagi. Selepas senaman ringan, pendakian akan dimulakan pada pukul 6.30 pagi. Walau bagaimanapun, kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Kami lewat 10 minit dari jangkaan dan sampai site pukul 6.30 pagi. Lari sikit time bila kami tak jangka imam yang mengimamkan kami solat subuh tadi membaca surah yang panjang ketika solat..hehe.. biasalah hari cuti.. mungkin imam baca surah panjang untuk menunggu makmum yang mungkin dalam perjalanan datang untuk solat berjemaah. Sempatlah mereka masbuq.

Kami hanya memulakan pendakian pada pukul 6.45 pagi. Lewat 15 minit dari tentatif. Senaman ringan pun entah ke mana. Anggaplah kami jalan kaki dari tempat parkir ke kaki Bukit Broga sebagai senaman ringan..hehe.. 

Pendakian kali ini disertai oleh lebih kurang 33 orang peserta. Paling tua umur 57 tahun dan paling muda berumur 6 tahun. Cuma tahap kesampaian adalah berbeza-beza yang mana ada yang setakat check point pertama.. ada yang sampai check point terakhir. Paling tabik, si kecik 6 tahun..daki sampai ke check point terakhir! Dan beliau sangat energetic! risau pulak kalau tenaga dia kehabisan sebelum sempat turun bukit. Tetapi beliau tidak kehabisan tenaga langsung sampai jejak kaki bukit. Masa mendaki, ada pendaki lain yang menjadikan si kecik ni sumber inspirasi!

Tak lepaskan peluang mengabadikan kenangan di sini

Kalau edisi pertama dulu, kami mulakan pendakian pukul 7.24 pagi. Tapi kali ini, pendakian pada pukul 6.45 pagi adalah lebih baik. Walaupun tak sempat sampai puncak bukit untuk melihat matahari naik, namun perjalanan kami masih nyaman tanpa panahan terik sang mentari. 




Bukit Broga tetap menyajikan pemandangan indah dan pengalaman yang menarik untuk dikenang. Terutama bila mendaki bersama teman-teman dan ahli keluarga. Berbaloi untuk penat dan berkorban tidur di pagi sabtu! Jangan lepaskan peluang bergambar dengan panorama yang susah nak lihat ni. Betullah kata pujangga.. " The higher the climb, the better the view.. "




Bukit Broga memang sangat sesuai dijadikan lokasi latihan sebelum mendaki gunung yang lebih tinggi. Dengan laluan yang telah tersedia untuk menuju ke puncak, mendaki Bukit Broga tidaklah sukar. Tambahan pula ada tali disediakan di sesetengah tempat bagi memudahkan pendakian. Namun begitu, langkah berhati-hati perlu diutamakan. Banyak juga laluan tanah yang agak licin. Pastikan kasut yang dipakai masih punya bunga pada tapak. Dan pastikan juga tapak kasut adalah kukuh agar tidak tercabut di atas sana.


Antara laluan ke puncak Broga yang perlu dilalui

Tiada jalan pintas untuk ke puncak! Anda perlu mendaki dan terus mendaki..


Tapak kasut tercabut sudah...

Turun dari Bukit Broga, kami melepaskan lelah dengan menikmati air kelapa segar dari buah kelapa pandan.. perghhh...sangat nikmat.. itulah air kelapa paling sedap rasanya...hahaha...


Student UiTM ni mengabadikan kenangan di puncak bukit broga dengan baju konvo! 

Women power!

Walaupun meletihkan dan menahan kelaparan.. memang puas dapat selesaikan program dengan jayanya. Alhamdulillah..semua peserta selamat naik dan turun. Pukul 10 pagi kami dah sampai ke kaki bukit.

Tamat program..MR tak terus balik rumah. Memanjangkan langkah ke Hutan Lipur Sungai Tekala, Hulu Langat pulak. Adat menumpang.. kena la menuruti cik pemandu. Tak kuasa makcik nak tahan bas balik rumah..hehe..

Bila mak budak dapat lepas..

Memang best tempat ni untuk riadah bersama keluarga. Tiket masuk hanya RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun. Tempat yang tenang. Airnya sangat sejuk. MR tak mandi pun.. celup kaki je..hehe..

Kami tak lama kat sini. Tak sabar nak balik jumpa tilam dan bantal!

MR selamat sampai ke pangkuan anak-anak pada jam 1.30 petang. Huh! penat..tapi puas! 

1 comment:

Puan Kutu said...

Steadylah..masih semabgat lagi ye mendaki..sy bi dh semput.lama dh rasanya tak buat aktiviti lasak cmni sejak dh beranak pinak ni.hehe