Check it out!

Wednesday, December 19, 2012

Pengisytiharan : Misi gagal

Dengan rasa berat hati.. mummy terpaksa isytiharkan hari ini..
Mummy gagal melaksanakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun penuh untuk Razin..
Huaaaaa.. maafkan mummy sayang!

Mummy hanya mampu bertahan selama 1 tahun 6 bulan dan 18 hari menyusukan Razin hanya dengan susu ibu. Hari ini mummy terpaksa bekalkan Razin dengan Susu Dutch Lady 123 di taska sepanjang peninggalan mummy untuk berkerja. Maafkan mummy atas kegagalan ini. Mummy tak mampu menyediakan stok EBM yang mencukupi untuk Razin.

Ini harga yang mummy perlu bayar! Allah kurniakan mummy rezeki dengan kenaikan pangkat yang lebih tinggi. Allah tarik balik nikmat susu ibu yang meriah. Namun begitu, mummy yakin yang perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.

Sejak menjawat jawatan baru lebih 3 bulan lalu.. mummy sangat sibuk dengan kerja di pejabat. Jawatan lebih tinggi, tentunya tanggungjawab dan tugas lebih berat. Masalah lebih rumit. Mummy tak sempat nak memerah susu dengan konsisten di pejabat. Tambahan lagi dengan tekanan kerja, susu pun seolah-olah tak jumpa jalan keluar. Stok EBM yang keluar dari peti ais lebih banyak daripada stok yang masuk. Hasil yang mummy bawa pulang dari pejabat hanyalah sebotol dua. Itu pun kadang-kadang tak bawa pulang langsung dek ketiadaan masa memerah susu. Lama-kelamaan, stok EBM yang memenuhi ruang peti ais semakin surut.. merudum.. dan akhirnya.. habis! Sedangkan bukit pun kalau ditarah setiap hari akan rata.. inikan pulak stok susu yang tak seberapa nak tinggi macam bukit.

Sedih dan kecewa!
Itu yang mummy rasakan saat ini..
Mummy gagal buat kali yang ketiga.
Kalau sebelum ini.. faktor kegagalan mummy adalah disebabkan oleh hormon kehamilan..
Tapi kali ini.. mummy tak pasti hormon mana yang bertindak balas.
Yang pasti bukanlah hormon kehamilan!

Walau sedih dan kecewa..
Mummy perlu redha..
Tiada rezeki untuk Razin menikmati sepenuhnya susu mummy tanpa campuran..
Hanya setakat ini yang Allah izinkan.

Walau bagaimanapun, selagi ada.. mummy akan terus menyusukan Razin dengan susu anugerah Allah ini. Dengan izin Allah.. mummy akan pastikan yang Razin hanya menikmati susu lain selain susu mummy hanya di taska. Mummy mahu Razin menikmati susu mummy lebih banyak berbanding susu lain. Mummy akan tetap bekalkan juga susu mummy walaupun hanya sebotol dua..

Walaupun terkandas.. mummy akan tetap teruskan penyusuan Razin sehingga 2 tahun yang berbaki hampir 6 bulan lagi. Walaupun bukan status eksklusif lagi.. mummy akan tetap lengkapkan tempoh penyusuan ini..insya-Allah. Moga Allah pinjamkan mummy kekuatan untuk menjayakannya!

Walaupun tidak mencapai matlamat..
mummy tetap bersyukur.. Allah izinkan mummy menyusukan Razin sejauh ini.
Pencapaian kali ketiga ini lebih baik berbanding sebelum ini.
Versi Rayyan - 7 bulan fully breastfeed
Versi Rania - 1 tahun fully breastfeed

" Jangan dipandang orang yang di atas kamu..
Pandanglah orang yang di bawah kamu..
Kelak engkau akan mensyukuri nikmat Allah yang diberikan kepadamu.." (ayat mujarab pemujuk hati)

Nampaknya.. selagi misi menyusukan fully 2 tahun belum tercapai..
mummy kena beranak lagi dan lagi.. hehe..


Razin dan Teacher Niya yang banyak membantu menjayakan penyusuan susu ibu Razin di taska.

3 comments:

Mommy_ima said...

Takpe...sabar ye. Terus susukan dgn susu ibu yg berbaki tu.susu ibu mmg terbaik :) Pastikan razin dapat nutrien yg secukupnya bila dah kurang menyusu ibu. Harap semua ok.. :)

mamiraysha said...

Thanks mummy! Saya pun harap begitu.. Yup! susu ibu memang terbaik! Saya akan cuba lagi untuk baby ke-4 pulak nanti..hehe..

Unknown said...

Wa...ble bby y ke 4 tu....harap2 cpt ar ye hehe...